Vaseline untuk bibir luka merekah

Vaseline berkesan untuk rawatan mulut luka merekah.

Vaseline Petroleum JellySebelum hero-hero kacak menjalani majlis berkhatan mereka ada mengalami kulit bibir merekah terutama di bahagian tepi bibir dan yang paling teruk adalah abang Koning. Saya teringat di blog Yanmie dan Puan Bee ada menulis mengenai keberkesanan mengenai Vaseline untuk merawat bibir anak yang merekah.

Selepas anak-anak saya menjalani berkhatan saya terus ke farmasi untuk membeli Vaseline. Saya beli botol Vaseline 50g dahulu kerana tidak yakin akan kesan pemulihannya. Selepas pulang ke rumah saya terus sapu pada bibir anak-anak saya dan selepas 2 kali sapuan syukur masalah bibir merekah pulih. Terima kasih kepada Yanmie dan Puan Bee mencadangkan produk Vaseline ini.

Vaseline Petroleum Jelly

p/s: Produk Vaseline tidak memberi kesan sampingan dan sesuai untuk bayi.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • adele December 18, 2011 at 1:02 pm

    vaseline mmg baik utk bibir…tp sy tak suka yg ni sbb berminyak sgt n tak ada warna..jd sy lebih suka yg vsaseline bewarna..barulah segar ckit nampak..btw, losyen vaseline mmg terbaik..kulit lembab sepanjang masa… :D

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:15 pm

      Tidak sangka ramai diluar sana kenal Vaseline tidak macam saya baru sahaja kenal produk ini. :-)

  • Kimmy December 14, 2011 at 3:58 pm

    Baru2 nih,bibir saya pecah sikit, vaseline pulak x der dlm simpanan,terus pegi satu bonjela…hahaha..apa lagi,melompat kepedihan la jawabnya.. :D

  • chii December 14, 2011 at 11:39 am

    owh..nak kena cari gak la kalo camni..bibir chii da bbrp hari sakit..nak makan pun..pnya la seksa.nak cakap apatah lagi gelak2…adeih

  • nuriz December 14, 2011 at 7:07 am

    nak kongsi la, mak saya ada jugak kasi petua kalau tak ada vaselne tu..guna la mentega..ok jugak
    nuriz recently posted..Happy ending dalam episod akhir Cinta ElysaMy Profile

    • chii December 14, 2011 at 11:43 am

      apa2 jenis mentega eh?

  • suri December 13, 2011 at 4:56 pm

    bukan untuk cerahakn kulit ker seperti dlm ikan tuh heeee

    • akubiomed December 13, 2011 at 10:31 pm

      Vaseline ada mengeluarkan produk satu lagi yang boleh mencerah kulit didalam masa 2 minggu. :-)

  • Denaihati December 13, 2011 at 3:55 pm

    kalau org2 yg mengerjakan umrah n haji, memang biasa produk ni. memang effektif. sapu kat kaki pun boleh.

    • akubiomed December 13, 2011 at 10:32 pm

      Terima kasih bro Denaihati berkongsi tip kegunaan Vaseline ini. :-)

  • Norizwan December 13, 2011 at 2:25 pm

    belum masanya nak pakai…dah mula merekah cubalah produk ini hehe….thanx info ini

  • hafizmd December 13, 2011 at 10:15 am

    Vaseline. Pernah guna sekali, tp mungkin tak sesuai, bibir jadi makin tak selesa. Sudahnya kena minum air masak byk2 jugak. Settle =)

  • yas December 13, 2011 at 9:43 am

    Berapa harga bagi sebotol yg 50gm tu bro?? Thx kongsi info…aku x tau pun sblm nih…
    yas recently posted..Lembaga Aneh Panjat Pokok Gaharu.My Profile

    • akubiomed December 13, 2011 at 10:41 pm

      Ketika saya beli Vaseline di kedai farmasi pada harga RM5.90. Kalau dipasaraya dijual dibawah harga RM5.00.

  • bEe December 13, 2011 at 7:55 am

    As Salam bro :-)
    Lama tak bertandang ke mari….

    bEe biasanya suka guna lip balm kalau bibir kering. Sbb lip balm ada mcm2 perasa. Kalau vaseline tu rasa mcm tak best. Hehehe, husband pun guna lip balm perisa strawberry… hihi

  • faiz December 13, 2011 at 3:39 am

    selalunya biarkan je bibir kering..kdg2 tu siap kupik lagi yg kering2 tu..heheh

    • akubiomed December 13, 2011 at 10:47 pm

      Saya pun ada masalah bibir kering sehingga boeh berdarah kerana terlalu kering.

  • bardboo December 13, 2011 at 3:16 am

    dulu ada saya ada kawan yang memang jenis bibir merekah..so dia memang standy je bawak vaseline ni pergi mana2…

  • cikgu naman December 12, 2011 at 11:49 pm

    status halalnya daripada mana ye?produk ni biasa dikilangkan di Thailand kan?ada gak satu produk ni tapi was² pulak

    • akubiomed December 13, 2011 at 1:04 am

      Vaseline ini 100% berasaskan jeli petroleum bukannya daripada sumber haiwan atau pun tumbuhan.

  • Nur December 12, 2011 at 11:38 pm

    Memang selalu dengar produk ni sangat berkesan. Belum pernah mencuba lagi..

  • titan December 12, 2011 at 11:10 pm

    masalah aku bibir cepat kering. Kena selalu minum air. Baru la tak kering. hehe..
    titan recently posted..Buffered Earning yang 31 dan 32 dari NuffnangMy Profile

    • akubiomed December 13, 2011 at 1:06 am

      Pekena air apa yer bro? :-)

    • yas December 13, 2011 at 9:44 am

      tu bukan bibir…tu biebeh tue…hahahaha

  • zulkbo December 12, 2011 at 10:01 pm

    salam..
    dulu ada pakai lip glose je
    vaseline ni pernah nampak
    dan pernah jumpa Gay
    simpan dalam beg buat
    stanby..dia kata nak basah
    bibir lah..tapi kawan dia cakap
    nak “buat projek” sampai
    ke ler saya tak sanggup nak
    beli..apa pun bergantung
    pada niat kita kan..?
    zulkbo recently posted..Teknik SEO : Jangan Sesekali Guna Simbol Underscores Pada URLsMy Profile

    • akubiomed December 12, 2011 at 10:54 pm

      Mesti fobia dan teringat-ingat. :-)

    • tehr December 13, 2011 at 1:05 pm

      banyak guna juga rupanya benda ni
      huh

  • Nadri December 12, 2011 at 9:41 pm

    Mmg nak kena beli vaseline lepas nie…anak pompuan kwn bibirnya selalu kering..bagus jugak entri nie diterbitkan….

    • akubiomed December 13, 2011 at 1:05 am

      Boleh dicuba dengan sapu pada bibir anak nanti tapi tidak perlu sapu secara tebal.

  • b3njy December 12, 2011 at 8:45 pm

    Diharapkan akan ada lagi berbagai tip2 kesihatan untuk perkongsian member2 blogger semua. Terima Broo atas perkongsian ini.
    b3njy recently posted..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !My Profile

  • b3njy December 12, 2011 at 8:43 pm

    Berapa harga 50 grm tu Broo ? ada sampai RM 20.00 ke ?
    b3njy recently posted..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !My Profile

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:15 pm

      Tengok tempat ketika saya beli di farmasi di Melaka harganya RM5.90 tapi kalau dipasaraya sekitar RM4.50.

  • b3njy December 12, 2011 at 8:42 pm

    Mula tengok gambar atas tu macam besar tetapi bila di letakkan di atas tapak tanggan … alahai kecilnya …
    b3njy recently posted..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !My Profile

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:16 pm

      Rasanya ini yang paling kecil.

  • b3njy December 12, 2011 at 8:41 pm

    Apa rasa benda tu manis ke ? pahit ke ? ada rasa vanila ? sebab kanak2 selalu tak nak rasa yang pahit2 mereka suka rasa manis.
    b3njy recently posted..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !My Profile

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:17 pm

      Vaseline ini tidak ada rasa.

  • b3njy December 12, 2011 at 8:39 pm

    Wow satu perkosongsian yang menarik … diturunkan dari blogger ke blogger :)
    b3njy recently posted..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !My Profile

  • puanbee December 12, 2011 at 8:05 pm

    ikutkan dari pendapat dari komen yang ditinggalkan ramai mengakui vaselin terbaik :)

    • blackrosehunter December 12, 2011 at 9:01 pm

      kakak sy pernah guna ini..memang hasilnya berkesan..

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:17 pm

      Saya pada mula agak skeptikal pada mulanya.

  • isza December 12, 2011 at 7:50 pm

    memang elok produk ni..
    teringat saya teruja nak merahkan bibir sapu ubat gigi tapi terlebih sapu daaa..
    jadilah bibir angelina jolie

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:19 pm

      Oh. macam-macam guna ubat gigi rupanya. Kalau dulu ada yang mengunakannya untuk merawat jerawat. Err..kalau dapat bibir Angelina Jolie apa salahnya. :-)

  • Jai December 12, 2011 at 7:14 pm

    Bro, org dewasa boleh jugak ke? Aku ada jugak masalah bibir kering selalu pecah2..
    Jai recently posted..Borang Bantuan Rakyat RM500 Tipu?My Profile

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:23 pm

      Kalau bayi boleh guna sudah tentu orang dewasa pun boleh. Nasihat saya sapu nipis sahaja pada bibir yang kering.

  • anif December 12, 2011 at 5:58 pm

    :D Memang bagus produk tu..
    anif recently posted..iPad 3 Lebih Tebal? Bakal Dilancarkan Pada Februari 2012My Profile

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:21 pm

      Kalau saya tahu dulu sudah lama gunakannya ketika berada diluar negara kerana teruk juga masalah kulit merekah dikawasan peha kerana cuaca kering.

  • sweet December 12, 2011 at 5:41 pm

    lipstik pon sy x suke pakai.. mujur bibir x ade masalah apa2.

    • akubiomed December 12, 2011 at 9:22 pm

      Saya suka yang natural. Kalau dibuang alat solek, wajah wanita nampak pucat.