• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.

Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.

11th August 2012 by akubiomed 85 Comments

Hujung minggu yang sibuk dengan persiapan Raya.

Sudah tentu hujung minggu adalah hari paling sibuk kerana tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya. Jemaah menteri pula sudah bersetuju meluluskan cuti berganti persekolahan pada 16 dan 17 Ogos untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos ini.

Hasil mengecat anak beranak minggu lepas.

Antara persiapan Raya adalah mengecat dinding rumah. Gambar hasil mengecat ini diambil ketika hampir masuk waktu berbuka dan saya tidak sangka cahaya matahari memberi kesan estatik pada hasil bidikan saya.

hasil cat dinding

Isteri saya pandai mengadun warna bagi kawasan lekukan memberi kesan kontras diantara warna.

Hiasan wind chime sudah lama dipasang berbunyi apabila ada angin bertiup memberikan bunyi yang lembut dan unik. Ia adalah sebahagian wind chime yang masih elok kerana wind chime yang lain sudah musnah gara-gara angin kuat. Saya minat mengumpul wind chime dan apabila ada kerja luar jika terjumpa wind chime yang menarik saya pasti beli.

Hasil tangan isteri saya baru sahaja membuat 2 jenis biskut Raya iaitu biskut Tat Nenas Gulung dan biskut Cokelat Chip. Ia adalah biskut Raya yang wajib perlu ada setiap kali Hari Raya. Masa ini benar-benar membangkit kerinduan kepada  arwah nenek saya kerana akan menyediakan pelbagai biskut Raya dengan kuantiti yang banyak setiap kali menjelang Raya. Antara kenangan saya tidak lupakan adalah arwah nenek akan mengadap saya ketika makan ketupat dengan kuah kacang. Nenek seringkali menyuruh saya tambah kerana tahu saya suka makan ketupat.

Biskut Tat Nenas Gulung
Biskut Cokelat Chip

Menghasilkan biskut Raya dengan mengunakan oven Butterfly. Mengimbau kenangan lama.

Seperti biasa anak-anaklah paling gembira sekali kerana bakal dapat baju baru. Persiapan Raya baju anak-anak semuanya sudah sedia termasuklah baby Aslah turut mengenakan baju Melaku cekak musang pada pagi Hari Raya nanti. Tema kali ini adalah warna ungu.

AkuBiomed: Bagaimana persiapan Raya sahabat blogger? Kak Jie ada pesanan keselamatan sebelum bercuti balik Raya.

  • Persiapan Raya biarlah bersederhana
  • Salam Hari Raya Aidilfitri
  • Projek hujung minggu mengecat rumah

Filed Under: famili Tagged With: persiapan raya

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    31st May 2013 at 10:42 pm

    sy lihat rumh ini penuh dg seni tradisional

    Reply
  2. Khidhir says

    16th August 2012 at 12:29 pm

    rajinnya. cat rumah, wat kuih raya sendiri. bagus la.

    Reply
    • suri says

      31st May 2013 at 10:43 pm

      cat rumah kena waktu pgi baru le tak letih heee

      Reply
  3. Norasikin says

    14th August 2012 at 3:34 pm

    asyik menyediakan persiapan raya orang lain je sampaikan persiapan raya untuk saya langsung tak ada

    Reply
  4. ProfHariz says

    14th August 2012 at 10:57 am

    Saya masih belum rasa persiapan raya. Sebab khamis ni baru sampai rumah dan mungkin akan kelam kabut jadinya.

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:39 am

      Orang bujang apa kesah. Esok hendak raya masih boleh cari baju di malam Raya. 🙂

      Reply
  5. Hairul Hissam says

    14th August 2012 at 1:30 am

    kuih raya wajib ada kan bro…

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2012 at 12:52 am

      Tak lengkap kalau tak ada biskut Raya tidak kiralah buat sendiri atau biskut Raya tunjuk. 🙂

      Reply
      • suri says

        31st May 2013 at 10:44 pm

        dua ada kelebihn yang tersendri hee..klu mals payah tunjuk jelah heee

        Reply
  6. Ummi Hanie says

    13th August 2012 at 11:00 pm

    baru perasan… rasanya belum bercerita persiapan raya…

    wah rajin mengecat rumah, sempat lagi membidik2 tu 😉

    isteri pun rajin sekali buat kuih raya yer… cntik pula tu hasilnya.. mesti sedap 😉

    kenangan bersama arwah nenek mmg luar biasa sikit kan… 😉 sy pun dah ‘kehilangan’ opah…

    Reply
  7. nuriz says

    13th August 2012 at 4:09 pm

    wahhh memang bersiap sedia nak raya ni …. ada kuih , rumah pun dah cat baru seronok lah gotong royong

    Reply
    • Ummi Hanie says

      13th August 2012 at 11:01 pm

      aura raya sudah mariii….

      saya ni tunggu cik abang balik baru semangat nak kemas rumah kot utk raya

      Reply
  8. Zida says

    13th August 2012 at 1:01 pm

    boleh mintak resepi coklat chip tuu? taktahu dah nak ikut resepi siapa. hehe

    Reply
  9. Denaihati says

    13th August 2012 at 3:31 am

    Persiapan besar2an juga nampaknya. Brand butterflg tu memang synonim dgn pembuat kiuh dr dulu2 lagi

    Reply
    • Ummi Hanie says

      13th August 2012 at 11:01 pm

      oh ye ke… sy baru tahu :p

      Reply
  10. Oh! budu says

    13th August 2012 at 12:18 am

    pandai akubiomed pilih kaler. bersemangat lah raya tahu ni kan.

    Reply
    • suri says

      31st May 2013 at 10:50 pm

      tahun ini oren tahun akan dtg jangan2 warba pink ke koning

      Reply
  11. daddydee says

    13th August 2012 at 12:06 am

    cantik tuan…hasil tangan sendiri memang memberi kepuasan maksima..

    Reply
  12. boni kacak says

    12th August 2012 at 9:22 pm

    wah.. meriahlah raya tahun ni..hehehe

    Reply
    • suri says

      31st May 2013 at 10:53 pm

      meriah dengan warna rumh dan kuih-muih

      Reply
  13. nurmisnan says

    12th August 2012 at 6:14 pm

    hoho.. meriahnya warna. cantik dan kemas tuh brother.. gd job
    kalau diselitkan warna putih lebih nampak meriah lg..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 6:16 pm

      Kalau boleh mahu dielakkan warna putih yang asal sebab itu pilih warna lain. 🙂

      Reply
  14. muazfaris says

    12th August 2012 at 3:22 pm

    terliur tgk gambar biskut raya.. lagi2 pagi puasa

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 4:54 pm

      Sabar bro belum lagi waktu berbuka puasa. 🙂

      Reply
  15. Fahmi Raazali says

    12th August 2012 at 2:18 pm

    Wah… Tengok gambar oven itu memang mengimbau memori lama… Dulu mak saya buat kuih raya pun pakai oven itu juga. Tapi sekarang dah pakai oven lain. 🙂

    Reply
  16. Leeza dayasari says

    12th August 2012 at 2:02 pm

    haiii…. terima kasih berkunjung ke santai leeza.

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 2:14 pm

      No problemo. Terima kasih singgah blog ini.

      Reply
  17. sweet says

    12th August 2012 at 1:25 pm

    terasa suasana nk raya .. hehee
    kt umah ni pon tgh ngecat umah jugak
    kuih raya buat malam2

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 2:15 pm

      Biasalah tuh. Biskut Raya dibuat waktu malam dan lepas waktu bersahur. 🙂

      Reply
      • suri says

        31st May 2013 at 10:58 pm

        satu jadual yang bolh di buat dok ada buat waktu pagi ke tgh mmg sah badan cpt letih..lemau

        Reply
  18. maza says

    12th August 2012 at 12:53 pm

    subahanallah.. lawalah….

    Boleh kami datang beraya ke? nak rasa kuih cik wife yg itw.. mcm sedap jerk! ..

    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 2:16 pm

      Boleh cuba biskut Raya ini tentu tidak mengecewakan. 🙂

      Reply
  19. LadyBird says

    12th August 2012 at 11:07 am

    cantiknye gambar..

    bestnye kuih raya.. tart nanas tu biskut paling sedap..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 2:16 pm

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  20. Bro Zulkbo says

    12th August 2012 at 2:32 am

    salam..
    sempat lagi ye..?
    saya sibuk manjang…
    nak kena selesai urusan
    sebelum bercuti panjang nanti

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 2:37 am

      Bila lagi hendak urus bro Zuklbo. Hanya minggu ini sahaja tinggal.

      Reply
  21. anif says

    12th August 2012 at 2:15 am

    Skill memang kena tinggi kalau mahu guna oven butterfly ni! Tolok suhu tu bukan betul sangat bacaannya! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 5:14 pm

      Betul tolok bacaan over jenama Butterfly tidak boleh dipercayai. 🙂

      Reply
  22. sweetkurma says

    12th August 2012 at 1:14 am

    kemeriahan sudah mula dirasai…..pasti hariraya kali ini lebih meriah

    Reply
  23. titan says

    12th August 2012 at 12:52 am

    boleh bukak kedai dah tu. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:54 am

      Anak-anak masih kecil susah hendak meniaga.

      Reply
  24. Shasha Mohamed says

    12th August 2012 at 12:29 am

    Wah meriahnya raya akubiomed tahun ni.
    Selamat hari raya dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap saya selama ini.
    Enjoy the hari raya with your beloved family 😉

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:44 am

      Persediaan Raya yang bersederhana sahaja. Saya pun ingin memohon maaf jika ada tertulis komen yang menguris hati.

      Reply
  25. pipoq says

    12th August 2012 at 12:09 am

    mungkin tunggu saat akhir baru nak lengkapkan persiapan..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:44 am

      Ada peluang dapat harga diskaun kalau membeli belah di saat-saat akhir.

      Reply
    • suri says

      31st May 2013 at 11:03 pm

      hai kalau saya tak sblum balik kg mak/mak mertua dah get ready

      Reply
  26. adamfaiz says

    11th August 2012 at 11:44 pm

    hebat hasil tangan family bro… oven tu memang mengimbau kenangan lalu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:45 am

      Isteri saya masih berani mengunakan oven jenama Butterfly ini. Kalau saya sudah lama biskut Raya hangit. 🙂

      Reply
      • adamfaiz says

        12th August 2012 at 1:30 am

        itu skill namanya…

        Reply
  27. mrazydy says

    11th August 2012 at 11:36 pm

    peghh dasyat betul persediaan raya ..semua dah lengkap ni.. selamat hari raya.. raya dimana tahun ni..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:46 am

      Insyallah semua sudah lengkap tinggal tukaran duit Raya sahaja belum.

      Reply
  28. Jebeng Otai™ says

    11th August 2012 at 10:20 pm

    nmpknya semuanya dh lengkap..selamat hari raya bro 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:46 am

      Selamat Hari Raya kepada bro juga. 🙂

      Reply
  29. irsah says

    11th August 2012 at 9:38 pm

    Wahh tiptop.. dalam gambar takda belang. persiapan rapi dan terbaik. terasa kerja2 buatan tangan benar2 memberikan kepuasan selain outing terbaik untuk seisi famili..kemas.. lebih2 lagi pada bahagian rumit… heeee

    p/s: jeles2.. owg umah pun dah stat buat tart nenas, tapi kita masih blom sampai kat kampung huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:47 am

      Rumah sendiri bro tak akan kita hendak buat cincai tentu cuba buat sebaik mungkin.

      Reply
  30. Shahrul says

    11th August 2012 at 7:39 pm

    cantik…best la beraya tahun ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:48 am

      Persediaan Raya yang bersederhana sahaja bro. 🙂

      Reply
  31. Nur says

    11th August 2012 at 6:54 pm

    Cantik dah rumah Saudara Azrin.. Lembut je warnanya..

    Saya tak pandai guna oven Butterfly ni.. Tergoda dengan kuih2 raya tu.. Tart gulung tu nampak sedap sangat.. Saya baru nak mula buat kuih raya. Mungkin esok agaknya…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:49 am

      Terus terang kalau suruhlah saya guna oven jenama Butterfly tentulah biskut Raya hangus jadinya. 🙂

      Reply
  32. budak felda says

    11th August 2012 at 6:46 pm

    huh dah ready dh semua nak raya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:51 am

      Insyallah semua didalam aturan.

      Reply
  33. ciklaili.com says

    11th August 2012 at 6:32 pm

    terliur tengok gambar tart nenas tu. mesti sedap rasanya..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:51 am

      Marilah rasaa. 🙂

      Reply
  34. suri says

    11th August 2012 at 5:16 pm

    kerja homemade juga yg menguntungkan sb ada masa utk kluga

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 12:53 am

      Kalau buat sendiri apa salahnya. Ia dapat menjimatkan kos.

      Reply
  35. suri says

    11th August 2012 at 5:15 pm

    bt sndr mmg menjimatkan klu bli dh mahal heee

    Reply
  36. lepakk.com says

    11th August 2012 at 5:09 pm

    Wah raya sakan ye…. seronok tengok

    Reply
  37. Man says

    11th August 2012 at 5:03 pm

    Wah..dah dekat sangat dah ni. =)

    Reply
  38. Razz says

    11th August 2012 at 4:15 pm

    “isteri saya pandai mengandung warna…”
    terkejut baca statement nie. lambat sikit nak faham.
    Meriahnya persiapan! Huhuhuhuhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 4:28 pm

      Ayo, boleh typo error pula. Terima kasih beritahu. 🙂

      Reply
  39. rosidah muhd says

    11th August 2012 at 3:59 pm

    wow..banyak persamaan la..cat rumah kita sama..biskut raya sama..dan tema raya pun warna unggu..selamat meyambut syawal..t.kasih singgah

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 4:24 pm

      Macam dirancang pula. 🙂

      Reply
  40. keretahitam says

    11th August 2012 at 3:34 pm

    closed up gambar dekat nye…cuba closed up jauh sikit bro, nampak satu rumah kan cantik sikit…ini mesti family yang ringan tulang punye…

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 3:44 pm

      Memang sengaja mengambil shot begitu. Biarlah misteri sedikit. 🙂

      Reply
      • Nur says

        11th August 2012 at 6:57 pm

        Saya dah boleh agak jawapan ni.. 😀
        Lagipun bahaya kalau tunjuk gambar rumah di dalam dunia blog.

        Reply
  41. suri says

    11th August 2012 at 2:41 pm

    ada ringan tangan hee, 2 jenis ke bro?

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 2:45 pm

      Tukang makan ramai. Jenis biskut Raya akan ditambah lagi. Jangan bimbang. 🙂

      Reply
  42. suri says

    11th August 2012 at 2:40 pm

    kerja rumah bt sama2 mmg akan cpt siapnya

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 2:45 pm

      Abang Long ada juga tolong mengecat tempoh hari. Dia menawarkan diri untuk membantu.

      Reply
      • Nur says

        11th August 2012 at 6:58 pm

        Mujurlah ada yang bantu.. Penat juga nak mengecat seorang diri.. 🙂

        Reply
  43. suri says

    11th August 2012 at 2:40 pm

    dulu umh suri mlk mk pakai oven ni ar heee

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 2:46 pm

      Tidak sangka oven jenama Butterfly ini masih lagi dijual.

      Reply
  44. Hafizul says

    11th August 2012 at 1:43 pm

    emm menarik jer gambar..dah jadi amatur fotografi ke?haha..tat nenas sedap tuhhh..

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2012 at 2:31 pm

      Saya mempunyai minat didalam fotografi didalam proses memahirkannya. 🙂

      Reply
      • Nur says

        11th August 2012 at 6:55 pm

        Rasa saya dah terlebih mahir dah ni.. Semua gambar yang diambil cantik!

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in