• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Dak Amsyar Bersunat

Dak Amsyar Bersunat

25th January 2025 by akubiomed 2 Comments

Dak Amsyar bersunat.

Dak Amsyar bakal melangkah masuk ke umur 8 tahun. Kami ambil keputusan untuk hantar dak Amsyar bersunat memandangkan masih ada slot kekosongan untuk bersunat di masjid. Majlis bersunat beramai-ramai ini dianjurkan oleh pihak masjid.

Jadi ahli kariah yang mempunyai anak lelaki boleh hantar untuk bersunat. Seramai 81 orang kanak-kanak bersunat dan Tok Mudim adalah dari hospital kerajaan. Kehadiran pihak Bomba menarik perhatian ibubapa dan anak-anak untuk bergambar dapat memeriahkan suasana.

Satu kolam besar telah diletakkan dipengkarangan masjid. Anak-anak mandi secara beramai-ramai dengan pancutan air dari kereta Bomba. Gelagat anak-anak seronok mandi beramai-beramai mencuit hati ibubapa untuk merakam gelagat anak masing-masing.

Seawal selepas Subuh ibubapa telah beratur untuk mendaftar slot bersunat.
Anak-anak yang bakal bersunat bergambar beramai-ramai bersama abang Bomba.
Pancuran air dari kereta Bomba.
Tersenyum abang-abang Bomba melihat anak-anak mandi beramai-ramai dalam kolam besar.
Dak Amsyar bukan main lagi berenang.
Selfie satu kali

Tempat bersunat berlangsung di dalam dewan bersebelahan masjid. Seramai 4 orang Tok Mudim dan beberapa orang pembantu. Setiap anak telah disusunkan mengikut slot giliran bagi melincinkan proses bersunat. Slot bersunat dak Amsyar pada jam 11.30 pagi. Hanya ibubapa sahaja dibenarkan bersama anak ketika bersunat.

Menunggu giliran bersunat
Sampai tertidur Oyen menunggu giliran bersunat
Anak-anak disusun mengikut giliran.

Alhamdulillah, proses bersunat Dak Amsyar berjalan dengan lancar. Terima kasih ahli jawatan kuasa masjid bertungkus lumus memastikan urusan bersunat berjalan dengan lancar.

Post terdahulu abang-abang kepada Dak Amsyar yang bersunat.
1. Bila hero-hero kacak melangkah ke alam dewasa.
2. Aslah selamat menjalani berkhatan.

Macam pengalaman bersunat anak kalian?

  • Penalty Challenge Dak Amsyar
  • dak amsyar nobat penjaga gol terbaik
  • Juadah berbuka ringkas di hari pertama Ramadhan
Summary

Filed Under: blog, famili Tagged With: berkhatan, sunat

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    27th March 2025 at 7:14 pm

    Semoga dipermudahkan urusan. Risau pada mula untuk bawa anak bersunat sebab badan berisi. Syukur alhamdulillah urusan bersunat anak berjalan lancar.

    Reply
  2. Beli Kereta Baru says

    25th March 2025 at 7:41 am

    anak saya sekarangn 6 tahun, nanti nak kena bawa di bersunat juga tahun tahun akan datang, terima kasih berkongsikan pengalaman

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in