• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Majlis graduasi 6 tahun untuk Aslah

Majlis graduasi 6 tahun untuk Aslah

21st November 2016 by akubiomed 12 Comments

Hari Ahad adalah hari besar buat Aslah yang bakal mengakhiri pra-tadika setelah mula belajar pada umur  5 tahun. Ada acara besar bakal berlangsung iaitu Majlis Graduasi Tadika Nur Gemilang. Saya cuba memahami perasaan anak kecil saya dengan mengimbau zaman pra-tadika saya dahulu.

Guru berkali-kali mengingat ibubapa melalui pesanan WhatsUp agar datang awal pada majlis graduasi nanti dan memastikan anak-anak yang terlibat dengan acara persembahan pada Majlis Graduasi hadir ke Tadika untuk latihan. Saya dan isteri memberi sokongan penuh kepada Aslah bakal buat persembahan koir. Nampak kesungguhan Aslah bersungguh menyanyi ketika dirumah sebagai latihan tambahan dan persediaan persembahan pada hari Ahad nanti.

Seingat saya zaman pra tadika tidak ada majlis graduasi seperti zaman sekarang nampak lebih meriah. Pada zaman saya ada sesi bergambar beramai-ramai bersama rakan tadika dan guru yang mengajar. Saya nak kongsi sesuatu yang mengusik emosi apabila Pn Zainab Othman pengerusi tadika Nur Gemilang berasa sebak ketika merasmikan majlis graduasi seolah-olah berat untuk melepaskan anak-anak ini yang akan bakal melangkah ke tahun 1 pada tahun 2017.

Kagum dengan persembahan anak-anak di Majlis Graduasi.

Saya secara jujur bangga dengan persembahan anak-anak ini kerana pada umur 5 tahun dan 6 tahun membuat persembahan tahap sekolah rendah bukanlah sesuatu yang mudah. Mana nak menghafal dan pergerakan sepanjang persembahan masing-masing dan mereka buat sahaja. Mungkin anak-anak ini tidak mempunyai penghayatan dan meniru bulat-bulat tetapi ia tidak mencacatkan persembahan didepan ibubapa di atas pentas yang besar. Sudah tentu ia berbeza dari suasana latihan persembahan di tadika dan sedangkan artis akan buat rehearsal dipentas persembahan sebenar. Tahnniah kepada guru-guru yang berdidikasi melatih anak-anak ini untuk buat persediaan pada Majlis Graduasi.

Beberapa keping gambar yang diambil semasa Majlis Graduasi Tadika Nur Gemilang.

Majlis Graduasi Nur Gemilang berlangsung di dewan Akademi Bomba di Kuala Kubu Bharu

Emcee Majlis Graduasi Nur Gemilang

Anak-anak menunggu giliran untuk membuat persembahan

Pn Zainab Othman merasmikan Majlis Graduasi Nur Gemilang 2016

Bacaan Asma Ul-Husna

Bacaan Surah Al – A’La

terjemahan surah Ah A’La

Persembahan Silat

persembahan tarian tradisional

persembahan koir

graduasi kumpulan pertama

nyanyian bahasa Cina

persembahan choral speaking

persembahan sketsa belajar bahasa Jawi dari filem P Ramlee Pendekar Bujang Lapok oleh anak-anak 5 tahun

Persembahan koir oleh Aslah bersama rakan-rakan kelas 6 Dinamik

Bukan main melapang tangan si Aslah

Gambar graduasi kelas 6 Dinamik

Pada sesi akhir anak-anak tadika ini menyanyikan lagu perpisahan. Guru-guru yang mengajar sudah mula tidak tentu arah tidak dapat menyorok emosi mereka dan nampak air mata mula terbit kerana anak-anak didikan mereka selama 2 tahun bakal meninggalkan mereka.

Bagi saya pula ini adalah anak lelaki saya terakhir berlajar di Tadika Nur Gemilang dan perlu menunggu lagi 3 tahun anak perempuan saya Aisyah melangkah ke Tadika Nur Gemilang. Sudah tentu pengalaman baru saya dan isteri akan tempuhi untuk pengalaman anak perempuan buat pertama kali.

Sila tekan butang kongsi:

  • Sukaneka tadika 6 tahun terakhir Aslah
  • Hari Graduasi abang Koning
  • Hari pertama tadika Aslah

Filed Under: famili Tagged With: majlis graduasi, majlis graduasi 6 tahun, majlis graduasi prasekolah, majlis graduasi tadika

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    21st December 2016 at 6:38 pm

    semangat aslah buat persembahan koir.. 😉

    Reply
  2. Kimmie says

    18th December 2016 at 1:24 am

    alhamdulillah, dah tamat pengajian di peringkat tadika. insya allah semoga Aslah menjadi pelajar yang lebih cemerlang apabila memasuki alam sekolah rendah nanti.

    Reply
  3. cik tom says

    4th December 2016 at 1:12 am

    cepatnya masa berlalu..rasa macam baru je baca kisah aslah waktu baby. Tak sangka dah 6 tahun..dah membesar jadi cute boy..

    Reply
  4. Noriza Rahman says

    28th November 2016 at 11:50 am

    Bila tengok anak-anak buat persembahan seronoknya. Alahai kecil-kecil cili padi sudah didedahkan dengan pelbagai persembahan. Bagus untuk perkembangan sosial mereka.

    Tahniah Aslah

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2016 at 11:34 am

      Cikgu-cikgu berjaya membentuk anak-anak kecil ini walaupun meraka ini tidak faham apa yang mereka lakukan.

      Reply
  5. Padin says

    23rd November 2016 at 9:33 am

    emm cepat rasanya masa berlalu.. dah nak ke sekolah dah…
    Mesti hari2 dia ingatkan babah nya pasal majlis graduasi dan persembahan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      24th November 2016 at 12:35 am

      Ya, sekejap sahaja masa berlalu. Bila baca post lama tentang pengalaman tadika terasa seronok kerana berjaya merakam perkembangan Aslah sepanjang 2 tahun di pra-tadika.

      Reply
  6. Norasikin Basri says

    22nd November 2016 at 9:40 pm

    Terasa macam baru lagi saya baca artikel mengenai kelahiran baby aslah. Kini dah nak masuk darjah 1 rupa-rupanya. Sungguh cepat masa berlalu

    Reply
    • akubiomed says

      24th November 2016 at 12:40 am

      Ya, tahun depan dah nak melangkah ke tahun 1. 🙂

      Reply
  7. Amin Hakim says

    22nd November 2016 at 5:37 pm

    comel betul aslah.. harap jadi anak yang soleh dan berjaya suatu hari nanti

    Reply
  8. raihanah says

    22nd November 2016 at 9:52 am

    dah nak masuk darjah 1 maksudnya. all the best aslah

    Reply
    • akubiomed says

      24th November 2016 at 12:51 am

      Terima kasih. Ada anak bakal masuk tahun 1 tahun hadapan?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in