Marco Simoncelli kemalangan ketika sedang berkasi di Litar Antarabangsa Sepang
Hari ini(23 Oktober 2011) peminat MotoGP dikejutkan dengan kematian pelumba muda dari Itali iaitu Marco Simoncelli(24 tahun) ketika sedang beraksi di Litar Antarabangsa Sepang. Marco Simoncelli terkenal dengan cara penunggang yang agresif.
Kemalangan membabit 3 pelumba MotoGP yang mana Marco Simoncelli yang menunggang jentera Honda mewakili San Carlo Graseni tergelincir ketika mengambil selekoh telah dilanggar oleh pelumba Yamaha Tech 3 Colin Edward yang turut diekori rapat oleh Valentino Rossi pelumba jentera Ducati.
Akibat pelanggaran tersebut menyebabkan Marco Simoncelli turut digelar ‘Super SIC’ telah mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dada. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang waktu Malaysia.
Gambar aksi Marco Simoncelli yang berjaya dirakam oleh lensa AkuBiomed
Aku tidak berhasrat meletakkan video atau gambar kemalangan sebagai menghormati keluarga dan peminat Marco Simoncelli yang baru kehilangan insan yang tersayang.
p/s: Ucapan takziah kepada keluarga Marco Simoncelli 🙁
msa dia jtuh dia kna storok pda tngn tu la dia x lpas moto oang klau jtuh lpas moto….
Memang sudah tersurat kematiannya yang sungguh tragis. Mana-mana pelumba profesional akan melepaskan motorsikal apabila jatuh.
mmg xsangka. sbb biasanya safety dorang mmg hampir kpd perfect. tapi kalau da ajal kan. nak wat camne..
Kak Long sempat tengok masa kecoh-kecoh tu sebab suami sedang menonton TV. Terus Kak Long duduk sekali tengok. Ada dirakamkan kekasih dia sedang menangis. Mana tak sedih, tengok depan mata orang.
Sudah tentu akan berduka kerana melihat kekasih kemalangan di depan mata
Bangun pagi tengok paper,baru tahu pasal kemalangan ni. Saya tak tengok berita sbb berjalan ukur tanah kat uptown pandan,JB huhu..saya pon tertanya jgk mcm mana helmet tu boleh tercabut.
Itulah heran bagaimana topi kaledar boleh tercabut mungkin kerana akibat hentaman yang kuat
Tak salah aku kat litar batu 3 lama dulu pun ader gak pelumba jepun maut semasa perlumbaan satu ketika dulu…tp masa tu klau tak salah aku bukan dalam motogp…race ARRC je kot…kalau x salah aku laa….:)
sukan yang berisiko tinggi, cemana ye topi boleh tercabut..memang dasyat kemalangan smlm
Mana-mana sukan ada jentera ada risiko kemalangan walaupun ada aspek keselamatan ditekankan
Pelik…
Mcm mana topi keledar boleh tercabut kan!~
Mungkin ajalnya dah sampai, yang lain belum tentu nasib masing2.. Aku rasa pelumba lain pun akan terasa juga fobianya..
takziah utk keluarga mereka… memang nyawa jadi taruhan
dlm sukan sebegini..
takziah pada keluarga beliau
Shoya Tomizawa turut maut dalam kemalangan serupa seperti Simoncelli dalam Moto2, satu kelas di bawah MotoGP, tahun lalu
mula-mula dengar berita nih tak percaya jugak, bila semua dah heboh baru percaya. takziah kepada keluarga Simoncelli nih. Itu pilihan dia, dah itu salah satu risiko yang dia kena tanggung kan.
tadi baru berkesempatan tgk vid dalam berita..memang teruk gak..pas da jatuh,, kena langgar lagi. lagi plak helmet tercabut..hurm…
takziah buat keluarga mendiang
Bawa laju dan agresif ada risikonya di litar manapun. Jangan nanti litar sepang disalahkan sebagai tiada ciri keselamatan.
Difahamkan setiap kali sebelum perlumbaan, penganjur ada menerangkan aspek keselamatan kepada pelumba
Resikonya besar jadi pelumba motor atau kereta. The big Q’s is “berbaloi” ker? Takziah juga buat family Marco. R.I.P.
huhu.dah jatuh..kena langgar lagi..kalau aku..tak tahulah nak kata apa..
Sudah sampai ajal dia…
sy terfikir bagaimana helmet nya boleh tercabut..sangat sedih kebelakangan ini ramai yg mati dengan trajis
ada tgk klip video kemalangan tuh…
tp x abes, x sanggup..
saya kena attend kenduri kawin pada hari tersebut, dan semasa ondway tu ramai konvoi bermotor sedang menuju ke litar sepang untuk event tu. Banyak juga motor besar2. Jalan sepang pun jem.
malang sungguh kan kan kan..
harap2 ini jadi pengajaran kepada mat2 rempit di luar sana..
eh! ada kaitan ke?
ahaks.. jhehehehehe
mat rempit, mat motor, mat kembara jalanan… he he 😉
ada rzki nak tgok perlawanan moto depan mata heee..
Dah lama tak dengar berita yg meragut nyawa di litar 500cc…
Hilangnya seorang pelumba yg cukup berbakat
takziah kpd mangsa…ajal takkan lewat walaupon sesaat..
Memang betul bro. Itu adalah janji Allah SWT adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi alam barzakh?
semalam tengok video .. sian dah ajal dia di situ
Seorang penunggang yg agressif jugak nih…bagaimana pun telah ditakdirkan nyawanya di ambil dilitar Sepang..itu adalah ketentuanNYA. Sebagai manusia aku hanya mampu bersimpati atas apa yg terjadi…sekurang2nya dia mati dgn apa yg dia suka buat…
Mendiang Marco Simoncelli memang dikenali pelumba yang agresif dan beliau juga digelar ‘Super Sic’. Beliau pernah menyebabkan Pedrosa pasukan Honda Repsol patah bahu kerana bergesel dengan beliau
tengok live ye ..
Saya beli tiket seawal bulan Ramadan 🙂 Memang kami sudah rancang awal untuk menonton MotoGP di litar Sepang
salam..
kemalangan apabila berlumba perkara
biasa..tapi melibatkan kehilangan nyawa
adalah risiko pelumbaan sebegini..keluarga
atau beliau sendiri sudah bersedia menghadapi
situasi dan kemungkinan sebegini.
takziah buat keluarga beliau..
Keluarga dan kekasih mendiang Marco Simoncelli hadir untuk melihat beliau berlumba dan tidak sangka ia berakhir dengan kemalangan tragis
Inilah risiko berlumba…
Risiko tetap ada kerana motorsikal dibawa pada kelajuan tinggi.
R.I.P Super SIC #58..
sukan merbahaya ni dah banyak meragut nyawa pelumba
remaja kita pulak yang dok merempit tu, ntah bila nak sedar
sedarnya lmbat lagi dah kena baru sedar tu [un ada yg tak serik2 gak heee
Mat Rempit kita lagi dahsyat ketika menunggang motorsikal tanpa perlindung yang sesuai.
saya pun tak play video yang org share tu..
takziah kepada keluarga mendiang
terkejut jugak tadi.ingatkan berita ni tak betul.rupanya betul bila tengok berita tv3 tadi…
he dah tersebar mesti kecoh kat maya punya heeee
Kami yang berada di Litar Sepang pun terpinga-pinga apa yang berlaku setelah bendera merah dikibarkan kerana perlumbaan tertangguh hampir setengah jam sebelum dibatalkan
untung dapat berada di sana..
Sudah 3 tahun menonton MotoGP. Deruman enjin jentera 2 roda membuatkan saya tidak senang duduk 🙂
sayang…masih muda lagi…punyai potensi besar dlm MotoGP…
Marco Simoncelli berbakat besar dan cara penuggangan tidak banyak beza dengan Valentino Rossi. Saya mengenali Marco Simoncelli ketika beliau beraksi bersama pasukan Gillera jentera 250cc
Salam,
saya tak jadi pegi, mujur juga tak beli tiket awal, pagi tadi suami kena pergi test kat sg.besi.
kesian tengok dia, aiman seriau tgk, nasib baik tengok dalam tv, kalau tengok kat sana lagilah terasa sedih 🙁
Hari ini perjalanan saya bersama rakan ke Litar Sepang lancar dan banyak kemalangan berlaku pada pelumbaan MotoGP kali ini.
bertuah bro dapat tgk live
Kalau ada rezeki 2012 nanti saya akan pergi menonton perlumbaan MotoGP di Sepang