• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Projek hujung minggu DIY tukar tiub tayar basikal

Projek hujung minggu DIY tukar tiub tayar basikal

7th September 2014 by akubiomed 35 Comments

DIY tukar tiub tayar basikal anak-anak sendiri

tiub tayar basikal

Hujung minggu kali ini buat projek DIY tukar tiub basikal. Sudah lama basikal anak-anak tersadai didepan rumah.

 

Saya sendiri tidak ingat masalah apa dengan 3 basikal tersebut. Apa yang nampak dari fizikal luaran yang paling ketara adalah tayar basikal kelihatan pancit. Cuba pam nampaknya tayar basikal masih lagi pancit dan perkara pertama terlintas didalam kepada adalah untuk menukar tiub basikal.

 

Pengalaman mengodek basikal BMX masih segar didalam ingatan

Nampaknya skill mengodek basikal BMX zaman kanak-kanak masih tidak tumpul dan segar. Kalau zaman kanak-kanak dahulu kalau setakat tayar bocor boleh tampal tetapi sekarang kalau pergi kedai basikal hendak beli tampal memang kena gelak dek tokey kedai basikal.

Sekarang ini nampak kerja lebih mudah dengan menukar tiub baru. Masalahnya kualiti tiub zaman sekarang tidak sebaik dahulu cepat sahaja bocornya walaupun tidak terkena tajam pun tetap akan bocor sebab tiub menipis disebabkan geseran tayar.


Redha dengan menukar tiub tayar basikal

Sudah banyak kali menukar tiub basikal anak-anak ini tetapi apabila boleh buat dengan kualiti tiub tidak sebaik zaman dahulu. Terpaksa redhalah dengan keadaan tersebut walaupun dengan berat hati.

Saya tidak ada masalah untuk membaiki basikal kerana peralatan untuk membaiki basikal ada cuma perlukan alat ganti sahaja. Lagi pun lebih jimat membaiki basikal sendiri berbanding dari menghantar kedai untuk dibaiki. Zaman saya kanak-kanan dahulu rata-rata rakan sebaya biasanya akan membaiki basikal dan mengubah basikal sendiri.

Zaman tersebut sudah ada aksesori eklusif untuk dipasangkan kepada basikal BMX supaya nampak bling-bling. Dengan kata lain ‘PIMP my ride’. Kawan-kawan past cemburu kalau basikal kita lebih cantik dan pasang barang-barang aksesori mahal dibasikal.

 

Misi hari ini menukar 6 tiub tayar

Dari satu basikal ke basikal saya menukar tayar tiub. Satu daripada tiga basikal tambah roda untuk tayar ke 3 dan ke 4 untuk baby Aslah.  Memandang Aslah belum pandai kayuh basikal lagi jadi bantuan tambahan tayar dapat membiasakan diri dengan kayuh basikal tanpa perlu bimbag dengan untuk mengimbangi diri.

Apa bila sudah laju berkayuh dan boleh imbang diri akan dibuka. Nampaknya Aslah masih lagi takut-takut untuk berkayuh dengan abang-abang suka mengusik pula.

AkuBiomed: Apakah aktiviti rakan-rakan dihujung minggu?

  • Sabtu day tukar tiub basikal bocor secara DIY
  • Terima kasih babah
  • Projek restore basikal BMX anak

Filed Under: diy

Reader Interactions

Comments

  1. Matdin says

    25th October 2022 at 9:15 am

    blh buat bnyk2 jual basikal la plk lepas ni.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th October 2022 at 8:57 pm

      Ada yang dah let go ke kedai besi buruk.

      Reply
  2. Hafiz says

    3rd January 2019 at 1:45 pm

    Saya pun tukarkan tayar dan tiub sendiri.. walaupun penat tapi byk juga jimatnya..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2019 at 1:49 pm

      Tukar tayar basikal biasa sahaja.

      Reply
  3. Hafizul says

    10th September 2014 at 9:13 pm

    Huhu…memang berbaloi kalau tukar sendiri..pandai ekk bro…hehe..

    Reply
  4. myrujukan says

    10th September 2014 at 3:44 pm

    dah lama benar saya x sentuh basikal, sekali sekala sentuh basikal dan godek godek best juga

    Reply
  5. MK Kimi says

    10th September 2014 at 3:00 pm

    Dulu pernah tukar tayar dgn abang.. sekarang dah ingat-ingat lupa

    Reply
  6. Hazmin Hamudin says

    10th September 2014 at 2:52 pm

    Senang je nak tukar tiub basikal ni kalau ada peralatan. Dulu pun selalu modified sendiri basikal ni. Tak susah mana kalau tahu caranya. hehe

    Reply
  7. Amirul says

    10th September 2014 at 11:06 am

    Zaman dah berubah,dulu nak bersocial dengan jiran keluar pi main basikal sama2.Sekarang ni depan smartphone je.
    Dulu ada juga basikal BMX sbb terpengaruh dengan Dave Mirra..hehe

    Reply
  8. RedLinda says

    10th September 2014 at 10:48 am

    Macam biasa, aktiviti hjg minggu adalah kemas rumah! hehe

    Reply
  9. hasrul hassan says

    10th September 2014 at 10:48 am

    Bab ni aku lom buat lagi bro. Bagus juga bro ketengahkan benda ni. Salah satu aspek dalam pendidikan utk anak-anak ialah kena tunjukkan kita HERO buat mereka … 🙂 dan lagi tambah masa luang dengan anak-anak ..memang terbaiklah.

    Reply
  10. Hairul Azni says

    10th September 2014 at 10:41 am

    Baca cerita bro ni baru teringat yang semalam anak sulung saya mengadu tayar basikal dia bocor..nak kena buat DIY jugaklah nampaknya ni..
    Kalau masa zaman kecik2 dulu, memang kita buat sendiri semua benda ni bro..zaman skrg budak2 dah tak macam tu lagi…mak bapak kena mainkan peranan..

    Reply
  11. anif says

    10th September 2014 at 10:05 am

    Ada masa terluang memang bagus jika dapat melakukan kerja-kerja berfaedah 🙂 Jadi contoh pada anak-anak..

    Reply
  12. Ismail N says

    10th September 2014 at 9:52 am

    Adehh.. dah berkurun kawe tak buat kerja ni 😀
    walhal zaman kanak2 dulu, ni lah kerja setiap bulan. Ya lah, basikal (BMX) merantasi jalan2 mencabar , so asyik kena paku, kaca etc.

    Reply
  13. syamila says

    9th September 2014 at 4:01 pm

    basikal si abang tak tau berapa kali tukar tiub…

    Reply
  14. TehR says

    9th September 2014 at 3:49 pm

    satu masa berharga bersama anak2
    tahniah

    moga2 menjadi bekalan untuk mereka menghadapi cabaran masa depan

    Reply
  15. reezluv says

    9th September 2014 at 1:37 pm

    teringat masa aku memula belajar tukar tayar motor sendiri.nostalgia betul..ahaah

    Reply
  16. suri says

    9th September 2014 at 12:33 pm

    wah baru perasan baju cantik mana dapat eh?

    Reply
  17. sabree hussin says

    9th September 2014 at 11:12 am

    zaman kecik2 dulu, kalau boleh tukar tiub basikal sendiri, tu memang dah hebat sangat dah rasanya tu

    Reply
    • suri says

      10th September 2014 at 9:45 pm

      masa tu akan ada rasa… kalau aku ada duit kau nak buka kedai sendirikan hee

      Reply
  18. Hairul Hissam says

    9th September 2014 at 12:27 am

    zaman kanak5 saya pakai basikal bmx juga tapi yg tayar getah tanpa tiub…

    Reply
  19. ahmadyani says

    8th September 2014 at 10:38 pm

    Aktiviti yang boleh menjimatkan wang. Di samping meluangkan lebih masa dengan anak.

    Reply
  20. Ezad Skytech says

    8th September 2014 at 10:08 pm

    kalau boleh buat sendiri tukar tayar ni…memang lebih baik buat sendiri kan…hee

    Reply
  21. sumijelly says

    8th September 2014 at 6:20 pm

    Rajinnya…

    Kak sumi kay rumah ada 2 basikal tayar dh pancit. . Suamj nak kekedai malas.. nak tukar pun malas..

    Sudahnya tersadai jer.. nak tak nak.. kak sumi gak kene g kedai bawa sendiri..huhuhu. .

    Tp.kene tunggu ada masa la br leh bawa…kalau dekat.leh htr kat AB…

    Reply
  22. Denaihati says

    8th September 2014 at 5:47 pm

    sekali tukar 6 tayar, memang exerciselah… sekarang tak pasti boleh buat lagi…

    Reply
  23. Azwan Anuar says

    8th September 2014 at 4:23 pm

    betul lah bro. tiup sekarang nipis sangat.

    dulu-dulu kalau tayar bocor boleh hantar kedai “tampung” tapi sekarang dah tak boleh. kena beli tiup baru
    rasanya dulu aku pernah tampal tayar sendiri, tapi dah lupa macam mana nak buat

    *tampung= tampal tayar

    Reply
    • akubiomed says

      8th September 2014 at 5:39 pm

      Betul mengenai ‘tampung’. Dahulu guna gam Dunlop untuk tampal tiub tayar basikal.

      Reply
  24. suri says

    8th September 2014 at 9:50 am

    bmx itu satu basikal kegemaran saya jugalah. lepas ini giliran saya pula sebab baru belikan anak basikal tayar hidup. ya nipis uh jenuhlah begini ya.

    Reply
    • akubiomed says

      8th September 2014 at 5:40 pm

      Zaman saya terkenal dengan basikal BMX. Sebelum itu basikal Chopper pernah popular.

      Reply
      • rose says

        9th September 2014 at 8:23 am

        si chopper tak boleh kalahkan jugakan, kedua sama hebat sekarang ada lagi ke

        Reply
  25. titan says

    8th September 2014 at 1:14 am

    gua tido aje.

    memang perlu tido lebih sikit sekarang. hoho

    Reply
    • suri says

      8th September 2014 at 9:55 am

      ya musim hujan syoklah tidur. saya teman anak main basikal bari dekat luar..betapa sukanya dia walaupun kayuhnya taklah laju bangat haaaaa.. 😉

      Reply
    • akubiomed says

      8th September 2014 at 5:40 pm

      Aiks, bro tak akan tidur jer. 🙂

      Reply
  26. Sani says

    8th September 2014 at 12:22 am

    Dah lama tak tukar tayar basikal anak…sekali-sekala OK juga tukar sendiri. Kadang-kadang tak perasan rupanya skru yang ikat tayar tu dah longgar…

    Reply
    • akubiomed says

      8th September 2014 at 5:41 pm

      Boleh berlaku. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in