• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak

Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak

8th October 2011 by akubiomed 100 Comments

Projek hujung minggu dengan bina pagar keselamatan kanak-kanak

Baby Aslah sudah mula berjalan dan rumah aku pula jenis 2 tingkat. Rajin pula si baby Aslah ini memanjat tangga dah macam-macam penghalang dibuat tetapi tidak menghalang untuh baby Aslah memanjat tangga. Aku mengambil keputusan untuk membuat projek hujung minggu Sabtu dengan bertukang membina pagar keselamatan kanak-kanak daripada kayu.

Kalau pagar keselamatan yang dijual menjangkau harga RM1++. Lagi pun aku ada kemahiran bertukang jadi apa masalahnya untuk membina pagar keselamatan anak dengan hasil tangan sendiri. Aku mengambil masa sejam untuk menyiapkannya dengan bantuan 3 Ninjas Koning. Modal keseluruhan adalah RM48 dan upah adalah air oren sejuk bancuhan isteri :-).

Hasil tangan Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak

 p/s: Tenang sedikit apabila baby Aslah tidak memanjat tangga lagi

Sila tekan butang kongsi:

  • Projek hujung minggu - Seni foto atas kayu bersama abang Koning
  • Projek hujung minggu DIY tukar tiub tayar basikal
  • Baby Aslah masuk Peraduan Si Comel

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    25th September 2012 at 9:57 am

    Hahaha nice… belum ada anak nanti terpaksa belajar buat juga

    Reply
  2. bEe says

    18th October 2011 at 1:54 pm

    Ha….. teringat ayah bEe pun ada buat pagar made by kayu hehehe

    Kat depan pintu tu buat selak pastu pasangkan aje pagar yg dah diketuk….
    Org2 dulu pandai jimat duit (samalah dgn bro kan)
    Org skang ni pemalas hihihihi (byk duit :-P)

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:31 pm

      He..hee..tidak semua. Saya buat pagar kayu ini kerana alat tukang pun ada apa salah bertukang dihujung minggu

      Reply
  3. LadyBird says

    16th October 2011 at 8:14 pm

    baguskan kalau ayah pandai bertukang..
    save budget..

    Reply
  4. akuzle ayu says

    14th October 2011 at 12:49 am

    mmg pueh ati bila buat senirik… bole tempah neh…ehehh

    Reply
  5. ciksembang says

    13th October 2011 at 12:35 pm

    saya nak panggil AB ni macgyver jugaklah.. sy jangka AB mesti suka simpan spare part brg2

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2011 at 12:10 am

      Alat ganti motorsikal pun ada disimpan di rumah 🙂

      Reply
  6. Mekar says

    12th October 2011 at 7:19 pm

    dulu2 ayah sya pun ada buat pagar yg simple macam ni. tujuannya pun sama. tak bagi adik2 yg kecil merayap2 sampai keluar rumah

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2011 at 8:15 pm

      Pagar keselamatan ini sudah boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian budaya Melayu

      Reply
      • Yas says

        13th October 2011 at 1:12 am

        Sejarah pagar ni buat anak2 aku…yg abang2 dia sumer berpagar yang last ni je belum sempat buat lagi…tp kali ni klau nak buat pagar tu lagi,pagar kali ni kene panjang dr dulu…mau gi ke 4 kaki panjangnya..huhuhu

        (pagar dapur)

        Reply
  7. Syafrizal says

    12th October 2011 at 8:10 am

    tahniah hehe… kreatif tu…

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2011 at 8:17 pm

      Terima kasih bro 🙂

      Reply
  8. Andy says

    11th October 2011 at 12:57 pm

    Teringat zaman kecil2 dulu, sekarang pun ada juga pagar camne tapi di pintu dapur takut ayam masuk rumah

    Reply
  9. eiela says

    10th October 2011 at 11:03 pm

    ayah saya pun buat jugak pagar nih dulu utk adik-adik. huhu nampak dah gigi baby aslah, comel.

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:48 am

      Gigi baby Aslah sudah tumbuh 4 batang. 2 gigi atas dan 2 gigi dibawah

      Reply
  10. dnoBiz says

    10th October 2011 at 10:34 pm

    Aku suka aktiviti DIY ni…
    setiap hasil ada kepuasan tersendiri..
    Ps : kena buat paint job tu, takut nanti kena selumbar pulak si kecil tu

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:46 am

      Papan yang saya beli ini sudah siap ketam

      Reply
  11. nizamghazi says

    10th October 2011 at 9:56 pm

    Baby Aslah yg sgt chumel 🙂
    Kreatif juga ayahnya ni buat pagar mcm ni

    Reply
  12. Kak Long Mawar Merah says

    10th October 2011 at 9:05 pm

    Cantik pagar tu. Dulu pun terpaksa pasang pagar, tapi pagar besi aje. Encik Suami tak ada bakat bertukang. Kalau tak mesti gempak pagar tu kat rumah kami.

    Reply
  13. sw33tdarling says

    10th October 2011 at 8:44 pm

    wahhh tak sangka ada bakat dalam tukangan… hubby saya tu bukan takde bakat tp kadang2 masa yg membataskan segalanya…

    Reply
  14. hafizmd says

    10th October 2011 at 4:32 pm

    as salam AB,

    terbaik!

    hasil sentuhan camni mmg terbaik!

    nampaknya, aslah dah takde peluang nak main tangga lagi

    p/s-akupun nak kena buat 1 nanti, baby nak mula nak pandai bangun ;p

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:28 am

      Elok juga ada pagar ini boleh disekat supaya bayi tidak mencederakan diri

      Reply
  15. chii says

    10th October 2011 at 3:47 pm

    simple tapi menarik..nak lagi lawa..kasi kaler kuning..ehehe..

    kanak2 seusia aslah mmg suka memanjat.lgpun dorang bukan nya takut jatuh pun. kita yang tgk ni jadi ngeri. heheh..

    sama mcm irfan yg dok panjat pokok tu :p

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:21 am

      Err cat warna koning. Itu warna tema abang Koning 🙂

      Reply
  16. Jai says

    10th October 2011 at 2:42 pm

    Dulu kat kg umah org tua aku ada buat jugak, maklumlah, umah kayu kampung ni bertingkat2..

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:15 am

      Hendak cari rumah kayu pun sudah susah ramai yang gantikan dengan rumah batu

      Reply
  17. suri says

    10th October 2011 at 1:34 pm

    pak tu tak cukup tggi lagi ar..kasi tggi skit lagi ar hiii…

    mana tahu dah besar nnti blh lompat tggi plk ngheee…

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:14 am

      Saya dah buat ukuran pagar besi yang pernah dipinjamkan oleh jiran suatu ketika dahulu

      Reply
  18. suri says

    10th October 2011 at 1:32 pm

    ha…sok lusa selak tu pulak dia pandai bukak huuu..mmg bijak2 bapanya menongkah idea.agaknya masa anak2 3 org tu lagu tu ar agaknya hee..ke pagar dema yg dulu tak der?

    Reply
  19. maza says

    10th October 2011 at 12:41 pm

    hahhaha.. marvelous, fantastic..

    kalau beli sudah tentu mahal, buat sendiri peluh dapat, creative berkembang, badan pun sihat.. ahaks..

    hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:11 am

      Hmm..yer lah tuh. Buat pintu pagar ini tidak keluar peluh sebab kayu bukna jenis keras 🙂

      Reply
  20. wahida says

    10th October 2011 at 12:06 pm

    hubby tak reti bertukang mcm ni…so, kami beli je la…

    Reply
  21. yas says

    10th October 2011 at 12:00 pm

    terbaik bro…aku pun ari sabtu lepas dok D.I.Y pintu kabinet yg aku buat…lenguh2 gak la tangan aku dibuatnya…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:10 am

      Kenapa bro? Pintu kabinet tercabut?

      Reply
      • yas says

        11th October 2011 at 8:26 am

        Hehehe…biasak lerr klau dah buat sendiri..alhamdulillah pas ni okeh dah kot..
        pintu tang 2 penjuru yg paling susah nak dimodified,,,:)

        Reply
  22. nuriz says

    10th October 2011 at 11:45 am

    kemas betul la hasil tangan bro, memang tukang ye? hehe

    Reply
    • nuriz says

      10th October 2011 at 11:47 am

      dulu masa sekolah ada belaja gak kemahiran hidup buat kotak makanan ayam ke apa dulu hehe. terkial2

      Reply
    • akubiomed says

      11th October 2011 at 12:00 am

      Semasa tingkatan satu ada ambil subjek pertukangan tetapi sekerat jalan berpindah sekolah tetapi sekolah saya pindah tidak subjek pertukangan jadi terpaksa ambil Sains Pertanian sampai tingkatan 3

      Reply
  23. Kamal Mustafa says

    10th October 2011 at 11:19 am

    Kat rmh KM, pagar nie dah bukak…kerana anak2 buah dah pandai memanjat.

    Reply
  24. padin says

    9th October 2011 at 9:25 pm

    tunggu sampai dia pandai panjat dengan bantuan kerusi, hehee.. baru pikir cara lain plak.. tp kalau dah besar sikit takde masalah kot hehee

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:55 pm

      Bimbang abang-abangnya mengajar buka engsel pintu 🙂

      Reply
      • galut says

        10th October 2011 at 8:40 am

        Kanak-kanak skrang bro….memang pintar2 dan tidak hairan si baby cepat trima tunjuk ajar dari abang senior he…hee…kena cari lagi idea baru utk safety lock engsel tu bro….

        Reply
  25. faizul says

    9th October 2011 at 8:38 pm

    saya beli penghadang besi yang pasang siap aje dulu untuk anak saya. Sebab tak pandai bertukang la katakan. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:54 pm

      Dulu jiran ada pinjamkan yang pintu pagar besi yang dia fabricate sendiri.

      Reply
  26. Affan Ruslan says

    9th October 2011 at 8:04 pm

    hahahah.
    teringat masa kecik2 dulu pun macam ni lah, kena ada pagar, kalau tak merayap je keje =.=

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:53 pm

      He..hee..ini kecil-kecil dulu pantang pintu terngaga tentu hendak lesap 🙂

      Reply
  27. chekgu naman says

    9th October 2011 at 7:49 pm

    wah..bagus..baru puas hati kan? saya tak reti sangat bertukang..keh keh keh..

    Reply
  28. kopisoda says

    9th October 2011 at 7:37 pm

    syukurlah. apapun safety come first 😉

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:52 pm

      Yes, Safety 1st. I like 🙂

      Reply
  29. Norizwan says

    9th October 2011 at 7:03 pm

    saya baru rau bro pandai tukang….kemas la bro buat…steady la….nak cuba la…tunggu anak saya boleh jalan…

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:52 pm

      Sudah hendak kena pasang tuh 🙂

      Reply
  30. MR.Z says

    9th October 2011 at 6:50 pm

    pandai bertukang ya. dah save budget dah kat situ dari nak beli yang dah pasang siap 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:51 pm

      Bolehlah sikit-sikit ilmu bertukang tidak belajar formal untuk bertukang

      Reply
  31. Pacifista says

    9th October 2011 at 6:43 pm

    wah,kemas la ko buat bro 😀
    buatkan untuk aku punya sekali la :p

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:50 pm

      Anak bro sudah mula merangkak atau berjalan?

      Reply
      • Pacifista says

        10th October 2011 at 3:44 pm

        merangkak je setakat ni.tu pun tak berganjak langsung.hehe :p

        Reply
  32. syahrilhafiz says

    9th October 2011 at 6:07 pm

    sempoi la..tapi tak takut ke sumbing nanti, habis tangan dia..kasi syelek sama itu kayu..hehe

    Reply
    • syahrilhafiz says

      9th October 2011 at 6:07 pm

      eh sumbing ke? hahaha, lantak la papepun 😀

      Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:49 pm

      Ingatkan hendak sapu Varnish tapi tidak jadilah

      Reply
  33. wazy says

    9th October 2011 at 5:21 pm

    Teringat masa kecik dulu,ayah saya pun ada buat pagar macam ni

    Reply
  34. firdaus says

    9th October 2011 at 3:35 pm

    bapak sanggup buat apa2 sahaja utk safety anak2.. terbaiklah..

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:48 pm

      Sudah menjadi tanggungjawab ketua keluarga 🙂

      Reply
  35. adele says

    9th October 2011 at 1:16 pm

    besar dah Aslah….hehe. patutlah ayah dia buat pagar..nnt byk tempat dia pergi 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:48 pm

      Baby Aslah sudah dapat kaki. Rumah saya mana ada pasu hiasan. 🙂

      Reply
  36. eLLy says

    9th October 2011 at 1:12 pm

    wahh pandai ek bertukang 😛

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:47 pm

      Boleh lah eLLy bertukang sikit-sikit sahaja

      Reply
  37. zulkbo says

    9th October 2011 at 11:51 am

    feed blog anda “tak jalan” di
    blog list saya..entri terakhir
    berkenaan ‘pemain selangor
    yang masih berbisa”..ada apa2
    cara boleh saya buat untuk
    dapatkan kemaskini entri
    terbaru anda..

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:47 pm

      Saya pun tidak tahu apa puncanya samada masalahnya. Minta maaf kalau ia menyusahkan bro

      Reply
      • zulkbo says

        10th October 2011 at 12:05 am

        setakat petang ni dah okey
        saya dah dapat “feed” entry
        terbaru anda,mungkin setting
        di blog saya..

        Reply
        • akubiomed says

          10th October 2011 at 12:19 am

          Okay terima kasih bro kerana memberi maklum balas 🙂

          Reply
  38. zulkbo says

    9th October 2011 at 11:48 am

    salam..
    ha ha..terbaik..
    saya ada buat satu di rumah
    mak saya masa anak-anak kecil
    suka merangkak naik ke rumah
    atas..masih ada sehingga kini..
    bolehlah di gunakan untuk cucu2
    yang lain pula 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:46 pm

      Kayu dahulu keras tidak macam kayu sekarang mudah pecah apabila dipakukan sebab tuh lasak

      Reply
  39. Mus says

    9th October 2011 at 10:13 am

    boleh tahan seni pertukangan kayu tu bro..

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:45 pm

      Boleh lah kalau hendak tukang-tukang mana yang patut 🙂

      Reply
  40. Juan says

    9th October 2011 at 3:19 am

    memang kreatif la bro, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:45 pm

      Eh tak ada lah pagar ini straight to the point. Cuma kayu yang menyilang saya mahukan sentuhan klasik pintu kayu separuh rumah Melayu dahulu

      Reply
  41. LiFe KaMi says

    9th October 2011 at 1:59 am

    sempoi la bro..
    kami pun ada terpikir nak buat pagar tangga ni..
    ingat nak beli jer..
    tapi bila tgk bro dapat buat dengan kreatifnya rasa mcm nak buat sendiri juga..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:43 pm

      Alat tukang memang ada beli sedikit-sedikit sejak masuk rumah pada tahun 2005. Kalau modal membeli alat tukang tinggi dari harga pagar yang dah siap baik beli yang pasang siap sahaja.

      Reply
  42. nadri says

    9th October 2011 at 1:50 am

    elok tu bro..sblm apa2 berlaku pd baby, baik pasang pagar trlbh dahulu…
    p/s: kemas hasil kerja tuu..blh jd part time tukang kayu gamaknya..

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:40 pm

      Saya orang yang jenis teliti sebab kalau alang-alang buat biarlah kemas.

      Reply
  43. nurmisnan says

    9th October 2011 at 1:39 am

    tangga memang bahaya untuk mereka..

    bagus buat sendiri.. jimat + blh bukak kedai sendiri.. hik3

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:39 pm

      Yang saya buat ini bukan jenis adjustable. Kalau mahu komersial perlu fikir macamana hendak menjadikan pintu pagar ini menjadi adjustable

      Reply
  44. tehr says

    9th October 2011 at 1:27 am

    memang lelah nak kawal anak2 yang baru pandai berjalan ni
    banyak kawasan merbahaya bagi mereka
    saya sendiri pernah buat pagar keselamatan ni

    cantik dan kemas nampaknya

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 11:38 pm

      Terima kasih. Saya suka bertukang cuma harga kayu agak mahal untuk dibeli. Kayu yang saya beli ini ringan betul

      Reply
  45. Kimmy says

    9th October 2011 at 12:32 am

    Baby aslah, dapatkan smart tag segera. hahaha..

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 1:18 am

      Ha..haa…mula-mula tidak dapat maksudnya rupanya Smart Tag untuk melepasi pagar. Nice jokes.

      Reply
      • anif says

        10th October 2011 at 12:01 pm

        Tak lama lagi dia dah boleh panjat pagar tu 😀

        Reply
  46. Ekspresi Ruang says

    8th October 2011 at 11:12 pm

    mmg jimat buat sendiri. org Malaysia ni kena lebih byk amalkan DIY kt rumah. br jimat belanjawan isi rumah, dan plg penting kita lebih tahu thp kualiti dan keselamatan yg diperlukan dlm rumah tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 1:15 am

      Ketika saya berada di Australia mendapat latihan terkejut ketika di bawa rumah Managing Director jabatan Biomedikal di sebuah hospital di Australia ada terlihat pengubahsuaian di tingkat 1 rumah beliau. Lalu kami bertanya adakah rumah beliau didalam proses pengubahsuaian dan diberitahu dia sedang membuat kerja pengubahsuaian sendiri pada hujung minggu. Ia adalah satu kejutan kepada kami.

      Reply
  47. azman says

    8th October 2011 at 11:07 pm

    Bro tempah satu meja hehehe…cantik ah pagar tu.Dulu aku siap bawak dari kg lagi pagar untuk anak.Tapi sekarang dorang dah besar tak panjat2 lagi…huh….bro hati seorang ayah mmg risau kalau bab keselamatan anak2 ni. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2011 at 1:11 am

      Membina pagar ini secara tidak langsung membina kasih sayang betul tak bro? Mana ayah ingin anaknya cedera

      Reply
  48. puanbee says

    8th October 2011 at 10:03 pm

    kemas je …lega kan anak2 ni bukan boleh pantang kita terlepas pandang aje mula ler projek depa ..

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2011 at 10:41 pm

      Bukannya apa PuanBee didalam terjaga boleh berlaku inikan pula kalau terleka

      Reply
      • puanbee says

        9th October 2011 at 3:42 pm

        betul sokong …

        Reply
  49. sweet says

    8th October 2011 at 9:56 pm

    dulu masa sy adik2 kecik2 lg ayh buat pagar kayu ni, sebijik camni!! teringat kembali….

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2011 at 10:41 pm

      Memang saya sengaja memberi sentuhan lama kerana ia memberi imbaun memori lama dirumah kayu Melayu akan membina pintu kayu seperti ini

      Reply
      • anif says

        10th October 2011 at 2:28 pm

        Sentuhan lama penuh nostalgia… 😀

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in