Program Saringan Kesihatan untuk pekerja mencapai umur 40 tahun.
Program Saringan Kesihatan Perkeso ini telah diumumkan didalam Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak . Program Saringan Kesihatan ini dberikan secara PERCUMA kepada pencarum PERKESO yang mencapai umur 40 tahun.
Tujuan saringan kesihatan ini bertujuan mengenalpasti penyakit tidak berjangkit(Non-Communicable Disease-NCD). Contohnya penyakit yang berjangkit adalah penyakit berkaitan dengan kardiovaskular, diabetis dan barah(barah pangkal rahim dan barah payu dara) yang mana penyakit ini dikenalpasti antara faktor yang menjejas produktiviti pekerja di Malaysia.
Sangat rugilah baucer PERCUMA yang diberikan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Mungkin sikap acuh tidak acuh akhirnya tidak menjalani ujian saringan kesihatan ini. Bayangkan ada lagi 20 tahun untuk berkhidmat sehingga mencapai umur 60 tahun pencen wajib. Bermacam kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh tersebut. Bagi yang melangkah umur 40 tahun adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mengidap penyakit tidak berjangkit. Kalau tidak sakit tak akan berjumpa doktor, antara sikap rakyat Malaysia.
Kajian terhadap 308,039 pekerja yang menjalani program pemeriksaan kesihatan dari Januari sehingga 31 Disember menunjukkan 36.94 peratus daripada pekerja mempunyai berat badan berlebihan, 17.63 peratus adalah obes, 13.14 peratus mempunyai tekanan darah tinggi dan 8.45 peratus mempunyai diabetes- sumber MSTAR(27 Februari 2015)
Prosidur mengunakan baucer PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO.
- Baucer akan diberikan melalui majikan kepada pekerja yang mencapai umur 40 tahun.
- Membuat temujanji dengan panel klinik yang dilantik.
- Satu salinan baucer dan baucer asal perlu diberikan semasa temujanji saringan.
- Semasa pemeriksaan pekerja perlu jawab borang soal jawab yang dikemukakan oleh doktor
- Pekerja akan mengambil ujian darah dan air kencing.
- Tunggu keputusan ujian saringan.
- Pekerja akan dipanggil untuk mendapat penerangan keputusan pemeriksaan saringan dan khidmat nasihat oleh doktor panel.
Berita baik untuk pencarum Perkeso. Penerima baucer Program Saringan Kesihatan Perkeso pada tahun 2013 dan 2014 yang masih belum menjalani ujian saringan boleh mengunakan baucer untuk tujuan saringan pada tahun 2015.
Maklumat lanjut boleh rujuk laman rasmi [+]PERKESO Health Screening Programme(HSP)
Senarai panel klinik PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO
ooooo..ada rupanya free health screening! benda free kena lah sebarkan.
Sudah lama kerajaan memberikan bantuan. Kerajaan negeri Selangor juga ada beri bantuan screening juga.
untungnya kalau kita tak ambil peluang begitu..tak semua syarikat ada buat cara begini.satu kerugian kalau kita tidak melakukannya
Sepatutnyer tak yah aa ngelak.. pemeriksaan percuma tuh, at least kita tau aa apa penyakit kita kan..
Kak Yong rasa ramai juga yang tidak menyedari terdapat skim pemeriksaan percuma ini. Jika lebih banyak publisiti di media massa, Kak Yong yakin mesti ramai yang akan pergi buat pemeriksaan
bagus juga ada program macam ni. hoho..
Heheh salah paham pulak tadi. Ingatkan perkeso yang mengelak rupa-rupanya pencarum yang mengelak.
Memang rugi kalau sudah dapat percuma tetapi tidak digunakan. Saringan kesihatan boleh digunakan untuk menilai tahap kesihatan kita kerana banyak penyakit membunuh dengan senyap. Baru-baru ini saudara Mek ila saja-saja menjalani pemeriksaan percuma, bila cek BP sudah naik ke 200 tanpa sebarang symptom. Bayangkan jika terlambat, mungkin beliau boleh kena strok.
Pemeriksaan kesihatan dapat mengelakkan pelbagai penyakit. Daripada hasil pemeriksaan kita dapat mengetahui tahap kesihatan kita yang sebenar..
Salam bro… terima kasih diatas info ini. Saya punya baucher belum lagi buat saringan. Boleh digunakan lagi ke ? Kalau boleh nak buat saringan dalam waktu terdekat.
PEhhh rugi sangat kalau dapat benda free tapi tak ambil tindakan. Lepas ni kena keluar belanja sendiri untuk check-up..
saya dah menerima baucer nie..kerana umur nak masuk 40 tahun..
percuma tu..selalunya orang kita memang suka benda percuma nie
Walaupun percuma, masih ramai yang layak menerima baucer Program Saringan Kesihatan membuat pemeriksaan.
Manfaatkan kemudahan ini sebaiknya. Boleh disebarkan kepada kawan-kawan. Mungkin Ada yang tak tahu kot.
Program Saringan Kesihatan Perkeso ini satu usaha awal mengenal pasti penyakit bukan berjangkit diperingkat awal. Penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi antara pembunuh utama rakyat Malaysia.