• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon

Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon

25th March 2012 by akubiomed 76 Comments

Bantu saya cadangkan masakan ikan Salmon.

Saya agak kebuntuan mencari resipi yang sesuai untuk masakan ikan Salmon. Mengimbau pengalaman beberapa tahun dahulu buat pertama kalinya ke luar negara untuk menerima latihan di Flinders Medical Centre. Menu ikan Salmon adalah menu harian saya kerana ketika begitu naif ketika berada diluar negara buat pertama kali.

AkuBiomed ketika berada di Australia

Mungkin yang mengenali agak saya pelik kerana sebelum ini pernah kata tidak makan ikan tapi didalam entri ini saya makan ikan Salmon pula. Ini bukan Lawak ke der. Saya sebenarnya terpaksa memaksa untuk tekak menelan menu ikan Salmon kerana saya katakan saya terlalu naif ketika berada diluar negara untuk mencari makanan yang halal. Hinggakan pernah ditegur oleh rakan mat salleh adakah saya suka sangat menu ikan Salmon. Saya malas hendak berhujah dengan mengiyakan sahaja dan menoktahkan perbualan yang terasa sinis itu. 🙂

AkuBiomed gambar bersama tenaga kerja Flinders Medical Centre

Hari ini saya dan famili ke  pasaraya Aeon yang dahulu dikenali sebagai Jaya Jusco. Ketika membeli barang  keperluan dapur saya terlihat Ikan Salmon tergerak hati ini untuk membelinya. Walhal didalam kepala tidak tahu resepi apa yang sesuai untuk menyediakan masakan ikan Salmon. Maka saya dan isteri godek-godek di YouTube untuk mencari menu yang sesuai untuk  membuat masakan ikan Salmon.

Tercipta resepi masakan ikan Salmon hentam sahajalah.

Lebih malang lagi bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat masakan ikan Salmon tidak cukup jadilah resepi ikan Salmon hentam sahajalah. Nasib baiklah tidak dimasak kesemuanya ikan Salmo sebagai permulaan masak sebahagian ikan Salmon. Aduhai rasanya tidak sama ketika berada di Australia dahulu puas memikir apa yang silap dan tidak kena dengan penyediaan masakan ikan Salmon. Ini masalahnya apabila sudah mempunyai tanda aras jadi susah hendak mencari masakan yang setanding.

Hasil resepi masakan ikan Salmon hentam sajalah

Saya ingin meminta bantuan blogger mencadangkan entri berkaitan resepi masakan ikan Salmon dan kemudian backlink entri  tersebut didalam ruangan komen dengan meninggalkan “ini adalah cadangan resepi masakan ikan Salmon saya”.

Sila tekan butang kongsi:

  • Progres Aquascape selepas 7 hari
  • Adventure air terjun Santuari ikan Sungai Chiling
  • Resepi nasi Arab Mandy restoran Saba marvelous

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hadi Hanafee says

    28th March 2012 at 11:49 pm

    ikan salmon antara ikan yang paling saya suka makan. sedap

    Reply
    • suri says

      31st March 2012 at 12:25 am

      ikan tu mahal wooo tpi sedp

      Reply
  2. Norasikin says

    28th March 2012 at 5:09 pm

    ikan salmon kaya dengan omega 3 dan karotena. Mesti kekalkan khasiatnya. Jadi cuma grill je sikit utk menggaringkan kulitnya dan ditabur garam dan lada sulah. Makan dengan sos apa pun sedap

    Reply
  3. titan says

    27th March 2012 at 11:46 pm

    bab ikan, ni..aku tibai aje semua. mak aku yang masak. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:04 am

      Hasil air tangan apa masakan sekali pun akan terasa sedap. 🙂

      Reply
    • suri says

      31st March 2012 at 12:27 am

      bro kacak mmg anak mak heeeee

      Reply
  4. chii says

    27th March 2012 at 10:45 pm

    kiranya bukan sebarang juga la ikan salmon ni ya..salah masak..mmg x sedap jd nya..chii sendiri x pernah mkn..so no idea 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th March 2012 at 11:46 pm

      Ikan hendak dikatakan susak dimasak tidak juga kerana dagingnya tidak akan berderai dan melekat.

      Reply
  5. sangilapi says

    27th March 2012 at 3:33 pm

    susah-susah kau masak sup je,ABM 🙂
    kau sama macam aku dulu-dulu,tak reti nak makan ikan kecuali ikan bilis.

    Reply
    • akubiomed says

      27th March 2012 at 11:46 pm

      Saya tidak mahu buat sup kalau boleh.

      Reply
  6. nuriz says

    27th March 2012 at 2:32 pm

    cuba masak masam manis pulak atau 3 rasa 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:01 am

      Kalau hendak dibuat masak 3 rasa tidak cukup pula ikan Salmon. Terima kasih atas cadangan tersebut.

      Reply
  7. azmanisma says

    27th March 2012 at 1:40 am

    ikan salamon ni grill je sedap kalu goreng rasa pahit,nanti saya tanya chef sedap masak apa ikan ni..

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:01 am

      Terima kasih bro kerana bersusah payah menayakan kepada chef. 🙂

      Reply
  8. lunaticg says

    27th March 2012 at 1:06 am

    Cuba try salmon masak kari.., sedap kalau ada cukup bahan2nya….

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:02 am

      Terima kasih ke atas cadangan tersebut tapi baki ikan Salmon tidak banyak.

      Reply
      • suri says

        31st March 2012 at 12:27 am

        ah buat masak kicp habis cerita heeeee jgn marah bergurau jer

        Reply
  9. faizfakhirin says

    26th March 2012 at 11:03 pm

    kreatif inovatif n produktif…hahaha…skali dh jadi cm ikan goreng.

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:03 am

      Tidak sepatutnya dijadikan begitu sebab kekurang info dan bahan lain akhir jadinya. 🙂

      Reply
  10. kulanz says

    26th March 2012 at 10:07 pm

    lambat pula aku bagi cadangan bro.. silap2 dah masak ikan salmon tu..
    tapi pilihan akupun macam yang lain juga.. grill tu mudah disediakan dan sedap..

    Reply
    • akubiomed says

      27th March 2012 at 12:48 am

      Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Masih ada baki lagi ikan Salmon kerana sebilangan kecil yang dimasak. 🙂

      Reply
  11. donnyien says

    26th March 2012 at 9:31 pm

    aku bantu makan bro boleh hehe..

    Reply
  12. suri says

    26th March 2012 at 9:24 pm

    pernah masak tapi msk 3 rasa huhu..dan goreng mkan dgn nasi bgtu jer huhu…erk resepi lain mmg tak pernah mencuba lgi

    Reply
  13. New blog Hairul says

    26th March 2012 at 9:08 pm

    boleh grill.. tapi kena marinate dulu dlm 1 jam dgn lemon juice, soya souce atau kicap dan melted butter.. garam dan gula… tapi saya tidaklah pandai sgt pasal western food nie.. pernah kerja kat western food tapi semua dah siap marinate.. diaorg mmg keep secret resepi diaorg…

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:32 pm

      Patutlah tidak merasa juicynya kerana sekejap sangat diperap. Terima kasih bro memberi cadangan. 🙂

      Reply
    • chii says

      27th March 2012 at 10:43 pm

      aduhaii..terliur plk dibuatnya..lagi2 di marinate dgn lemon juice n melted butter

      Reply
  14. Aya says

    26th March 2012 at 8:38 pm

    Aya tak pernah makan ikan salmon…so confirm tak tau masak ni..hehehe

    Reply
    • faizfakhirin says

      26th March 2012 at 11:03 pm

      aya pergi la beli sushi yg ad salmon..hehe

      Reply
  15. Khidhir says

    26th March 2012 at 8:14 pm

    ok2.. sy x mengaku saya tak kenal ikan.. huhu

    Reply
    • suri says

      26th March 2012 at 9:25 pm

      ikan ni mahal ho hee jarang org bli tapi manfaat mkn ikan ni bagus

      Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:33 pm

      Saya bukan semua ikan kenal sebab tidak makan ikan. 🙂

      Reply
  16. Hazmin Hamudin says

    26th March 2012 at 7:35 pm

    Mungkin boleh dibuat grill… Saya bab masak ni memang gagal, tapi bab makan memang la boleh… Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 9:33 pm

      Ramai yang mencadangkan buat resepi grill nanti boleh dicuba. Terima kasih bro. 🙂

      Reply
      • suri says

        31st March 2012 at 12:30 am

        bro ab dh siap ikan jgn lupa bt entri utk hri rabu heeee..cam pop corn tu heeee

        Reply
  17. puanbee says

    26th March 2012 at 5:09 pm

    saya suka sushi salmon , heheh ikan ni boleh di buat sup dan juga bakar , jika hendak buat sup pastikan kuah tu pekat sikit , sebab isinya tu lembt takut ada rasa pelik lak..

    tp bakar memang sedap , bakar sikit jek bg garing di luar dalam nya biar berair2 ..sedapnya ..

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 5:44 pm

      Saya pernah mencuba Sushi tetapi tidak beberapa berkenan akhirnya abang Koning tolong habiskan. 🙂

      Reply
  18. baguznet says

    26th March 2012 at 4:22 pm

    Tak pernah makan plak ikan ni bro. Mengikut tekak bro, sebenarnya sedap tak ikan ni?

    http://www.baguznet.com/

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 5:44 pm

      Kalau ikut tekak saya sedap tetapi tidak pasti orang lain kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Masalahnya apabila masak ikan Salmon ini tidak menjadi pula. 🙁

      Reply
  19. nurmisnan says

    26th March 2012 at 4:03 pm

    Grill atau masakan western dah biasa bagi semua tapi pernah ke
    masak salmon kari? Sedap juga.. hik3

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 5:45 pm

      Ikan Salmon buat kari macamana rasanya nanti. Boleh cuba nanti.

      Reply
  20. eLLy says

    26th March 2012 at 3:23 pm

    Ha cer cuba resepi Mat gebu nie
    http://www.tiffinbiru.com/2008/01/salmon-terayaki.html

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 5:46 pm

      Terima kasih mencadangkan resepi ikan Salmon. Nanti saya terjah link yang diberikan.

      Reply
    • Chenta says

      26th March 2012 at 6:49 pm

      resipi mat gebu mudah & best!

      Reply
  21. azura says

    26th March 2012 at 3:14 pm

    saya pun tak pandai…kalau nak variaty cuba perah lemon….

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 5:46 pm

      Semalam buah lemon tidak ada belasah buat limau Kasturi. 🙂

      Reply
  22. Azuan says

    26th March 2012 at 2:53 pm

    Ikan salmon ni rasa dia mcm ne? best ke?

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 5:47 pm

      Pertama kali saya cuba terasa kesedapannya.

      Reply
  23. muazfaris says

    26th March 2012 at 12:03 pm

    saya tak pro bab makan2 ni la pulak

    Reply
  24. eiela says

    26th March 2012 at 11:04 am

    tak tau plak, tak pernah makan. bakar or masak stim dengan lada hitam best kot. huhu

    Reply
  25. Norizwan says

    26th March 2012 at 11:02 am

    wah tak pernah makan…sushi pernah ler…sedap gak….buat ikan bakar jer la bro huhu….:-)

    Reply
  26. bardboo says

    26th March 2012 at 6:32 am

    bila ada kat luar negara memang ragu2 sikit bab makanan ni..hari tu saya ada beli salmon..tp buat goreng mcm biasa je..dan yg lebihnya letak dlm bubur ammar..

    Reply
    • suri says

      31st March 2012 at 12:33 am

      bby mash belajar makan yum..yum..

      Reply
  27. tehr says

    26th March 2012 at 4:02 am

    Aku tak pernah makan ikan ni
    Kalau aku yang masak, gaul garam dengan kunyit je la
    Hehe

    Reply
  28. pipoq says

    26th March 2012 at 3:35 am

    hehehe..selalu makan yang smoked salmon je..tu pun yang dah kena hiris nipis, makan dengan western mayonis..

    ape pun…ini adalah cadangan resipi masakan ikan salmon saya..hehehe

    Reply
  29. zulkbo says

    26th March 2012 at 2:05 am

    salam..
    resepi hentam sajalah tu
    nampak sedap juga..
    isteri saya tak pernah
    masak menu ikan ni
    saya kalau makan pun
    teppanyakki (masakan Jepun)

    Reply
  30. Kimmy says

    26th March 2012 at 12:47 am

    I love salmon…sedapppp

    Reply
    • faizfakhirin says

      26th March 2012 at 11:04 pm

      betul betul betul…mmg sedap…xberbau

      Reply
  31. anif says

    26th March 2012 at 12:14 am

    Tak payah masak.. Makan jer terus! Jadikan “Sashimi” makan dengan wasabe + kicap! 😀

    Amacam ada berani?

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 12:19 am

      Pernah merasa Sushi terus menolak tidak mahu makannya.

      Reply
    • puanbee says

      26th March 2012 at 5:10 pm

      sedap2 , suka …

      Reply
    • suri says

      31st March 2012 at 12:35 am

      bro peminat mkn tegar jepun ni hee..sy tak pernah mkn sushi jepun huhu

      Reply
  32. Yas says

    26th March 2012 at 12:14 am

    Aku tau makan je bro…bab2 resepi ni mmg fail…kalau nk kasik rentung mmg bole la kasik kat aku….hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 12:15 am

      Resepi ikan Salmon goreng yang dihasilkan didalam gambar entri ini keras dan tak menjadi.

      Reply
  33. ohcikgu says

    26th March 2012 at 12:02 am

    bakar..bungkus dengan daun pisang. Pastu.cicah sambal kicap atau sambal belacan. Fuhh..terangkat..hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 12:08 am

      Buat ikan bakar. Boleh ker ikan Salmon buat macam ikan Bakar?

      Reply
      • suri says

        31st March 2012 at 12:46 am

        haa best ker? lain dri lain heeee

        Reply
  34. auc dot com says

    25th March 2012 at 11:57 pm

    x pernah makan lagi ikan ni
    best ke?

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 12:09 am

      Pertama kali makan ketika di Australia memang sedap. 🙂

      Reply
      • Yas says

        26th March 2012 at 12:14 am

        Ikan ni yg dagingnya kalau masak warna kemerah2an kan bro?

        Reply
        • akubiomed says

          26th March 2012 at 12:29 am

          Betultuh bro boleh nampak aluran kemerahan.

          Reply
  35. Jobless Girl says

    25th March 2012 at 11:24 pm

    Agree JBCool grill ikan salmon saja lebih sedap.

    Reply
  36. JBCool says

    25th March 2012 at 11:22 pm

    Grill kan sahaja. Aku suka makan style ni. Cuma resipi sos tu tak pasti macam mana 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2012 at 12:08 am

      Nampak gaya saya perlu godek Google untuk mendapatkan resepi Salmon grill. Terima kasih keatas cadangan tersebut.

      Reply
      • Jomtonton says

        26th March 2012 at 4:26 pm

        A’ah grill best, aritu ada tgk kat MasterChef Malaysia.. resepi dia tak ingat pulak..

        Reply
      • JBCool says

        31st March 2012 at 10:21 am

        Kalau dah dapat resipi tu and sedap, tolong publish ok.

        Reply
    • a says

      26th March 2012 at 5:34 pm

      Aku pun suka yang grill je.. makan dengan sos tartar pun sodap..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in