Kenal pasti tanda awal tekanan sebelum melarat.

Antara tanda awal tekanan
-
- Ketidak keupayaan fizikal dan mudah penat
- Merasa jengkel dan mudah panas baran
- Selalu mengalami sakit kepala yang tidak tahu puncanya dan sakit tengkuk yang tidak menentu
- Tidak tentu arah atau terasa terlalu banyak perkara yang perlu dilangsaikan
- Bersifat negatif, sinis atau bersangka buruk
- Tidak boleh rehat, permikiran bercelaru dan kualiti tidur menurun
- Berdebar, cemas, merendah diri, kemurungan dan mudah diserang gugup
- Sakit pada sistem penghadaman yang tidak ketahui puncanya, ceret-beret, rasa senak, sembelit, perubahan selera makan
- Tidak berdaya, keliru atau hilang arah
- Hilang fokus, permikiran berkecamuk dan otak mudah letih
Petikan tanda awal tekanan ini aku ambil dari artikel ‘Body, Mind & Soul’ didalam surat khabar TheStar.
p/s: Sumbangkan ide bagaimana hendak menangani tekanan.
dulu kalu aku dilanda tekanan aku akan dengar lagu2 thrash metal n deathmetal (jangan diikut).
skrg aku lbh suka berfikiran positif dan layan anak2 serta isteri tercinta
Saya ikut keadaan ada masa trash, ada masa pop, ada classical, ada masa rock. 🙂
cik tom kalau stress try cool kan diri dgn tarik nafas dan hembus nafas perlahan2..hehe
Okay juga tuh kerana apabila oksigen dan banyak didalam paru-paru dapat melegakan stress
wah .
nmpknye lassie dlm tekanan 🙁
Jangan ikutkan sangat stress kena pandai managing stress
hahahahaha!!! semue aku setuju. dan maybe sekarang ni aku pun ada sedikit tekanan tapi masih boleh dikawal.kehkehkeh
Under control tak apa cuma jangan sampai blow off 🙂
kena rajin solat selalu..wujudkan masa utk diri sendiri Insyallah stress akan berkurangan sedikit demi sedikit..
Tekanan dalam hidup,kita manusia tak dapat lari dari tekanan cuma kena pandai dan tenang bila menghadapi.
Kalau saya hadapi tekanan pertama saya senyum dahulu :),lepas tu saya berfikir macam mana cara terbaik untuk menyelesaikan perkara tersebut,berdoa dan solat juga mampu meredakan tekanan,menyendiri dan cari tempat yg tenang juga membantu melegakan tekanan,peluk anak juga dikatakan mujarab..apa-apa pun sebagai org islam mintalah dengan Allah kerana hanya dia sahaja tahu baik dan buruknya
Mankuchai : masa bujang dulu selalu tertekan,sejak dah berkahwin dan ada anak,segala tekanan dapat diatasi dengan jayanya 🙂
Peluk anak dikira terapi juga dan penyejuk 🙂
nampakynya,saya mengalami hampir 90% daripada tanda2 diatas sepanjang 2 3 hari nie..aduh..huhu
Senarai yang diberika hanya untuk rujukan walaubagaimanapun kena dapat nasihat professional
ye lorhhhh amalan air sembayang jugak yg mujarab…
hadapi tekanan dengan kaedah islam, solat malam dan byk zikrullah, riadah juga
hadapi tekanan dengan tenang agar tidak semakin tertekan
kena banyak2 ingatkan Allah
kalau nak tambah steress cuba tidur waktu petang sampaike magrib hahaha (cukup 40 hari berturut turut terus jadi bangap)
hehehhe…takkan tensen pon sampai nak pecahkan tomato
hehhe….aku nie slalu tensen….maybe aku selalu tido lambat kot..hehehe
Tak semengah, Tidur lambat pun boleh mengundang sakit kepala tau
saya dalam keadaan seperti diatas..haha..mood exam…sakit kepala sangat…sakit tengkuk..haha..skit jiwa pun ade jugak..
Ambil break sekejap kalau pulun straight sudy silap hari boleh pitam bro 🙂
tertekan sbb exm..grrr..heeee
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil break in between kalau tekan study memang macam tuh
mendekatkan diri dengan Allah mungkin cara terbaik…
Betultu, panjatkan munajat kepada Allah semoga meringankan beban
sejak akhir2 ni aku mcm x sedap badn je.. sbb tu jarang on9 sekarang nih…
Berehat dulu bila dah segar balik baru usha-usha blog balik
aku x tau cmana nak tangani tekanan. tidur kot sebab aku slalu buat mcm tu kalau diserang symptom di atas. hik3
Saya kalau dah tak tahu nak buat apa terus tidur 🙂
Macam ada aje tanda-tanda awal ni. Tapi zaman yg mencabar, rasanya ramai yg stress kan? Maybe kena buat posting tanda-tanda mereka yang tidak mempunyai stress pulak.
Ide yang bagus juga 🙂
stress? cubalah scuba diving :)….terbukti berkesan tapi sebab diving jugaklah aku stress sekarang ni sebab tak boleh pergi diving-cuaca bumi sekarang jangan cari pasal 🙂
sapa nak test arus bawah digalakan mencuba hahaha
mungkin jugak elak dari terlalu fikir perkara yg sebabkan stress boleh membantu..macam buat derk aje 😀
aku selalunya akan stress di hujung2 bulan sebab nak kejar target kerja..bila start je bulan baru,memang tak rasa stress dah..kena tunggu hujung bulan baru pulak untuk merasa stress
aku nak lepas stress…pergi kedai game…cari game tumbuk muka…fuhh lega kalo lepas geram…huhu…
kalau stress… apa lagi tidor… Zzzz
Itu pun okay lepas bangun tidor tentu fresh
aku kalau dah tertekan sangat,
ambil head fon letak kat telinga pastu pasang selawat shifa kuat kuat, sambil lelap sekejap…. 😀
Ps : tapi volium jangan sampai memudaratkan telinga
Banyak tip yang dikongsikan, manfaatkan option yang diberikan
kalau aku stress perkara yang mula2 aku lakukan clearkan minda aku sebelum dia efek mana2 anggota badan aku..
Err bermeditasi ker bro?
alamak..tekanan rupanya aku sekarang ni. selalu jugak sakit kepala tapi tak tahu punca. info yang baik 🙂
Tu lah hang asyik mengadap blog, kurang tidor sebab pening kepala 🙂
kalo sy tertekan sy menangis puas2.. pastu br amik air smyg & solat..
salunye tekanan kerja wt sy MIGRAN…
kerja ttp diselesaikan cuma kne sabar… sometime bwk juga kerja balik ke rumah supaya dpt selesai dgn cepat.. heheheh
Nangis-nangis juga sampai bengkak mata nanti jadi Kassim Selamat. Amalan air sembahyang antara tip yang boleh diamalkan
Saya juga pernah mengalami tekanan. Saya akan menanganinya dengan cara: tarik nafas panjang2, tenang & berhenti melakukan apa yang sedang dilakukan.
Kadang2 saya akan berkata keseorangan kepada diri sendiri: tenang Hadi, tenang.
Oh ya, pengharapan kepada Allah mestilah didahulukan. 🙂
Menggunakan cara hipnosis pun berkesan juga seperti yang digunakan oleh negara barat
Wah, hebat. 🙂
baca tanda2 stress ni pun da boleh bikin stress.keh3..bahaya stress ni kalau x handle dgn betul…bkn takat diri sendiri, org sekeliling pun dpt kesan..
Memang, orang sekeliling boleh merasai kalau boleh meluahkan tekanan kepada pendengar setia akan dapat meredakan stree. Dulu masa sekolah saya ahli pembimbing rakan sebaya tapi kawan-kawan panggil persosak rakan sebaya. Haru betul
Biasanya stress sebab kerja & Kewangan. Kalau boleh jangan bawa balik kerja ke rumah.. Rancang kewangan dengan baik..
Saya setuju jarang bawa kerja pejabat ke rumah. Saya pernah phonephobia kerana saya bekerja dibahagian khidmat sokongan bahagian kejuruteraan pantang dengar deringan telefon tak tentu arah walaupun deringan handphone kawan. Pergi jumpa doktor pakar dia ingat saya ada masalah cinta rupanya load kerja
cara hadapi tekanan ikut pandangan aku, yang biasa aku buat.
– dengar lagu2 nasyid dari kumpulan hijjaz..
– relax dan tenangkan diri
– jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh membuatkan aku lagi bertambah stress
– meluahkan segala tekanan dengan suami atau mak. atau adek beradek.
– ajak suami makan luar (sambil2 boleh tgk panorama alam)
– layan keletah anak
– bergurau senda dengan suami, ops!
Salah satu tip yang boleh dipraktikkan. Pastikan ada pendengar setia jangan pendengar setia tu pula stress dengar masalah kita. Banyak pilihan kalau ia dapat mengurangkan stress apa salahnya
Cara ‘terbaik’ aku atasi tekanan adalah dengan secawan kopi o panas + dunhil 2 batang + laptop with Photoshop.. Hehe..
. Yang penting stress kena tangani dengan bijak supaya tidak memudaratkan diri
Smoking memudaratkan diri. Tapi lagi mudarat kalau ikutkan hati yg stres tu kadang2 bole jadi gila kan. Hehe. Jadi kena la pilih yg mana rasa baik utk diri sendiri kan bro. 🙂
p/s: first time dgr LAIN PADANG LAIN BELALANG LAIN ORANG LAIN RAGAM-nya..
Baloot..
Cara kau ni boleh buat aku cramp 😀
hahahaha
Nape boleh cramp lak bos? Huhu..
cram sebab pening denga aplikasi potoshop tu hahahaha
Aiseh, cram sebab tak tahu nak pilih mana satu aplikasi tu je bro. Hehe. Kalau dah tahu guna, segala ‘kekusutan dunia’ dah tak ambil peduli dah. :p
stress di minggu peperiksaan… warrghh
Arghhh.. Aku tertekan membaca post ko nih..
Bagi aku bola stress cepattt..
Err bola yang mana satu?
tanda-tanda stress: urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki
simptom: terlalu sedih, cepat marah/emosi, tidur tak nyenyak, migrain
kurangnya amalan minum air kosong atau air biasa menyebabkan stress
tapi tu salah satu sebab lah..
otak kita terdiri daripada 75% air
maka ianya adalah bersifat lembap..
kalau kita kurang minum air maka mudahlah kita untuk stress
amalkan minum air beralkali atau berpH tinggi sebagai contoh air mineral
ini untuk membuang asid dalam badan yang menjadi punca penyakit
bayangkan orang pergi Haji atau Umrah balik je sihat.
sebab apa? sebab air zam-zam adalah air yang paling tinggi pH dia.. iaitu 14
takde tempat lain boleh jumpa..
bila kita minum air zam-zam ini kita rasa payau
sebab badan kita dah berasid..
kalau dibiarkan maka makin teruk la kesihatan kita termasuk stress
ada cara lain untuk atasi stress ini termasuk mengamalkan pemakanan alamiah
seperti roselle, mengkudu, madu..
kalau produk HPA bolehlah amalkan kopi radix, EQ Minda, Koko Minda, Alkalizing Clorophyll Drops
lagi satu amalkan berbekam di kepala, refleksologi dan/atau akupunktur.
Pasang CD Ruqyah atau alunan bacaan Al-Quran..
cuba baca sekali surah-surah yang kita tahu..
selawat dan zikir juga berguna untuk tenangkan kita
Terima kasih keranaa berkongsi tip yang panjang lebar. Kalau kita boleh handle stress within ourself tak payah jumpa pakar dulu nanti stress tengok bil. Mudah-mudahan berkesan. Thanks bro
sama-sama 😉
Tip terbaik bro
demm..gua dalam tekanan skrg
Ambil jer bola merah tu ngko picit sekuat-kuat hati. Jangan salah picit bola pulak 🙂
stress berlaku bila ada puncanya. apakah puncanya? setelkan punca stress tu untuk setelkan masalah stress.
Stress kena handle kalau tidak macam-macam masalah boleh timbul setengat orang dapat ulcer boleh sampai tahap kronik.
rupanya senak tuh tanda awal tekanan juga, fuh~
Tak semuanya berkaitan stress, kalau berlaku berjumpa doktor untuk mendapat kepastian
bagus info ni..
Bilo Tengok gambar bola tue teringat pulak….kalau nak cucuk Botox,Doktor tue akan suruh kito mengenggam bola,dipercayai boleh mengurangkan rasa sakit.
Bola stress memang boleh mengurangkan stress. Picit jer buah dia tentu hilang stress 🙂
Banyak juga ciri-ciri tekanan ni yek?
Macamana nak hilangkan yek?
Banyak cara menangani stress ada yang ambil off bercuti, ada yang pergi mandi herba, ada buat meditasi dan macam-macam lagi. Mungkin boleh bagi cadangan untuk dikongsi bersama
“Sakit pada sistem penghadaman yang tidak ketahui puncanya”
haha. aku selalu kene neyh time xm.
mak aku selalu pesan. amek wudhuk b4 xm.
so xde la syaitan dekat n tenang jawab paper 😀
Air sembahyang boleh merendakan kemarahan. Air menyejukkan sembahyang menyejukkan mudah-mudahan reda