• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Rahsia borong barang China di Taobao

Rahsia borong barang China di Taobao

15th January 2016 by akubiomed 37 Comments

Rahsia borong barang China di Taobao

Pernah borong barang China samada pergi ke sana atau membeli diatas talian? Ali Baba, Ali Express dan Taobao antara laman pemborong di China yang amat popular. Kalau hendak membeli barang-barang murah boleh beli diatas talian.

Ada sesetengah pihak menjadi agen borong barang di China dengan menyediakan pakej tourist guide untuk borong barang di China dengan terbang ke sana untuk membeli belah dan borong-borong barang disana yang ternyata murah tetapi tahu tak? Kita masih boleh membeli barang di China tanpa berbelanja besar untuk terbang ke sana. Ia adalah dengan cara membeli diatas talian melalui laman yang disebutkan tadi.

Banyak pusat borong barang China dan murah.

Barang-barang dari negara China murah dan kebanyakkan barang yang berjenama juga dihasilkan oleh kilang di China kerana kos tenaga buruh yang murah. Nama apa sahaja barang sekali pun tentu ada. Sedangkan adaptor pengecaj telefon bimbit pun buat di China. Tidak salah dikatakan negara China ini menjadi pusat borong barang murah untuk mereka yang berniaga. Bagi yang meniaga tentu mahukan kos yang rendah dan profit keuntungan yang banyak.

Tidak dinafikan barang-barang China ini murah dan banyak gred dan kualiti jadi perlu pandai-pandai untuk mendapatkan yang terbaik pada harga rendah. Apa yang saya hendak dikongsikan adalah pengalaman saya membeli barang dari laman borong Taobao. Sebelum ini pernah membeli di Ali Express kerana barang yang saya cari tidak dijual di Malaysia dan kalau ada pun sangat mahal.

Memandangkan urusan pembelian di Ali Express adalah didalam USD sangat-sangat tidak berbaloi kerana kenaikan matawang USD ketika ini untuk membeli di Ali Express. Sebagai alternatif saya membeli dari laman borong Taobao ini.

Pembelian diatas talian semakin meningkat

Tidak salah saya katakan jika ramai dikalangan kita mempunyai pengalaman membeli diatas talian. Paling tidak pernah membeli barang di Lazada, Lelong, Superbuy Mudah, Facebook, Instram dan banyak lagi hendak disebut. Salah satu tarikan membeli barangan online kerana ia mudah dan dengan duduk depan laptop atau komputer sudah berjaya untuk membeli.

Tidak hairan sampai keperluan harian pun ada yang membeli diatas talian seperti perkhidmatan pembelian barang keperluan diatas talian oleh gedung pasaraya Tesco. Jadi tidak perlu buang masa untuk ke pasar raya untuk mengelakkan keluar duit untuk tol, minyak, makan dan sebagainya. Tahu-tahu barang sampai sahaja dirumah. Sebab itu saya katakan lebih ramai beralih pembelian diatas talian dan makin ramai yang berjinak-jinak dengan menceburi perniagaan diatas talian kerana kosnya rendah berbanding berniaga dipremis perlu mengeluarkan kos sewa, pekerja, lesen dan sebagainya.

Kenapa borong di Taobao?

Kenapa saya memilih borong di Tabao ini kerana saya masih boleh membeli didalam kuantiti yang kecil. Harga barang dijual didalam bentuk Yuan dan apabila ditukarkan ke dalam RM masih murah. Ada barang-barang yang dapati dijual diatas talian 3 kali ganda mahal dari harga Taobao tawarkan menyebabkan saya memilih untuk membeli disini walaupun ditambah dengan kos pengurusan dan penghantaran masih lagi murah dan berbaloi.

Halangan utama membeli barangan di Taobao ini adalah masalah bahasa kerana rata-rata pemborong di Taobao ini tidak fasih berbahasa Inggeris. Terasa hebat pula apabila berkomunikasi didalam bahasa Inggeris walaupun tidak ke mana :). Nasib baiklah ada ebook panduan Rahsia Taobao yang banyak membantu saya membuat pembelian dari laman Taobao ini.

Pengalaman membuat urusan pembelian barang borong China di Taobao.

Saya mengunakan ejen untuk membeli barang dari penjual di Taobao. Ejen ini akan membeli barang bagi pihak saya dari penjual di Taobao jadi ini dapat melicinkan urusan pembelian. Sedikit caj dikenakan untuk kos pengurusan dan penghantaran. Pada saya kos masih lagi rendah berbanding saya hendak terbang ke China dan membeli sendiri. Yang paling best saya membayar dengan mengunakan Maybank2u, menjadikan ia sangat mudah.

Dibawah ini adalah contoh transaksi bukti urusan pembelian di laman Taobao melalui ejen.

Setiap status urusan pembelian akan dikemas kini didalam portal ejen, melalui emel dan saya juga dapat notifikasi sms di telefon bimbit saya. Sangat berbaloi dengan memiliki ebook Rahsia Taobao yang memberikan panduan lengkap cara mendaftar di Taobao, mencari ejen, cara membuat semakan produk sehinggalah urusan pembelian diterangkan satu-persatu dan tips-tips membantu melicinkan urusan pembelian. Kebimbangan risiko dapat direndahkan dengan adanya panduan ini.

Apa pun kita mesti menjadi pembeli bijak jangan semborono borong barang china dengan membeli tanpa membuat kajian terlebih dahulu kerana dek terlalu excited ingin membeli.

  • Compactor Living Box Set tetapi bukan dari GoShop
  • Daftar percalonan baru di Digi WWWOW Awards 2015
  • 3 Wheels Stroller Foldable untuk Amsyar

Filed Under: blog Tagged With: borong barang china, pandua beli taobao, panduan borong barang china, rahsia taobao, taobao

Reader Interactions

Comments

  1. Umiadam says

    4th March 2016 at 10:49 am

    Senang gak ek nak beli. Terima kasih bagitahu caranya

    Reply
  2. permohonan upu says

    7th February 2016 at 4:12 pm

    tapi still masuk, kena guna translate daripada chrome kan..still tak ada english version

    Reply
  3. reezluv says

    3rd February 2016 at 10:03 am

    memang syok, tambah plak kalau boleh buat modal untuk meniaga

    Reply
  4. faris aiman says

    22nd January 2016 at 4:53 pm

    Selalunya orang kata bahaya tetapi kalau dah expert boleh je …. http://www.gerobokbuku.com/

    Reply
  5. mrhanafi says

    21st January 2016 at 1:51 am

    berita dan informasi yang terbaik juga nie..

    semoga banyak memberi manfaat

    Reply
    • Noriza Rahman says

      31st January 2016 at 6:20 pm

      Bagi mereka yang suka membeli barangan China secara borong memang bagus la kan

      Reply
  6. Noriza Rahman says

    19th January 2016 at 6:30 pm

    Bagus juga ada alternatif macam ni kan, so senang nak buat pilihan bila nak membeli

    Reply
  7. Khairul Zamri says

    18th January 2016 at 11:52 pm

    Macam hebat jugak sistem memborong ini

    Reply
  8. cik tom says

    18th January 2016 at 5:47 pm

    wah enarik jugak boroang barang china ni…kena ada ilmu baru x risiko pelaburan beli barang borong ni..kena gaya untung berlipat kali ganda lagi,,

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:44 pm

      Ada harga produk di Taobao apabila dijual di Malaysia 3 kali dri harga sebenar. Untung besar. 🙂

      Reply
  9. Raihanah Ahmad says

    18th January 2016 at 11:44 am

    tak perlu ke china lagi lepas ini

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:43 pm

      Nak melancong ke China apa salahnya sambil membeli. 🙂

      Reply
  10. raihanahahmad says

    18th January 2016 at 11:44 am

    pernah juga orang cakap beli di taobao, semoga mudah orang nak dapatkan daripada sana ya

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:42 pm

      Alternatif untuk mendapat produk pada harga berpatutan.

      Reply
  11. Asep Nugraha says

    18th January 2016 at 8:28 am

    semua produk pasti murah dan pasti meniru lah dari produk grade asli 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:41 pm

      Ada juga produk yang berkualiti. Ia boleh dilihat dengan kesungguhan penjual memberikan maklumat produk dengan lengkap bersama rating.

      Reply
  12. Adam says

    18th January 2016 at 1:33 am

    Senang lah kalau ada ilmu didada.

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:40 pm

      Ada pengetahuan mempercepatkan proses dan mendapatkan produk pada harga berpatutan.

      Reply
  13. olaoli says

    17th January 2016 at 11:41 pm

    dulu pernah beli pendrive di dhgate dan alibaba..tapi kualitinya terlalu rendah..128gb tapi cuma boleh pakai 2 gb je..tapi sekarang ni tak taulah ok ke kualitinya sebab kes saya beli dulu tu dah 5 tahun yang lepas

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:36 pm

      Risiko membeli online tetap ada. Biasanya memori kad saya beli dari sumber yang boleh dipercayai.

      Reply
  14. siti hazreen says

    17th January 2016 at 5:15 pm

    boleh tak kalau beli 1 je?

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2016 at 10:14 pm

      Beli 1 item sahaja pun boleh. Kalau beli banyak boleh minta diskaun.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        18th January 2016 at 11:45 am

        oo kalau tak borong pun boleh ya

        Reply
        • Raihanah Ahmad says

          18th January 2016 at 11:47 am

          bagus juga tu kalau boleh beli sikit2 atau borong

          Reply
  15. saljuhumairah says

    17th January 2016 at 3:55 pm

    Bagus panduan ni, takut tertipu dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan ilmu kita lebih yakin. Kalau pergi borong suka hati jer…nanti putih jer biji mata…

    Tak kena cukai ke barang tu masuk malaysia? sebab tak pernah berurusan lagi… takut nak beli…

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2016 at 11:35 pm

      Kalau bab isu peniaga tidak jujur mana-mana pun ada. Mengenai cukai boleh melantik ejen untuk menguruskannya.

      Reply
  16. zik says

    16th January 2016 at 7:20 pm

    beli drone sana murah… tengok orang malaysia jual kat sini dekat beratus… berapa banyak dia dapat untung tuh…huhu

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2016 at 10:13 pm

      Buat masa ini belum terniat hendak mencari drone. Memang gatal tangan nak memborong. 🙂

      Reply
  17. Fyda Noh says

    16th January 2016 at 6:46 pm

    Husband saya pun selalu beli barang2 banyak dari overseas. Macam lagi senang deal ngan dorang..

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2016 at 10:12 pm

      Kadang-kadang ada barang yang dicari sukar didapati di Malaysia dan harga pula mahal. Ada alternatif mencari di luar negara.

      Reply
      • raihanahahmad says

        19th January 2016 at 11:14 am

        kadang tu murah lagi dari luar negara

        Reply
  18. titan says

    16th January 2016 at 11:29 am

    tu dia.

    dapat rm30 percuma lagi tu mula-mula.

    Reply
  19. wahida says

    15th January 2016 at 5:43 pm

    sekarang mmg banyak jual barangan dari China…especially baju budak2…mmg murah2…cantik2 pulak tu…

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2016 at 9:33 pm

      Baju budak tak osah cakap memang cantik-cantik dan berkenan di hati. 🙂

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        19th January 2016 at 11:13 am

        nanti nak usha la juga

        Reply
  20. blogger lelaki says

    15th January 2016 at 2:26 pm

    aku pun sebenarnya takut2 jugak nak membeli barangan china macam ni..tapi kalau dah ada panduan yang lengkap dan betul rasanya tak jadi masalah

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2016 at 9:32 pm

      Sekarang dah tahu selok belok boleh kurang risiko tersebut berlaku. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in