• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve

Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve

5th May 2012 by akubiomed 65 Comments

Bawa hero-hero Koning menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve.

Hari ini tertunai hasrat hero-hero Koning saya untuk menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve yang terletak di Kota Damansara. Semuanya bermula dengan abang Long mula menyatakan hasrat untuk menonton filem The Avengers kepada isteri setelah melihat gambar skuad Avengers yang terpampang didalam surat khabar Harian Metro.

Apabila 5 super hero dikumpul untuk membentuk kumpulan The Avengers.

Lama juga tidak menjejak kaki ke panggung wayang dan sekarang ini pun sudah ada filem yang disiarkan berbentuk filem 3D kalau filem konvensional pula berbentuk filem 2D. Kali terakhir saya menonton filem adalah filem adiwira popular daripada komik Marvel iaitu Spiderman yang dilakonkan oleh Tobey Macguire.

filem The Avengers

Saya mencuba membeli secara online dengan melayari laman web Cathay Cineplexes dengan bantuan rakan sekerja yang pernah membuat tempahan online. Pengunaan Cathay e-Ticketing tidak sangka proses tempahan dilakukan dengan begitu mudah sekali walaupun buat pertama kali mengunakannya. Semuanya berjalan lancar bermula melihat jadual tayangan filem, pemilihan tempat duduk dan pembayaran mengunakan kredit kad. Saya membayar harga tiket filem 3D berharga RM12 + RM5 sewa cermin mata 3D.

Tiket filem The Avengers 3D

Buat pertama kalinya saya dan hero-hero Koning menonton filem The Avengers didalam bentuk 3D. Filem The Avengers dipilih kerana 5 adiwira iaitu Black Widow, Hawkeye, Iron Man, Thor dan diketuai oleh Captain America dikumpul didalam kumpulan yang dinamakan The Avengers adalah sebuah lagi buah tangan komik Marvel. Filem The Avengers mengisahkan agensi S.H.I.E.L.D  telah mengabung superhero untuk menyelamatkan bumi daripadda ditakluk oleh mahkluk asing. Kalau sudah 5 hero digabungkan tentulah aksi-aksi lagak geri yang mendebar dihidangkan kepada penonton.

Geli hati melihat gelagat hero-hero Koning memakai cermin mata 3D dan beberapa kali membisik kepada saya perihal watak-watak superhero The Avengers kelihatan benar-benar hidup dan berada didepan mata. Abang Koning pula tidak duduk diam kerana kejap berdiri dan kejap duduk. Aduh! beberapa kali saya tegur supaya beliau duduk kerana bimbang perbuatan beliau menganggu pemandangan penonton lain.

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Nurul says

    29th May 2012 at 3:26 pm

    Uiiihhh dekat jer ngan umah nurul.. Belum tgk lagi movie ni.. 🙁

    Reply
  2. Akulah.com says

    11th May 2012 at 4:38 pm

    camana la agaknye dalam 3d.. hee

    Reply
  3. nuriz says

    10th May 2012 at 4:02 pm

    seronok bawa anak2 sama tgk wayang 🙂

    Reply
  4. Ladfe Amir says

    9th May 2012 at 9:31 pm

    masih belum berkesempatan untuk menonton. alamatnya download aje lah nanti di tenet

    Reply
  5. wandisini says

    9th May 2012 at 4:26 pm

    anak-anak dah besar boleh lah dibawa dalam wayang, kalau anak kecik lagi macam anak aku ni, memang tak merasa lagi lah nak ke wayang

    Reply
  6. Anarm says

    9th May 2012 at 3:43 pm

    ari tu pergi ingat nak tengok yang 3D juga.. tapi last2 tengok yang biasa je.. tu pon dah rasa best.. kalau 3D xtau la camne dia punya best..

    Reply
  7. Azie says

    8th May 2012 at 6:02 pm

    Best sangat-sangat citer ni part Hulk. Azie dengan hubby tengok overnight kat Alamanda In 12.45am sampai umah dekat 3 pagi huhuhuhu.

    Reply
  8. Izzuddin Fauzi says

    8th May 2012 at 12:48 pm

    Tak sempat lagiii…. Geram… Tengok trailer pn dah gile syokkk…

    Reply
  9. Azwan says

    7th May 2012 at 11:26 pm

    Puas betul tengok cerita ni!

    Reply
  10. suri says

    7th May 2012 at 2:48 pm

    seronok mmbwa anak2 tambah2 merka dh besar sikti he…

    Reply
  11. suri says

    7th May 2012 at 2:48 pm

    sy tak tahu bila nak tgok hee rasa teruja pula ada…

    Reply
  12. Norizwan says

    7th May 2012 at 10:41 am

    saya dengar dari kawan2 cerita ni best sangat…kena tengok ni…

    Reply
  13. yas says

    7th May 2012 at 10:40 am

    He3x!! Tergelak juga baca gelagat abg koning dlm pawagam tu bro…bebudak biasala tuu…nk wat camne…gamaknya time tu time adegan tgh saspen kot…tu yg tak dok diam tuuu

    Reply
  14. KiD says

    7th May 2012 at 7:51 am

    bro, kena beli smart tv 3d nih.. hehehehe

    Reply
  15. ProfHariz says

    7th May 2012 at 7:39 am

    3D aku tak boleh pakai rasa tak selesa pakai cermin mata 🙂

    Reply
  16. Norasikin says

    7th May 2012 at 12:52 am

    Tak sabar tunggu tgv disiapkan berdekatan rumah saya. Skrg ni nak tgok gsc jauh sikit. Panggung yg dekat tak canggih sangat.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:54 am

      Saya pergi menonton dipanggung wayang Cathay ini terletak 45km dari rumah saya. 🙂

      Reply
  17. sadiq says

    7th May 2012 at 12:03 am

    xtengok lagi=(

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:55 am

      Kalau ada kelapangan boleh pergi menonton dan kawan-kawan. 🙂

      Reply
  18. boni says

    6th May 2012 at 11:21 pm

    wah……..bestnya!!!! saya tak tengok lagi.. filem2 sebelum ni pun tak tgk lagi

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:57 am

      Saya ini pun jarang menonton wayang kerana kali terakhir adalah filem Spiderman 1. 🙂

      Reply
  19. akhiyy says

    6th May 2012 at 11:18 pm

    saye belom tengok lagi..huhu..tataw biler nak tengok..

    Reply
  20. Denaihati says

    6th May 2012 at 10:28 pm

    semua orang riview cerita ni memang best. mungkin perlu tonton nanti ni.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:57 am

      Ini pun ajak-ajak beriya-iya hendak menonton. Saya pun layan permintaan anak-anak. 🙂

      Reply
  21. Mus says

    6th May 2012 at 9:41 pm

    mesti best ni.. 3D
    budak-budak pasti suka

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:58 am

      Anak-anak suka. Kejap-kejap panggil saya bertanya objek seolah-olah didepan mata.

      Reply
  22. Izzuddin Fauzi says

    6th May 2012 at 9:15 pm

    Den dalam proses download ja… 😀 Hehehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:58 am

      Amboi bro. 🙂

      Reply
  23. benjy says

    6th May 2012 at 9:15 pm

    Harap2 ada pengarah filem Malaysia yang akan buat filem super hero penuh aksi macam ni … bila agaknya yer ?

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:59 am

      Anak tempatan sudah boleh buat macam KRU Production contohnya. Cuma kos pembikinan tinggi kalau boleh balik modal tak apa. 🙂

      Reply
  24. azmanisma says

    6th May 2012 at 8:35 pm

    Wah teringin nak bawa anak2 tengok…takut dorang berlari dalam pawagam pulak he3..

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 12:59 am

      Abang tengah anak lelaki saya ada masa terkejut. 🙂

      Reply
  25. titan says

    6th May 2012 at 7:40 pm

    hoho..macam best aje..kena tengok juga ni..

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 1:00 am

      Sesekali bro pergi menonton wayang apa salahnya. 🙂

      Reply
  26. Encik Bukit Besi says

    6th May 2012 at 6:52 pm

    Saya belum tengok lagi, tapi daripada cerita kat atas ni mcm best je…

    p/s: hero2 Koning semua kacak2…

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 1:01 am

      Filem aksi superhero dan sentuhan CGI sudah boleh agak maklumbalasnya walaupun tidak logik. 🙂

      Reply
  27. segalabenda says

    6th May 2012 at 6:04 pm

    alahai tak sempat nak tengok kelmarin di K.K..dengar review kawan-kawan yang dah tonton memang best movie ni

    Reply
  28. nizamghazi says

    6th May 2012 at 4:39 pm

    Cerita ni sangat sesuai dengan anak-anak bersama keluarga.
    Memang happening kalau bersama.

    Masa kecil saya pun seperti anak-anak akubiomed.
    Tak reti duduk diam.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 1:02 am

      Saya ketika kecil dahulu selalu diberi alasan oleh bapa saya kalau dapat periksa semua biru boleh menonton wsayang. Orang tua saya akan bawa saya menonton cerita Dracula dan James Bond. 🙂

      Reply
  29. Juan says

    6th May 2012 at 4:35 pm

    saya dah tgk, memang best filem nih

    Reply
  30. azura says

    6th May 2012 at 4:02 pm

    bestla hero2 keluarga koning…baby aslah tak join abang2 ke

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2012 at 1:02 am

      Baby Aslah akan menyusul kemudian. 🙂

      Reply
  31. pipoq says

    6th May 2012 at 2:55 pm

    hari ni sibuk menguruskan anak..lepas ni mungkin lama lagi la nak masuk panggung semula..nak kena tunggu anak besar dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:50 pm

      Saya bawa anak ke panggung wanyang apabila mereka sudah bersekolah.

      Reply
  32. Jebeng Otai™ says

    6th May 2012 at 2:38 pm

    mmg terbaik dri stan lee.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:51 pm

      Dulu adalah mustahil untuk menghasilkan filem aksi yang adaptasi daripada komik. Sebenar cabaran juga hendak mengumpul 5 adiwira didalam satu cerita.

      Reply
  33. Dulu Lain Sekarang Lain says

    6th May 2012 at 1:18 pm

    Marvel punya filem semuanya baik punya. Kawe mmg enjoy termasuk citer Avengers nie. Tapi kalau tgk citer biasa 3D mcm kurang syok la bro. Agak gelap dan 3Dnya msh belum umphhhmm mcm tgk kartun in 3D. Better tgk 2D buat masa ni. Jimat pula 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:52 pm

      Sahaja hendak mencuba menonton filem 3D buat pertama kalinya.

      Reply
  34. Ummi Hanie says

    6th May 2012 at 10:39 am

    seronoknya berhibur bersama anak-anak…

    kami ni anak2 kecik dok ada lg, jadi layan wayang di rumah sajalah 😉

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:53 pm

      Kena tunggu anak besar sedikit barulah boleh bawa ke panggung wayang.

      Reply
      • Ummi Hanie says

        7th May 2012 at 3:17 pm

        ye… kami pernah bw ank sulung mase dia bayi dulu… alamak, susahnye. bukan nk duduk diam. nasiblah cerita xbest sgt :p

        so sampai skrg xpernah masuk2 panggung lg

        Reply
  35. hatiputera says

    6th May 2012 at 3:05 am

    belum pernah tengok cerita avengers nie…

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:55 pm

      Kalau ada kelapangan bolehlah menonton filem The Avengers ini.

      Reply
  36. Cool Daddy says

    6th May 2012 at 1:14 am

    sdh lama benar tak tengok filem Adi Wira…The Avengers merupakan gabungan 5 Adi Wira Amerika Syarikat…

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:55 pm

      5 wira sekali digabungkan macamana pembayaran kalau sebelum ini seorang sahaja menjadi hero didalam filem. 🙂

      Reply
  37. Amirez says

    6th May 2012 at 12:30 am

    abang koning terlalu excited nak sentuh adiwira pilihan agaknya. kan nampak betul2 hidup depan mata hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 3:56 pm

      Asyik bercakap mengenai objek didepan matan. 🙂

      Reply
  38. cikgu naman says

    5th May 2012 at 11:46 pm

    ramai yang cakap best cerita ni kan..

    saya tunggu DVD je la, Darwisy tak sesuai lagi bawa ke pawagam..

    Abang koning betul² teruja tu..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th May 2012 at 11:59 pm

      Filem penuh aksi boleh ditonton seisi keluarga. Kalau ada TV 3D dirumahkan siok. 🙂

      Reply
  39. Bro Framestone says

    5th May 2012 at 11:38 pm

    Last week ada tayangan 3D under Myimart…

    Lupa nak promote dekat korang semua..

    Layan dekat sini juga… Ramai blogger yang join

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2012 at 12:01 am

      Tak apalah bro mungkin bukan rezeki. 🙂

      Reply
  40. wanG says

    5th May 2012 at 11:33 pm

    right after keluar cinema saya bitau kwn saya, “tak logik langsung”..then my friend’s respond was, “eh ko bole tak jgn cakap camni tiap kali lepas tgk movie..”..huahuahua…

    Reply
    • akubiomed says

      5th May 2012 at 11:58 pm

      Hmm..kalau macam itu baik tidak payah pergi menonton. 🙂

      Reply
  41. madammondoq says

    5th May 2012 at 11:20 pm

    hari tu dah nak layan.. sekali sold out!! huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      5th May 2012 at 11:25 pm

      Okaylah orang pun tidak ramai dan saya dan anak-anak pun terhibur menonton filem The Avengers ini.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in