Kematian Kim Jong Il akibat serangan jantung.
Dunia dikejutkan dengan kematian pemimpin diktator Korea Utara iaitu Kim Jong Il pada usia 69 tahun akibat serangan jantung ketika didalam perjalanan menaiki keretapi pada hari Sabtu jam 8.30pagi waktu tempatan. Tampuk pemerintahan beliau akan diambil alih oleh anak lelaki beliau iaitu Kim Jong Un yang berusia awal 20an. Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandu jarak dekat pada hari pengumuman kematian Kim Jong Il sebalik menafikan ia adalah reaksi berita kematian.
Reaksi pemimpin dunia mengenai berita kematian Kim Jong Il
Rumah Putih berkata Presiden Barack Obama bercakap dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan dan telah mengesahkan komitmen AS untuk “kestabilan di Semenanjung Korea, dan kepada kebebasan dan keselamatan sekutu kami.”
Di Korea Selatan, Presiden Lee membatalkan semua acara yang dijadualkan. Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan telah bermesyuarat pada hari Isnin dan meletakkan tentera Korea Selatan pada isyarat kecemasan dengan peningkatan pengawasan udara di sepanjang sempadan Korea Utara.
Di Tokyo, Perdana Menteri Jepun Yoshihiko noda mengadakan mesyuarat dengan penasihat kanan untuk merumuskan tindak balas terhadap kematian pemimpin Korea Utara.
Agensi berita rasmi China, Xinhua, berkata pegawai-pegawai di Beijing tertekan dengan berita kematian Kim Jong Il dan menawarkan takziah kepada rakyat Korea Utara. China dianggap sekutu rapat Korea Utara dan juga rakan perdagangan.
Pelik dengan negara-negara yang bermusuhan dengan Korea Utara ini seolah-olah “double standard” berbanding tekanan kepada negara Iraq yang pernah diperintah oleh Sadam Hussein dengan mengenakan sekatan ekonomi. Mereka juga meminta negara Iraq untuk membenarkan International Atomic Energy Agency (IAEA) memeriksa loji-loji nukear yang didakwa membangunkan senjata nuklear. Akhirnya gagal ditemui.

Video watak Kim Jong Il didalam Team America I’m so Ronery.
Komunisme pengasasnya adalah karl max,seorang yahudi… tengoklah,bagaimana yahudi telah membuat kerosakan di muka bumi. Yakinlah,kegelapan malam pasti akan berlalu,dan fajar baru akan menyinari bumi ini.dengan cahaya Islam,kerana Islam itu datang daripada Allah,Tuhan yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini.
Firman Allah taa’la yang bermaksud:
Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.
Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.
Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (Al-Qasas 28:38-40)
salam…
pemimpin dunia lain saya tak pasti..
yang pasti pemimpin negara kita ada
menghantar kawat Takziah melalui
wisma putra..
Kim Jonh 2 telah meninggalkan
anaknya yang nampak lebih
berkaliber dari beliau..selain
berpelajaran dan ini akan membawa
satu pembaharuan pada negara
Korea Utara di masa hadapan
pokoknya penggantinya itu harus lebih baik lagi dari dia…
orang amerika mesti suka hati bila kim jong ii ni dah takde..
Tetapi perlu diingat anak mendiang Kim Jong Il baru sahaja umur 28 tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara Korea Utara. Tidak pasti corak pemerintahan beliau ini lagi.
Graduan sekolah tentera dan pandai dalam beberapa bahasa asing. Kita tunggu apakah anaknya ni dapat kurangkan ketegangan atau menambahnya.
Menarik juga dinasti pemerintahan di korea utara =)
Hebat. Pada usia muda sudah menjadi presiden.
Sudah macam disnati pula yang mana kuasa diwarisi.
gugurnya seorang pemerintah komunis dan lahirnya pemerintah komunis muda yang baru. kita lihat bagaimana pemimpin muda ini memerintah negaranya… Dan pemimpin2 negara lain pasti ada sesuatu yang bermain difikiran mereka untuk merancang sesuatu.
Banyak perkara yang tidak ketahui pemimpin muda Kim Jung Un selain beliau menuntut pengajian di negara Switzerland.
sekarang, pak2 sedara, mak sedara dan yg terdekat adik ipar bapak dialah yg menjd tukang penasihat…
anak dia sangat muda dan kurang pengalaman, ini mungkin yg dirisaukan sangat. aku pun xfaham sangat pemerintahan komunis ni.
Ada betul apa yang diperkatakan oleh bro kerana pada usia muda sudah memerintah negara yang mempunyai kekuatan tentera dan senjata nuklear.
Betul tu broo banyak kuasa besar double standard iraq dan korea utara.
Diharapkan pengantinya seorang yang masih muda lebih bersikap positif dan mementingkan keamanaan.
aku takut lebih agrasif je..
dan yang paling menakutkan ialah takut dia jadi boneka kepada mereka yang dibelakang tabir..
Saya bimbang pemimpin baru ini dilantik terus seperti dinasti berbanding Kim Jong Il melalui banyak proses sebelum menjadi pemimpin. Berkemungkinan orang muda lebih agresif.
Benjy rasa korea utara tu amat di takuti kerana mempunyai payung china… kalau tak dah lama kena bedal dahhh …
Nampaknya negara2 ni sangat takut dengan korea utara daripada negara2 di arab.
Mungkin negara barat pun takut jentik Korea Utara kerana ia mendapat sokongan sekutu kuat daripada negara China.
mungkin juga, sbb China dah jadi kuasa besar ekonomi sekarang…takleh nak buat lebih kurang
Benjy pun pelik juga kenapa negara2 ni risau pula … tak kanlah sudah sekian lama korea Utara tu tak serang mana2 negara tetiba pula nak serang …
Mungkin terlampau banyak rasia ketenteraan yang belum berjaya mereka selongkar…
Bapak dia mati je terus anak dia sambung…pas tu terus test dgn peluru berpandu….lain macam je pemimpin yang baru nih….tang sikap double standat negara2 barat tu aku dah tak heran bro…masa perang korea dulu, tak de keputusan…dua2 menang…dedua kalah…kalau depa nak test lagi sekali dgn korea utara…aku rasa rakyat derang nanti yg mengamuk…pemimpin barat skg dok sibuk jaga kerusi memasing…panass…
Ujian peluru berpandu pendek sebenarnya ada maksud simbolik. Tidak pasti presiden muda ini dapat berlembut dengan negara barat.
Kalau saya…errr..tunggu dan lihat..hehe
Dah sampai masa dia. yang merisaukan sekarang ni camana la pulak corak kepimpinan si anaknya tu. Masa depan rakyat dia tu….
Kuasa ditangan orang muda faham-fahamlah.
muda kot anak dia nak jadi presiden..
Anak mendiang presiden baru umur 28tahun.
pengalaman belum cukup untuk memerintah negara yang besar.
…reaksi rakyat malaysia; hujan sebegini sedap makan ubi rebus, cicah sambal tumis dgn kopi 0 kaw satu kali….
pasal Kim Jong IL, dah mati, kebumikan ajelah… ahaks.. hehehehe (petanda rakyat malaysia tak kisah)
keranda cermin belum siap lagi tu….
dieorng akan merasa takut bila pepimpin yg byk bg faedah dieorng meninggal..
tgk kat berita semlm ramai betul rakyat dia menangis…
bila bermusuhan jdilah begini..kelak rkyt pula bakal jdi mangsa
Double standard? Biasalah tu.
Ada tgk video rakyat die meratap kematian die. Sampai camtu sekali ye taksub. Bila tgk video tu, teringat satu lagi video yg dilihat minggu lepas atau dua minggu lepas mengenai ketaksuban org2 syiah kepada presiden mereka, presiden syria (kalau tak silap). Diorang siap cakap diorang sembah pemimpin diorang no 1, sembah Allah no 2. Na’uzubillah, sampai camtu sekali fanatik
uish..teruknya..orang kat negara kita pun ramai juga yang taksub kat pemimpin..
Boleh timbul perkara syirik kerana menduakan Allah.
Perkara ini berlaku kerana dari usia muda telah diterapkan ideologi supaya menghormati pemimpin sehingga satu tahap menganggap pemimpin itu sebagai tuhan.
Kalau zaman pemerintahan Saddam Hussien kebencian terhadap Amerika hingga muka Bush dibentuk dari lantai mamar supaya dipijak-pijak.
muka Bush memang layak pun dipijak, bro..kejam sangat..jahat..
huru-hara dibuatnya yerk…
kelam kabut juga seluruh dunia ye ..
Sudah tentu kerana kekuatan tentera dan teknologi nuklear mampu mengacam dan Korea Utara mendapat sokongan dari negara tanah besar China.
aku tak biasa dengan korea utara ni
selalunya yang popular korea selatan je
Banyak perkara dunia tidak didedahkan mengenai apa yang berlaku di negara Korea Utara ini tapi apa yang mengkagumkan mereka mampu milik loji nuklear.
yang paling perlu dilihat responya pada kejadian ini adalah Amerika…kita lihat saja nanti bagaimana kelanjutan dan perancangan yang dibuat sekutunya…
Sudah tentu pihak Amerika akan melindungi rakan sejawat mereka iaitu Korea Selatan.
kematian pemimpin sesebuah negara pasti memberi kesan kepada negara tersebut dan negara yang mempunyai hubungan baik dgnnya.
Kalau macam ke kematian pemimpin Korea Utara memberi kesan kepada sekutu kuat mereka dan juga rakan dagangan terbesar iaitu negara China.
Pemimpin Korea saya tak kenal .. tapi klu pelakon Korea saya sangattt kenal :p
In conjunction of my 4th Blog anniversary … Nak RM40?
Yang mana satu artis K-Pop yang eLLy minat? 🙂
rakyat nya menangis teruk dengan kematian pemimpin mereka sebab mereka menganggapkan pemimpin ini seperti Tuhan mereka
rakyat terllu sykan pemimpin entah akan dtg sapa plk yg memegang tampuk pemeritahan ini yer huu..
Kuasa pemerintahan sudah macam ada dinasti daripada datuk ke ayah kemudian ke anak.
Betul tuh ada yang menganggap pemimpin sudah sebagai tuhan sepatutnya kita menjadikan tauladan jangan terlalu taksub dengan pemimpin.
Apa pun pasaran saham memberikan respon negatif terhadap kematian Presiden Korea Utara. Mungkin penganalisa pasaran menjangkakan ketidakstabilan akan berlaku dalam jangka masa terdekat.
aku ingatkan Perang Dunia Ke-3 tak lama lagi.. hehe.. tapi org takut dgn negara komunis ni, tentera diorg antara ke-4 terkuat di dunia ni.. pasal tu Korea Selatan, Jepun & US amik langkah berjaga2..
Kalau buat dia buat gila lancar peluru perpandu nuklear tidak haru rantau asia. 🙁
komunis atau kapitalis barat yg bertelagah, hakikatnya umat Islam yg mati tersepit di tgh2.
Sebenar idelogi dan fahaman politik berasal dari barat. Mereka yang banyak memesong negara didunia dengan ideologi yang akhir mengancam kestabilan sesebuah negara.
‘Kepop’ tu dekat Korea Selatan yek? Utara ni > komunis, kan…??
He..hee..betul tuh K-Pop berasal dari Korea Selatan mana kala Korea Utara adalah sebuah negara komunis.
xtau la reaksi pemimpin dunia, tp bagi saya kematian pemimpin besar korea utara pasti merubah landskap suasana di semenanjung korea, kita akan lihat apa perancangan dan hala tuju yg akan dibawa oleh anak pemimpin korea utara, adalah mengikut cara bapanya atau sebaliknya….
Anaknya kom Jong Il baru 28tahun. Negara barat bimbang beliau lebih agresif kerana perwatakan muda beliau mengerak semua program nuklear.