Wayar tidak berselirat selepas mengunakan mini wireless keyboard.
Bila main Kodi di Raspberry Pi perlu pasang keyboard dan mouse supaya senang nak ‘navigate’ menu. Bila sudah ada mini wireless keyboard semua dalam satu dan ‘navigate’ tanpa wayar.
Punca mencari mini wireless keyboard setelah melihat adik guna wireless keyboard yang comel ini pada Raspberry Pi. Apa yang best mengenai wireless keyboard ini mempunyai fungsi-fungsi yang biasa ada pada keyboad selain itu mempunyai ‘touch pad’ senang nak mengerakkan ‘arrow’ mouse. Senangkan apa bila ‘All in one’.
Informasi ringkas mengenai mini wireless keyboard.
Mini wireless keyboard berkomunikasi mengunakan Bluetooth 2.4Ghz. Bluetooth dongle diberikan. Auto detect tidak perlu nak setup. Jenis Plug & Play. Dongle Bluetooth boleh disimpan didalam ruang bateri kerana ada ruang untuk simpan dongle ini.
Dikuasakan bateri saiz AAA. Ada juga model yang mengunakan bateri telefon Nokia dan boleh caj. Model yang saya beli hanya boleh guna bateri sahaja.
Mini wireless keyboard sebesar tapak tangan dan ergonomik.
Saiz mini wireless keyboard ini sebesar tapak tangan. Mudah untuk menaip ketika memegang wireless keyboard. Begitu juga touch pad mudah untuk digunakan seperti mengunakan touch pad di laptop.
Video demo mengunakan mini wireless keyboard.
Boleh dapatkan dengan klik >>Mini wireless keyboard<<
Menarik juga ni kalau boleh guna kat smart tv, tak perlu lagi nak pegang control tv..
menarik, kena bli satu jgak ni. susah pakai mouse bila guna kodi
Ya, ada masa mouse macam susah nak kawal tetapi mengunakan wireless mini keyboard ini sukar untuk dikawal.
wah… bagus ni… kena beli ni..
boleh dijadikan barang keperluan juga sekarang nih..untuk keselesaan pengguna tegar keyboard warrior.. hehe
bos, mane nak dapat. harga?
Boleh dibeli dalam lingkungan RM60 secara online.
pergh! cara gak. 1st time tengok. aku pantang bila tengok benda benda pelik macam ni. mesti rasa nak beli walaupun tak mampu huhu
bateri boleh tahan berapa lama.
raspberry pi tu lagi menarik dari keyboard.. haha……
sempat belajar sekejap jer.. sekarang dah tak main microcomputer / microcontroller/microprocessor
Raspberry Pi lebih kepada Kodi sahaja. Kalau projek mengunakan lebih suka guna Arduino.
pestime tengok gajet ni….comel tapi kena baca byk lagi apa kegunaannya…hehehe
Mini wireless keyboard ini sama dengan fungsi keyboard cuma tanpa wayar, kecil dan comel. 🙂
boleh menaip dekat desktop dengan pengalaman seperti menaip dekat hp kan..pegang dua tangan , tekan guna ibu jari je.
Ya, bergantung kepada kecekapan juga untuk menaip. 🙂
comelnya keyboards tu…memang tgh cr….tq
Ya, kecil dan comel. 🙂
aku ada satu mini keyboard ni, guna kat android box..sgt bguna..sbb kdg2 bawa gi ofis, guna masa presention..slide slide powerpoint hehehe
Salah satu fungsi mini wireless keyboard ini boleh digunakan sebagai pointer presenter. Ada sesetengah model mempunyai laser pointer.
Eh comelnya, boleh buat g mana2 ni. memudahkan, 😀
Ya boleh simpan didalam kocek. 🙂
satu je masalah kalau jenis xbertali ni…kalau tersorok mane2 susah nak jumpe..kene ade apps untuk miskol bende ni kalo hilang haha
Benda-benda kecik dan comel tidak dinafikan mudah tersembunyi. Mungkin disorok oleh mambang kot. 🙂
Waa… menarik… rm60.. boleh laa try hi hi…
Mini wireless keyboard ini pelbagai guna. Boleh digunakan sebagai pointer Power Poin Presentation.