• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cara pendaftaran tahun 1

Cara pendaftaran tahun 1

14th March 2015 by akubiomed 47 Comments

Cara pendaftaran tahun murid tahun 1

Aslah bakal melangkah masuk ke tahun 1 pada tahun 2016. Pihak sekolah sudah memberikan surat pemberitahuan mendaftar murid tahun 1 untuk sesi 2016 dan 2017 sudah mula dibuka untuk pendaftaran.

Saya ingin berkongsi panduan ini kepada pembaca blog ini yang mungkin mencari maklumat pendaftaran murid tahun 1. Harap maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat.

Bagi yang anak-anak yang bakal memasuki tahun 1 pada 2016 dan 2017 boleh mula mendaftar secara online milih sekolah pilihan mereka.

Pautan portal Pendaftaran tahun 1: [+] https://esppsel.moe.gov.my/

Ikuti arahan dengan memasukka My KiD, Daerah dan Jenis sekolah yang dipohon.

Isikan maklumat yang diperlukan pada bintang asterik (*) wajib diisi.

Ibubapa perlu ke sekolah yang dipohon untuk membuat Perakuan Permohonan didalam masa 14hari dari tarikh permohonan diatas talian. Cetak borang permohonan tersebut untuk dibawa ke sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen yang disenaraikan dibawah:-

  • Sijil kelahiran( Asal dan salinan)
  • Bil Air atau TNB (untuk bukti tempat tinggal)
  • Kad pengenalan ibubapa(Asal dan salinan)
  • Sijil Daftar Perkahwinan(Asal dan salinan)
  • Sampul surat beralamat sendiri bersaiz 4×9 dan setem 80sen
  • Salinan borang permohonan secara atas talian yang dicetak.

MAKLUMAN: Laman https://esppsel.moe.gov.my/ sudah ditutup pada 4 Januari 2016 dan diganti dengan [+] https://idme.moe.gov.my bagi pendaftaran tahun 1.

  • Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011
  • Mari lihat pinjaman buku teks pelaksanaan KSSR tahun 4
  • Aslah melangkah ke tahun 1

Filed Under: blog Tagged With: cara pendaftaran murid tahun 1, panduan pendaftaran tahun 1 online

Reader Interactions

Comments

  1. Ruby.My says

    6th February 2017 at 5:39 am

    Ruby nak cari info tentang pendaftaran Pra Sekolah, info, yuran dan umur berapa bleh masuk pra sekolah? lepas tu nak mohon awal berapa tahun ya? Kalau ada informasi berkenaan itu. Maklumkan tau. Hahahaha. Tq Akubiomed!

    Reply
    • akubiomed says

      6th February 2017 at 4:26 pm

      Nak masuk pra boleh mula dari 4 tahun. Macam anak saya mula umur 5 tahun. Belanja pendaftaran pra swasta boleh capai sehingga RM1,250. Kemudian yuran bulanan lain RM150. Setiap tadika tidak sama yuran pendaftaran dan yuran bulanan.

      Sekolah rendah juga ada sediakan pra-tadika bergantung kepada syarat-syarat dan jumlah murid.

      Reply
  2. Sop says

    23rd March 2015 at 1:17 pm

    belum pernah daftar online
    sebelum ni hantar boramg manual kat sekolah 🙂

    Reply
  3. Azeni Ahmad says

    22nd March 2015 at 6:52 pm

    saya pening nak daftar anak juga nie.
    Sebab nanti memang nak pindah tempat.
    Kecelaruan tempat sekolah pula nie.

    Reply
  4. Mak Jemah Jual Vitamin says

    20th March 2015 at 3:25 pm

    terima kasih..MJ hampir terlupa bab ni, baca ni baru teringat..zasssss terus kena buat

    Reply
  5. SaniYunus says

    18th March 2015 at 12:40 am

    Bagus ni buat ibu bapa yang baru menceburi zaman persekolahan anak-anak..

    Reply
  6. akak vitamin says

    17th March 2015 at 9:34 pm

    kemasukan darjah 1 2016 dah buka ye? lajunya. Nampak sangat anak masih kecil. tak tahu menahu.

    Reply
  7. islam di dadaku says

    17th March 2015 at 5:24 pm

    wah bestnya dah bisa mendaftar dari rumah tak payah antri

    Reply
  8. Hairul Hissam says

    16th March 2015 at 11:36 pm

    Mudah betul skrg dgn ada kemudahan internet…
    segalanya dihujung jari….

    Reply
    • mrhanafi says

      17th March 2015 at 7:20 am

      dulu-dulu tak de pulak kemudahan seperti ini..bagus sekarang ini semua dah dipermudahkan.

      Reply
  9. Syahril Hafiz says

    16th March 2015 at 9:13 pm

    Mudahnya lahai sekarang kan, daftar tahun satu pun dah boleh secara online. Baguslah langkah kerajaan ni, go for green world 🙂

    Dulu payah la nak online ni, ingat lagi mak saya yang daftarkan saya. Hiks anak mak sungguh teriak nak mau sekolah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:12 pm

      Nak kata green tak juga sebab borang perlu dicetak dan dibawa ke sekolah untuk perakuan permohonan. Kerja 2 kali. Sepatutnya tidak perlu sebab sistem boleh diakses oleh pihak sekolah.

      Reply
  10. Ikhwan Fahmi says

    16th March 2015 at 8:33 pm

    lebih mudah daftar online, dapat jimatkan masa beratur panjang di sekolah.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:13 pm

      Borang yang diisi secara online perlu dicetak dan dibawa ke sekolah untuk perakuan permohonan. Tidak ada beza manual dan online.

      Reply
  11. blogger lelaki says

    16th March 2015 at 8:08 pm

    sekarang nie sudah boleh buat pendaftaran secara online ..baru tahu nie

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:13 pm

      Sudah lama telah dilaksanakan.

      Reply
  12. onlajer says

    16th March 2015 at 6:55 pm

    oh tempat saya juga tengah ada pendaftaran sehingga hujung march ini

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:14 pm

      Perlu buat cepat kerana dibimbangi sekolah yang ingin dipohon sudah penuh.

      Reply
  13. KiD says

    16th March 2015 at 4:53 pm

    memang ramai nak daftar anak masuk sekolah dah ni.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:14 pm

      Perkara wajib perlu dibuat setiap ibubapa yang anak mereka bakal melangkah tahun 1. Kalau tidak buat nanti ada masalah penempatan anak di sekolah.

      Reply
  14. Majalah Sains says

    16th March 2015 at 3:20 pm

    Saya masih belum berpeluang lagi untuk bawa anak daftar sekolah rendah. Anak masih kecil. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:16 pm

      Untuk pengetahuan supaya anak tidak ada masalah penempatan disekolah kerana beranggapan anak akan masuk tahun 1 sekolah tanpa sebarang masalah. Sebenarnya perlu buat permohonan ke sekolah yang ingin dihantar.

      Reply
  15. suri says

    16th March 2015 at 2:38 pm

    ya seronok rasa teruja masa buat daftar tahun lepas rasa maknya nak masok sekolah rendahlah pula ahai..

    Reply
  16. ohcikgu says

    16th March 2015 at 2:12 pm

    ohh..

    sudah masuk darjah satu dah rupanya ye..

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:16 pm

      Cepat masa berlalukan. 🙂

      Reply
  17. Ismail N says

    16th March 2015 at 1:55 pm

    Tengok sekolah juga bro. Kaau sekolah yang kita mahu tu sekolah yang top2 kenalah cepat-cepat urus dan gunakan segala kabel yang ada. Kalau tak melepas…
    Aslah nampaknya seusia dengan anak kawe, Roq. Cuma anak kawe dah pra-sekolah di sekolah SK ni, maka ada priority utk masuk Tahun 1 nanti. At the moment, sekolah belum announce apa-apa lagi 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:17 pm

      Untunglah anak dapat pra-sekolah. Anak saya tak dapat.

      Reply
  18. Ani Haryani says

    16th March 2015 at 10:46 am

    Memang kena daftar sekolah awal-awal kalau tak nanti sekolah penuh, kalau boleh biar dekat dengan rumah kan 🙂

    Semoga anak AkuBiomed berjaya dunia akhirat Amin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:19 pm

      Betul sekali. Ramai ibubapa menyangka daftar anak sekolah semudah membawa surat beranak dan beberapa dokumen lain. Sebenarnya tidak sebab perlu buat permohonan dahulu sekolah yang ingin dipilih dan tunggu keputusan kelulusan penempatan sekolah sama diterima atau ditolak.

      Reply
  19. Noriza Rahman says

    16th March 2015 at 7:30 am

    Permohonan secara online yea..anak sayamula bersekolah tahun 2018, boleh juga dibuat panduan ni..Thanks 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:19 pm

      Harap perkongsian ini membantu ibubapa diluar sana membuat permohonan masalah supaya tidak ada masalah penempatan tahun 1 kelak.

      Reply
  20. SuperNifz says

    16th March 2015 at 1:29 am

    Terima Kasih AB. Info sangat berguna nih.. anak nak masuk sekolah darjah 1 tahun 2017. Dah boleh start mengisi online form dah nih… tq yaa.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:20 pm

      Sama-sama. Cepat-cepat buat permohonan supaya anak tidak tercicir penempatan sekolah nanti.

      Reply
  21. Hero Borneo says

    16th March 2015 at 1:12 am

    satu permulaan bagi anak nak bersekolah secara rasmi ialah masuk tahun satu

    Reply
    • SuperNifz says

      16th March 2015 at 1:30 am

      Betul tuh, pelbagai ragam kita boleh tengok di hari pertama depa masuk sekolah.

      Reply
  22. emalinmohd says

    15th March 2015 at 11:11 pm

    Tambahan info: Kalau ibubapa tak ada akses kepada internet boleh minta tolong sekolah yang ingin dipohon.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:21 pm

      Pernah juga terlintas difikiran saya. Saya ada bertanya kepada rakan-rakan ada yang mengata tidak perlu isi sendiri secara online kerana pihak sekolah yang buat.

      Reply
  23. TehR says

    15th March 2015 at 8:53 pm

    elok sangat daftar awal
    senang pihak sekolah dan kementerian nak sediakan keperluan kelas dan guru

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:22 pm

      Ya, perlu buat permohonan cepat supaya anak tidak tercicir penempatan sekolah.

      Reply
  24. Mek ila Jual Vitamin says

    15th March 2015 at 2:33 pm

    Seronoknya bila anak nak melangkah ke darjah 1, permulaan baru dalam kehidupan mereka. Mak dan ayah pun pasti excited sama!

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2015 at 10:23 pm

      Sudah tentu hari pertam sekolah adalah hari yang paling sibuk untuk ibubapa yang anak mereka melangkah ke tahun 1.

      Reply
  25. Helmi Aliarit says

    15th March 2015 at 2:13 pm

    Tahun 2018 nanti baru daftar untuk persekolahan anak tahun 2019.

    Reply
  26. ahmadyani says

    15th March 2015 at 11:32 am

    Daftar awal-awal untu mudahkan kerja. Shopping peralatan sekolah pun boleh awal-awal juga. Nanti akhir tahun tidaklah terkejar-kejar…

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:51 am

      Ada tempoh pendaftaran. Kalau terlambat, sekolah yang dipilih mungkin sudah penuh.

      Reply
      • SuperNifz says

        16th March 2015 at 1:30 am

        Benar tuh, kalau dapat yang dekat dengan rumah lagi bagus kan, tapi kalau lambat, redha jer lah.

        Reply
  27. Aya says

    14th March 2015 at 11:40 pm

    Tak sedar.. cepat masa berlaku kan..

    Aslah dah nak masuk tahun 1.. semoga menjadi anak yang cemerlang dan soleh..

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:04 am

      Impian setiap ibu bapa. Ameen.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in