• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / dunia hiburan / Star Wars Force Awakens ada misteri belum terjawab

Star Wars Force Awakens ada misteri belum terjawab

4th January 2016 by akubiomed 39 Comments

kredit: Lucasfilm Ltd

Saya mula blog post pertama pada tahun 2016 dengan filem yang disebut-sebut iaitu Star Wars Force Awakens. Pada 1 Januari 2016, barulah berpeluang untuk menonton filem Star Wars hasil buah tangan pengarah J.J.Abrams. Mana kala dengan pengarah dan idea asal George Lucas bertindak sebagai konsultant kreatif selepas melepaskan Lucasfilm Ltd kepada Disney yang merupakan syarikat produksi francais filem Star Wars.

Minat menonton filem Star Wars trilogi sekian lama.

Sebagai peminat filem Star Wars ini dari sejak kecil lagi. Masih teringat lagi saya bermain blok mainan dengan membina kapal tempur kumpulan Rebellion T-65 X-wing starfighter dipasangan pada tali benang jahit ibu saya.

Tunggu demam Star Wars reda barulah ke panggung.

Maklumlah hati membuak-buak untuk menonton Star Wars Force Awekens ini. Malas nak bersesak pada minggu pertama pembukaan filem Star Wars. Akhirnya tunggu masuk tahun baru menonton bersama-sama anak-anak.

Beberapa persoalan masih belum terjawab selepas menonton Star Wars Force Awakens.

kredit: Lucasfilm Ltd

Bagi yang sudah menonton tentu tertanya asal usul watak Rey yang dilakonkan oleh Daisy Ridley. Dari seorang pemungut barang lusuh di Jakku. Mempunyai kuasa Force seorang Jedi yang kuat dan cepat menguasai kemahiran dengan cepat seperti mengemudi Millennium Falcon, kemampuan membaiki, kuasa membaca fikiran, mempengaruhi orang lain dan telekineis untuk menarik objek.

3 teori yang hangat diperdebat dikalangan diehard fan filem Star Wars mengenai asal usul Rey.

1. Rey adalah anak kepada Han Solo dan Princess Leia

Rey dikatakan adalah anak kepada Han Solo dan Princess Leia. Rey dikatakan ditinggalkan di planet Jakku oleh Han Solo dan princess Leia kerana untuk menyelamatkan nyawa Rey yang di katakan menjadi padawan kepada generasi baru pahlawan Jedi yang dilatih oleh Luke Skywalker dari buruan pembunuhan Knights of Ren dan Kylo Ren yang asalnya dilatih menjadi Jedi akhirnya telah menjadi Dark Side bertindak membunuh semua pelatih Jedi. Teori ini boleh disangkalkan kerana anak Han Solo dan Princess Leia adalah Ben sebelum bertukar menjadi Dark Side Kylo Ren.

2. Rey adalah anak kepada Luke Skywalker.

Dikatakan Rey adalah anak Luke Skywalker kerana pada ketika Rey menjadi tahanan Kylo Ren. Kylo Ren cuba membaca fikiran Rey untuk mendapat lokasi persembunyian Luke Skywalker, dapat membaca gambaran pulau Rey berasal. Pada babak terakhir Rey berjaya sampai planet Ahch-To dimana Luke Skywalker bersembunyi seperti didalam bayangan.

Rey mendapat gambaran semasa berada di istana Maz Kantana. Beliau terdengar jeritan suara kanak-kanak perempuan telah membawa beliau ke pertemuan peti yang mengandungi pedang lightsaber warisan milik Anakin dan Luke Skywalker. Semasa beliau menyentuh lightsaber beliau mendapat beberapa gambaran diantaranya Luke Skywalker meletak tangan diatas R2-D2 dan kemudian berada suasana gelap dan hujan dengan sekumpulan Knights of Rens membunuh perantis Jedi. Beliau melihat dirinya ditinggalkan  oleh keluarganya dan gambara ditangkap oleh Kylo Ren didalam suasana salji.

Teori diehard fan Star Wars mengatakan memori silam Rey telah dipadamkan semasa menyelamatkan nyawa beliau dari dibunuh oleh Kylo Ren bersembunyi Jakko. Dari sejak itu Rey mengharapkan keluarga beliau akan kembali mengambilnya semula.

3. Rey mempunyai kaitan dengan Obi Wan Kenobi

Ketika mendapat gambaran di istana Maz Kantana terdengar bisikan Obi Wan Kenobi.

“Rey… these are your first steps.“―bisikan Obi Wan Kenobi.

Diehard fan Star Wars  teori mengatakan Rey mempunyai beberapa sifat Obi Wan Kenobi seperti mengawal fikiran, telekineis untuk menarik objek dan mempunyai dialek pertuturan Inggeris British. Berkemungkinan Rey ini anak atau cucu Obi Wan Kenobi yang telah dilatih oleh Luke Skywalker sebagai perantis Jedi generasi baru. Beliau dikatakan memberikan keseimbangan kuasa Force dan Darkside. Rey telah diselamatkan dan disembunyi di Jakku.

Beberapa watak baru didalam Star Wars Force Awakens yang menjadi persoalan asal usulnya.

  1. Knights of Ren yang menjadi guru melatih Darkside kepada Kylo Ren.
  2. Snoke merupakan Supreme Leader kepada First Order
  3. Phasma captain First Order

Apa pun tidak sabar menunggu sekuel Star Wars Episode VIII bakal masuk panggung pada tahun 2017 dan sehingga itu watak-watak Star Wars akan menjadi perdebatan dikalangan diehard fan Star Wars.

Sila tekan butang kongsi:

  • Sambutan terbesar LEGO Star Wars Day di LEGOLAND Malaysia Resort pada bulan May ini
  • Kegilaan mengumpul koleksi Lego Star Wars
  • Bawa anak menonton Rogue One: A Star Wars Story

Filed Under: dunia hiburan Tagged With: force awakens, rey, star wars, starwars force awakens

Reader Interactions

Comments

  1. Sue says

    31st January 2016 at 5:29 pm

    Sebelum ni tak pernah tengok mana-mana filem Star Wars.
    Sebelum ni saya cuma tau yg baik Luke Skywalker yang jahat Darth Vader.

    Sampai lah last week, saya dan husband layan movie Star Wars start dari episode I sampai episode VI selama 3 hari berturut-turut. Best rupanya.
    Alangkah bestnya kalau dapat tgk Star Wars ni kat wayang. Tapi dah terlambat. Layan kat rumah je la.

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:43 am

      Lebih mudah faham kalau mula dari Star Wars Episode 1.

      Reply
  2. DLSL says

    27th January 2016 at 7:44 am

    Oik. Bila pulak Obi Wan berkahwin or ada anak. Dari episode 1 hingga 5 sampai Obi Wan mati, tak de pun anak dia? Ini betul2 Star Wars expanded universe ciptaan Disney & die hard Star Wars. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:44 am

      Agaknya Disney nak jalan cerita yang agak berbeza sedikit.

      Reply
  3. siti hazreen says

    10th January 2016 at 11:57 pm

    orang ramai menunggu2 filem ni, tapi filem ni tak menarik minat saya pun, maybe sebab filem ni bersiri kot

    Reply
  4. emalin mohd says

    10th January 2016 at 5:17 pm

    Best! TEngok dengan anak-anak. Watak Rey yang paling diminati kali ni. Tak sabar untuk tunggu sequelnya..

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:46 am

      Sekuel kepada Star Wars Awaken akan ke panggung pada tahun 2017.

      Reply
  5. cik tom says

    9th January 2016 at 2:47 pm

    cik tom tak pernah tengok cerita star wars..tak tahulah kenapa..padahal ada je copy dalam external disk yang movie lama2..last2 delete tanpa tengok..hehee

    Reply
    • siti hazreen says

      11th January 2016 at 12:00 am

      eh samalah kita..tak minat citer ni

      Reply
  6. hasif says

    8th January 2016 at 3:01 am

    adakah aku mesti tonton star wars dari awal???..hurmm

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:47 am

      Kalau nak faham watak-watak penting di dalam Star Wars boleh mula menonton dari episode 1.

      Reply
  7. wahida says

    7th January 2016 at 3:40 pm

    to be honest, saya tak minat langsung citer ni…huhu…

    Reply
    • siti hazreen says

      11th January 2016 at 12:01 am

      sama, saya pun tak minat

      Reply
  8. Alyaa Aidee says

    7th January 2016 at 8:40 am

    best ni kalau ada compilation terus, series lama dah lupa. hehe

    Reply
  9. mrhanafi says

    7th January 2016 at 4:02 am

    antara filem yang amat digemari oleh anak sulung saya…

    Reply
  10. ema says

    6th January 2016 at 9:43 am

    walaupun star wars ni siri yang ke berapa…memang langsung tak tengok pun… tak berapa minat…

    Reply
  11. zik says

    6th January 2016 at 8:44 am

    kalau tak tengok dari awal episod mesti blurrr jer.. eh nih watak apa pulak nih.. yang tengok dari dulu pun ada banyak blurrr..

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2016 at 9:37 pm

      Kena follow Star Wars Trilogy dari Episode 1 barulah faham.

      Reply
  12. onlajer says

    5th January 2016 at 2:47 pm

    kalau baca wiki star wars rey ni kembar kylo ren, tapi apa pun filem ini tidak menghampakan. hampir sama seperti apa yang kita baca di wikistar wars

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2016 at 10:11 pm

      Ada juga terbaca Rey dan Kylo Ren adalah adik beradik. Semuanya akan terjawab pada sekual Star Wars yang akan datang.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        6th January 2016 at 9:31 am

        lama tu nak tunggu sekuel 2017.. huhuh

        Reply
        • akubiomed says

          6th January 2016 at 9:36 pm

          Tahun 2016 pembikinan dan tahun 2017 baru masuk pawagam.

          Reply
  13. theIzuddin says

    5th January 2016 at 1:24 pm

    tak pernah pun tengok star wars.
    nampaknya kena mula dari star wars pertama.

    Reply
  14. Noriza Rahman says

    5th January 2016 at 11:54 am

    Memang menjadi kegilaan peminat Star Wars setiap kali keluar panggung kan, tapi syukur la saya bukan salah seorang peminatnya, kalau tidak melopong la sebab ada ‘handbag’ kecik yang nak kena bawa sama

    Reply
  15. Raihanah Ahmad says

    5th January 2016 at 11:19 am

    saya main tengok je, tak join debat camni. huhuh

    Reply
  16. fazrol says

    5th January 2016 at 12:53 am

    Aku tak tgk jaaa… ha ha ha…
    Tak suka sangat perempuan jadi hero… hi hi…

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2016 at 10:07 pm

      Hang jangan lupa, “Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”. 🙂

      Reply
  17. Fyda Noh says

    4th January 2016 at 11:20 pm

    Tak pandai tengok cerita begini.. 🙂

    Reply
  18. Uncle Zuan says

    4th January 2016 at 10:53 pm

    aku sebagai fans, choose untuk tak berdebat mengenai hal ni hehe

    Reply
  19. titan says

    4th January 2016 at 10:15 pm

    still compius lagi.

    memang saje je diorang wat gini.

    supaya orang tengok next movie.

    macam star wars mula-mula dulu la..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2016 at 10:51 pm

      Katanya Star Wars Force Awakens bukan kesinambungan daripada Trilogi Star Wars sebelum ini. Sekurang-kurang 2 sekual filem Star Wars akan merungkai watak-watak. Menurut pengarah Star Wars Force Awakens meninggalkan beberapa persoalan untuk digarap oleh pengarah baru didalam Star Wars VIII dimana beliau bertindak sebagai penerbit.

      Reply
      • titan says

        6th January 2016 at 10:01 pm

        itulah pasal.

        nak wat camna..memang suka tengok cerita fiksyen macam ni.

        terpaksa la hadap jugak.

        Reply
  20. Adam says

    4th January 2016 at 10:12 pm

    Lama sangat dah tak tengok wayang ni.

    Reply
  21. faris aiman says

    4th January 2016 at 8:16 pm

    Sampai sekarang star war menjadi misteri entah kenape saya kurang minat sikit … http://www.gerobokbuku.com/

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2016 at 10:54 pm

      Ada yang suka menonton filem terus sampai penutup dan ada yang mengarap filem dengan lebih terbuka ibarat mengumpan semut di umpan gula.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        7th January 2016 at 10:53 am

        bagi peminat star wars memang akan ternanti2 sekuel baru

        Reply
  22. Bahrain says

    4th January 2016 at 2:59 pm

    Saya sampai sekarang belum tengok lagi… semalam pun masih penuh lagi. kena tggu hujung minggu ni . 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2016 at 10:56 pm

      Antara babak yang saya suka apabila Han Solo dan Chewbacca memasuki Millennium Falcon.

      “Chewie, we’re home” – dialog Han Solo

      Reply
  23. Sobri mansor says

    4th January 2016 at 2:44 pm

    Tak sempat tengok lagi movie ni. huhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in