• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / dunia hiburan / Menonton filem Bond baharu Spectre bersama Domino DTopSecret

Menonton filem Bond baharu Spectre bersama Domino DTopSecret

10th November 2015 by akubiomed 50 Comments

Filem baharu James Bond Spectre memecah kutipan box office.

Bertepatan dengan kempen #DTopSecret oleh Domino’s pizza Malaysia iaitu pizza Chicken Confidential. Saya telah dijemput untuk menonton filem baharu James Bond iaitu Spectre.

Sempat berangan-berangan menjadi agen perisik 007 James Bond.

Sudah tentu teruja sangat hendak menonton filem James Bond yang terkenal gaya macho dan segak. Ada ciri-ciri kasanova memikat wanita cantik. Paling teruja aksi lasak James Bond melanyak musuh-musuh dengan menggunakan gajet canggih dan beberapa aksi yang mendebarkan.

Memang tak sah kalau filem James Bond tidak memperkenalkan kereta supercar yang membuatkan ramai lelaki berangan-angan untuk memiliki kereta supercar dalam filem Bond ini. Kali ini kereta Aston Martin DB10 coupe 2 pintu telah digunakan sebagai kereta kegunaan didalam misi James Bond.

Sinopsis ringkas mengenai filem James Bond Spectre.

James Bond telah menerima mesej rahsia selepas kematian M telah membawa beliau ke bandar raya Mexico untuk misi membunuh Marco Sciarra dan akhirnya Rom, di mana beliau bertemu Lucia Sciarra, balu penjenayah yang terkenal iaitu Raoul Silva yang dibunuh Bond didalam Skyfall. Bond telah menyelinap masuk ke dalam mesyuarat rahsia dan mendedahkan kewujudan pertubuhan jahat yang dikenali sebagai Spectre.

Sementara itu di London, Max Denbigh, Ketua Pusat Keselamatan Negara telah  mempersoala tindakan Bond  dan berusaha untuk menutup MI6, di ketuai oleh M. Bond secara secara rahsia meminta bantuan Moneypenny dan Q untuk membantu beliau mencari Madeleine Swann, anak perempuan kepada musuh lama Bond iaitu Mr White yang mempunyai pentunjuk kepada rangkaian Spectre.

Domino’s pizza Malaysia menghidang Chicken Confidential.

Inilah rupa sebenar pizza Chicken Confidential

Terima kasih kepada pihak Domino’s pizza Malaysia yang menghidangkan pizza Chicken Confidential semasa menonton filem James Bond Spectre. Memang layan laju sambil menonton.

Belanja selfie outfit saya pakai semasa menonton filem Spectre

Bagi die hard fan filem James Bond jangan lepas peluang untuk menonton filem baharu James Bond Spectre di pawagam berdekatan. Datang awal sikit nanti boleh makan pizza Domino’s Chicken Confidential.

Kredit gambar: James Bond dan Aston Martin.

Sila tekan butang kongsi:

  • Berangan bawa kereta James Bond BMW Z8
  • 3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai
  • Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve

Filed Under: dunia hiburan Tagged With: james bond, james bond spectre car, james bond spectre review, spectre, spectre box office

Reader Interactions

Comments

  1. Dato Sitiee says

    29th November 2015 at 5:23 pm

    Rugi kalau tak tonton.

    Reply
  2. akubiomed says

    28th November 2015 at 1:18 am

    Macam-macam pendapat mengenai filem James Bond Spectre ini. Apa pun ia adalah filem yang menghiburkan.

    Reply
  3. cik tom says

    25th November 2015 at 2:24 pm

    lama xtengok wayang..dpt tiket free dr gsc sempena tarikh lahir..tp xmenyempat nak pergi lagi…aiyokk dah la valid smpi hjg bulan ni je..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:17 am

      Boleh rancang untuk menonton filem sebelum tiket luput tarikh.

      Reply
  4. Kamal Mustafa says

    24th November 2015 at 10:13 am

    Sudah lama KM tak menonton. Last dulu kalau tak silap Superman

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:19 am

      Cuti sekolah panjang boleh rancang untuk menonton filem James Bond dengan anak buah. 🙂

      Reply
  5. Faizul Ali says

    23rd November 2015 at 2:13 am

    Sejak ada anak ni dah jarang keluar tengok wayang..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:19 am

      Nampak gaya kena tunggu keluar di TV. 🙂

      Reply
  6. zool says

    22nd November 2015 at 11:40 pm

    kalau jadi James Bond pun best juga kan… hehehee. berangan sikit

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:20 am

      Boleh sahaja nak berangan sebagai perisik sehebat James Bond.

      Reply
  7. sabree hussin says

    20th November 2015 at 11:09 am

    Bond dah bagi hint yang Paris akan kena serang 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:20 am

      Kebetulan peristiwa tragis berlaku di bumi Paris. 🙁

      Reply
  8. Daftar Hotel di Bukittinggi says

    19th November 2015 at 3:22 pm

    aku yakin sekali, film ini bakalan laris di bioskop-bioskop Indonesia …
    Terima kasih …

    Reply
  9. cik tom says

    18th November 2015 at 11:05 pm

    ciktom xtau pulak ada cerita bond yg bru…wah seronok btul bro tgk muvi smbil berdomino..hehe 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:21 am

      Sambil menonton mulut tidak berhenti mengunyah. 🙂

      Reply
  10. Hairul HIssam says

    18th November 2015 at 3:40 pm

    ingat esok nak tengok laa citer nie.. thanks..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:21 am

      Selamat menonton. 🙂

      Reply
  11. Putri says

    18th November 2015 at 7:44 am

    Pertama kali saya tengok cerita Bond yang tak bunuh lawan dia hoho.

    Not very impressed with the Bond girl, also..

    Anyway, syok nya dapat tengok movie dengan pizza! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:22 am

      Selalunya Bond girls cantik dan hangat. 🙂

      Reply
  12. Hairul HIssam says

    18th November 2015 at 2:36 am

    tak pernah lagi duduk panggung wayang sambil layan pizza.. tentu best kan… lama juga saya tak ke panggung semenjak buat pakej kek.. lepas nie boleh laa ke panggung…

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:23 am

      Saya juga pertama kali merasai pengalaman pertama kali makan pizza didalam panggung wayang. 🙂

      Reply
  13. Faizal Fredley says

    17th November 2015 at 6:12 pm

    dah tgk citer ni tp ending dia tu mcm x de motip..last2 kena selamat kan balik pompuan tuh….

    Reply
  14. Azmir Shah says

    17th November 2015 at 3:03 pm

    Dah tengok dah Spectre. 2 kali pula tu. Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:23 am

      Peminat tegar James Bond nih. 🙂

      Reply
  15. musadun says

    16th November 2015 at 11:56 am

    yang tak best filem bond ni, mesti ada adegan main ngan pompuan..haha..tak tahu la dalam filem terbaru ni pun ada ke tak ada.

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:24 am

      Sudah boleh agak filem James Bond mesti ada babak romantik. 🙂

      Reply
  16. raihanah says

    16th November 2015 at 10:29 am

    filem pun jadi best sebab pizza kalau camni

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:24 am

      Perut kenyang dan hati senang. 🙂

      Reply
  17. titan says

    15th November 2015 at 8:44 pm

    kene tengok gak nih.

    lama benar tak tengok wayang sejak ada budak kecil nih.

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:24 am

      Jangan tak tengok. 🙂

      Reply
  18. zik says

    14th November 2015 at 7:33 pm

    james bond versi melayu… hehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:25 am

      Yang mana James Bond versi Melayu? 🙂

      Reply
  19. Admin says

    14th November 2015 at 12:40 pm

    bond banyak bergantung dengan gajet, mission impossible banyak guna strategi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:26 am

      James Bond lebih kepada kemahiran individu dan mana kala Mission Impossible pula bekerja sebagai satu pasukan.

      Reply
  20. info pantas says

    13th November 2015 at 9:30 pm

    Terima kasih atas info ini. Lawat blog kami untuk dapatkan info menarik yang viral di sini>

    Reply
  21. reezluv says

    13th November 2015 at 4:39 pm

    dah lama plak rasanya tak tengok wayang ni..hoho..bestnya dapat tengok FREE plak tu

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:27 am

      Dapat tiket percuma dan cerita pula best. 🙂

      Reply
  22. The Reluctant Shopper says

    13th November 2015 at 9:03 am

    Bestnya dpt nonton sambil mkn pizza! 😀 Tapi crita kali ni x se-best Casino Royale & Skyfall, kan?

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:28 am

      Sudah tentu harapan yang tinggi diberikan kepada filem Bond baharu ini.

      Reply
  23. mrhanafi says

    13th November 2015 at 6:20 am

    wah…bro pun dah ternampak seperti Bond juga dengan gaya baju begitu he..he..he..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:28 am

      Sekali sekala berangan sebagai perisik. 🙂

      Reply
  24. Noriza Rahman says

    12th November 2015 at 10:10 pm

    Kalau tonton wayang dengan makan pizza memang ‘ngam’ la

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:29 am

      Pertama kali merasai pengalaman makan pizza dalam panggung wayang. 🙂

      Reply
  25. suri says

    12th November 2015 at 3:14 pm

    sungguh cepat versi filem baru keluar…..rasanya macam baru lepas tengok siri yang sebelum ini..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:00 pm

      Dengar sekuel baru bakal memasuki pengambaran.

      Reply
  26. Anuar says

    11th November 2015 at 2:06 pm

    Film Bond baru dah keluar yer… Ketinggalan betul saya … hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:01 pm

      Sudah bermain pawagam dan pecah kutipan box office. 🙂

      Reply
  27. Adib Site says

    11th November 2015 at 2:06 am

    uishh, untung dapat makan pizza smbil tonton wayang..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:02 pm

      Memang layan makan pizza sambil menonton sedap…

      Reply
  28. Amir says

    10th November 2015 at 11:54 pm

    Jalan ceritanya agak perlahan.Kurang aksi, awal2 sahaja banyak aksi. Sekiranya banyak aksi best la sikit. ada kawan tengok tertido-tido haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in