• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Aku dapat adik ipar

Aku dapat adik ipar

29th November 2010 by akubiomed 98 Comments

Aku dapat adik ipar lelaki.

Aku dapat baby dan adik ipar

MAHA 2010 telah melabuhkan tirainya semalam dan kena pula pada cuti sekolah yang baru bermula memang menjadi pilihan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah. Mana kala aku semenjak hari Rabu lepas aku sudah mula bercuti kerana menguruskan perkahwinan adik perempuan aku dengan jejaka pilihannya dari Sabah.

Jadi kepada pembaca yang biasa mengunjung blog Akubiomed tentu perasan blog ini tidak dikemas kini. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat membalas komen-komen korang kerana sebagai abang yang sulung ada tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas.

Didalam pada itu aku mencuri-curi masa menjengah blog dan balas komen pada lewat malam  lebih menarik lagi disumbangkan talian Celcom 3G yang tidak stabil macam biskut chipsmore kejap ada kejap tidak ada memang menyakitkan hati saja.

Ini adalah cabaran kepada hidup seorang blogger. Adakah YES sebagai alternatif dapat menampal kekurangan ini?

Perkahwinan diadakan di Sungai Ramal Dalam dan pada ketika MAHA tengah klimaks  acaranya. Majlis akad nikah diadakan pada hari Jumaat selepas waktu solat Jumaat dan sebelum masuk waktu solat Asar. Pengantin lelaki telah dinikahkan oleh bapaku sendiri dengan sekali lafaz.

Manakala kenduri kahwin dilangsungkan pada hari esoknya iaitu pada hari Sabtu. Kami sekelurga ingin memohon maaf kepada jemputan yang berpatah balik kerana tidak menjumpai jalan masuk ke rumah pengantin perempuan kerana majlis ini diadakan diatas tanah pensedirian keluarga kami.

Pada malam berinai saya dan adik bongsu lelaki membakar bunga api dan mercun kerana adat Melaka masih menebal sebelah emak walaupun bapa anak jati kl. Aku tidak bersempatan hendak mengambil gambar jadi tawakal membenarkan anakku yang berumur 7 tahun mengambil gambar majlis sebagai kenangan.

Bila diadakan tentu ramai sedara-mara yang jauh dan dekat akan hadir bersama-sama sehabat handai memeriahkan majlis. Aku jenis yang kurang menonjol didalam famili berbanding adik-beradik aku yang lain apabila diperkenalkan oleh orang tua kebanyakkan yang hadir tidak percaya yang aku sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ada yang mengatakan aku macam budak baru lepasan kolej terasa nak kembang semua bahagian tapi mengenangkan Aslah baru 20 hari dilahirkan jadi kena jaga perangai.

Lega rasanya walaupun letih dan semua tekanan hilang apabila majlis berjalan dengan lancar. Manakala lauk pauk berlebihan hingga sedekah kepada penghuni rumah sewa berdekatan. Tinggal hendak bertandang ke majlis pengantin lelaki di Sabah yang mana aku tidak dapat hadir 🙁

p/s: Pesanan abang long kepada pasangan Aizah dan adik ipar Irwan cepat-cepat timang cahaya mata.

  • Petang tunang dan malam pun tunang
  • Bakar Satay di Hari Raya ke 5
  • Tiada lagi koning tapi kuning

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Aya says

    24th February 2013 at 9:48 pm

    wow.. mesti meriah majlis ni.. 🙂

    Reply
  2. zulkbo says

    3rd December 2010 at 12:42 am

    salam..
    tahniah bro..semoga
    di berkati Allah dengan
    rezeki dan kebaikan selalu

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2010 at 9:02 am

      Terima kasih. Mudah-mudahan dimakbulkan doa

      Reply
  3. suri says

    2nd December 2010 at 10:36 pm

    salam ..
    lain tak pandang cuma berkenan kat pic baby jer hik..hik…

    selamat pegantin baru buat penganti..khamis mlm jumat jgan lupa heeee

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2010 at 9:07 am

      Err takde ucapan untuk pasangan pengantin tua 🙂

      Reply
  4. hafizmd says

    2nd December 2010 at 5:00 pm

    tahniah bro atas dua kegembiraan ni..

    comelnya islah…mase baby, mmg suke tidur saje..kang dah ade kaki..penat pulak nk ngejornya…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2010 at 5:28 pm

      Terima kasih. Memang tidur kerjenya. Sekali-sekala meragam.

      Reply
    • suri says

      2nd December 2010 at 10:36 pm

      masa kjecik tdo jer dah besar merangkak sana sini..dah dpt kaki siaplah bapak dan ibunya heee

      Reply
      • akubiomed says

        3rd December 2010 at 9:07 am

        Sebab siapa yang ada anak kecil memang tak boleh nak hias rumah. Paling merisau si kecil kutip barang-barang masuk mulut

        Reply
  5. ardzham says

    2nd December 2010 at 2:09 pm

    dapat baby, bertambah sorang ahli keluarga. dapat adik ipar bertambah sorang lagi ahli keluarga dan merapatkan antara dua keluarga. lebih seronok bila ada sebarang majlis kalau ada keluarga ramai dan saling bantu membantu.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2010 at 2:26 pm

      Harap-harap ringan tulang zaman sekarang susah nak cakap lebih ramai jadi pemerhati dari hulur bantuan.

      Reply
      • suri says

        2nd December 2010 at 10:38 pm

        alahai tu yang sush tu..tak pelah kawan asalkan majlis dah selesai itu lagi melegakan hati…

        Reply
        • akubiomed says

          3rd December 2010 at 9:06 am

          Majlis pun dah selesai tak mahu bising-bising macam ‘rumah siap pahat berbunyi’

          Reply
      • ardzham says

        3rd December 2010 at 5:29 am

        Dulu-dulu rewang menyumbang tenaga bila ada sebarang majlis, kalau tak join maka akan kena pulau bila dia pula buat majlis. Sekarang dah ada buffet dan catering, jadi semuanya main duit. Tetamu datang makan saja, tukang kemas, tambah lauk, cuci pinggan dah dipakejkan sekali dengan catering.

        Kalau sewa kemah pun habis majlis diaorang akan cepat-cepat buka, tak macam dulu-dulu. Kemah milik pakatan, nak pasang dan buka perlu kerjasama dari seluruh ahli pakatan.

        Reply
        • akubiomed says

          3rd December 2010 at 9:01 am

          Majlis kenduri kahwin dikampung saya masih mengamalkan gotong-royong. Ramai jiran dan sedara mara yang jauh serta dekat akan hadir bantu tuan rumah. Sebagai contoh jiran tetangga akan menyumbang barang masak untuk kenduri kahwin. Kami mengamalkan sistem ‘Pulangkan’ bukan lagu Pulangkan nyayian Misha Omar. Sebagai contoh jika jiran akan menyumbang 100 biji telur kepada tuan rumah dan apabila anak jiran yang memberi melangsungkan perkahwinan akan pulangkan 100 biji telur tak kira walau harga telur dah naik pada ketika itu. Adat itu masih diamalkan 🙂

          Saya difahamkan masyarakat Jawa di Malaysia masih kuat amalan merewang yang mana tuan rumah tak perlu buat apa semua dibantu oleh orang merewang

          Reply
          • ardzham says

            3rd December 2010 at 7:11 pm

            Di kampung saya pun adat bergotong royong masih diamalkan hingga sekarang,juga masih ada sistem pulangkan. Memang masyarakat jawa yang masih kuat amalan rewang.

            Reply
  6. Anwar Osman says

    2nd December 2010 at 12:53 pm

    tahniah bro..tahniah juga untuk pasangan Irwan dan Aizah. Selamat Pengantin Baru. Aku duk suspek tahun depan aku dpt gak kut adik ipar perempuan. adik aku dah bertunang dah thn nie.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2010 at 12:58 pm

      Orang bertunang darahnya panas so kena hati-hati banyak dugaan menanti diluar sana 🙂

      Reply
  7. Fahmi Raazali says

    1st December 2010 at 8:30 pm

    huhu… berkembang lagi ikatan keluarga… 🙂

    Tahniah… semoga perkahwinan mereka bahagia sehingga ke akhir usia… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 11:20 pm

      Mudah-mudahan berkekalan ikatan adik-beradik 🙂

      Reply
  8. adamfaiz says

    1st December 2010 at 3:14 pm

    Tahniah untuk adik ko..bertambah lagi ahli keluarga

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 3:59 pm

      Terima kasih, one big family

      Reply
      • dnoBiz says

        1st December 2010 at 10:58 pm

        One Big Happy Family 😀 tolong tambah hehehe

        Reply
        • akubiomed says

          1st December 2010 at 11:19 pm

          Terima kasih buat nasi tambah. Jangan malu-malu buat macam rumah sendiri 🙂

          Reply
  9. din says

    1st December 2010 at 1:40 pm

    tahniah bro..syukur dgn rezeki yg Allah bagi..

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 2:39 pm

      Sama-sama, selamat ziarah

      Reply
  10. Hadi Rofiee says

    1st December 2010 at 11:53 am

    Semoga berbahagia. 🙂

    Bilakah pula masaku..

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 12:12 pm

      Bila sampai seru. Dah ada GF yang steady?

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        1st December 2010 at 3:03 pm

        Hmm, belum. Hehe. 😀

        Reply
        • akubiomed says

          1st December 2010 at 11:21 pm

          Tentu dah ada wish list gadis idaman?

          Reply
          • Hadi Rofiee says

            2nd December 2010 at 11:47 am

            Hmm.. belum lagi. He2.

            Reply
  11. encik luth says

    1st December 2010 at 11:47 am

    seronok la bro dapat adik ipar. huhuhu
    tahniah!

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 12:13 pm

      Bertambah besar keluarga ini. 🙂

      Reply
  12. Bijen M. says

    1st December 2010 at 11:18 am

    Smoga kekal berpanjangan sampai ke akhir ahayt.
    Semoga lekas timang cahaya mata.
    He he.

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 11:30 am

      Dulu saya tunggu empat tahun baru dapat cahaya mata

      Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 11:40 am

      Itu yang dipohonkan kebahagian dan kesejahteraan rumahtangga

      Reply
  13. abby kamil says

    1st December 2010 at 9:20 am

    hihi. i da flw u

    tengs singgah blog i yang tak seberapa tuh. nnt i vote nak bg sapa t shirt tu k

    ^_^

    *comel oh web u*

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 9:22 am

      Takda hal. Kalau boleh mahu menang t-shirt Bandung 🙂

      Reply
      • abby kamil says

        1st December 2010 at 9:43 am

        hihi. t shirt tak seberapa je pun. ^_^

        Reply
        • akubiomed says

          1st December 2010 at 9:51 am

          Kalau barangan sikit memang jadi esklusif 🙂 Tak salah jadi rebutan

          Reply
          • abby kamil says

            1st December 2010 at 10:30 am

            hadiah yang murah akan jd berharga kalau orang yg terima pandai menghargai nye

            :))

            Reply
          • akubiomed says

            1st December 2010 at 10:37 am

            Tahu tak per. Tak kira kalau ia buatan gombak sekali pun yang penting beli kat mana 🙂

            Reply
  14. chenta says

    1st December 2010 at 9:12 am

    comelnya baby!tak sabar nak dapat anak buah pertama hujung tahun ni ^_^

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 9:22 am

      Terima kasih, dah dapat anak buah manjakan ia nanti 🙂

      Reply
  15. aimannajmy says

    1st December 2010 at 2:40 am

    Salam bro huhu lama tak singgah~ makk aiihh siap ada bunga api meriah sungguh noh

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 9:03 am

      Memang meriah, teruk juga abang sulong ni berhempas-pulas memastikan majlis berjalan lancar

      Reply
  16. kulanz says

    1st December 2010 at 12:15 am

    Alhamdulillah.. keluarga dah semakin besar.. banyak rezeki juga tu

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 9:03 am

      Lagi meriah kalau orang tua dihadiahkan dengan cucu

      Reply
      • kulanz says

        1st December 2010 at 10:15 pm

        betul tu.. hadiah terbaik untuk mereka

        Reply
        • dnoBiz says

          1st December 2010 at 10:57 pm

          Tapi yang penting selalu jengok mereka..

          Reply
  17. dnoBiz says

    30th November 2010 at 11:27 pm

    Tahniah Bro,
    makin meriah dan makin besar la keluarga bro hehehe
    tahun depan tambah anak buah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2010 at 9:02 am

      Harap adik dan dan pasangannya dapat timang cahaya mata sekarang ni pun orang tua saya dah ada 4 cucu lelaki dan 4 cucu perempuan 🙂

      Reply
      • dnoBiz says

        1st December 2010 at 10:56 pm

        Mesti meriah kalau time raya kan hahaha

        Reply
  18. samdaddycool says

    30th November 2010 at 7:57 pm

    wah, meriah sungguh semuanya. Ada bunga api plak tu. Tahniah dapat adik ipar.

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 9:55 pm

      Lama juga nak nyalakan bunga api buluh kerana ia dibuat di Melaka dan tidak ada sumbu. Hampir-hampir putus asa kerana tak menyala rupanya kena korek sikit belerang di bahagian atas baru terbakar. Kalau tidak buat malu jer kerana pengalaman pertama membakar bunga api buluh kerana selama ini hanya pak sedara yang bakar 🙂 Good lesson

      Reply
      • samdaddycool says

        30th November 2010 at 10:39 pm

        gempak juga bunga api tradisional ni. Setakat ni, mmg tak pernah lagi tengok secara ‘live’

        Reply
        • akubiomed says

          1st December 2010 at 9:00 am

          Kalau di Melaka memang wajib bakau bunga api buluh. Tak tahu lar kat tempat lain. Lepas bakau badan berbau macam longkang mungkin kesan belerang kot 🙂

          Reply
  19. Norizwan says

    30th November 2010 at 7:14 pm

    adik ipar aku pompuan…alhamdulillah sporting tu…:)

    steady aslah tu…macam ayah dia juga la kan hehe…:)

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 9:57 pm

      Saya hanya adik perempuan seorang sahaja dan kali ini dapat adik ipar lelaki next tunggu dapat adik ipar perempuan pulak 🙂

      Reply
  20. intankuterpilih says

    30th November 2010 at 2:27 pm

    aku nie entah bila la agaknya nak dapat adek ipar…adek aku tu memilih sgt kot…

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 3:29 pm

      Jangan terlalu memilih sangat kerana kalau kita begitu orang lain pun memilih kita. Kalau susah suruh orang tua carikan kalau boleh yang kerja gomen 🙂

      Reply
  21. saiful says

    30th November 2010 at 12:50 pm

    Tahniah Mr Biomed dapat ahli baru.comel si Aslah tu,mmm..cak!hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 12:56 pm

      Terima kasih. Selamat mengunjung ke blog ini

      Reply
  22. syahrilhafiz says

    30th November 2010 at 12:16 pm

    oh selamat, selamat pengantin baru buat adik bro..~
    meriah kali ni nampak, sampai2 tak terbalas komen..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 12:44 pm

      Memang nak balas komen cuma line Celcom 3G sangat lembap. Kalau hujan lagi teruk:-(

      Reply
      • syahrilhafiz says

        1st December 2010 at 3:37 pm

        sama la kita, kalau hujan down terus..

        Reply
        • hafizmd says

          2nd December 2010 at 4:59 pm

          ooo…aku guna P1 wimax…setakat hujan..alhamdulillah..masih bagus line dia…

          Reply
          • akubiomed says

            2nd December 2010 at 5:27 pm

            Oo ye ke, Ingat P1 effect bila hujan sebab pakai antenna. Kawasan saya tidak ada coverage P1 jadi yang line terbaik yang ada dikawasan saya adalah Streamyx

            Reply
  23. donny says

    30th November 2010 at 11:27 am

    Tahniah sekali lagi..rezeki mencurah2 di hujung bulan

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 12:43 pm

      Sama-sama. Adik ipar saya berasal dari Sabah dan bapanya seorang cina

      Reply
  24. Kamal Mustafa says

    30th November 2010 at 11:07 am

    Wah…Tahniah,anak baru,adik ipar baru..semuo eh baru he he he

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 12:42 pm

      Kereta belum baru lagi 🙂

      Reply
  25. akublog says

    30th November 2010 at 9:28 am

    Tahniah En BioMed.. Aslah tu anak yg keberapa?

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 9:47 am

      Malas nak jawab direct tapi boleh cari kat posting yang sebelum-sebelum ini 🙂

      Reply
  26. tehr says

    30th November 2010 at 3:05 am

    tahniah dapat ahli baru
    moga keduanya kekal bahagia selamanya

    bila nak tukar kereta koning?
    ambik biru ke, hijau ke 😀

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 9:20 am

      Tak tukar kot pakai apa yang ada walaupun keperluan tu dah ada apabila ahli keluarga sudah makin ramai

      Reply
  27. zik says

    30th November 2010 at 2:55 am

    komuniti dah semakin bertambah… sedap jer budak aslah tuh tidor.. hurm… tahniah diucapkan..

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 9:19 am

      Lega rasanya apabila adik sudah bersuami. Ada orang boleh taken care from here now

      Reply
  28. sazuwi says

    30th November 2010 at 1:05 am

    tahniah bebanyak..
    semakin besar keluarga makin seronok..=)

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 9:18 am

      Kami keluarga tidak besar. Apabila dah berumah tangga dapat mengembirakan orang tua dengan cahaya mata

      Reply
  29. suffer8zine says

    30th November 2010 at 12:07 am

    tahniah bro!

    Terkini : Berani Mati

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 12:20 am

      Terima kasih, kepenatan tak hilang lagi esok dah nak kerja

      Reply
  30. anif says

    29th November 2010 at 11:44 pm

    Tahniah kerana kehadiran warga baru dalam keluarga 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      30th November 2010 at 12:17 am

      Terima kasih tinggal sorang lagi belum lepas 🙂

      Reply
  31. tengkorak emas says

    29th November 2010 at 11:21 pm

    selamat pengantin baru buat adik bro dan suaminya 🙂

    salutelah kat Aslah, relax je 😀

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2010 at 11:23 pm

      Aslah apa kira tido ajerlah 🙂

      Reply
  32. Panduan Buah Pinggang Sihat says

    29th November 2010 at 11:15 pm

    Bro,saya pula kalau ada rezeki bulan 12 ni akan dapat anak dan juga adik ipar.Ni pun baru dapat adik ipar perempuan.

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2010 at 11:18 pm

      Tanniah dapat adik ipar dan bakal menimang cahay mata. Pastikan kesihatan dijaga 🙂

      Reply
      • Panduan Buah Pinggang Sihat says

        30th November 2010 at 5:24 pm

        Terima kasih.Doa-doakanlah isteri saya mudah untuk melahirkan anak.Insyaallah.

        Reply
        • hafizmd says

          2nd December 2010 at 4:57 pm

          ameen…mudah-mudahan dipermudahkan Allah…insyaAllah

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in