• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Projek hujung minggu mengecat rumah

Projek hujung minggu mengecat rumah

5th August 2012 by akubiomed 74 Comments

Misi projek hujung minggu ini mengecat dinding rumah.

Projek hujung minggu kali ini adalah untuk mengecat dinding luar rumah. Sudah lama saya tidak mengecat rumah sendiri kali terakhir 3 lalu untuk ruang tamu dan dapur. Ide pemilihan cat semuanya adalah datang daripada isteri tercinta.

Cat dinding luar rumah.

dinding

Bahagian luar rumah kami ada sedikit renovasi yang dilakukan pada tahun 2007 dengan menaikkan dinding tepi dan berbumbung. Asal tujuan pembinaan adalah untuk ruang minum teh pada waktu petang dengan meletakkan meja dan kerusi. Entah kenapa ide tersebut tidak dilaksanakan menjadi tempat letak motor dan basikal anak-anak berteduh. 🙂

Aktiviti pertama adalah mengecat cat base coat yang biasanya warna putih supaya lapisan cat warna yang bakal digunakan lebih kemas dan rata hasilnya . Selain itu cat base coat dapat menutup kecacatan seperti contoh dinding rumah saya telah di sembur cat tin warna merah oleh anak-anak. 🙂

Kalau zaman dahulu proses mengecat mengunakan berus jadi ia mengambil masa untuk siap proses mengecat. Sekarang ini kerja mengecat lebih mudah dan pantas dengan mengunakan roller hanya perlu gelek pada permukaan dinding. Kalau tidak ada pengalaman pun tidak ada masalah untuk mengunakan roller buat pertama kali.

Nasihat saya belilah roller yang berkualiti dan begitu juga roller refill. Pilihan saya ada jenama Stanley dan harga  roller bersama roller refill dibeli pada harga RM9. Mana kala pengantian roller refill boleh dibeli pada harga RM6. Kenapa saya berkata demikian adalah kerana mengunakan roller yang berkualiti memberikan kemasan rata cat pada dinding. Kerja mengecat pantas dan kurang mercik berbanding roller murah serta tidak berbulu.

Selepas mengunakan roller boleh direndam untuk membuang baki cat yang melekat dan dijemur kering untuk kegunaan masa hadapan. Tukar roller refill apabila sudah ada tanda-tanda kerosakkan.

*************

AkuBiomed: Tanniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya melangkah ke Final Sukan Olimpik London 2012 bagi menentukan pingat Perak atau Emas didalam acara persorangan badminton. Sekali lagi beliau bakal bertemu Super Dan daripada China. Kalau sebelum ini beliau telah ditewaskan oleh Super Dan di Olimpik Beijing 2008 dengan pingat Perak. Harapan saya kali ini Datuk Lee Chong Wei akan menghadiahkan emas Olimpik pertama untuk negara. Dengar Baskin Robbin akan menghadiahkan ais krim percuma kalau menang emas.

  • Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.
  • Projek restore basikal BMX final
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    25th September 2012 at 9:56 am

    Terbaik!

    Reply
  2. azydy says

    10th August 2012 at 1:19 pm

    saya suruh orang yang catkan..tak pandaile..mesti bersepah

    Reply
  3. Oh! budu says

    9th August 2012 at 6:30 pm

    dah nak dekat raya kan. hihi

    Reply
  4. cik tom says

    9th August 2012 at 1:27 am

    rajin betul bro tiap2 weekend ye..ada je projek nak buat bersama famili..bgs2

    Reply
  5. Fahmi Raazali says

    8th August 2012 at 11:30 pm

    Kali terakhir saya mengecat rumah ialah beberapa tahun yang lepas. Pakai bantai sahaja. Janji ada hasil yang memuaskan. 🙂

    Reply
  6. Mekar says

    8th August 2012 at 12:37 pm

    Penat woo.. bila dpt mengecat umah ni. Haritu masa adik nak kawin, sya pun bantu juga cat2 rumah kat kampung. Puas hati tapi penat !

    Reply
  7. dzuandiey says

    8th August 2012 at 2:12 am

    alamak..meriah ni bab mengecat..haha…serius best.. 🙂

    Reply
  8. Blog Asyraf says

    7th August 2012 at 4:40 pm

    Rumah saya cat putih ja..huhu

    Reply
  9. Blog Asyraf says

    7th August 2012 at 4:39 pm

    Raya tahun ini kelihatan baru la rumah haha..

    Reply
  10. Blog Asyraf says

    7th August 2012 at 4:38 pm

    Rajin bro bulan puasa ni..hehe..

    Reply
  11. Myra Jay says

    7th August 2012 at 12:55 pm

    Rajinnnya mengecat 😉

    Bila tengok hasilnya nanti mesti rasa puas kan 😀

    Reply
  12. samdaddycool says

    7th August 2012 at 1:42 am

    Uish, rajinnya cik abang…

    Reply
  13. Ummi Hanie says

    6th August 2012 at 10:02 am

    rajin sekali deko2 rumah… owh sayangnya projek asal belum menjadi, tak mengapa lepas ni menjadi insyaAllah…

    suami saya pun menggunakan roller utk mengecat dinding rumah. pantas dan mudah jadi kerjanya…

    Reply
    • dzuandiey says

      8th August 2012 at 2:13 am

      kan best kalau ada kartun yang tenyeh2 badan tu..best tengok iklan tu..hahaha

      Reply
  14. nizamghazi says

    6th August 2012 at 9:41 am

    Sejarah hidup : Saya belum pernah mengecat rumah.
    Mungkin aktiviti ini dapat menghilangkan stress jika dihayati.

    Reply
  15. Mus says

    6th August 2012 at 8:12 am

    rumah sewa saya dindingnya dah jadi mangsa contengan anak-anak..
    memang kena cat baliklah nampaknya

    Reply
    • dzuandiey says

      8th August 2012 at 2:14 am

      hahaha..mesti menarik kan?… 🙂

      Reply
  16. Norasikin says

    6th August 2012 at 12:40 am

    Teringin sangat nak mengecat seluruh rumah. Rasa mcm dah buruk sangat dinding luar dan dalam. Anak asyik conteng je. Susah payah dulu cat pakai cat yg boleh di lap dan dibersihkan. Anak conteng, langsung tak boleh lap pun

    Reply
  17. Kulanzsalleh says

    6th August 2012 at 12:29 am

    bagus juga projek mengecat rumah ni.. boleh isi masa lapang hujung minggu..

    Reply
  18. adele says

    5th August 2012 at 8:35 pm

    sy pun nak mengecat juga minggu ni..huhu

    Reply
  19. puanbee says

    5th August 2012 at 6:01 pm

    Raya tak balik kampung ke ?

    Reply
  20. puanbee says

    5th August 2012 at 6:01 pm

    Terima kasih dapat backlink dr sini ..

    Reply
  21. Jebeng Otai™ says

    5th August 2012 at 4:51 pm

    kalo menang 8hb bro..dpt ais krim percuma..hehe

    Reply
  22. KiD says

    5th August 2012 at 3:42 pm

    ahhaaaa… rumah berseri raya nanti

    Reply
    • dzuandiey says

      8th August 2012 at 2:15 am

      bau cat baru kan..hehehe…

      Reply
  23. puteri says

    5th August 2012 at 2:55 pm

    nanti da siap cat post juga tau

    ohya,, Datuk LCW mintak maaf dia xdapat emas sebab kalau dapat emas dia kena dipeluk lemas! hahaa

    Reply
    • KiD says

      5th August 2012 at 3:43 pm

      cat undercoat semua boleh gelek.. hehheee

      Reply
    • dzuandiey says

      8th August 2012 at 2:15 am

      bab peluk tu mesti dah fobia kan..hahaha…lemassssss jer tengok..keh3..

      Reply
  24. errah says

    5th August 2012 at 2:18 pm

    tahun ni xmngecat la plak sbb br je cat taun lepas..nk raya2 ni rumah kene berseri skit kan..hehe

    Reply
    • KiD says

      5th August 2012 at 3:44 pm

      ramah saya pun tak di cat..

      Reply
      • dzuandiey says

        8th August 2012 at 2:16 am

        upah orang la..cat baru..mesti meriah..hehe

        Reply
  25. wanabe says

    5th August 2012 at 1:06 pm

    penat mengecat rumah time bulan puasa ni..memang mencabar kesabaran dan keteguhan iman..hehehe..

    Reply
  26. neu says

    5th August 2012 at 12:24 pm

    ni projek stahun sekali ni bro

    Reply
    • KiD says

      5th August 2012 at 3:45 pm

      projek setahun sekali beraya sakan! hehehe

      Reply
      • dzuandiey says

        8th August 2012 at 2:18 am

        projek riang ria raya bersama cat..hehehe

        Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:47 pm

      Tak adalah setahuh sekali.:-)

      Reply
  27. maza says

    5th August 2012 at 11:46 am

    maza tunggu budak2 rumah ini membesar sedikti lagi baru mahu mengecat keseluruhan rumah..

    Tempoh hari mengecat di bilik, sudah ada macam-macam lukisan abstrak melekat di dinding.. itu baru seminggu mengecat…. aderkkk!!!

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:44 pm

      Hero kat rumah sudah tidak buat mural di dinding lagi dah.:-)

      Reply
    • KiD says

      5th August 2012 at 3:47 pm

      hebat lah kalau macam tu.. banyak abstrak.. hehehee

      Reply
  28. gamep01nt says

    5th August 2012 at 10:16 am

    Peh brand Stanley tu beb! mahaiii

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:43 pm

      RM9 sahaja. Boleh pakai lama bukan sekali pakai.

      Reply
      • KiD says

        5th August 2012 at 3:48 pm

        bro, meh cat umah eden.. hehehee

        Reply
  29. irsah says

    5th August 2012 at 8:42 am

    Wahh kalau roller dah branded (stanley) confirm cat pun branded gak… terbaikk

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:42 pm

      Cat yang digunakan biasa-biasa sahaja.:-)

      Reply
      • KiD says

        5th August 2012 at 3:56 pm

        setin cat mesti ratus dah tu

        Reply
  30. sweetkurma says

    5th August 2012 at 7:14 am

    wahhhh sama lah projek hari minggu kita, cuma akak suruh contractor buat lah sebab akak mana lah larat kan huhu

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:41 pm

      Akakkan ada hero. Buat kerahan tenaga. 🙂

      Reply
      • KiD says

        5th August 2012 at 4:00 pm

        ahaaaaa… kerahan tenaga anak beranak pun boleh

        Reply
  31. Abe Mirul says

    5th August 2012 at 6:56 am

    Wah! Pasti berseri-seri rumah lepas ni…jiran2 pasti jeles dengan dinding rumah akubiomed yg segar dan baru. Menyerikan lagi hari raya. Hehe. Semoga cepat siap. 🙂

    Reply
  32. yas says

    5th August 2012 at 6:36 am

    Ni mesti projek utk raya nih…betoi x bro…he3x!!!

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:40 pm

      Nak kata cat semata-mata kerana Raya tak juga. Cuma tepat pada masanya.

      Reply
      • KiD says

        5th August 2012 at 4:10 pm

        bro… cat kereta skali laaa.. hehehee

        Reply
  33. titan says

    5th August 2012 at 6:00 am

    aku tak nak askem. aku nak emas.

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:39 pm

      Emas 1 juta dengan duit RM5k tiap-tiap bulan lumayan.

      Reply
    • KiD says

      5th August 2012 at 4:10 pm

      aku nak emas dan aiskrim.. hehehehe

      Reply
  34. Man says

    5th August 2012 at 5:52 am

    wah. berseri-seri rumah sempena raya nanti ni.

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 3:37 pm

      Sudah tentu dari luar rumah akan bling-bling. 🙂

      Reply
      • KiD says

        5th August 2012 at 4:13 pm

        jangan lupa taruk lampu kelip2.. hehheee

        Reply
  35. pipoq says

    5th August 2012 at 5:43 am

    jenama cat pun main peranan penting jugak kalo nak cantik hasilnya..

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 9:01 am

      Tak dinafikan jenama cat pun boleh memainkan peranan.

      Reply
      • KiD says

        5th August 2012 at 4:14 pm

        bro pakai brand ape yea?

        Reply
  36. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th August 2012 at 4:45 am

    Boleh tahan lah bo.. Kawe tak larat dah buat keje2 mcm nie he he 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 9:00 am

      Memang penat mengecat waktu bulan puasa dengan cuaca panas. Beberapa kali telan air liur tekak kering.

      Reply
  37. Denaihati says

    5th August 2012 at 4:25 am

    masing2 sibuk mengecat untuk hari raya, pbee pun nampaknya sibuk mengecat juga. ada anak2 kecik hasil seni anak2 kat dinding memang mengkagumkan…heee

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 8:59 am

      Perasan juga ada ukiran bunga ros agaknya pada dinding rumah Puan Bee.

      Reply
  38. Sop says

    5th August 2012 at 2:47 am

    mengecat? sedia utk raya ker bro? heheh
    kalau Sop mengecat, anak2 selalu menolong.. excited dorang..:)

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 8:57 am

      Kalau nak kata cat untuk Raya pun boleh sekali kerana dinding telah disembur cat merah oleh anak-anak tinggalkan kesan tompokan.

      Reply
  39. nurmisnan says

    5th August 2012 at 1:54 am

    Suka mengecat rumah.. nampak cantik dan baru..
    love d fresh colours..

    Yup.. Baskin Robins akan bg free sekerim selama 2 jam =8pm – 10pm
    tak sanggup den nak beratur panjang.. hik3..

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 8:55 am

      Aduhai dibuka 2 jam sahaja tentu ramai yang perlu beratur untuk mendapatkan ais krim.

      Reply
  40. padin says

    5th August 2012 at 1:23 am

    wahh jangan lupa letakkan hasil rumah yang di cat nanti 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 8:53 am

      Nak tujukkan hasil seganlah pula sebab cat dinding luar rumah sahaja.

      Reply
  41. hatiputera says

    5th August 2012 at 1:18 am

    nak raya nie memang ramai sibuk mengecat rumah.

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 8:52 am

      Biasalah Raya semakin hampir ramai mahukan rumah mereka berseri-seri.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in