• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Raspberry Pi XBMC buat ruang tamuku gempak

Raspberry Pi XBMC buat ruang tamuku gempak

15th April 2014 by akubiomed 37 Comments

Raspberry Pi XBMC penyeri multimedia diruang tamu

Mungkin ada yang sudah pun mendengar Raspberry Pi dan mungkin tertanya-tanya apakah Raspberry Pi ini? Saya mengetahui mengenai komputer comel ini melalui kak Jie.

raspberry pi xbmc

Raspberry Pi kesedapannya sesedap namanya.

Raspberry Pi ini sebesar saiz kad kredit ia sebenar adalah sebuah komputer yang boleh dikatakan gempak kerana ciri-ciri yang ada padanya kedengaran seperti cerita dongeng dan sukar hendak dipercayai dengan kemampuan adanya padanya.

  • Prosesor ARM 700Mhz
  • RAM 512MB
  • GPU terbina dalam Broadcom VideoCore IV
  • Audio output 3.5mm
  • Video output HDMI
  • 10/100 [Fast Ethernet]
  • 2 USB Port 2.0

Kenapa saya tergila-gila adalah ciri diatas selain saya tidak perlu berbelanja besar kerana Raspberry Pi Model B ini boleh dibeli dibawah RM200. Ada 2 jenis model Raspberry Pi ini iaitu model A and B. Yang membezakan 2 model ini adalah Raspberry Pi model B mempunyai Ethernet port RJ45, 512MB RAM dan 2 USB port. Raspberry Pi ini mengunakan power adaptor micro USB 5V 1A jadi penggunaan tenaga adalah sangat rendah. Memadai dipasangkan keyboard dan mouse manakala untuk paparan saya boleh mengunakan TV LCD melalui penyambungan HDMI.  Raspberry Pi ini mengunakan OS Raspbian  dimana sistem operasi ini dihasilkan dari Debian sumber terbuka. Jangan bimbang kalau bunyinya terlalu teknikal kerana bagi yang mereka biasa dengan OS sumber terbuka bukan masalah besar. Fungsi sama seperti klon IBM dengan mengunakan aplikasi dari sumber terbuka.

Tahu tak ARM prosesor yang digunakan didalam Raspberry Pi adalah sama terdapat digajet seperti Smartphones dan Tablet.

Raspberry Pi XBMC @ X Box Media Center

XBMC adalah pusat multimedia sumber terbuka dimana boleh streaming video dan audio diatas talian. Menonton filem dengan resolusi 1080p dan ada sesetengah format audio didalam DTS. Kan saya sudah cakap memang gempak apabila sudah mula buka XBMC ini pada TV LCD lagi-lagi kalau berskrin besar. Untuk pengetahuan XBMC ini boleh dipasang pada Windows, Androids dan iOS. Selain membuka XBMC mengunakan RaspBMC boleh mengunakan OpenELEC @ Open Embedded Linux Entertainment Center ia lebih ringan untuk operasi XBMC. Bahan rujukan mengenai Raspberry Pi dan XBMC ini boleh dirujuk pada LowYat.net dan mengunakan cari Google. Ramai juga pengguna Raspberry Pi dari Malaysia berkongsi pengalaman dan tips di online.

Pautan rasmi Raspberry Pi 

  • Bajet PC Raspberry Pi 400 Tidak Rabak Poket
  • Mini wireless keyboard untuk Raspberry Pi
  • Menjinak burung di Taman Burung Kuala Lumpur

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. AUC says

    25th April 2014 at 6:20 pm

    oooo itukaaa…
    baru tau ni 🙂

    Reply
  2. Syahril Hafiz says

    24th April 2014 at 6:14 am

    Kalau dapat kat saya untuk review Raspberry Pi ni lagi power godek ni.. hehehe

    Reply
  3. profhariz says

    21st April 2014 at 2:28 pm

    Terbaik punya review. Memangg puas hati pengiklan di blog bro 🙂

    Reply
  4. ahmadijat says

    18th April 2014 at 6:51 pm

    Terima kasih atas perkongsian. Selalu dengar pasal XBMC ni tp tak pernah try lagi.

    Reply
  5. anif says

    18th April 2014 at 6:23 pm

    Bagus untuk penuhi aktiviti hujung minggu dengan “hacking” Raspberry Pi 🙂

    Reply
  6. Tengku Syukri says

    18th April 2014 at 3:18 pm

    menarik ni.. banyak manfaatnyaa.. mcm nak rembat je

    Reply
  7. JMR says

    18th April 2014 at 12:06 pm

    ingatkan bekas tupperware tu si raspberry ni..haha

    Reply
  8. Ismail N says

    18th April 2014 at 9:20 am

    Mak oiii, komputer rupanya. Bunyinya tadi mcm makanan aje. 😀 Bagus gak kecil cam ni. Senang bawa jalan. Tapi kalau tengok gambo tu, kalau bawa ke sana ke mari, mahu bukak dan pasang kembali. Agak inconvenience jika dibandingkan dengan notebook. Then again, bagus juga kalau dapat di cuba. Thanks for sharing bro.

    Reply
  9. myrujukan says

    17th April 2014 at 9:07 pm

    saya terasa nak beli la bro akubiomed. RM200? ermm sangat ok, tapi nak tanya, boleh pasang internet kan? dan browser apa yang dipakai, kalau saya beli untuk saya blogging dan youtube semata mata boleh ker?

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2014 at 7:15 am

      Boleh kerana ia adalah sebuah komputer cuma membezakan adalah saiz.

      Reply
  10. zik says

    17th April 2014 at 8:35 pm

    Menarik tul.. Nak beli jugakla…try godek2

    Reply
    • suri says

      18th April 2014 at 1:42 am

      cari dan godeklah bila sudah dapat. best dapat duit hasil berblogging boleh beli gadget

      Reply
  11. azlanvai says

    17th April 2014 at 5:37 pm

    Oh open source ya..
    Satu aku nak tanya.. kat XBMC kena register dulu tak.. Interface dia buat aku serabut la.. aku penah godek sebelum ni

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2014 at 7:16 am

      Saya tidak pernah buat pendaftaran terus guna.

      Reply
  12. MK Kimi says

    17th April 2014 at 4:34 pm

    App dia byk tak? OS ni sama mcm linux ke camne? Noob sket. Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2014 at 7:17 am

      Tidaklah susah kerana semua rujukan booeh rujuk di Raspberry.org dan Google.

      Reply
  13. hafiz says

    17th April 2014 at 8:20 am

    Masih blur lagi, apa sebenarnya rasberry pi ni…

    Reply
  14. Ummi Hanie says

    16th April 2014 at 4:56 pm

    mcm2 gajet skrg ni..

    sy buta gajet sikit, tak berapa paham kadang2 tu dgn spesifikasi2 gajet2

    Reply
  15. hafizmd says

    16th April 2014 at 3:46 pm

    pergghhhh! ini mmg mengujakan bro!

    kecik tapi power gak tu…

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 9:30 pm

      Kecil-kecil cili padi. 🙂

      Reply
  16. paeh says

    16th April 2014 at 3:06 pm

    Satu soalan? Boleh browsing tak?

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 9:22 pm

      Boleh. Raspberry Pi ini adalah sebuah pc

      Reply
  17. Sop says

    16th April 2014 at 2:09 pm

    menarik
    kotak dia ringkas jer
    pakej skali dgn tapperwere ke bro? huhuh

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 8:23 pm

      Bekas termasuk sekali ketika beli Raspberry Pi dari penjual tempatan.

      Reply
  18. Norasikin says

    16th April 2014 at 1:49 pm

    Nampaknya kalau dapat kat saya, saya akan jadikan jus atau kek je la benda tu

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 8:26 pm

      Memang naya jawabnya. 🙂

      Reply
  19. Hairul Azni says

    16th April 2014 at 1:27 pm

    Harga pun murah..pernah jugak baca di blog Kak Jie sebelum ni..

    Reply
  20. Encik Mus says

    16th April 2014 at 11:24 am

    menarik.. memang kena dapatkan 1 ni

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 8:26 pm

      Berbaloi untuk beli. Tidak susah hendak digunakan kerana sumber rujukan pun banyak.

      Reply
  21. suri says

    16th April 2014 at 10:21 am

    nampaknya ab sudah ada gadget baharu.sukalah dia itu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 8:29 pm

      Semakin lama bermain dengan Raspberry Pi ini semakin seronok.

      Reply
  22. suri says

    16th April 2014 at 10:19 am

    siap simpan dalam bekas ingatkan buah-buahan rupanya bukanlah heee

    Reply
  23. wazy says

    16th April 2014 at 12:23 am

    Semakin teruja untuk mendapatkannya setelah baca entri bro ni

    Reply
  24. Mohd Ilham says

    15th April 2014 at 11:26 pm

    bukan saja kecil ngan comel…
    murah pulak tu…
    gajet terbaik untuk buat streaming video di TV

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 8:27 pm

      Senang hendak live streaming dan menonton video.

      Reply
  25. ciklaili.com says

    15th April 2014 at 11:05 pm

    wah! memang teruja membaca entri ini. ada rezeki nanti nak dapatkan juga Raspberry Pi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2014 at 8:29 pm

      Raspberry Pi ini dicipta untuk memberikan pendedahan programming diperingkat kanak-kanak di UK. Idea disebalik tercipta Raspberry Pi ini menyediakan hardware yang murah.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in