• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Katil bergegar akibat main kuat sangat

Katil bergegar akibat main kuat sangat

4th February 2011 by akubiomed 71 Comments

Main di atas katil.

Detum-detum kedengaran bunyi katil dari dari tingkat atas. Siapalah kuat main sampai ke bawah boleh dengar bunyi tak tahu nak hormat jiran yang belum bangun tidur kata aku didalam hati.

Cuti yang panjang sempena Tahun Baru Cina ini  memberi peluang untuk balik kampung dan berehat panjang tidak payah mohon cuti tahunan.

Lagi-lagi lama didiamkan makin kuat bunyi katil di tingkat atas. Pagi-pagi buta sudah buah hal dan hilang sabar dibuatnya, aku sudah tidak tahan dengan kelakuan macam ini kalau didiamkan makin menjadi-jadi.

Aku langkah-langkah perlahan agar kehadiran aku tidak disedari. Tak kala aku membuka pintu bilik, Ya Allah apa nak jadi satu bilik bersepah dengan bantal bertabur dan cadar entah ke mana yang tinggal hanya tilam atas katil.

Babah: Ini kerja korang 3 beradik main lompat-lompat atas katil. Cuba hormat sikit pada jiran sebelah yang tidur(dengan nada marah)

Babah: Lepas ini babah hendak korang kemas bantal-bantal dengan letak di kepala katil dan pasang cadar semula (aku memberi amaran)

Macam-macam perangai anak-anak bujang aku kalau cuti sekolah yang panjang ini kuat main aktivitinya. Ingatkan kalau cuti sekolah mereka akan bangun lewat tetapi awal pula. Hari-hari perlu di peringatkan supaya kemas katil kalau tak jangan harap akan dibuat tanpa bercakap berkali-kali.

Ketika aku semasa kecil memang sudah menjadi rutin akan kemas katil sendiri kemudiannya katil ayah dan adik beradik lain serta diikuti menyapu rumah. Belum lagi tugasan hari minggu ditambah dengan mencuci tingkap dan lap lantai.

p/s: anak-anak suka melompat atas tilam spring.

Sila tekan butang kongsi:

  • Hotel Hatten Place seperti berada di dalam hotel kelas mewah
  • Bermalam di eContel hotel di Queensbay Pulau Penang
  • Fungsi 2 dalam 1 Bantal Selimut untuk si manja

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    14th February 2011 at 11:00 pm

    walaupun ada katil..anak2 tidur kat tilam toto je. lagi selesa sebab kedua2nya buas masa tidur

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2011 at 11:44 pm

      Kesian pula melihat anak-anak tidur atas TOTO sebab nipis sebabkan itu belikan mereka katil

      Reply
  2. Mr.Bintang says

    12th February 2011 at 12:00 pm

    tajuk yg best.. hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2011 at 3:43 pm

      Sama-sama harap dapat enjoy baca entri

      Reply
  3. eLLy says

    7th February 2011 at 11:33 am

    Ayoo babah tajuk n3 bergegar jantung =)

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:18 am

      Fikir apa pula eLLy? Babapkan

      Reply
  4. Bro Framestone says

    7th February 2011 at 10:17 am

    bentang toto je la.. senang

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:17 am

      Sian pula hendan bentang TOTO sebab itu belikan katil untuk mereka

      Reply
  5. Suraya says

    7th February 2011 at 9:42 am

    hehe.. ingt main ape la tadi.. 😛
    budak2 mmg suka main atas katil, pantang tengok katil kemas geram je nak sepah2kan, pastu malas nk kemas..kena suruh baru nak wat..huhu.. tp best jadi budak2.. heee

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:17 am

      Saya rasa lemas kalau melihat bilik berselerak

      Reply
  6. suri says

    7th February 2011 at 9:32 am

    dengan amarah .. namun ttp bertegas dlm mendidik anak2

    Reply
  7. denaihati says

    6th February 2011 at 10:19 pm

    anak-anak sekarang tak sama dengan kita dulu-dulu tapi salahnya kita juga terover manjakan mereka

    Reply
  8. azana says

    6th February 2011 at 12:12 pm

    huhu…budak2 biase la 2…

    tajuk bikin panas…..haa

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 4:06 pm

      Selalu tegur anak-anak sekejap sahaja dengar lepas buat balik 🙂

      Reply
  9. fendidahada says

    6th February 2011 at 11:04 am

    tajuk agak panas disitu..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 4:05 pm

      Jangan bro panas dengan saya sudah asal tersenyum membaca entri ini pun saya sudah berterima kasih sangat

      Reply
      • suri says

        7th February 2011 at 9:33 am

        saje je tu hii.. cam metro tajuk panas last2 kisha lain hiii..

        Reply
        • akubiomed says

          8th February 2011 at 12:16 am

          Ada peluang bekerja sebagai wartawan?

          Reply
  10. mijie says

    6th February 2011 at 1:52 am

    huhu tajuk entri bikin panas, boleh menguji orang yang berfikiran kuning ni

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 4:05 pm

      Haa..haa.. betul dapat idea tulis selepas membaca tentang artis mendapat gangguan katil bergegar didalam produksi filem seram

      Reply
  11. tunepal says

    6th February 2011 at 12:21 am

    hoho. biasalah tu. bergusti waktu malam..

    Reply
  12. zik says

    6th February 2011 at 12:21 am

    gegar ok lagi.. kalau “patah” dah kena beli baru.. takpun tidur bawah jerla…

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 4:03 pm

      Kawan saya dan ister pernah tergolek keatas lantai kerana kaki katil reput di makan anai-anai 🙂

      Reply
  13. yakboktam says

    5th February 2011 at 9:44 pm

    haha aku “segera” masuk masuk ke sini bila terbaca entri macam ni.ingatkan apa wakaka..trafik bnyk masuk klu slalu bt tajuk mcm ni hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 4:02 pm

      Tajuk entri macam ini memang tarik perhatian seperti surat khabar Tabloid memang mempunyia topik hangat

      Reply
  14. wazy says

    5th February 2011 at 9:09 pm

    Hheehe
    dahsyat gak tajuk entri ni bro

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:57 pm

      Haa..haa..moral disini Don’t judge a book by its cover

      Reply
  15. Bawang Goreng says

    5th February 2011 at 4:30 pm

    Singga baca entry dengan tajuk hot giler…

    NB: Katil ‘brand’ apa ek? Tak patah ke? Anak-anak saya pun hantu kuat melompat atas katil…

    Oh, abang misai!

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2011 at 3:56 pm

      Jenama tidak sehebat IKEA cuma jenama cap ayam sahaja 🙂

      Reply
  16. Norasikin says

    5th February 2011 at 2:39 pm

    biar diaorg tidur atas trampolin je la

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2011 at 3:24 pm

      Kalau tidur atas Trampolin asyik melatun-latun sahaja nanti 🙂

      Reply
  17. shaharil says

    5th February 2011 at 10:45 am

    Tajuk post yang menarik dan memikat hati untuk membacanya. Intro pun ok jugak.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:15 am

      Terima kasih, saya sangat menghargainya 🙂

      Reply
  18. sumanje says

    5th February 2011 at 10:35 am

    salam..
    su singgah bawak ole-ole buat tuan umah…jemput singgah blog su ye..
    thanks

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2011 at 3:26 pm

      Terima kasih, saya akan terjah blog nanti 🙂

      Reply
  19. Zezebel says

    5th February 2011 at 8:57 am

    hehe..budak-budak memang la gitu. Dorang tau seronok je..

    Reply
  20. deCrewz says

    5th February 2011 at 8:32 am

    Bikin panas da…ha3

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2011 at 12:14 am

      Jangan marah yer bro, harap terhibur baca entri ini 🙂

      Reply
  21. tehr says

    5th February 2011 at 7:59 am

    aku memang dah agak
    ni mesti kisah budak2 selerakkan tempat tidur
    hehe

    Reply
    • suri says

      7th February 2011 at 9:37 am

      pas ni bro kena rancang dpt ank pompun plk ngheee.. tukang kemas kati abg2nya hiii

      Reply
      • akubiomed says

        8th February 2011 at 12:14 am

        Itu lah pasal tengah usaha. Suri boleh tak kita tukar suka sama suka dengan saya ambil anak perempuan Suri dan Suri pilihlah mana-mana anak lelaki saya 🙂

        Reply
  22. Gerrard says

    5th February 2011 at 3:13 am

    hehe ingatkan pe td 😛

    Reply
  23. dnoBiz says

    5th February 2011 at 12:09 am

    heheh
    sama la ngan anak buah aku ni, kalau hari sekolah sikit punya susah nak bangun, tapi kalu cuti pepagi dah ketuk pintu bilik..

    Reply
  24. isza says

    5th February 2011 at 12:01 am

    *katil

    Reply
  25. isza says

    5th February 2011 at 12:00 am

    eh2.. kati anak kita serupalah.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2011 at 12:19 am

      Namanya ada katil tidak digunakan suka tidur bentang tilam kekabu. Kalau sarung bantal habis dibuangnya 🙂

      Reply
  26. nurmisnan says

    4th February 2011 at 11:07 pm

    salam brother..
    aku masa kecik2 dulu jemur tilam sendiri
    pasal tipa2 malam ngompol malam… hu3

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:51 pm

      Biasalah masa kecil-kecil dahulu jemur tilam duduk pula dirumah teres masa sidai selalu kantoi dengan jiran sebelah rumah buat muka tak bersalah kata adik punya kerja 🙂

      Reply
  27. ciksembang says

    4th February 2011 at 11:07 pm

    kena tunggu anak masuk hostel lepas tu nanti dia pandai kemas katil sendiri..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:45 pm

      Nak tunggu anak masuk asrama lama lagi tuh tentu dah liat ketika itu

      Reply
    • Norasikin says

      5th February 2011 at 2:43 pm

      masa tu diaorg dah jadi buluh dah.

      Reply
  28. MDHAFiZ.NET says

    4th February 2011 at 9:45 pm

    seronoknya main atas katil… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:45 pm

      Memanglah seronok kembur katil tapi yang mengemasnya belum tentu 🙂

      Reply
    • Norasikin says

      5th February 2011 at 2:43 pm

      Lain macam je bunyinya

      Reply
  29. cascd says

    4th February 2011 at 8:10 pm

    Nasib baik aku baca post habis dulu. baru tafsir isinya…hehee

    Reply
  30. Sabahan Bloggers Club says

    4th February 2011 at 6:05 pm

    Hahahahahahaha….
    Tajuk lain macam jer….

    Reply
  31. Amry says

    4th February 2011 at 5:41 pm

    tajuk memang umph!!! hahahaha…. bagusnya bro akubiomed ni, anak yang baik. hehe

    Reply
  32. sw33tdarling says

    4th February 2011 at 5:30 pm

    budak2 kalau dah berkumpul mmg macam2 benda diorang blh buat mainan… biasalah babah, kasi chance mereka bergurau senda cuti2 mcm niiii

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:44 pm

      Memang betul kalau suruh naik tidur jam 10 malam disebabkan sekolah belum tentu tidur ntah apa yang disembangkan adik-beradik mengekek-gekek ketawa

      Reply
  33. Amir Izzat says

    4th February 2011 at 4:41 pm

    assalamualaikum!

    alamak! terkena. ingat siapa yang main rupanya budak 3 orang tu. Hish!

    Wah! Rajin betul lah pakcik(boleh ke panggil pakcik ni?) masa kecik kecik dulu. kalau saya, jarang sekali kemas…entah mengapa. ada tips tak nak suruh rajin kemas blik sebelum mak meleter? hehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:43 pm

      Aisey pakcik tua sangat tuh 🙂 Saya sebenarnya lemas kalau katil tidak berkemas kerana saya ini sensitif kepada habuk mungkin disebabkan itu sudah menjadi amalan kemas katil dan bilik 🙂

      Reply
  34. Anip says

    4th February 2011 at 4:17 pm

    Aishhh. Tajuk dia bikin suspen jer, bwahahha, seorang ayah yang baik dan garang, rajin juga ko mngemas eh..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:41 pm

      Tidaklah garang mana tapi tegas 🙂

      Reply
  35. saiful says

    4th February 2011 at 4:11 pm

    ceh,tajuk bkn main,ingatkan sapa yg main,hahaha!
    biasala tu bdk2,selagi katil tak patah selagi tu diorg melasak tak ingat dunia. apa yg kita risaukan,bukan katil atau tilam yg rosak tapi risau kalau anak2 yg cedera.

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:39 pm

      Abang-abang melompat tidak kisah sangat tapi yang bimbang si adik sebab badan kus semangat 🙂

      Reply
  36. adele says

    4th February 2011 at 4:04 pm

    garanglah babah ni….hehe

    tapi mak ayah kita dulu2 lagi garangkan..hasilnya adlh diri kita yg skrg ni..

    mlompat atas katil spring cptlah rosak katil tu nnt.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2011 at 11:38 pm

      Bukannya apa Adele, kalau diri kecil tidak di ajar kemas katil sampai besar akan berkelakuan begitu. Ini bukan kandang kuda 🙂

      Reply
    • Norasikin says

      5th February 2011 at 2:41 pm

      Kala ayah saya, dia terus rotan je. Pastu baru dia suruh kemas

      Reply
  37. naimulfirdaus says

    4th February 2011 at 4:02 pm

    boleh tahan jugak tajuk ni kan..

    Reply
    • dnoBiz says

      5th February 2011 at 12:08 am

      hehe
      tajuk yang buat aku agak hairan…. 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in