• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1

Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1

15th November 2010 by akubiomed 69 Comments

Ujian terbahagi 2 bahagian iaitu kertas 1 Bahasa Melayu dan kertas 2 Matematik

Beberapa hari yang lalu aku agak sibuk berulang-alik ke hospital melihat keadaan isteri dan bayi lelaki yang baru dilahirkan Isnin baru ini. Pada masa memastikan memberi latihan latih tubi kepada anakku yang bernombor 2 membuat latih tubi dengan menulis namanya.

Agak liat abang ngah hendak membuat latihan menulis namanya sudah kering tekak menyuruhnya menulis nama. Nak siapkan 3 baris pun mengambil masa 1/2 hari. Konsentrasi abang ngah agak terganggu dengan gamitan oleh abang long dan cerita adik ajak bermain.

Sehari sebelum ujian pada hari Sabtu aku mula tak senang duduk dengan buat semakkan alat tulis dan pensel warna abang ngah. Rupanya alat tulis abang ngah tak lengkap dan ditambah lagi pensil warna yang boleh dikira jari. Aku pula sibuk-sibuk seolah-olah aku yang bakal menduduki ujian saringan tahun 1 bagi sesi 2011 hari Sabtu.

Abang ngah nampak yakin ujian nasional yang bakal diduduki manakala aku pula yang stress. Harap-harap abang Ngah tidak menangis berlagu macam abang long ketika menduduki ujian saringan yang sama pada tahun lepas.

  • Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1
  • Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011
  • Kejutan belanja McDonald’s Chicken McNugget untuk abang Ngah.

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Ali ridha says

    22nd November 2010 at 4:09 pm

    baru ujian saringan tahun 1.blom
    lagu SPM.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2010 at 9:19 pm

      Sekarang pembelajaran berprestasi tinggi bermula seawal 7 tahun

      Reply
  2. hafizmd says

    20th November 2010 at 12:01 am

    ujian saringan tahun 1…bro,maaf nak tanye..ni ujian utk tentukan kedudukan kelas nanti ke? maklumlah..dulu2…takde plak ujian camni…

    tahniah utk kedatangan anak yg baru..moge bertambah rezki dan makin bahagia..ameen

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2010 at 12:49 am

      Terima kasih. Kununnya buat saringan kelas masa anak sulung selepas saringan masih tak berlajar asyik buat latih tubi. Rasanya saringan tak perlu buat berasingan kerana ia boleh ditentukan semasa ujian penggal baru buat saringan kerana pada masa itu potensi anak-anak tersebut boleh diawasi dengan jangka masa panjang. Bayangkan periksa saringan kelas 1/2 hari sudah tahu potensi anak maklumlar anak-anaknya ada kejutan semasa tadika dan suasana ujian kelas sebenar tak sama. Berkemungkinan tidak dapat menunjukkan kemampuan yang sebenar

      Reply
  3. mankuchai says

    19th November 2010 at 11:21 am

    anak nak exam ibu-bapa yg teruja he3 biasalah tu bro..sama juga dengan situasi saya… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2010 at 11:24 pm

      Sebagai seorang ayah semesti mahu melihat anak mendapat pendidikan terbaik dan berjaya didalam pelajaran

      Reply
  4. Samdaddycool says

    17th November 2010 at 8:42 pm

    Memang abg ngah cool dan sempoi! 😀

    Reply
  5. jard says

    17th November 2010 at 5:52 pm

    comelnya budak itewwww…

    Reply
  6. Rahsia Buah Pinggang Sihat says

    17th November 2010 at 5:00 pm

    Bukan senang nak jadi ayah dan suami yang mithali kepada keluarga.

    Reply
  7. syahrilhafiz says

    17th November 2010 at 3:22 pm

    kira ok la bebudak zaman sekarang..
    saya dulu, siap kena mak temankan..tak boleh lari dengan bau ketiak..hehe
    biasa la zaman kanak2 ni memang best tambah2 nak pi sekolah..
    macam2 ragam…

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 3:36 pm

      Tak ada beza sekarang dengan dahulu masih emak-bapak temankan.

      Reply
  8. Sir Marcello says

    17th November 2010 at 12:22 pm

    hehehe dah ada experience dgn abg long tue pun terasa kalut lagi dengan abg ngah juga?

    budak-budak bro…layan jer…nanti dah besar…leh cerita kat depa apa yang terjadi masa nak masuk sekolah…

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 3:35 pm

      Setiap anak berbeza pencapaiannya walaupun dah boleh agak ujian yang akan diberikan. Nanti kongsi cerita bersama cucu nanti 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        20th November 2010 at 12:05 am

        terima kasih bro…kongsi pengalaman,bolehla aku amik jadi panduan serba sikit…anak masih kecil ni…

        Reply
        • akubiomed says

          20th November 2010 at 12:45 am

          Lambat lagi tuh by the time sistem pendidikan sudah berubah kesian kat bebudak dunia tu demanding

          Reply
  9. Fitrihadi says

    17th November 2010 at 10:48 am

    semoga abang ngah tu jadi manusia yang berguna pada bangsa dan negara suatu hari nanti…

    Selamat hari raya aidil adha..maaf andai ada salah silap!

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 3:33 pm

      Kalau boleh hendak mereka berjaya didalam hidup dan anak yang soleh. Kalau pejam mata nanti ada anak untuk doakan kedua orang tuanya

      Reply
  10. Pencacai Alim says

    17th November 2010 at 8:44 am

    smoga berjaya kat angah..

    p/s salam perkenalan jga..slamat hr raya

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 3:32 pm

      Mudah-mudahahan. Tidak terlalu mengharap kerana perjalanan abang ngah masih jauh

      Reply
  11. cik tom says

    17th November 2010 at 4:14 am

    good luck abg ngah!!

    salam kenal dr cik tom..terima kasih sudi sggh blog cik tom ye…hihi

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 3:29 pm

      Salam perkenalan. Harap-harap dapat kelas yang baik

      Reply
  12. YobSumo says

    17th November 2010 at 3:08 am

    bertabahlah kamu semua! kihkihkih!

    Reply
  13. syah says

    17th November 2010 at 12:30 am

    semoga berjaya abg ngah yerk..

    xtau plak ada ujian gak nk masuk darjah satu.. heheh..

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 1:52 am

      Sekarang tahun 1 diwajibkan ambil ujian saringan untuk mengenal pasti tahap kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira)

      Reply
  14. naim says

    16th November 2010 at 11:48 pm

    wahhh..tahniah dapat bby..smoga mnjadi ayah mithali..huhu.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2010 at 12:30 am

      Sama-sama. Satu cabaran juga 🙂

      Reply
  15. Amirez says

    16th November 2010 at 10:34 pm

    nak masuk darjah 1 ada ujian saringan rupanya. dulu ada ek? macam tak pernah ambik je hehe. nanti sampai giliran saya pula nak ajar anak menulis.

    all da best utk abg ngah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 11:12 pm

      Dulu mana ada saringan-saringan ni

      Reply
  16. Wan Perlis says

    16th November 2010 at 10:19 pm

    berat tugas bila jadi ibu ayah
    didikan untuk anak2 mestilah smart

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 11:14 pm

      Mak bapak sekarang mampu menghantar anak tusyen seawal pra sekolah masa zaman saya hantar tusyen semasa nak ambil penilaian darjah 5

      Reply
  17. wazy says

    16th November 2010 at 8:36 pm

    Semoga anak bro lulus peperiksaan tu

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 8:44 pm

      Mudah-mudahan dapat kelas yang baik 🙂

      Reply
  18. Affan says

    16th November 2010 at 7:07 pm

    bila fikir2 balik, rasa kelakar kan. nak tulis nama pun terkial2, ntah2 aku dulu pun macam tu. haha.

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 8:47 pm

      Masa zaman saya memang tidak ada ujian saringan tahun 1. Kami bermula berlajar membaca pun agak lewat. Cuma pada tahun 1 pada masa sekarang memang dikehendaki kanak-kanak berumur 7 boleh membaca dengan lancar

      Reply
  19. zik says

    16th November 2010 at 10:39 am

    yeah..sudah habis exam… terima kasib bro credit link tuh… selamat berjaya kepada anaknya… moga dapat jawab dengan tenang dan mudah…

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 11:29 am

      Sama-sama, small matter 🙂

      Reply
  20. sazuwi says

    16th November 2010 at 2:11 am

    mak ayah jugak yang sibuk yek biler anak2 nak exam..
    mmg perkara biaser tue..time kecik2 tak per lah..
    nanti lamer2 biaser ar tue..

    tahniah untuk baby baru..=)

    Reply
  21. nash says

    16th November 2010 at 1:32 am

    koning lagi..
    hahhahaa..
    gud luck keyh..
    wah..isteri awak dah lahirkan anak lelaki..
    tahniah! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 11:30 am

      Sama-sama 🙂

      Reply
  22. tehr says

    16th November 2010 at 1:03 am

    segalanya akan berjalan lancar
    insya allah

    Reply
  23. Bijen M. says

    16th November 2010 at 12:42 am

    Kena jadi bapak terbaik baru dapat anak terbaik.
    He he he.

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 12:56 am

      Mudah-mudahan dimakbulkan tengah berusaha menjadi yang terbaik 🙂

      Reply
  24. fitri says

    15th November 2010 at 11:48 pm

    gud luck..hehe

    didik budak2 banyak cabarannya..but kids always cute!

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2010 at 12:55 am

      Hari-hari belajar benda baru

      Reply
  25. tengkorak emas says

    15th November 2010 at 10:48 pm

    semoga abg ngah menempa kejayaan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 11:05 pm

      Ini baru saringan tahun 1 saya tak expect sangat as long dia enjoy dengan suasana pembelajaran sudah cukup baik

      Reply
  26. anif says

    15th November 2010 at 10:39 pm

    Anak sulung saya menduduki peperiksaan saringan darjah 1 hari sabtu tempohari..

    Betul tu anak yang menduduki peperiksaan ibu bapa yang stress 🙂

    Ini baru peperiksaan saringan belum lagi UPSR, PMR & SPM.. Harap anak-anak tidak tertekan dengan harapan yang tinggi mengunung daripada ibu bapa.

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 10:46 pm

      Macam-macam nasihat saya terima jangan terlalu memaksa anak-anak yang masih ingat nak bermain sahaja. Bagi saya ini pengalaman saya membesarkan anak-anak 🙂

      Reply
  27. Teruna Suci says

    15th November 2010 at 10:27 pm

    oh, good luck for your exam, abg ngah 🙂 heh

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 10:37 pm

      Keputusan saringan tahun 1 akan diketahui pada pertengahan bulan Disember nanti

      Reply
  28. gadisbunga says

    15th November 2010 at 6:24 pm

    tahniah atas kelahiran putera terbaru. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 9:30 pm

      Terima kasih 🙂

      Reply
  29. suri says

    15th November 2010 at 2:10 pm

    hooo keletah anak2 mmg mencuitkan hati ibu bapa..tapi anak2 ttp relak jer buat cam hari2 sekolah biasa hee..

    semoga anak akan lebih tekun mjwab soalan kelal dan berjaya maju kehadapn lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 11:30 pm

      Tular pasal. Muka abang ngah sungguh slamber. Apabila ditanya boleh buat ujian nanti hanya dilemparkan senyuman 🙂

      Reply
  30. Norizwan says

    15th November 2010 at 12:19 pm

    good luck abg ngah….:) tahniah bro dapat babyboy…:)

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 12:50 pm

      Sama-sama, abang ngah dah ambil ujian. Kertas 1 bahasa Melayu bantai melalak tapi kertas 2 buat

      Reply
      • suri says

        15th November 2010 at 2:11 pm

        oh terlupa..tahniah di atas kelahiran bby baru..apa nama dia sahabatku??

        Reply
        • akubiomed says

          15th November 2010 at 11:29 pm

          Sama-sama. Baby diberi nama Muhammad Nor Aslah 🙂

          Reply
          • dnoBiz says

            17th November 2010 at 12:13 am

            aku teringat nama singa kat dalam cerita Narnia “Aslan”

            Reply
            • akubiomed says

              17th November 2010 at 12:28 am

              Yang ni tak sama bro 🙂

              Reply
          • suri says

            25th November 2010 at 1:25 pm

            sedap nama tu 😉

            Reply
  31. zuriey says

    15th November 2010 at 11:42 am

    comelnya abang ngah..goodluck abng ngah

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 12:53 pm

      Err..gambar tu hiasan sahaja. Abang ngah sebenarnya halus 🙂

      Reply
  32. intankuterpilih says

    15th November 2010 at 11:29 am

    kebiasaannya, anak2 nak amek peksa, ibu bapa yg tak keruan…

    tahniah dpt baby boy..tambah lagi sorang umat Muhammad..

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 12:54 pm

      Naluri mak bapak mahu terbaik daripada anak-anak 🙂 Jangan anak stress sudah ler

      Reply
  33. Mohd Hafiz says

    15th November 2010 at 10:55 am

    sebagai ayah harus perlu ambil kisah benda tu semua.. even parent aku juga seperti itu… barulah anak akan jd manusia…

    kirim salam kt anak ye.. hehehe…
    semuga berjaya hendaknya

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2010 at 12:57 pm

      Insyallah akan disampaikan kepada abang ngah 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in