Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak

Projek hujung minggu dengan bina pagar keselamatan kanak-kanak

Baby Aslah sudah mula berjalan dan rumah aku pula jenis 2 tingkat. Rajin pula si baby Aslah ini memanjat tangga dah macam-macam penghalang dibuat tetapi tidak menghalang untuh baby Aslah memanjat tangga. Aku mengambil keputusan untuk membuat projek hujung minggu Sabtu dengan bertukang membina pagar keselamatan kanak-kanak daripada kayu.

Pagar keselamatan kanak-kanakKalau pagar keselamatan yang dijual menjangkau harga RM1++. Lagi pun aku ada kemahiran bertukang jadi apa masalahnya untuk membina pagar keselamatan kanak-kanak dengan hasil tangan sendiri. Aku mengambil masa sejam untuk menyiapkannya dengan bantuan 3 Ninjas Koning. Modal keseluruhan adalah RM48 dan upah adalah air oren sejuk bancuhan isteri :-).

Hasil tangan Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanakTukang pagar keselamatan kanak-kanak

Tukang pagar keselamatan kanak-kanak_2

Baby Aslah beri pos di pagar keselamatan kanak-kanak

 p/s: Tenang sedikit apabila baby Aslah tidak memanjat tangga lagi

46 total views, 3 views today

100 thoughts on “Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak”

  1. Pingback: Projek Pistol bakal pesaing finalis AJL26
  2. Pingback: Projek Pistol bakal pesaing final AJL26
  3. Pingback: Projek hujung minggu – Seni foto atas kayu bersama abang Koning — AkuBiomed
  4. Ha….. teringat ayah bEe pun ada buat pagar made by kayu hehehe

    Kat depan pintu tu buat selak pastu pasangkan aje pagar yg dah diketuk….
    Org2 dulu pandai jimat duit (samalah dgn bro kan)
    Org skang ni pemalas hihihihi (byk duit :-P)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    He..hee..tidak semua. Saya buat pagar kayu ini kerana alat tukang pun ada apa salah bertukang dihujung minggu

    [Reply]

  5. dulu2 ayah sya pun ada buat pagar yg simple macam ni. tujuannya pun sama. tak bagi adik2 yg kecil merayap2 sampai keluar rumah
    Mekar recently posted…Pavlova – Resepi dan Cara MembuatnyaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Pagar keselamatan ini sudah boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian budaya Melayu

    [Reply]

    Yas Reply:

    Sejarah pagar ni buat anak2 aku…yg abang2 dia sumer berpagar yang last ni je belum sempat buat lagi…tp kali ni klau nak buat pagar tu lagi,pagar kali ni kene panjang dr dulu…mau gi ke 4 kaki panjangnya..huhuhu

    (pagar dapur)
    Yas recently posted…Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempasMy Profile

    [Reply]

  6. as salam AB,

    terbaik!

    hasil sentuhan camni mmg terbaik!

    nampaknya, aslah dah takde peluang nak main tangga lagi

    p/s-akupun nak kena buat 1 nanti, baby nak mula nak pandai bangun ;p

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Elok juga ada pagar ini boleh disekat supaya bayi tidak mencederakan diri

    [Reply]

  7. simple tapi menarik..nak lagi lawa..kasi kaler kuning..ehehe..

    kanak2 seusia aslah mmg suka memanjat.lgpun dorang bukan nya takut jatuh pun. kita yang tgk ni jadi ngeri. heheh..

    sama mcm irfan yg dok panjat pokok tu :p

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Err cat warna koning. Itu warna tema abang Koning :-)

    [Reply]

  8. pak tu tak cukup tggi lagi ar..kasi tggi skit lagi ar hiii…

    mana tahu dah besar nnti blh lompat tggi plk ngheee…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya dah buat ukuran pagar besi yang pernah dipinjamkan oleh jiran suatu ketika dahulu

    [Reply]

  9. ha…sok lusa selak tu pulak dia pandai bukak huuu..mmg bijak2 bapanya menongkah idea.agaknya masa anak2 3 org tu lagu tu ar agaknya hee..ke pagar dema yg dulu tak der?

    [Reply]

  10. hahhaha.. marvelous, fantastic..

    kalau beli sudah tentu mahal, buat sendiri peluh dapat, creative berkembang, badan pun sihat.. ahaks..

    hehehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Hmm..yer lah tuh. Buat pintu pagar ini tidak keluar peluh sebab kayu bukna jenis keras :-)

    [Reply]

  11. terbaik bro…aku pun ari sabtu lepas dok D.I.Y pintu kabinet yg aku buat…lenguh2 gak la tangan aku dibuatnya…hehehe
    yas recently posted…Tempat terbaik nak berehat- Ada berani?My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kenapa bro? Pintu kabinet tercabut?

    [Reply]

    yas Reply:

    Hehehe…biasak lerr klau dah buat sendiri..alhamdulillah pas ni okeh dah kot..
    pintu tang 2 penjuru yg paling susah nak dimodified,,,:)
    yas recently posted…Tempat terbaik nak berehat- Ada berani?My Profile

    [Reply]

  12. kemas betul la hasil tangan bro, memang tukang ye? hehe

    [Reply]

    nuriz Reply:

    dulu masa sekolah ada belaja gak kemahiran hidup buat kotak makanan ayam ke apa dulu hehe. terkial2

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Semasa tingkatan satu ada ambil subjek pertukangan tetapi sekerat jalan berpindah sekolah tetapi sekolah saya pindah tidak subjek pertukangan jadi terpaksa ambil Sains Pertanian sampai tingkatan 3

    [Reply]

  13. tunggu sampai dia pandai panjat dengan bantuan kerusi, hehee.. baru pikir cara lain plak.. tp kalau dah besar sikit takde masalah kot hehee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bimbang abang-abangnya mengajar buka engsel pintu :-)

    [Reply]

    galut Reply:

    Kanak-kanak skrang bro….memang pintar2 dan tidak hairan si baby cepat trima tunjuk ajar dari abang senior he…hee…kena cari lagi idea baru utk safety lock engsel tu bro….

    [Reply]

  14. pandai bertukang ya. dah save budget dah kat situ dari nak beli yang dah pasang siap :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bolehlah sikit-sikit ilmu bertukang tidak belajar formal untuk bertukang

    [Reply]

  15. feed blog anda “tak jalan” di
    blog list saya..entri terakhir
    berkenaan ‘pemain selangor
    yang masih berbisa”..ada apa2
    cara boleh saya buat untuk
    dapatkan kemaskini entri
    terbaru anda..
    zulkbo recently posted…Herbert Chavez Taksubkan Superman Nasib Baik Bukan DoraemonMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya pun tidak tahu apa puncanya samada masalahnya. Minta maaf kalau ia menyusahkan bro

    [Reply]

    zulkbo Reply:

    setakat petang ni dah okey
    saya dah dapat “feed” entry
    terbaru anda,mungkin setting
    di blog saya..
    zulkbo recently posted…Wanita : Lain Di Mulut Tapi Lain Di HatiMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Okay terima kasih bro kerana memberi maklum balas :-)

    [Reply]

  16. sempoi la bro..
    kami pun ada terpikir nak buat pagar tangga ni..
    ingat nak beli jer..
    tapi bila tgk bro dapat buat dengan kreatifnya rasa mcm nak buat sendiri juga..hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Alat tukang memang ada beli sedikit-sedikit sejak masuk rumah pada tahun 2005. Kalau modal membeli alat tukang tinggi dari harga pagar yang dah siap baik beli yang pasang siap sahaja.

    [Reply]

  17. elok tu bro..sblm apa2 berlaku pd baby, baik pasang pagar trlbh dahulu…
    p/s: kemas hasil kerja tuu..blh jd part time tukang kayu gamaknya..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya orang yang jenis teliti sebab kalau alang-alang buat biarlah kemas.

    [Reply]

  18. mmg jimat buat sendiri. org Malaysia ni kena lebih byk amalkan DIY kt rumah. br jimat belanjawan isi rumah, dan plg penting kita lebih tahu thp kualiti dan keselamatan yg diperlukan dlm rumah tu :)
    Ekspresi Ruang recently posted…1×1 LED Desk Lamp: Lampu Meja Minimalis Rekaan Victor VetterleinMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ketika saya berada di Australia mendapat latihan terkejut ketika di bawa rumah Managing Director jabatan Biomedikal di sebuah hospital di Australia ada terlihat pengubahsuaian di tingkat 1 rumah beliau. Lalu kami bertanya adakah rumah beliau didalam proses pengubahsuaian dan diberitahu dia sedang membuat kerja pengubahsuaian sendiri pada hujung minggu. Ia adalah satu kejutan kepada kami.

    [Reply]

  19. Bro tempah satu meja hehehe…cantik ah pagar tu.Dulu aku siap bawak dari kg lagi pagar untuk anak.Tapi sekarang dorang dah besar tak panjat2 lagi…huh….bro hati seorang ayah mmg risau kalau bab keselamatan anak2 ni. :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Membina pagar ini secara tidak langsung membina kasih sayang betul tak bro? Mana ayah ingin anaknya cedera

    [Reply]

  20. kemas je …lega kan anak2 ni bukan boleh pantang kita terlepas pandang aje mula ler projek depa ..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bukannya apa PuanBee didalam terjaga boleh berlaku inikan pula kalau terleka

    [Reply]

    puanbee Reply:

    betul sokong …

    [Reply]

  21. dulu masa sy adik2 kecik2 lg ayh buat pagar kayu ni, sebijik camni!! teringat kembali….

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang saya sengaja memberi sentuhan lama kerana ia memberi imbaun memori lama dirumah kayu Melayu akan membina pintu kayu seperti ini

    [Reply]

    anif
    Twitter:
    Reply:

    Sentuhan lama penuh nostalgia… :D
    anif recently posted…Perangkap Di Zon SelesaMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge