• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / MotoGP 10.10.10 – Lorenzo aku ingin melihat kamu ditabal World Champ

MotoGP 10.10.10 – Lorenzo aku ingin melihat kamu ditabal World Champ

9th October 2010 by akubiomed 1 Comment

Lorenzo telah ditabal MotoGP World Champ pada 10.10.10.

Perancangan dengan rakan sekerja hendak menyaksikan MotoGP telah dirancang sejak sebelum bulan puasa. Masing-masing memberi idea cadangan termasuk berkonvoi dengan motorsikal ke SIC Sepang. Apabila sampai disaat-saat akhir ramai yang menarik diri tinggal 3 yang masih bersemangat menyaksikan acara MotoGP yang lebih menarik SIC Sepang menyaksikan sambutan ulang tahun yang ke 20.

“Jorge Lorenzo yang berasal dari Sepanyol merupakan juara 250cc pada musim MotoGP 2006 dan 2007”

Aku telah membuat persiapan termasuk membeli ear plug sebagai belajar dari pengajaran tahun lepas aku tidak dapat mengambil gambar semasa perlumbaan berlansung akibat kebingitan deruman enjin motor MotoGP. Tahun ini menyaksikan Jorge Lorenzo akan ditabalkan juara dunia jika dapat menghabiskan perlumbaan pada posisi 10. Pesaing senegara Jorge Lorenzo iaitu Dani Pedrosa dari Sepanyol tidak dapat berlumba kerana kecederaan semasa membuat ujian masa di litar Motegi Japan

Tahun ini menyaksikan kemalangan pelumba dari Jepun iaitu Shoya Tomizawa yang menyebabkan kematian pelumba bagi pelapis MotoGP. Kematian tragis dari negara matahari terbit telah ditangisi peminat-peminat MotoGP di seluruh dunia.

“Valentino Rossi akan meninggalkan Fiat Yamaha dan akan ke Ducati untuk bersama Nicky Haden bagi musim MotoGP 2011”

Manakala tahun ini menyaksikan Valentino Rossi antara pelumba yang aku minati terpaksa mengigit jari kerana gagal mempertahankan takhta juara dunia yang dimenangi tahun lepas akibat kemalangan di litar Mugello Itali menyaksikan Valentino Rossi terlepas beberapa perlumbaan.

Litar SIC telah menjadi saksi yang mana banyak juara dunia ditabalkan kerana pada pusingan ini mata setiap pelumba yang dikumpulkan sudah melayakkan pelumba ditabal sebagai juara dunia. Tahun 2011 menyaksikan beberapa pelumba melompat ke pasukan baru seperti Valentino Rossi akan ke pasukan Ducati dan akan bergandingan dengan Nickey Hayden mengantikan Casey Stoner berubah arah ke pasukan Honda.

Manakala Ben Spies kelahiran Amerika merupakan bekas juara SBK dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 akan mengambil tempat Valentino Rossi dan akan bergandingan dengan Jorge Lorenzo didalam pasukan Fiat Yamaha.

  • Lorenzo Juara Dunia MotoGP 10.10.10 dan Rossi hebat di podium
  • MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011
  • Hot Chicks or Hot Bikes?

Filed Under: blog Tagged With: jorge lorenzo, motogp

Reader Interactions

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in