Hari Ahad adalah hari besar buat Aslah yang bakal mengakhiri pra-tadika setelah mula belajar pada umur 5 tahun. Ada acara besar bakal berlangsung iaitu Majlis Graduasi Tadika Nur Gemilang. Saya cuba memahami perasaan anak kecil saya dengan mengimbau zaman pra-tadika saya dahulu.