• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bajet PC Raspberry Pi 400 Tidak Rabak Poket

Bajet PC Raspberry Pi 400 Tidak Rabak Poket

14th December 2021 by akubiomed Leave a Comment

Raspberry Pi 400 bajet PC bawah RM500.

Bajet PC mudah guna untuk kelas PDPR.

Raspberry Pi 400 ini mungkin jenama asing yang kurang kita dengar berbanding jenama Acer, Dell, HP dan sebagainya. Saya memang dah ada laptop second hand jenama Dell yang masih digunakan sehingga hari ini. Setiap kali nak guna laptop saya perlu keluarkan laptop dari simpanan dan letak atas meja.

Sudah menjadi kebiasaan selepas guna laptop saya akan simpan dan kemas. Jadi saya perlu setup yang segera guna memudahkan kerja. Sekarang ini pun dah jarang-jarang guna laptop untuk kerja edit gambar dan video. Semuanya buat di Smartphone sahaja.

Anak pula perlu gajet untuk kelas PDPR yang sebelum ini mengunakan Smartphones milik ibunya. Tergerak nak mempunyai PC yang simple dan saya tidak perlu PC berprestasi tinggi untuk layari internet dan sosial media dan boleh digunakan untuk kelas online dengan mudah.

Saya sudah pernah mengunakan Raspberry Pi.

Pada tahun 2014 saya sudah mengunakan Raspberry Pi Model B ini dibeli pada harga RM200. Mini PC yang sangat kecil sebesar saiz kad kredit. Pada masa tersebut saya guna Raspberry Pi ini sebagai stesen Multimedia.

Raspberry Pi Model B Mini PC
Raspberry Pi Model B saiz Kredit akd

Raspberri Pi 400 sebuah PC bajet.

Pandangan pertama Raspberry Pi 400 ini tidak ubah seperti sebuah keyboard tetapi sebenarnya didalamnya dikuasakan oleh Raspberry Pi dan mempunyai sambungan input dan output untuk disambung kepada tetikus, skrin monitor sudah cukup menjadikan ia sebuah PC.

Jimat ruang dan kemas.

Raspberry Pi 400 ini tidak makan ruang seperti personal computer dan tidak mempunyai masalah makan ruang. Jangan terkejut Raspberry Pi 400 ini tidak perlu cooling fan seperti PC. Jadi tidak perlu bimbang habuk terlekat pada kipas penyejuk.

barisan input connectors
usb 3.0 dan Gigabit Ethernet


Semasa mengunakan Raspberry Pi 400 ini tidak terasa panas kerana pengunaan heat sink yang lebar memberikan penyejukan pada processor dengan baik. Perlu install Sistem Operasi Raspberry Pi ke dalam kad Memori SD.

Panduan install Sistem Operasi Raspberry Pi

Spesifikasi Raspberry Pi 400.

  • Broadcom BCM2711 quad-core Cortex-A72 (ARM v8) 64-bit SoC @ 1.8GHz
  • 4GB LPDDR4-3200
  • Dual-band (2.4GHz and 5.0GHz) IEEE 802.11b/g/n/ac wireless LAN
  • Bluetooth 5.0, BLE
  • Gigabit Ethernet
  • 2 × USB 3.0 and 1 × USB 2.0 ports
  • Horizontal 40-pin GPIO header
  • 2 × micro HDMI ports (supports up to 4Kp60)
  • H.265 (4Kp60 decode); H.264 (1080p60 decode, 1080p30 encode); OpenGL ES 3.1, Vulkan 1.0
  • MicroSD card slot for operating system and data storage
  • 78- or 79-key compact keyboard (depending on regional variant)
  • 5V DC via USB connector
  • Operating temperature: 0°C to +50°C ambient
  • Maximum dimensions 286 mm × 122 mm × 23 mm

Sistem Operasi Raspberry Pi tidak jauh beza dengan sistem Operasi Windows dan banyak perkongsian di YouTube untuk biasaka diri dengan sistem Operasi Raspberry Pi. Setakat buka browser untuk melayari internet, sosial media seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya bukan masalah yang besar.

Layari blog
menonton NetFlix

Kelebihan lain mudah alih. Boleh bawa ke mana-mana asalkan ada monitor sambungan HDMI dan sambungan Wifi. Sambung HDMI kabel dari Raspberry Pi 400 ke Monitor TV pun boleh dan cucuk tetikus. Sudah siap PC dengan cepat untuk layari internet.

reviu ringkas mengenai Raspberry Pi 400
Aksesori tambahan USB port
  • Mikrofon BOYA BY-M1 versatile mudah guna bersama Smartphone
  • Mini wireless keyboard untuk Raspberry Pi
  • Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2021-12-14
Reviewed Item
Raspberry Pi 400
Author Rating
5

Filed Under: blog, gajet, review Tagged With: bajet pc, raspberry pi, raspberry pi 400

Reader Interactions

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in