• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Aslah melangkah ke tahun 1

Aslah melangkah ke tahun 1

9th January 2017 by akubiomed 6 Comments

aslah tahun 1

Pengalaman Aslah tahun 1

Permulaan tahun 2017 dengan Aslah melangkah ke tahun 1 di sekolah Kebangsaan yang jarak kira-kira 3 kilometer dari rumah. Pengalaman pertama Aslah ke sekolah Kebangsaan kalau sebelum ini berada di Pra-Sekolah bermula pada usia 5 tahun.

Sekolah Agama.

Nampaknya Aslah boleh berdikari pada hari pertama di sekolah Agama. Tiada tanda-tanda hendak menangis pada hari pertama persekolahan 2017 bermula. Hari pertama saya hantar Aslah ke sekolah dan ambil selepas habis kelas pembelajaran.

Hari pertama disekolah Agama mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengetua sekolah Agama menjelaskan waktu sekolah bermula, rehat dan berakhir. Peraturan sekolah juga diberitahu kepada ibubapa yang hadir bersama anak masing-masing.

Sekolah Kebangsaan.

Tahun 1 bermula disesi petang. Selepas balik dari sekolah Agama terus mandi dan makan untuk bersiap-siap ke sekolah Kebangsaan pula. Sekolah sesi petang saya hantar dan juga ambil selepas waktu sekolah berakhir.

Aslah bersama rakan sekelas berjalan masuk ke bilik darjah

Pada waktu rehat saya datang melawat Aslah untuk melihat keadaan. Agak terlewat sampai kerana waktu rehat sesi petang sudah pun bermula. Mencari disebalik murid-murid di kantin sekolah akhirnya jumpa Aslah bersama rakan sekelas sedang makan bekal yang dibawa dari rumah.

Alhamdulillah nampak elok keadaan Aslah disekolah jadi saya tidak perlu risau nak lepaskan kerana boleh berdikari dan sesuai diri dengan persekitaran baru disekolah.

Letak tanda pada kasut sekolah.

Tulis nama pada kasut

Sudah menjadi lumrah murid-murid tahun 1 akan bertukar kasut sekolah. Saya minta ide rakan-rakan untuk mengelakkan kasut sekolah dari bertukar. Banyak juga ide-ide yang saya terima.

Pernah masa pra sekolah dahulu, Aslah menangis teresak-esak kerana kasut sekolah telah terambil oleh budak perempuan walaupun pada tapak kasut sudah ditulis nama. Keesokan harinya minta bantuan cikgu untuk dapatkan semula kasut yang bertukar tersebut.

Jahit riben warna pada kasut

Salah satu ide yang diberikan adalah menjahit benang atau riben berwarna pada kasut. Saya pun terus buat memandangkan tanda tulisan nama pada kasut akan hilang apabila kasut dicuci berulang kali. Diharapkan caranya ini lebih mudah Aslah mengesan kasut dan tidak tertukar.

Kalau bertukar juga sudah dikira tidak bernasib baik kerana perkara yang sepatutnya dilakukan untuk mengelak kasut hilang dan tertukar telah pun dilaksanakan.

Macam mana pengalaman sahabat yang mempunyai anak-anak bersekolah? Cuba kongsi diruang komen.

Filed Under: famili Tagged With: tahun 1

Reader Interactions

Comments

  1. Norasikin says

    10th January 2017 at 9:51 pm

    Kalau dah pernah prasekolah atau tadika, mesti tak de masalah. Anak saya dulu, siap suruh saya balik. Orang risaukan dia, dia halau kita pulak

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2017 at 12:44 am

      Baguslah macam tuh boleh berdikari dan tidak perlu risau.

      Reply
  2. imnajmi says

    10th January 2017 at 5:05 pm

    Cepat sungguh masa berlalu bro……… ingat lagi masa mula first time singgah blog akubiomed… aslah masih lagi baby

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2017 at 12:45 am

      Banyak kisah Aslah berjaya direkodkan didalam blog ini. 🙂

      Reply
  3. raihanah says

    9th January 2017 at 8:25 am

    lupa pasal tulis nama pada kasut tu. kejap lagi nak tulislah

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2017 at 11:32 pm

      Kena cepat-cepat tulis nanti tertukar disekolah. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in