• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Projek restore basikal BMX final

Projek restore basikal BMX final

1st February 2015 by akubiomed 30 Comments

Projek restore basikal BMX berjaya disiapkan

basikal BMX selepas restore

Selang seminggu akhirnya siap juga Projek Restore basikal BMX. Ia adalah idea spontan bermula minggu lepas.

Minggu lepas Projek Restore ini lebih kepada tumpuan untuk memulihkan kedaan basikal BMX ini yang sudah lama tersadai. Mengeluarkan modal untuk membeli alat ganti yang wajib untuk ditukar semasa melaksanakan projek peribadi ini.

>>>Boleh entri pertama mengenai Projek Restore<<<

Memandangkan abang Ngah yang menjadi tuan baru kepada basikal ini. Maka saya telah meminta beliau membantu saya dengan proses pertama membersihkan basikal BMX ini daripada kotoran dan minyak kerana proses seterusnya adalah proses mengecat.

Proses mengosok dengan kertas pasir meratakan kesan calar

Anak beranak mengosok cat untuk meratakan kesan calar dengan mengunakan kertas pasir yang paling halus. Ia adalah aktiviti yang menyeronokkan dapat melakukannya bersama-sama dengan abang Ngah.  Dapat berkongsi beberapa tip kepada abang Ngah semasa melakukan aktiviti bersama. Teringat zaman kanak-kanak dahulu memang suka menukar warna basikal sampai dimarah oleh arwah bapa.

Proses mengecat basikal dengan base coat warna putih. Satu lapisan nipis untuk menutup cat lama yang telah dihilangkan kesan calar dengan kertas pasir. Lapisan pertama tidaklah tebal hanya cukup sekadar untuk menutupkan kesan calar yang dimaksudkan

Sudah lama saya mengidamkan corak warna merah dan putih. Hanya mengunakan gaya free hand untuk mengecat mengunakan cat tin spray warna putih dan merah pada hujung penyambungan basikal BMX.

Getah grip corak bintang untuk pemegang adalah antara yang saya idamkan semasa kecil. Memandangkan saya tidak mampu untuk memiliki seperti kawan-kawan sebaya dahulu memasang aksesori yang gempak untuk mencantikkan basikal BMX masing-masing. Saya masih mengekalkan apa yang ada pada basikal BMX ini dahulu. Sekarang ini ada peluang dapatkan aksesori getap grip pemegang corak bintang. 80% keadaan basikal ini masih didalam keadaan asal

Apabila semua bahagian basikal BMX telah dipasangkan semula. Tidak sangka ia seperti basikal yang baru. Tidak mungkin saya berkayuh basikal BMX ini lagi kerana secara rasmi akan menjadi milik abang Ngah. Perasaan sangat teruja basikal ini telah diberi nafas baru dan ia telah memasuki generasi kedua.

>>GIVEAWAY blog AkuBiomed, 1 unit WeeBoost Drive 3G-S bernilai RM389 untuk dimenangi. KLIK untuk baca<<

AkuBiomed: Ada tak rakan-rakan mempunyai idaman untuk melakukan projek peribadi? Boleh berkongsi diruang komen.

Filed Under: diy Tagged With: basikal bmx, basikal bmx malaysia, gambar basikal bmx

Reader Interactions

Comments

  1. theulatbuku says

    22nd June 2018 at 7:34 am

    Basikal BMX ni nostalgia betul, antara basikal rebutan masa dulu. Jimat kan, cat balik dah nampak macam basikal baru.

    Reply
  2. jambu batu says

    7th December 2015 at 10:04 pm

    teringat zaman sekolah dulu.. main bmx..

    Reply
  3. kak yatiadam says

    6th June 2015 at 6:33 pm

    bagus projek ni…happykan anak pun satu pahla yg besar tau..jujurnya kak suka baca blog kamu.

    Reply
  4. Yeen says

    21st March 2015 at 9:59 am

    Wahh cantik! Aku teringin nak re-love meja makan ni. Haritu thinner kot tumpah, habis permukaan kayu terkopek. Tapi aku rasa, kalau digosok dengan kertas pasir, di cat balik, mesti ok.

    Reply
  5. padin says

    2nd March 2015 at 2:15 am

    wah memang best benda lama dihidup semula…

    Reply
  6. Syida says

    13th February 2015 at 12:24 pm

    wahh untunglah abang Ngah.ayahnya rajin nak tolong make over bmx nya.
    kecik2 dulu, puas merempit dengan beskal bmx ni..banyak betul kenangan. jatuh tergolek tu toksah cakaplah.
    hari ni, nak lepaskan anak2 main beskal pun, risaunya ya Allah. anak2 dah tak boleh dibiar bebas mcm dulu lagi. takuttt

    Reply
  7. TehR says

    7th February 2015 at 9:12 am

    banyak yang boleh dipelajari oleh anak2 dengan berjayanya projek ni
    sangat banyak

    tahniah kepada keluarga akubiomed
    moga seronok dan bahagia selamanya
    dunia sampai akhirat

    Reply
  8. Amirul says

    6th February 2015 at 5:17 pm

    Cantik warna basikal yg bro spray tu… Basikal legend ni dulu2, sampai pekan boleh bawak dgn geng2…

    Reply
  9. Qider says

    6th February 2015 at 12:11 pm

    Basikal BMX…legend betul..seronoklah anak dapat basikal cantik..sekarang ni kalau nak beli, aihh..

    Reply
  10. maza says

    5th February 2015 at 5:30 pm

    Perkhhh.. basikal legend ni.

    pernah menghentak-hentakan kaki depan emak minta basikal ini. Ada basikal ini di kampung kira perwira dah ni.

    hahaha

    Reply
  11. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th February 2015 at 4:45 pm

    Jom kita lumba ehhh.. Tapi kawe pakai beskal racing boleh? 😀

    Reply
  12. zool says

    5th February 2015 at 12:28 pm

    wah.. basikel BMX.. memang menarik tu….
    mengimbau zaman muda dulu

    Reply
  13. Raihanah Ahmad says

    5th February 2015 at 10:56 am

    wah cun sangat beskal tu. mesti happy anak teruna tu

    Reply
  14. zik says

    5th February 2015 at 9:13 am

    Buat sendiri lagi banyak jimat kos.. Basikal tua yg lama dekat kampung dah jual kat cina besi buruk.. Sayang lah pulak..

    Reply
  15. Yeen says

    5th February 2015 at 3:30 am

    Wow.. hebak korang! Tapi bagusla semangat camni.. teruskan! 🙂

    Reply
  16. islam di dadaku says

    4th February 2015 at 6:32 am

    sepeda macam ini pernah jadi trend tahun sembilan puluhan sayang saya tak pernah merasai punya sepeda seperti ini

    Reply
  17. ahmadyani says

    3rd February 2015 at 7:01 pm

    Basikal masih elok kenapa mahu belikan yang baru. Baiki mana yang patut. Boleh jadi aktiviti keluarga yang merapatkan hubungan.

    Reply
  18. Datin Tyka says

    3rd February 2015 at 3:35 pm

    Wah jadi cantik la. Pasti abang ngah suka kannya. Jimaattt duit ayah. Hehhee

    Reply
  19. Aretikz says

    3rd February 2015 at 9:41 am

    pergh ~ nafas baru ni.. hehe.. tapi memang smart la.. kalau bab2 macam ni.. memang kurang sikit.. huhu..

    Reply
  20. Hero Borneo says

    3rd February 2015 at 6:39 am

    basikal anak saya ada dua lagi belum repair….biasanya saya kurang rajin la dalam bab macam nie

    Reply
  21. Adam Roslan says

    3rd February 2015 at 2:29 am

    Projek yang mengimbau kenangan ni. Banyak masa jugak nak kena habiskan utk restoration ni.

    Reply
  22. Azeni Ahmad says

    3rd February 2015 at 12:11 am

    Untung la ayah pandai bertukang.
    Menjimatkan.
    Yang nostalgia masih kekal dan boleh diwarisi.

    Reply
  23. suhiminain says

    2nd February 2015 at 10:21 pm

    gambar adik dalam entry ni ingatkan aku zaman naik basikal dlu time balik sekolah. nostalgik betul. hehe

    Reply
  24. blogger lelaki says

    2nd February 2015 at 9:06 pm

    tu dia dah jadi lawa balik…kena letak stand belakang tu bro..baru nampak BMX..hu3

    Reply
  25. Mak Jemah Jual Vitamin says

    2nd February 2015 at 4:43 pm

    wah cantiknya bila dah siap..memang menarik dan nostalgia bapa kembali diwarisi pada anak

    Reply
  26. Kamal Mustafa says

    2nd February 2015 at 12:48 pm

    Kalau KM mau muak nak otter balik basikal lama nie, syabas buat Bro Azrin.

    Reply
  27. Sani Sini Sana says

    1st February 2015 at 6:49 am

    So far buat projek cat rumah, projek basuh kereta dan projek house keeping aje..

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2015 at 9:31 am

      Banyak projek yang dilaksanakan. 🙂

      Reply
  28. diana says

    31st January 2015 at 10:45 pm

    Seronok la dia dapat basikal baru..kira ni basikal baru la..kan?heheh
    kalau saya mesti buka reti pasang tak reti..hahahah

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2015 at 9:32 am

      Nak kata baru tak lah juga tetapi telah diberi nafas baru,

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in