Peristiwa satu hari di Hari Raya
“Bangun! bangun! pergi mandi. Hari ini Hari Raya” teriak emak cuba membangkit aku dan adik beradik lain.
Aku menarik selimut kerana rasa mengantuk masih belum hilang setelah malam tadi berseronok bermain bunga api bersama sedara mara yang sebaya. Biasalah kalau sudah jumpa kawan dan berkumpul tentu ada cerita ingin dikongsikan hingga lewat malam kerna bukan selalu dapat berkumpul di rumah nenek.
“Lah budak nih tidak bangun lagi” kali ini dengan nada tegas lalu emak menarik selimut yang berselubung ke paras dadaku terlucut.
Bingkas aku bangun mencapai tuala diletakkan diatas bahu sambil mengigit hulu berus gigi menuju kamar mandi.
“Aduhai menyesal bangun lewat terpaksa menunggu” kataku didalam hati sambil duduk bercangkung didepan pintu kamar mandi.
Baju Melayu merah hati jahitan emak untuk Hari Raya
Baju Melayu berwarna merah hati diletakkan disudut katil bersama-sama kain samping dan dikanannya songkok baldu hitam. Lalu aku mencapai baju Melayu berwarna merah hati hasil jahitan emak. Sungguh lembut kainnya apabila dihamparkan kepada tubuhku ini. Saban tahun emak tidak pernah beli baju Melayu semuanya dijahit oleh emak.
“Wah segak juga setelah lengkap dengan kain samping” lagak aku depan cermin tersengeh-sengeh macam kerang busuk memuji diri sendiri.
“Emak cantik tak Along” sambil mengharapkan balasan pujian emak.
“Lawalah anak emak kalah orang bujang” sahut emak membetulkan kedudukan songkok baldu hitam dikepalaku.
Menghulur sepuluh jari memohon maaf kepada orang tua sebelum Solat Raya
“Lepas ini Along perlu minta mohon maaf kepada bapak dan mak sebelum pergi sembahyang Raya”
ibu melabuh punggung duduk bersebelahan bapaku sambil menanti aku sebagai anak sulung sebagai pemula adik beradik lain untuk melutut memohon maaf.
“Along mohon maaf segala perbuatan along dan halalkan segala makan along” aku tunduk melutut mencium tangan bapaku kemudian diikuti ibu.
Sekarang ini setelah berumah tangga giliran isteriku pula mengejutkan anak-anak untuk bersiap di pagi Raya. Terpecik keceriaan disetiap wajah anak-anakku setelah mengenakan baju Melayu lengkap begitulah aku ketika kecil dahulu. Terbit perasaan semacam apabila anak beratur menghulurkan tangan memohon maaf dipagi Raya. Sempena Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi ini aku ingin menghulurkan sepuluh jari untuk memohon maaf, zahir dan batin 🙂
p/s: Entri ini adalah kelolaan blogger Dulu Lain Sekarang Lain untuk Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya
Dulu lain sekarang lain…begitulah hidup.
Setiap org ada kenangan di musim perayaan yg suka utk diingati. terutama masa zaman kanak2 dulu kan?
tinggal berapa hari je lagikan..rasa sedih hati tggl kan ramdhan..tahu depan entah ada lgi ke tdk huuu
wooo baju raya sama satu family
selamat hari raya 😉
selamat berhari raya bersama keluarga tercinta. sampaikan salam zida pada adik2 comel bertiga tu yeeeee :DD
wah.. nampaknya aura hari raya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.. sana sini bercakap pasal raya.. hehe.. yang pasti anak2lah yg paling gembira..
Menarik cerita bro AB
Mmg ada bakat penulisan
Hari raya bakal tibe
Baju sedondon pilihan kite
Ampun maaf kami pinte
Tak awal sangat ke?
hehe 😀
Saya pun memohon sepuluh jari memohon sempena Hari Raya semakin hampir
Sedihnya raya bila tak dapat bali kampung
Kenapa tidak balik kampung untuk Raya kali ini?
adusss puasa ni belum lg balik kg… mohon sepuluh jari kemaafan juga bro…
Saya pun ingin mohon maaf kepada bro juga
mula2 ingatkan cabaran tu ada competition main teka2 td. baru ingt nak join..
mood: raya
hidden mood: $$$
hehe. nice story 🙂
si zulfan hari2 tanya, esok raya ker? penat nak menjawab… rasanya tahun ni macam tahun2 yg lepas, senang jer nak kejutkan budak bila cakap, “bangun, arini raya!”
terasa bahang raya bila baca post ni.., tahun ni tambah lagi sorang dalam gambar tu nampaknya 😀
hoho..ada cabaran rupanya.. 🙂
Semangat raya, walaupun malam sebelum nye tidor lambat tapi sanggup bagun awal di pagi hari 😉
Itu untuk budak perempuan kalau budak lelaki liat bangun pagi 🙂
nostalgia raya memang menggamit memori…paling best duit raya haha
Mana taknya ada yang buat rombongan Mak Kiah kutip duit Raya. Teringat ketika ada anak seorang dahulu. Pak Sedara ketika masih sekolah usung sekali anak saya pergi beraya. Balik rumah poket penuh duit Raya 🙂
hahaha… ada contest raya plak
teringat dulu dapat hand bag bulu2 warna merah menyala
suka giler.. selagi tak penuh bag tuh memang tak balik umah.. hu3
memang seronok raya masa zaman budak2
Wah siap ada beg tangan lagi tentu kena usik sudah berapa banyak duit Raya dah dapat 🙂
selalunya tiap kali raya sume org akan beli baju baru… aku je kot yg tak rajin nak beli… 🙂
recycle je baru yg ada… 😛
Tahun ini baju Melayu guna yang tahun lepas sahaja 🙂 Kecuali baju jalan-jalan anak semuanya baru dan baby Aslah sepasang baju Melayu baru
hehe…biasanya camtu jugak, tp oleh kerana tahun ni 2 adik aku nak kahwen raye ni, makan kenalah kasi can kat adik2 yg nakkan abgnya ikut tema dia… 😀
He..hee..adik nak kahwin yer 🙂
wah skli dua ke pegantinnya bro ?
Thanks atas penyertaan bro. Again, sori lambat sampai 😀 Biasalah dah jadi ibubapa nie.. asyik kejar masa jer. Nukilan yang menarik dan punyai unsur2 nasihat serta renungan bersama. Just like kawe harap2 kan. Thanks bro.
Psttt.. ilmu buat baju tak kena turun ke bro? Kalu tak boleh ambil order online. Blog pon dah ada 😉
Ada banyak perkara yang saya dapat belajar dengan menulisnya samada cara teknikal dan bukan tenikal. Saya mahu menguji sejauh mana saya boleh pergi.
Mengenai Ilmu menjahit setakat ini tidak diwarisi kerana didalam adik-beradik kami tidak ada yang berminat mewarisinya. Saya ketika sekolah dahulu rajin buat projek menjahit kecil-kecilan untuk diri sendiri dengan mengunakan lebihan kain perca emak. Kalau ikutkan saya mahu kembangkan peniagaan menjahit dengan menerima tempahan secara online tapi mungkin hajat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana keadaan tidak mengizinkan. Setakat ini bakat menjahit saya hanya untuk menjahit seluar koyak anak dan kaki seluar sahaja 🙂
ha…onlie jer bli kat zazabel pun blh gak
wah cerita hari raya..kemeriahan semakih hampir, sana sini dgr lagu raya, kedai2 dan bazar dah mula jual kuih raya dan baju raya 🙂
Kalau hendak cerita mengenai jualan kuih raya telah pun bermula sebulan sebelum puasa bermula. Saya suka sambutan lebih bersederhana tapi meriah 🙂
Syahdu!
🙁
puasa tak habis lagi… mlm 7 likur tak keluar2 lagi.. awal tuh~
Terpaksa tulis awal sikit sebab tarikh tutup pun dah nak dekat Raya.
Mood raya sudah menjelma 🙂
nak join tapi kena ingat balik kisah kisah raya sebelum ini
Mari Juan…
Kita sama2 join meriahkan blog bro IN 😀
Cuba imbas balik peristiwa Raya yang pernah bor lalui
idea tak dtg huhu kena tgu tahun depan plk heee
btol tu. dulu kita salam ngan parents. skg isteri dan anak2 salam kita time raya 🙂
tengok anak bujang ku segak bergaya dengan baju melayu buatkan ku begitu gembira dan teruja sekali!
JOM BACA NI : CONTEST : Berbuka Puasa Bersama Madammondoq Di Bangkok House
Tentu anak tersenyum lebar jika dipuji berbaju cantik dipagi Raya
sori typo… kaler bukan kalau… pose la katakan.. 😉
kalo bab baju raya family nih mesti kaler sama kan? best! 😀
Family aku lain sket… yang lelaki (sorang je pun) ikut aku nye kaler… yang pompuan ikut kalau maknya..
Anyway Selamat Hari Raya untuk bro… kopisoda dan akubiomed
Saya ikutkan sahaja asal ada baju Melayu untuk Raya 🙂 Kalau yang perempuan sedondon dengan emaknya
dah dekat nak raya ler ni .. aku blom beli apa lg, tapi tak kisah la, asal yg penting kita beli dulu kita baju tahun lepas pon bole pakai lg, takut membazir pula kalau beli yg baru
Baju untuk anak dah beli. Ada orang kata membeli belah saat-saat akhir boleh dapat harga murah
wah dah terasa nak raya dah nih. lagi 2 minggu je lagi kan. gud luck ye.
Baju tempah dengar dah siap tentu bling-bling raya kali ini 🙂
aduh! aduh! sudah terasa hari lebaran di batang hidung ini.. aduh aduhhhhh
tak sabar lak rasanya mau balik kampung ni.. uhuk!
nice story bro. .betul2 menyingkap kenangan ni.. hehehe
two thumb ups..
Terima kasih, percubaan pertama dari saya 🙂
cantik bro…walau pendek..aku dapat rase aura nak raye tuh…
itulah, dulu2, kita yg mintak maaf ngn makayah (masih lagi sampai sekarang).
sekarang, anak2 kita pulak yg bermaafan…syahdu…
Masa Raya ini peluang untuk memohon keampunan kepada orang tua
rasa senu jer bro huhu…
alah rasa nak tebag je kat sana haaa
Salam.
ada entry nostalgia macam ni tanda-tanda hari raya dah nak dekat dah ni kan? 🙂
Raya tahun ini tidak balik kampung?
Allahuakbar.. Baca entri ini semakin terasa detik2 hari raya 🙁
Tentu tidak sabar untuk menatap wajah Ayah dan Bonda
dia dah mai hihihi sapa lagi aidikfitri hihihi..:)
Sudah buat persiapan Raya ker bro?
mmg kenangan yg agak sama..lagi2 bab bgun lewat tu..hehe
He..hee..budak lelaki memang liat bangun pagi
madi pagi2 sejuk..lmbt bagun jwbnya kena beratur ar..
salam.
alah bro asal pendek sanagt kasi pjg sikit ar ctr tu..
erk..cam tak pauas habis di baca jer huuu..
p/s:mohon maaf juga untuk tuan tumah klua da salah kata ya. btw tahu ni kala apa plk baju raya geeeee 😉
Biarlah cerita pendek sedikit dahulu nanti ke laut pula :-). Tahun ini guna baju Raya tahun lepas sahaja
bagus tu cadagan yng baik utk jiamt wet hee..
sll llki ok jer..pmpun cerewet sikit bab bju smua ni heee
budak2 memang dok bilang hari je sekarang ni
sambil angan2 bilang duit raya
Cerita yg menarik. Lepas baca terasa macam s bsr nk beraya
Sy belum pun buat lagi pasal cabaran ni.
Tentu tersentuh melutut untuk memohon keampunan dari orang tua di pagi Raya
hehe bro dah merasa 2 – 2 keadaan tu, kih3.. yelah apa lagi yang di harapkan selain keceriaan anak2 kan.. 😀 raya setahun sekali je bagi lah diorang bergembira, kita pon senang hati.. (ye ke?) hehehe
Betultuh bro. Kegembiraan anak-anak diutamakan terlebih dahulu
aku tak buat lagi.ada masa lagi kan?mesti join jugak ni 😀
Masih ada masa lagi bro sebelum 26hb Ogos 2011. Saya bab mengarang cerpen pendek tidak berapa pandai tapi sekadar mencuba 🙂
Myediakan kelengkapan anak2satu kepuasan…
Puas apabila melihat anak-anak kelihatan cantik setelah mengenakan pakaian yang dibeli 🙂
salam..
ermm..bahang dah terasa ni
kaler sedondon tu..menarik
sejiwa semuanya..
🙂
Warna tema tahun lepas 🙂
Tahun ni ada lah si baby Aslah masuk skali kan? He he..
Baju koning la tema tahun ni atau dah ada colour lain?
Tahun ini semuanya mengenakan baju Melayu biru termasuk baby Aslah pun dapa baju melayu teluk belanga. Kalau warna Koning mungkin tidak tahu tahun bila 🙂
dah mula terasa aura Aidilfitri 🙂
Anak-anak kecil paling gembira kerana dapat baju serba baru
🙂 Mau tak gembira.. dapat pakai pakaian serba baru dan duit raya!
Teringat time kita dulu2 kan? Asyik bilang bila tamat puasa dan strategi cari duit raya 😀
Dapat duit raya paling menyeronokkan. Saya masih ingat duit RM1 berbentuk syiling emas memang sangat popular ketika itu
Bapanya keluar duit anaknya dapat duit Raya 🙂
ada jugak yg buat ‘pinjaman’ dgn anak2 lepas raye…kuikuikui