Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lepas. Boleh dikatakana ada sahaja perkongsian gambar-gambar dan pengalaman rakan blogger yang menghadiri di media sosial di Facebook dan Instagram.
Penganjuran MAHA 2016 dengan bertemakan ‘Our Future Our Food’ bermaksud ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’. MAHA kali ini memberi perhatian menarik minat jumlah penglibatan generasi muda terlibat didalam sektor pertanian bagi memastikan bekalan makanan terjamin selepas tahun 2050.
MAHA 2016 menjadi platform saluran untuk perdagangan, pelaburan, kerjasama dan pemindahan teknologi untuk mendapatkan banyak maklumat dan perkhidmatan baharu dalam sektor pertanian.
MAHA kali ini telah dibahagikan lima kluster yang berbeza iaitu;
- AgroTourism
- AgroIT
- AgroTrade
- AgroLife-style
- AgroYouth
Pendekatan berbeza penganjuran MAHA 2016 telah menarik minat golongan belia jika sebelum ini MAHA dianggap acara untuk warga pertanian dan generasi tua. Pengenalan Agrotaiment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik menarik golongan muda untuk mengenali MAHA lebih dekat lagi.
MAHA 2016 telah menerima kehadiran pengunjung 3.7 juta merupakan rekod baru bagi penganjuran ekspo pertanian terbesar untuk tahun 2016. MAHA mengetengahkan ilmu industri pertanian untuk semua golongan umur dan lapisan masyarakat.
Pengunjung secara berkeluarga dapat mendekati kehidupan kampung melalui industri pertanian, hortikultur dan agropelancongan. Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman melihat, menyentuh dan mengenali tumbuhan dan ternakan yang dapat dilihat di tapak pameran.
Penganjuran MAHA 2016 di tapak Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang ini dengan melepasi sasaran jualan RM380 juta.
Tanniah kepada penganjur MAHA 2016 telah memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA.
Laman rasmi MAHA: http://maha.gov.my/
Page MAHA: https://www.facebook.com/maha.gov.my
dgrnya bakal buat lagi tahun 2017..maybe boleh pertimbang ke sana..
MAHA merupakan acara tahunan. Tunggu kehadiran MAHA 2017. 🙂
sempat juga p maha tahun lepas…cuma tak sempat nak p bahagian ternakan…panas ceng ceng…ramailah manusia..hehhee
Setiap tahun penganjuran akan dapat sambutan luar jangkaan.
Tahniah MAHA, moga usaha diteruskan.Duk jauh, tak dapat hadir, dengar berita je tentang MAHA ni.
Penganjuran tahun 2017 boleh kujungi MAHA.
Dah pergi penat berjalan panas-panas pastu beratur nak naik bas lagi
Kalau suka dengan Agro tidak kisah berkorban sekali sekala untuk ilmu.
SA tak sempat nak pergi,.setiap kali ada MAHA memang x dapat nak pergi atas komitment kerja..Sabtu ahad plak sibuk dengan keluarga
Tak apa. Tahun 2017 ada lagi MAHA.
tak penah lagi sampai MAHA ni, teringin nak tengok live lembu gedabak depan mata hehe
iya, pada hari itu rame sangat….. mau parkir pun tak boleh. Tapi seru.
pengen ketemu upin ipin hehehe
Promosi baik punya MAHA kali ni. AgroIT tu macam mana ek?
macam mana tak ramai.. bukan main lagi promosi tahun ni..
Pihak penganjur juga bijak merancang supaya MAHA dapat menarik pengunjung golongan muda.
tak berkesempatan nak ke MAHA 2016..tapi rasa malas jgk nak seksa bersesak tempat orang ramai ni..sbb penah ada experience pengsan..haha
Tak apa boleh pergi MAHA 2017 pula. 🙂
tak dapat pegi tahun nih.
jauh sangat.
Terlepas si kecik nak jumpa Upin dan Ipin.
Sutra Aromaterapi (saya agent) juga buka booth di MAHA… sambutan memang best.
ps: maaf tegur, perkataan “juta” tertinggal di tajuk
Oh ada buka booth di MAHA. Terima kasih teguran tersebut. Saya dah betulkan. 🙂
Dah pergi hari tu memang ramai sangat orang sampai parking pun tak cukup.
Tiap-tiap tahun mendapat sambutan dari pengunjung baru yang lama dan baru.
saya kalau ajak suami mesti dia malas nak pi, sebab tak nak bersesak katanya…huhu…
Terlepas hero-hero nak jumpan Upin dan Ipin. 🙂
Ramai blogger bercerita pasal MAHA>
Kena terjah jugak nih tahun depan.
Tunggu kehadiran MAHA 2017.
Tahniah penganjur MAHA 2016. Kehadiran pengunjung untuk hari minggu sahaja dah mencapai 560,000 orang. Jumlah keseluruhan 3.7 juta merupakan rekod terbaik.
Ya, tanniah buat penganjur berjaya golongan muda.