• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Bila hero-hero kacak melangkah ke alam dewasa.

Bila hero-hero kacak melangkah ke alam dewasa.

27th November 2011 by akubiomed 99 Comments

Hero-hero kacak melangkah ke alam dewasa.

Sempena sambutan Ma’al Hijrah penuh bermakna apa bila hero-hero kacak saya melangkah ke alam dewasa. Tidak terkecuali abang Koning yang tidak didalam senarai pada mulanya terjebak sama apabila melihat abang-abangnya keluar dari bilik dewasa seorang demi seorang. Saya terpaksa mengunakan kemahiran diplomasi terhadap abang Koning yang mula berdolak-dalik. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir tanpa apa tentangan daripada hero-hero saya kerana kebijaksanaan babahnya mengunakan diplomasi.

Kesempatan sambutan Ma’al Hijrah saya ambil peluang untuk berkhatan hero-hero kacak secara beramai di kampung.

Abang koning dan abang Ngah bersarapan nasik Lemak sebelum berkhatan

Hero-hero kacak menunggu giliran utuk berkhatan.
Abang Koning sempat buat lawak lagi 🙂

Abang Ngah sudah tertidur.
Abang Koning masih lagi mampu beri isyarat peace.

p/s: Tentu ada pengalaman hero-hero kacak blogger yang berkhatan untuk melangkah ke alam dewasa.

  • Hero-hero kacak AkuBiomed dan Pandak didalam promo Semanis Kurma
  • Dak Amsyar Bersunat
  • Penutup tahunku 2012 yang kacak

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. bEe says

    13th December 2011 at 8:21 am

    Wah seronok tgk anak membesar di depan mata kan!!!!!
    🙂

    Reply
  2. Khidhir says

    2nd December 2011 at 1:00 am

    ohh. da start cuti skolah. patut pun byk kanak2 berkhatan..

    Reply
  3. suri says

    30th November 2011 at 3:52 pm

    ia menandakan anak2 sudha mmbesar bakal akil baligh ni heee..

    Reply
  4. suri says

    30th November 2011 at 3:14 pm

    bila teman nak ada boy nih huhu…

    Reply
  5. zik says

    30th November 2011 at 1:20 am

    3 sekali gus… senang… dulu siap ada majlis lagi…tapi datang lewat… kalau datang awal kena siram…

    Reply
    • suri says

      30th November 2011 at 3:40 pm

      bomba siram hee…skli harung mmg bagus seng sorbg2 karang takut ada adik abg barani ar si adik tu skit heeee

      Reply
  6. Sweet says

    30th November 2011 at 12:54 am

    Hehh hepi dia siap main game lg..

    Reply
  7. Pacifista says

    29th November 2011 at 11:53 pm

    pergh…sekarang baru betul jadi hero.hehe… 😀
    tetiba teringat pulak zaman aku mula2 khatan ni.hehe 😛

    Reply
  8. nash says

    29th November 2011 at 10:44 pm

    salam bro..
    lama benar xsinggah blog ni..
    hehehe
    mood xsampai laa… wahh.. semua bertiga kena sunat.. cayalahh
    teringat zaman darjah dua dulu… sunat sama adik tadika..tapi saya sendiri yang tak jadi nak sunat slpas kene cucuk.. hahaa..
    last2 sunat time darjah 4… 😛 malu2

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 11:28 pm

      Kalau sudah bius apa lagi jalan sahaja lah. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th November 2011 at 3:42 pm

        haa..tak usah gentar serahkan sja

        Reply
  9. apaajanews says

    29th November 2011 at 9:15 pm

    ermmm apa umpan yang dibagi agaknye…ye

    Reply
    • suri says

      30th November 2011 at 3:43 pm

      mestilah gem ps2 ker erm…hiii

      Reply
  10. apaajanews says

    29th November 2011 at 9:13 pm

    bagi umpan ipad ke bro…he he

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 11:34 pm

      Umpan iPad sangatlah tidak mampu. 🙂

      Reply
  11. Dulu Lain Sekarang Lain says

    29th November 2011 at 8:20 pm

    Sekojap jer masa berlalu kan bro? Dah selamat sunat.. tak lama lagi start ler introduce GF sama family, lepas tu walimatul urus… he he…. Semua bapa akan lalui ni semua.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:27 pm

      Jauh lagi nak menyambut menantu sebab sekolah pun tidak habis lagi. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th November 2011 at 3:44 pm

        ha…adoi…bljar dulu haruis d utamakan heee

        Reply
  12. dnoBiz says

    29th November 2011 at 6:55 pm

    awas gadis gadis pingitan…
    abang Koning is Coming 😀

    Reply
    • suri says

      30th November 2011 at 3:55 pm

      hee… dah kacak pun iras bapa dia 🙂

      Reply
  13. wazy says

    29th November 2011 at 5:51 pm

    Alhamdulillah,anak-anak bro dah selamat berkhatan,minggu lepas anak jiran saya berkhatan juga,mula-mula dia rasa takut,lepas tu selamber je masuk bilik doktor.Memang adat la semua takut masa nak berkhatan ni,hehe

    Reply
  14. wahida says

    29th November 2011 at 4:43 pm

    teringat adik saya sunat dulu…nangis2 dia…hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:08 pm

      Bisalah mula-mula lepas itu senyum sahaja.

      Reply
  15. sw33tdarling says

    29th November 2011 at 3:04 pm

    senang sunat sekaligus, sekali harung. Skang ni ramai duk advise bersunat masa anak still kecik tapi saya tak setuju. sebab nanti mereka takde kenangan berkhatan so cemana nak cerita or nak monitor anak2 mereka pulak nanti… betul tak? Bagi saya, tradisi berkhatan tak patut dihapuskan…

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:07 pm

      Mungkin sudah ada elemen moden yang ada ketika berkhatan. Saya amat setuju amalan tradisi dikekal agar ia tidak diluput zaman.

      Reply
      • suri says

        30th November 2011 at 3:58 pm

        sy suka zaman tradisi mmg mengagumkan..perit bagai nak rak heee..

        Reply
  16. hafizmd says

    29th November 2011 at 2:09 pm

    Tahniah utk babahnya dulu sbb dapat selesaikan salah satu tugas seorang babah 😀

    Tahniah utk ke3 sekali…dah dewasa dah 3 orang ni..pasti tanggungjawab babah makin bertambah lepas ni

    Reply
    • dnoBiz says

      29th November 2011 at 6:56 pm

      dan tahniah kepada I phone sebab menjadi peneman setia dikala abang Koning dalam pantang heheheh

      Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:04 pm

      Terima kasih bro. Orang barat kata, ‘This is just the beginning’

      Reply
  17. eiela says

    29th November 2011 at 2:04 pm

    wah dah selamat dah diorang, yang tengah dah terlelap.

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:02 pm

      Abang Ngah selalu macam itu. Begitu juga kalau kurang sehat dia akan berehat dengan tidur.

      Reply
  18. faiz says

    29th November 2011 at 1:47 pm

    sudah lps proses menakutkan padahal tak sakit pun..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:01 pm

      Ubat bius bila sudah hilang mula rasa berdenyut-denyut.

      Reply
      • suri says

        30th November 2011 at 3:45 pm

        llki kena kuat klu tak payah ar nk jadi llki tahan lasak..uji sakit heee

        Reply
  19. chii says

    29th November 2011 at 1:07 pm

    selamat melangkah ke alam dewasa ya adik2 sekalian..ehehe

    Reply
  20. adamfaiz says

    29th November 2011 at 11:58 am

    Anak yang bongsu tu dah mula takut dengar sepupu dia baru berkhatan weekend lepas… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:00 pm

      Ini mesti ada cerita yang tidak enak dikongsikan tentulah ia rasa takut untuk berkhatan. 🙂

      Reply
  21. DAHARI says

    29th November 2011 at 11:24 am

    sALAM,,

    HAHAHA..BLE TENGK ANAK ABG..TERINGAT MASE KECIK2 DULU…KHATAN TAK JADI..COZ TAKOT SANGAT….. DAH BOLEH SOLAT KAT DEPAN SEKALI..HIHIHIHI

    Reply
  22. Mus says

    29th November 2011 at 1:20 am

    haha…
    aku masih fobia bila dengar pasal berkhatan ni..

    Reply
    • hafizmd says

      29th November 2011 at 2:08 pm

      ni bro Mus mesti ada pengalaman bestkan? 😀

      Reply
      • dnoBiz says

        29th November 2011 at 6:57 pm

        betul tu Fiz…
        Aku pun nak denganr gak…
        Mus cepat la cite….

        Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 7:58 pm

      Cuba kongsi cerita pengalaman bro ketika berkahatan dahulu? Kami tak sabar nak dengar nih. 🙂

      Reply
  23. nurmisnan says

    28th November 2011 at 11:10 pm

    ohhhhh… sweetnya memori Maal Hijrah 1433
    Semua dah besar sekarang. Kena tanam azam baru tuh..
    Dah sunat bolehlah bersolat jemaah jadi imam.. hik3..

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 7:57 pm

      Sudah boleh solat jemaah bersama orang dewasa tidak perlu bimbang dipencilkan diruang kanak-kanak lagi. 🙂

      Reply
  24. Nur says

    28th November 2011 at 10:47 pm

    Wah Hero2 dah melangkah ke alam dewasa… Kalau zaman dulu, budak2 tentu baca buku tapi zaman sekarang semuanya tentu main game dlm hp.. Zaman dah berubah..

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 7:56 pm

      Betultuh. Ketika zaman saya bersunat dahulu komik adalah peneman.

      Reply
  25. Kak Long Mawar Merah says

    28th November 2011 at 10:07 pm

    Anak Kak Long yang sulung tu dulu pun berkhatan 4 orang iaitu dengan 3 orang sepupu dia.
    Nampak Abang Koning paling cool tu…

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 7:55 pm

      Kalau ada kawan yang sama berkhatan tak apa. Dulu saya seorang sahaja memang berdebar. 🙂

      Reply
  26. kakyong says

    28th November 2011 at 6:55 pm

    anak kakyong yg tua tu belum bersunat lagi… Insya Allah, x lama lagi lah tu..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:33 pm

      Berapa umur anak Kak Yong tuh?

      Reply
      • kakyong says

        28th November 2011 at 9:49 pm

        5 tahun.. tp dia dah request nak bersunat.. ayahnya jer yg dok tangguh kan.. tunggu sek rendah..

        Reply
        • akubiomed says

          28th November 2011 at 9:59 pm

          Anak saya paling kecil bersunat adalah berumur 6 tahun bakal masuk tahun 1 tahun 2012.

          Reply
          • kakyong says

            28th November 2011 at 10:11 pm

            kakyong sebenarnya lebih suka jika anak bersunat awal.. tp malas nak gaduh2 dgn suami

            http://kakyong72.blogspot.com/2011/11/fikri-dan-bersunat.html

            Reply
          • suri says

            30th November 2011 at 4:03 pm

            hati anak mmg wajar dan berani hee,,,

            Reply
  27. blackrosehunter says

    28th November 2011 at 5:48 pm

    haa…tiga-tiga sekali potong..hehe..sekarang tak sakit macam dulu dah kan?cepat pun cepat..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:32 pm

      Teknik terkini tidak perlu pergi cuci dan membuka benang. Proses penyembuhan pun cepat kerana didalam masa 3 hari sudah boleh pakai seluar dah.

      Reply
  28. zulkbo says

    28th November 2011 at 5:32 pm

    salam..
    heran..yang baju oren tu
    nak khatan juga ke..?

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:31 pm

      Itu pakciknya peneman anak buah dan memberi kata-kata perangsang.

      Reply
  29. fatinmraz says

    28th November 2011 at 5:12 pm

    dengarnya skrg bersunat pakai laser yerk??

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:30 pm

      Mengunakan laser lebih baik kerana proses penyembuhan lebih cepat.

      Reply
      • suri says

        30th November 2011 at 3:48 pm

        mahal sudah tentu tapi baik biasa..sllu jer cuma beza lambat baik hee…
        klua ada wang mmg tak der hal punye

        Reply
  30. cikgu naman says

    28th November 2011 at 4:53 pm

    hahaha..nasib baik ada gadjet² canggih menjadi peneman..kita dulu???

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:29 pm

      Tanniah cikgu menang Samsung Galaxy S II nanti anak berkahatan boleh dipinjamkan nanti. 🙂

      Reply
  31. titan says

    28th November 2011 at 3:38 pm

    haha..makin kacak la abang koning lepas nih. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:21 pm

      Sudah tentu abang Koning semakin kacak lepas ini. 🙂

      Reply
  32. adele says

    28th November 2011 at 3:17 pm

    wah..wah..wah..dah dewasa semuanya..hehe.anak saudara sy sunat 14 Disember ni.. 😀

    Reply
  33. yas says

    28th November 2011 at 2:13 pm

    Anak aku kalau tak de aral melintang dalam 6/12 nanti bro…:)

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:20 pm

      Dah dekat tuh bro. Macamana kalau ditanya mengenai berkhatan?

      Reply
  34. Mekar says

    28th November 2011 at 12:00 pm

    Ceria aje mereka tu. Memang bijak si babah berdiplomasi dgn anak2nya

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:20 pm

      Bayang kalau hero-hero saya memberontak tentu tidak menjadi berkhatan. 🙂

      Reply
  35. nuriz says

    28th November 2011 at 9:55 am

    sudah melangkah ke alam dewasa hehe..sekarang ni musim khatan ye..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:19 pm

      Musim berkhatan sudah bermula. 🙂

      Reply
  36. ZoOL says

    28th November 2011 at 8:24 am

    aisehmen.. jeles aku, dulu lepas berkhatan asyik baring sepanjang ari sambil tgok tv tp budak2 zaman skrg siap main smartphone lagi tue 😛

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:19 pm

      Kalau menonton TV sepanjang hari pun bosan juga. Nasib ada telefon pakcik yang dipinjamkan. 🙂

      Reply
  37. faizul says

    28th November 2011 at 8:23 am

    sekarang ni cara berkhatan dah tak sama dengan dulu-dulu kan. Sekarang ni jahitan pun dah takde, cuma pakai teknik sarung aje pastu potong 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:18 pm

      Untuk anak saya tidak mengunakan sarung kerana menurut tok mudim moden ia perlu diperiksa dengan kerap dan penjagaan pun leceh jika terkena air kencing. Bagi khatan anak saya masih mengunakan jahitan tetapi tidak perlu dibuka benang nanti kerana ia akan mereput sendirinya.

      Reply
  38. Juan says

    28th November 2011 at 6:08 am

    nmpk ok jer semuanya, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:13 pm

      Senang juga urus mereka walaupun berlainan kerenah setiap seorang. 🙂

      Reply
      • anif says

        28th November 2011 at 9:15 pm

        Senang… cuma penuhi permintaan mereka 😀

        Reply
  39. bardboo says

    28th November 2011 at 4:08 am

    tengah main la tu yer? hilang bosan diorang kan..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:11 pm

      Terpaksa layan kehendak mereka kalau tidak tentu boring. Sekurang-kurang dapat melupakan kesakitan ketika kehilangan ubat bius nanti.

      Reply
  40. Nadri says

    28th November 2011 at 1:51 am

    anak lelaki saya no. 2 masih blm menunjukkan syarat bersetuju utk berkhatan…kata nak tunggu naik darjah 4 tahun depan….

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:10 pm

      Tunggu darjah 4 lambat lagi rasanya tuh. Yang penting berikan semangat dan jangan khabar perkara-perkara yang menakutkan.

      Reply
  41. Nadri says

    28th November 2011 at 1:51 am

    anak2 bro langsung tak menunjukkan rasa takut…jauh berbeza dgn saya masa nak berkhatan dkt kg dulu…

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:09 pm

      Saya pun ketika berkhatan dahulu berdebar tapi mereka ini selamba sahaja mungkin kekurangan info mengenai bagaimana kaedah khatan ini dilaksanakan.

      Reply
  42. tehr says

    28th November 2011 at 1:35 am

    tiga sekali sudahnya
    memang meriah sangat ni, bro
    tahniah dan selamat datang ke alam dewasa kepada semua hero

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2011 at 9:07 pm

      Senang jalan sekali tidak payah tunggu lagi . 🙂

      Reply
      • anif says

        28th November 2011 at 9:13 pm

        Memang senang tu… sekaligus 😀

        Reply
  43. Norizwan says

    28th November 2011 at 12:13 am

    wah abg koning paling steady ea…zaman saya dulu berkhatan, majalah ujang kan top giler2 dulu…baca mjlh tu nak hilang kan bosan nya pasal….:)

    Reply
  44. Hadi Rofiee says

    27th November 2011 at 10:51 pm

    Wah, berehat selepas berkhatan sambil bermain-main dengan teknologi. Zaman sudah berubah. Hehe.

    Didoakan semoga hero-hero kacak membesar menjadi pemuda yang baik. Amin. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2011 at 10:56 pm

      Zaman saya ketika berkhatan akan dibelikan komik Malaysia yang berharga 70sen untuk menghilangkan boring.

      Reply
  45. FAIRUS says

    27th November 2011 at 8:46 pm

    PERGH BRO.. AKU DULU NAK KHATAN TAKUT LA JUGAK.. SEBELUM AKU KHATAN ADA SEORANG BUDAK KHTAN DULU, AKU DENGAR DIA TERJERIT2 LEPAS TU BOLEH KETAWA2 PLAK.. PERGHH.. NAIK TAKUT JUGAKLAH MASA TU. HEHE

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in