• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Rasa Kampung Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Club

Rasa Kampung Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Club

19th June 2013 by akubiomed 123 Comments

Pada hari Selasa minggu lepas saya telah menghadiri media dan blogger “Rasa Kampung” buffet di Tropicana Golf & Country Club(TGCR), Kota Damansara. Terima kasih kepada Redmummy kerana menjemput saya ke majlis media buffet tersebut.

Menghadiri majlis berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Club ini bukanlah sesuatu yang baru kepada saya kerana sebelum ini kelab kebajikan di tempat kerja telah beberapa kali mengada majlis berbuka puasa disana. Memandangkan jarak premis tempat kerja dengan TGCR tidaklah jauh sangat.

redmummy
melastik bintang

Untuk buffet bulan Ramadhan 2013, pihak TCGR  telah memperkenalkan “Rasa Kampung Buffet” sudah tentu boleh dibayangkan masakan rasa kampung bakal dihidangkan. Bagi mereka yang merantau dapat mengimbau suasana masakan rasa kampung walaupun berkerja di kota metropolitan.

Pasangan merpati sejoli red daddy & redmummy

Buffet Ramadhan Rasa Kampung:

Salad & Appetizer

Buah Kurma, Ulaman Tradisional, Ikan Masin, Ikan Perkasam Goreng, Kerabu Sotong Bunga, Kerabu Udang, Kerabu Sayur, Hati Goreng Kunyit, Paru Goreng Cili Bawang, 4 jenis jeruk buah-buahan

Paru Goreng Cili Bawang

Dressing

Sambal belachan, Tempoyak, Budu, Cencaluk, Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Sambal Tumbuk Kelapa, Sambal Mangga.

Masakan Istimewa Melayu & Hidangan panas utama

Ayam Kampung Masak Lemak Mangga Muda, Asam Pedas Melaka, Sambal Tempe Ikan Bilis, Kambing Masak Kicap Berempah, Petola Masak Lemak Putih dengan Soo Hon, Nasi Putih

TGCR telah menyediakan 29 gerai diantaranya

Warung Lambuk
Bubur Lambuk Berherna Tropicana.

Warung Gulai Kawah
Masakan kawah Gulai Daging Berkentang, Gulai Ayam Kampung.

Warung Sup Utara – Istimewa sempena bulan Ramadhan
Sup Urat Keting, Sup Gear Box Kambing, Sup Daging
Perasa: Daun Bawang, Bawang Merah Goreng, Cili Kicap

Warung Nasi Kerabu – Citrasa nasi
Nasi Kerabu, Acar Mentah, Ayam Percik, Kembung Bakar dan Ulam-Ulam

warung chicken run
nasi kerabu
ayam percik

beef rendang penne

jagung rebus
warung apam balik

cucur badak
kuih bakar
cakoi

aneka bubur
teh tarik

Selain menu utama turut disediakan 5 set menu dengan 100 pelbagai masakan Cina, India, Jepun dan Barat sedia untuk dipilih memandangkan bukan setakat umat islam hadir untuk berbukan puasa turut bangsa lain mengambil peluang merasai buffet berbuka puasa di bulan Ramadhan.

nasi itik panggang

kredit: Redmummy

Harga Rasa Kampung Buffet(bukan ahli): Dewasa RM80++ dan Kanak-kanak RM40++

TGCR telah mula menjual baucer yang dijual untuk Dewasa RM60++ dan Kanak-kanak RM30++. Tawaran ini sah sehingga 30hb Jun 2013.

Tawaran ditambah lagi percuma 1 baucer BBQ setiap pembelian 10 baucer.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan ” Rasa Kampung” Buffet boleh hubungi no telefon 03-7804 8888 ext 306/309/325, 03-7804 1919, 014-927 0502 (Razak), 012-276 5797 (Zainul) atau 012-620 1831(Sazali Chin).

AkuBiomed: Sepanjang berada di majlis “Rasa Kampung” memang kecur air liur melihat menu-menu yang ditawarkan.

Sila tekan butang kongsi:

  • Berbuka puasa di kampung
  • Berjaya laksana cabaran ErtiSosial
  • Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Datin Tyka says

    30th June 2013 at 11:39 pm

    hahaha lapar ya

    Reply
  2. Datin Tyka says

    30th June 2013 at 11:37 pm

    tengok pon dah sedapkan

    Reply
  3. Datin Tyka says

    30th June 2013 at 11:29 pm

    betul tu…. bagus untuk orang kuat makan

    Reply
  4. suri says

    30th June 2013 at 11:15 pm

    masa ini juga blogger bergaya

    Reply
    • Datin Tyka says

      30th June 2013 at 11:28 pm

      sudah semesti nya

      Reply
  5. suri says

    30th June 2013 at 10:57 pm

    makan macam ini baru puas

    Reply
  6. suri says

    30th June 2013 at 10:56 pm

    ini tak sabar nak puasa

    Reply
    • Datin Tyka says

      30th June 2013 at 11:31 pm

      puasa untuk rehatkan perut

      Reply
  7. suri says

    30th June 2013 at 10:55 pm

    sambal belacan

    Reply
    • Datin Tyka says

      30th June 2013 at 11:30 pm

      feveret ni

      Reply
  8. suri says

    27th June 2013 at 4:39 pm

    lauk di atas macam sedap.kalau dapat jilat kt kuali kira ok tapi masa itu kena tunggu kuali sejuk heee

    Reply
  9. Mekar says

    24th June 2013 at 7:15 pm

    Betuahnya akubio ada sahabat menjemput utk review tempat2 mkn mcmni. Best semua sbb sya pun suka makan2

    Reply
  10. Hairul Hissam says

    23rd June 2013 at 8:10 pm

    perghhh.. byk betul masakannya… teh tarik pun ada.. mmg best.. 😀

    Reply
  11. Ummi Hanie says

    23rd June 2013 at 1:46 pm

    semuanya nmpk sedappp… byk skali pilihan… bagaikan dlm syurga mknn 😉

    Reply
  12. PerenLee says

    23rd June 2013 at 12:35 pm

    RedMummy tak tutup aurat..hoho

    Reply
    • Datin Tyka says

      30th June 2013 at 11:33 pm

      biar la dia

      Reply
  13. yas says

    22nd June 2013 at 10:17 pm

    Waaa…puas ati nih dpt makan free….hehehee

    Reply
    • Datin Tyka says

      30th June 2013 at 11:38 pm

      siapa yang tak puas hati kan

      Reply
  14. Potia Casadelarossa says

    22nd June 2013 at 6:56 pm

    ni pakej biasa je bro kan? pekej berbuka ada tak?

    Reply
    • Potia Casadelarossa says

      22nd June 2013 at 6:58 pm

      adoi terlepas baca yg berbuka puasa td… ok2 dah jelas dah…

      Reply
    • Datin Tyka says

      30th June 2013 at 11:34 pm

      kena baca betul betul

      Reply
  15. Potia Casadelarossa says

    22nd June 2013 at 6:55 pm

    alahai… tengok je pon dah meleleh air liur… adoi tetiba rasa lapar… rm80 untuk semua tu rasanya berbaloi kot… jgn makan nasik..mkn lauk je… ehehe

    Reply
    • suri says

      27th June 2013 at 4:39 pm

      tonton cuci mata hee ada rezeki bolehlah ajak keluarga berbuka di sana

      Reply
      • Datin Tyka says

        30th June 2013 at 11:38 pm

        tapi mahal je

        Reply
  16. Hairul Azni says

    22nd June 2013 at 2:23 pm

    Banyak betul menu berasaskan masakan kampung..nampak semua sedap2..

    Reply
  17. Kak Long Mawar Merah says

    22nd June 2013 at 2:06 pm

    Terus rasa lapar. Nak kena beli voucher ni.

    Reply
  18. Razlan says

    22nd June 2013 at 1:15 am

    Sedapnya ,tambah2 nasi kerabu…banyak juga yang saya tak tahu lagi baru nampak ..

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 10:58 pm

      saya pula tak minat nasi kerabu

      Reply
  19. Bidadari says

    21st June 2013 at 11:24 pm

    banyaknya makanan dia. sedap-sedap lak tu. dekat je ni dengan rumah saya. memang kena cuba ni hehe

    Reply
  20. Sumijelly says

    21st June 2013 at 10:05 pm

    gila banyakmenu………

    bulan tak poser boleh kot telan semua..tp bulan poser.. mau sengkak perut nanti………hahahaha

    meh banjer kak sumi makan meh……kih3

    Reply
  21. Norfanil says

    21st June 2013 at 8:59 pm

    gila banyak pilihan..
    kecur air liuq!!

    Reply
    • akubiomed says

      21st June 2013 at 9:28 pm

      Sebut sahaja. Macam-macam ada. 🙂

      Reply
      • suri says

        27th June 2013 at 4:44 pm

        tutup mata dan wish gitu. jika ada makanan sebanyak ini saya rasa saya akan cedok makanan itu dia ke tiga jenis sahaja.

        Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 10:58 pm

      rambang mata dibuatnya

      Reply
  22. azwan says

    21st June 2013 at 4:51 pm

    time bulan puasa nanti bukan boleh sangat nak makan banyak-banyak ni.

    Reply
    • akubiomed says

      21st June 2013 at 9:28 pm

      Rasa-rasa bolehlah bro.

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 10:59 pm

      tengok dapat makan sikit

      Reply
  23. Miss Puan Yati says

    21st June 2013 at 4:08 pm

    Sedap-sedap semua menu. Bila tengok gambar-gambar terasa aura berbuka puasa pulak dah hehe

    Reply
    • akubiomed says

      21st June 2013 at 9:30 pm

      Opss, maafkan saya. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th June 2013 at 10:59 pm

        sabarlah duhai hati

        Reply
  24. boni Ultra kacak says

    21st June 2013 at 1:14 pm

    wah,.. memang nampak sangat-sangat menarik…

    Reply
  25. jebat says

    21st June 2013 at 10:34 am

    sedapnya tengok makanan

    Reply
  26. suri says

    21st June 2013 at 10:00 am

    Allah sungguh meriah dengan makanan dan minuman. Awas sila kawal nafsu makan anda ambil sikit-sikit jangan ambil banyak nanti ada yang membazir..

    Reply
    • akubiomed says

      21st June 2013 at 9:31 pm

      Ambil sikit-sikit boleh setiap satu.

      Reply
  27. suri says

    21st June 2013 at 9:58 am

    wah dapat undangan lagi memang rezeki sungguh tuan admin kita ni

    Reply
  28. Muktasim says

    21st June 2013 at 9:49 am

    baru sudah makan pun rasa lapar balik tgk gambar2 dlm entry ni.. 🙂

    Reply
  29. Ismail N says

    21st June 2013 at 9:18 am

    Best betul makanan-makanan tu ehhh. Kalau kawe ada sana, sure buat muka tak malu dan mintak tapau.. adehhh. Err boleh ker tapau?

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 10:59 pm

      bawa bekas tapawer sekali

      Reply
  30. anif says

    21st June 2013 at 1:56 am

    Fuhhh memang mantap la part makan-makan ni 😀

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:08 pm

      macam macam rasa ada

      Reply
  31. ProfHariz says

    20th June 2013 at 9:54 pm

    Bro dah boleh jadi blogger review plak ni. Hiks

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 11:15 pm

      Baru hendak berjinak-jinak. 🙂

      Reply
      • suri says

        21st June 2013 at 10:01 am

        sekali review dah banyak boleh masuk akaun. 🙂

        Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:00 pm

      ikut kak red eh

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:08 pm

      kita doakan untuk admin ya

      Reply
  32. hafizrahim says

    20th June 2013 at 6:19 pm

    wah..memang kecur air liur..tiba2 jadi lapar..nanti ada masa nak try berbuka kat sana la

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 11:16 pm

      Bolehlah bawa famili merasa “Rasa Kampung” buffet.

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:09 pm

      mesti pergi awal-awal

      Reply
  33. Datin Tyka says

    20th June 2013 at 4:37 pm

    uihhhh sedapnya… dah la belum makan tengahari lagi ni

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 11:17 pm

      Mahu berbunyi perut selepas melihatnya. 🙂

      Reply
    • suri says

      21st June 2013 at 10:05 am

      kita dah masak kt rumah tapi cam terlebih liur pandangan mata kt blog ab camner dt

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:00 pm

      baik urutkan anak mata dulu

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:10 pm

      silalah pergi dengan segera tak boleh jdi tgok sahaja

      Reply
  34. papa mifz says

    20th June 2013 at 4:35 pm

    wow semuanya nampak enak2 belaka…yummy…

    Reply
    • Datin Tyka says

      20th June 2013 at 4:38 pm

      ituu la.. memang nampak enak belaka

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:01 pm

      jangan lupa sayur mesti ada

      Reply
  35. hafizmd says

    20th June 2013 at 3:58 pm

    fuh! tgk dah kecur, apa lgi yg tukang merasa 😛

    Reply
    • Datin Tyka says

      20th June 2013 at 4:39 pm

      itu la .. tengok gambarnya sudah terliuq

      Reply
      • suri says

        30th June 2013 at 11:10 pm

        kita makan sama-sama blogger best jua

        Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:01 pm

      tukang merasa nak dapat rasa

      Reply
  36. nazray says

    20th June 2013 at 3:34 pm

    banyak betul korang makan. haha

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:01 pm

      esok tak perlu makan lagi

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:10 pm

      mana larat makan semua

      Reply
  37. sukma says

    20th June 2013 at 3:14 pm

    mak oiii…menunya terlampau banyak…larat nak test jer nie….perut kecik ler….
    harga pun boleh tahan mahal…..

    Reply
    • Datin Tyka says

      20th June 2013 at 4:50 pm

      haa rugi le kalau perut kecik.. ahah

      Reply
      • suri says

        30th June 2013 at 11:11 pm

        belilah eno kan bagus

        Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 11:18 pm

      Kalau hendak merasa didalam kuantiti kecil sahaja.

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:02 pm

      baru ada banyak pilihan

      Reply
  38. hafiz says

    20th June 2013 at 2:56 pm

    boleh tahan juga harga buffetnya..

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:02 pm

      setaraf degan apa yang d sediakan

      Reply
  39. titan says

    20th June 2013 at 1:29 pm

    okeh. paru tu nampak menyelerakan. hoho..

    Reply
    • hafiz says

      21st June 2013 at 12:56 pm

      gulai kawah tu lagi layan bro…

      Reply
      • suri says

        30th June 2013 at 11:11 pm

        buka mudah nak jumpa

        Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:03 pm

      ain reti ke masak ini

      Reply
  40. Mak Dara says

    20th June 2013 at 12:12 pm

    Wahhhh bestnya buffet yg diorang sediakan.. mcm mcm adaaaa

    Reply
  41. reezluv says

    20th June 2013 at 11:24 am

    aku rasa bulan pose ni ko gemuk la..ahahaaaa

    Reply
    • suri says

      21st June 2013 at 10:05 am

      ada sapa-sapa terasa payah nak noted kat sini

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:03 pm

      susah nak diet macam ni

      Reply
  42. PerenLee says

    20th June 2013 at 10:29 am

    Bukan nak makan,tapi sibuk ambil gambar dulu ya…

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:03 pm

      satu keperluanlah pula

      Reply
  43. JMR says

    20th June 2013 at 9:48 am

    nasib baik baca entri ni sblm bulan puasa..hahaha

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:04 pm

      ada masa jeguk balik

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:12 pm

      manusia dan lapar tak boleh lari

      Reply
  44. fyna says

    20th June 2013 at 8:59 am

    asalkan datang blog nih je rasa lapar. hehehehe…

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:04 pm

      sudah jadi blog makanan

      Reply
  45. cikgu naman says

    20th June 2013 at 8:01 am

    tengok gambar pagi² ni pun dah kecur air liur bro

    ini kan pula duk kat sana..hehe

    gambar makanan mula² tu kalau close up sikit lagi mesti lagi mengecurkan air liur..;)

    Reply
  46. Juan says

    20th June 2013 at 2:51 am

    gulai daging tu nampak sedap jer, hehehe

    Reply
  47. Arieffahmi Abd Razak says

    20th June 2013 at 2:42 am

    “Tanpaku sedari.. Air mataku mengalir…” Huwarrghh.. Meleleh air liur. Dok negera orang kompem tak jumpa benda-benda ni. Nasib baik raya tahun ni balik malaysaia. T.T

    -Saya nak jemput tuan rumah join contest saya. Ada 5 hadiah bernilai RM390 setiap satu. Jom. 😀

    Reply
  48. TehR says

    20th June 2013 at 1:04 am

    banyaknya menu
    pastinya aku akan jamah nasi kerabu terlebih dahulu

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:05 pm

      itu sudah pasti ya 🙂

      Reply
  49. Ustazah Ain says

    20th June 2013 at 12:19 am

    Mujur jauh..kalau dekat ni nak juga

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:05 pm

      lari pun tak boleh

      Reply
  50. Sop says

    20th June 2013 at 12:08 am

    menu kampung pasti menjadi pilihan untuk berbuka puasa 🙂

    Reply
  51. Denaihati says

    19th June 2013 at 11:51 pm

    belum puasa dah buat terliur. teh tarik tak boleh lari lah…

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 12:15 am

      Teh tarik dikira penutup. 🙂

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:06 pm

      di campur bersama ais ketul

      Reply
  52. azman says

    19th June 2013 at 11:37 pm

    Makanan banyak variety…kambing cam best jer hehehe..

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:06 pm

      makan dengan jumlah yang sedikit

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:13 pm

      tutup mata dan pilih

      Reply
  53. KiD says

    19th June 2013 at 11:29 pm

    waaaaaahhh… bestnyaaaa!!! tapi aku makan 3,4 pinggan je. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 12:15 am

      Bro tak dinafikan lagi. 🙂

      Reply
  54. MK Kimi says

    19th June 2013 at 11:24 pm

    try sume x? rugi kalau tak try sume lauk yg ada tu…haha!

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:06 pm

      sendat perut di buatnya

      Reply
  55. sweetkurma says

    19th June 2013 at 11:21 pm

    wahhhh banyak betul pilihan, nampak sedap2 belaka

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 12:14 am

      Warung kak Siti pun ada menawarkan gulai kawah. 🙂

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:07 pm

      pilih mana yang terbaik

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:14 pm

      macam sambut hatri raya

      Reply
  56. raudzah says

    19th June 2013 at 11:13 pm

    Wah banyaknya makanan..sure puas hati punya bila habis ni..tapi normally kalau makan sure tak makan banyak punya..

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2013 at 12:14 am

      Sebelum berbuka tentu hendak makan apa yang nampak. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th June 2013 at 11:07 pm

        kalau nampak ayam makan ayam dulu

        Reply
  57. Mus says

    19th June 2013 at 11:00 pm

    itik panggang tu memang tak pernah rasa lagi..
    kak red lain macam pakai baju warna biru…

    Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:08 pm

      saya pun tak pernah rasa

      Reply
    • suri says

      30th June 2013 at 11:15 pm

      rasa orang sana makan lagi best

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in