• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak

Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak

28th February 2015 by akubiomed 16 Comments

Program Saringan Kesihatan untuk pekerja mencapai umur 40 tahun.

Program Saringan Kesihatan Perkeso

Program Saringan Kesihatan Perkeso ini telah diumumkan didalam Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak . Program Saringan Kesihatan ini dberikan secara PERCUMA kepada pencarum PERKESO yang mencapai umur 40 tahun.

Tujuan saringan kesihatan ini bertujuan mengenalpasti penyakit tidak berjangkit(Non-Communicable Disease-NCD). Contohnya penyakit yang berjangkit adalah penyakit berkaitan dengan kardiovaskular, diabetis dan barah(barah pangkal rahim dan barah payu dara) yang mana penyakit ini dikenalpasti antara faktor yang menjejas produktiviti pekerja di Malaysia.

Sangat rugilah baucer PERCUMA yang diberikan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Mungkin sikap acuh tidak acuh akhirnya tidak menjalani ujian saringan kesihatan ini. Bayangkan ada lagi 20 tahun untuk berkhidmat sehingga mencapai umur 60 tahun pencen wajib. Bermacam kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh tersebut. Bagi yang melangkah umur 40 tahun adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mengidap penyakit tidak berjangkit. Kalau tidak sakit tak akan berjumpa doktor, antara sikap rakyat Malaysia.

Kajian terhadap 308,039 pekerja yang menjalani program pemeriksaan kesihatan dari Januari sehingga 31 Disember menunjukkan 36.94 peratus daripada pekerja mempunyai berat badan berlebihan, 17.63 peratus adalah obes, 13.14 peratus mempunyai tekanan darah tinggi dan 8.45 peratus mempunyai diabetes- sumber MSTAR(27 Februari 2015)

Prosidur mengunakan baucer PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO.

  1. Baucer akan diberikan melalui majikan kepada pekerja yang mencapai umur 40 tahun.
  2. Membuat temujanji dengan panel klinik yang dilantik.
  3. Satu salinan baucer dan baucer asal perlu diberikan semasa temujanji saringan.
  4. Semasa pemeriksaan pekerja perlu jawab borang soal jawab yang dikemukakan oleh doktor
  5. Pekerja akan mengambil ujian darah dan air kencing.
  6. Tunggu keputusan ujian saringan.
  7. Pekerja akan dipanggil untuk mendapat penerangan keputusan pemeriksaan saringan dan khidmat nasihat oleh doktor panel.

Berita baik untuk pencarum Perkeso. Penerima baucer Program Saringan Kesihatan Perkeso pada tahun 2013 dan 2014 yang masih belum menjalani ujian saringan boleh mengunakan baucer untuk tujuan saringan pada tahun 2015.

Maklumat lanjut boleh rujuk laman rasmi [+]PERKESO Health Screening Programme(HSP)

Senarai panel klinik PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO

Filed Under: blog Tagged With: program saringan kesihatan perkeso klinik panel, program saringan kesihatan perkeso malaysia, program saringan kesihatan perkeso panel klinik, senarai klinik program saringan kesihatan perkeso

Reader Interactions

Comments

  1. Nurul says

    4th August 2015 at 4:51 pm

    ooooo..ada rupanya free health screening! benda free kena lah sebarkan.

    Reply
    • akubiomed says

      6th August 2015 at 9:18 am

      Sudah lama kerajaan memberikan bantuan. Kerajaan negeri Selangor juga ada beri bantuan screening juga.

      Reply
  2. suri says

    12th March 2015 at 8:38 pm

    untungnya kalau kita tak ambil peluang begitu..tak semua syarikat ada buat cara begini.satu kerugian kalau kita tidak melakukannya

    Reply
  3. SuperNifz says

    5th March 2015 at 9:40 am

    Sepatutnyer tak yah aa ngelak.. pemeriksaan percuma tuh, at least kita tau aa apa penyakit kita kan..

    Reply
  4. azimah mohd zainuddin says

    3rd March 2015 at 9:12 pm

    Kak Yong rasa ramai juga yang tidak menyedari terdapat skim pemeriksaan percuma ini. Jika lebih banyak publisiti di media massa, Kak Yong yakin mesti ramai yang akan pergi buat pemeriksaan

    Reply
  5. titan says

    3rd March 2015 at 3:18 am

    bagus juga ada program macam ni. hoho..

    Reply
  6. Norasikin says

    2nd March 2015 at 10:30 pm

    Heheh salah paham pulak tadi. Ingatkan perkeso yang mengelak rupa-rupanya pencarum yang mengelak.

    Reply
  7. Mek ila Jual Vitamin says

    2nd March 2015 at 10:32 am

    Memang rugi kalau sudah dapat percuma tetapi tidak digunakan. Saringan kesihatan boleh digunakan untuk menilai tahap kesihatan kita kerana banyak penyakit membunuh dengan senyap. Baru-baru ini saudara Mek ila saja-saja menjalani pemeriksaan percuma, bila cek BP sudah naik ke 200 tanpa sebarang symptom. Bayangkan jika terlambat, mungkin beliau boleh kena strok.

    Reply
  8. Siti says

    1st March 2015 at 2:28 am

    Pemeriksaan kesihatan dapat mengelakkan pelbagai penyakit. Daripada hasil pemeriksaan kita dapat mengetahui tahap kesihatan kita yang sebenar..

    Reply
  9. sensasi2020 says

    1st March 2015 at 1:51 am

    Salam bro… terima kasih diatas info ini. Saya punya baucher belum lagi buat saringan. Boleh digunakan lagi ke ? Kalau boleh nak buat saringan dalam waktu terdekat.

    Reply
  10. Sani Yunus says

    1st March 2015 at 1:11 am

    PEhhh rugi sangat kalau dapat benda free tapi tak ambil tindakan. Lepas ni kena keluar belanja sendiri untuk check-up..

    Reply
  11. Hero Borneo says

    1st March 2015 at 1:09 am

    saya dah menerima baucer nie..kerana umur nak masuk 40 tahun..

    Reply
  12. blogger lelaki says

    28th February 2015 at 11:07 pm

    percuma tu..selalunya orang kita memang suka benda percuma nie

    Reply
    • akubiomed says

      28th February 2015 at 11:28 pm

      Walaupun percuma, masih ramai yang layak menerima baucer Program Saringan Kesihatan membuat pemeriksaan.

      Reply
  13. emalinmohd says

    28th February 2015 at 9:33 pm

    Manfaatkan kemudahan ini sebaiknya. Boleh disebarkan kepada kawan-kawan. Mungkin Ada yang tak tahu kot.

    Reply
    • akubiomed says

      28th February 2015 at 11:29 pm

      Program Saringan Kesihatan Perkeso ini satu usaha awal mengenal pasti penyakit bukan berjangkit diperingkat awal. Penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi antara pembunuh utama rakyat Malaysia.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in