Puas hati dapat melaksanakan Projek restore basikal BMX anak.
Sudah lama basikal BMX yang berusia 28 tahun tersadai disatu sudut rumah. Ntah macam mana hari ni tiba-tiba tergerak hendak memulakan langkah pertama Projek restore BMX.
Sebelum ini sudah ada perancangan didalam kepala untuk membaiki basikal BMX ini. Memikirkan untuk memberikan semangat baru kepada basikal BMX ini dengan warna baru. Perancangan sudah ada pelaksanaan sahaja belum ada lagi.
Basikal BMX ini ada sejarahnya sendiri kerana ia adalah hadiah kepada ibu saya setelah mendapat keputusan yang agak baik semasa peperiksaan Penilaian darjah lima. Opss saya sudah reveal umur saya secara tidak langsung. Hahahah.
Modal untuk resto basikal BMX ini saya telah belanja kurang dari RM100 untuk menaik taraf tiub sedia ada, membeli wayar brek, getah brek, cat tin Samurai dan kerta pasir. Saya pada mula agak ragu-ragu penukaran tiub lama kepada tiub baru. Bimbang tiub baru tidak boleh guna untuk rim BMX ini. Nampaknya tidak masalah.
Tiub jenis didalam gambar sudah tidak digunakan lagi. Saya simpan bahagian tiub ini untuk buat kenangan.
Tayar yang sudah dipasang tiub baru
Wayar brek dan getah brek baru untuk Projek restore BMX
Cat tin jenama Samurai dan kertas pasir untuk warna baru Projek restore BMX
Bunga tayar BMX ini saya panggil bunga tayar kepala E.T.
Apabila semua siap dipasang, saya terdiam sebentar kerana setelah beberapa tahun tidak lagi mengayuh basikal BMX yang pernah menjadi teman sejati kepada saya waktu petang. Mengimbau sorotan kenangan bersama basikal BMX warna biru ini. Setiap petang akan mengayuh basikal BMX ini keliling taman perumahan. Kalau trik dan skil akrobatik memang menjadi kegilaan anak-anak pada ketika itu. Setakat jatuh dan luka melakukan aksi lasak sudah mejadi perkara biasa. Walaupun sakit tetapi tidak serik untuk berusaha mendapat aksi akrobatik yang diidamkan. Mana taknya tercabar dengan pencapaian aksi akrobatik kawan-kawan yang semakin maju.
Projek restore BMX ini sudah siap 90% tinggal untuk proses cat
Basikal BMX ini saya bakal warisi kepada abang Ngah. Beliau sudah menguji basikal BMX hasil Projek Restore BMX oleh babahnya. Nampaknya basikal BMX yang berusia 28 tahun kembali bernyawa setelah lama tersimpan.
Tunggu sambungan Projek restore basikal BMX pada entri yang akan datang.
>>Baca disini sambungan PROJEK RESTORE basikal BMX final<<
AkuBiomed: Apakah barangan kesayangan pembaca yang diwarisi kepada anak-anak? Boleh kongsi di ruang komen.
salam tuan…basikal bmx model apa ni tuan?adkh ianya raleigh?klu raleigh skrg hrga nya sdh mncecah ribuan jika part nya masih original
Walaikumsalam, jenama idaman saya. Apakan daya tak mampu. Basikal BMX saya ini bukan jenama Raleigh.
Bagus kalau dapat baiki sendiri kan.
Setakat ni ambe tak ada apa-apa yang diwariskan kepada anak ambe lagi. Mungkin nanti ambe akan pikir apa yang ambe ada…hahaha…
alhamdulillah dan siap projek ni.
dulu ada jugak abah beliakn bmx ni..tapi tak nampak bayang dah sampai sekarang tak boleh nak kesan hehe
saya mmg sayang barang lama begini.. mmg inspire bila tengok rancangan kat astro tu.. restore barang lama..
saya cuma wariskan ‘dobok’.. uniform taekwondo pada anak-anak
Lamanya simpan 28 tahun tue, boleh jadi harta pusaka tue 🙂
haha…jimat banyak DIY … tak ramai yg sanggup
Saya tahu ramai yang tidak sanggup lebih rela hantar ke kedai dan membeli baru. Saya nekad juga buat sebagai tanda kasih saya kepada anak saya. Walaupun mereka tidak faham kenapalah bapanya bersusah payah membina semula basikal yang tesadai begitu lama tetapi mengharapkan mereka dapat memahami maksud tersirat apabila mereka mempunyai zuriat sendiri. Biarlah mesej tersebut mengambil masa.
Wah tak sabar nak tengok rupa yang baru. Basikal DT yang lama2 sudah selamat di kedai besi. Memang sayang nak buang tapi mak suruh buang. Tapi sekarang ada basikal lain di mana DT minat MTB sekarang ni. Heeew
Saya susah hendak buang barang kesayangan kerana memang cermat mengunakannya. Ada niat hendak ke kedai besi buruk untuk mencari rangka basikal yang masih elok dan pulihkan semula.
Wah, bestnya… basikal lama pun ada gunanya.
Barang yang lama jangan dibuang banyak kisahnya dan nostalgia.
Dari dulu hingga sekarang saya rasa trade mark bmx ada pada kepala handle nya tak gitu bro
Teringin hendak dapat basikal yang ada trademark BMX tetapi dapat basikal BMX pemberian ibu saya ini ketika kecil dahulu sudah cukup berharga.
tertunggu-tunggu sambungannya ni hehe
Sudah siap sambungan PROJEK RESTORE basikal bmx ini.
bro boleh buka kedai baiki basikal dah ni
Tak perlu kot. Sekadar hobi suka-suka sahaja. 🙂
antik dah basikal tapi terer tuannya bina semula… hebat2
basikal saya yg pertama dulu pun BMX juga… mmg kualiti kan 😉
Skil lama-lama semasa budak-budak dahulu digunakan semula. 🙂
ambik ko…28 tahun tu usia nya…..betul2 rare ni…kalau jual mesti boleh cecah ratus ribu…huhu
Tak adalah ratus ribu tetapi ada yang jual lebih RM2++ lihat pada jenama.
betul tu… dah boleh masuk kategori antik… so mestilah mahal kan 🙂
perghhhh.. 28 thn umur beskal tu.. tua giller
Saya ada basikal lebih berusia dari BMX milik arwah bapa saya. Jenama basikal tersebut adalah Raleigh.
Best gak projek ni 🙂
Sudah tentulah projek yang sangat bermakna untuk saya dan anak.
Nak wariskan apa ye? Jenis tak menyimpan, asal rosak je buang. Rasa rugi pulak terkenang BMX yang tah ke mana…
Selain basikal BMX saya ada menyimpan komik melayu yang rare nak jumpa sekarang. Dahulu komik pelukis Melayu ini dijual didalam 70sen senaskah. Antara pelukis kegemaran saya adalah Pot JR.
Inovatif.
Sebab boleh tukar dari asalnya.
Saya ada barang kesayangan tapi takboleh diwarisi sebab anak-anak lelaki semua.
Hihi
memang terbaik bro…. creative
barang rare ni bro..hahaha..basikal aku masa kecik dah barai dah
Basikal BMX ini masih lagi cukup sifat.
xda plan nak wariskan barang kesayangan kpd anak..sbb xda barang kesayangan.. hihi..
Lagipun dah pindah rumah.. barang2 lama xtau kat mana dah..
but kreatif la bro… 🙂
kalau dah kreatif, inilah hasilnya..
Tunggulah proses mengecat siap nanti. 🙂
Basikal ni memang popular di kalangan kanak-kanak masa tahun 1980an – 1990an, untung bagi anak-anak yang dihadiahkan dengan basikal ni.
Sekarang basikal BMX masih ada, namun sudah kurang didengari kerana rata-rata anak masakini ke sekolah dengan bas, motor atau basikal fixie.
pandainya buat sendiri. memang lejen basikal tu
tak sabar nak tgk hasil lepas di cat…
saya pun ada je basikal yang sudah beberapa tahun tersadai kat satu sudut di luar rumah…mungkin da hampir 10 tahun tersadai sejak kali terakhir guna masa sekolah menengah…nak baiki tapi macam tiada masa pula…bila sudah lama tak naik basikal, rindu pula rasanya… 😀
Tentu pandai buat trik dengan basikal bmx. 🙂
legend basikal ni, boleh bertahan kurang-kurang pun 10 tahun lagi…
Harap bertahan lebih lama lagi. 🙂
Lejen tu BMX tu. Nak wariskan bisnes Shaklee la kat anak 🙂
Nak wariskan pekerjaan sekaranag tak boleh…
🙂 Betul-betul old school ni. Barang lama jika dijaga dengan baik tentu masih boleh berfungsi dengan sempurna. Tahniah buat pemilik yang baharu! 🙂
Barang baik. Lasak dan berkualiti.
selalu kalau abang punya basikal akan turunkan kat adik-adikkan..jimat katanya
erk..simpanan untuk dia sahaja heee..itu yang mampu setakat ini
Orang perempuan biasalah, lebih-lebih lagi kalau ada anak perempuan pulak..so apa lagi, barang kemas, baju kebaya lama-lama dan handbeg lama2lah jadi warisan kepada dia. Itu pun kalau dia nak lah…:)
Nampaknya barang-barang akak.
jimat eknomi mak ayah kalau amalkan cara begini. kalau baju pun begitu jugakan heee…
aku bagi blog aje kot untuk anak aku.
biar dia sambung.
haha..
Untunglah dapat duit affiliate yang banyak. 🙂