• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Lempeng pisang untuk minum petang

Lempeng pisang untuk minum petang

12th February 2012 by akubiomed 71 Comments

Lempeng pisang antara makanan tradisional Melayu.

Petang ini isteri menyediakan Lempeng pisang untuk minum petang kami anak beranak. Kalau minggu lepas kami anak beranak makan Cucur Kodok sebagai minum petang. Dulu cara ibu saya membuat Lempeng pisang dimakan dengan cicah kelapa parut. Kali ini isteri saya menyediakan Lempeng pisang cara negeri Perak.

Lempeng Pisang cara Perak berinti kelapa parut.

Kalau cara ibu saya buat Lempeng pisang di makan dengan cicah Kelapa parut. Kalau di sebelah negeri Perak agak berbeza sedikit cara penyediaan Lempeng Pisangnya dengan berinti Kelapa parut. Rasanya tetap sama cuma cara penyedian Lempeng pisang sedikit berbeza.

Lempeng Pisang boleh disediakan untuk minum petang bersama keluarga dan cara penyedian tidaklah susah. Cuma masalah hendak mencari daun pisang agak susah sedikit kecuali kalau ada tanam pokok pisang di halaman rumah.

p/s: Selamat minum petang bersama keluarga tercinta.

Sila tekan butang kongsi:

  • Cucur Kodok pengikat kasih
  • Hot dog sebagai santapan malam
  • Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    19th February 2012 at 10:37 pm

    1st time tgk lempeng camtu..huhu

    Reply
  2. hafizmd says

    17th February 2012 at 8:04 am

    ooo…ini kira versi peraklah ni…nampak menarik sbb kalau terengganu punya versi, just letak kelapa parut tu jer..pisang takde…

    cicah ngn kelapapun baru dgr hari ni…sodapnye!

    p/s-ikhlas dari penggemar cekodok pisang…hehee

    Reply
  3. Izwan says

    16th February 2012 at 4:19 pm

    background putih je bro.. shoot lempeng kat mini studio gak ke? hehe.. sedap ahh,saya makan lempeng pisang pun tak gelap camni kalernya.. menarik gak..

    Reply
  4. chii says

    15th February 2012 at 1:59 pm

    ingtkan chii sorang je…ramai lg yg x pernah mkn lempeng pisang…
    tp kalo mkn tgh panas2..mmg sgt menyelerakan..di cicah plak ngan sambal tumis..perghh

    Reply
  5. eiela says

    14th February 2012 at 6:36 pm

    saya tak pernah makan lempeng pisang. mak tak pernah buat. lenyek2 letak atas daun ke mcm lepat tuh?

    Reply
  6. nuriz says

    14th February 2012 at 6:28 pm

    tak penah makan lagi cara lempeng ada inti tu , sedap nampak 🙂

    Reply
  7. kimmie says

    14th February 2012 at 4:53 pm

    tak pernah makan lempeng pisang, biasa makan lempeng kosong je, cicah dengan kuah gulai 🙂

    Reply
  8. iza says

    14th February 2012 at 4:48 pm

    Assalam…
    Kalau di Kedah mungkin panggil “Peknga” kot atau tempek kat belanga jadi tak perlu daun2 pisang tu semua…

    Reply
  9. Sya Isya says

    14th February 2012 at 2:14 am

    ohh…. tak pernah tahu pula lempeng pisang stail gini wujud. Huhhu…Teringin juga nak rasa. Pos kat Sya, boleh? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2012 at 3:44 pm

      Amboi, Lempeng pisang pun perlu pos. 🙂

      Reply
  10. zulkbo says

    13th February 2012 at 11:17 pm

    salam..
    sedap berlempeng nih
    tapi saya kurang suka
    yang ada nyok..he he

    Reply
  11. ciksembang says

    13th February 2012 at 10:56 pm

    orang negeri pun sama macam perak ni..kat seremban ni mmg ada kedai yg jual lempeng panas utk minum petang

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2012 at 3:47 pm

      Tidak salah saya di Perak ada dijual Lempeng pisang di gerai. Mungkin orang Perak yang membaca blog ini boleh mengesahkan. 🙂

      Reply
  12. piah becok says

    13th February 2012 at 6:15 pm

    ooo macam sedap je. salu kita makan lempeng pisang goreng gitu je. takde bungkus dengan daun pisang ke apa. tak pun buat cekodok pisang je. haha

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2012 at 3:48 pm

      Daun pisang sebagai pelapik ketika di bakar sahaja kalau tidak nanti melekat di plate besi.

      Reply
  13. adamfaiz says

    13th February 2012 at 5:25 pm

    Aku makan lempeng biasa je… cicah dengan kuah masak lomak cili api semalam punyo… fuhhh!!

    Reply
  14. Yas says

    13th February 2012 at 5:00 pm

    yang ni aku pun belum pernah cuba bro….tetiba terasa nak gi beli pisang lak petang nih….:)

    #Nampak lazat bebeno tuuu….

    Reply
  15. pipoq says

    13th February 2012 at 4:32 pm

    memang layan kalu pekena lempeng pisang ni petang petang..kena lak ngan kopi o pekat, hari hujan lak tu..

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2012 at 3:49 pm

      Orang Sarawak kata “nyaman” .:-)

      Reply
  16. suri says

    13th February 2012 at 2:43 pm

    jangan sesekli coba d tolk nnti rugi heee

    Reply
  17. suri says

    13th February 2012 at 2:39 pm

    untung ada yg mmbuat apa yg hidang mulut menyuakan sahaja…

    Reply
  18. wahida says

    13th February 2012 at 2:32 pm

    mak aiiiii…sodapnyo lah…dah la tak lunch lagi neh…

    Reply
  19. nizam says

    13th February 2012 at 1:39 pm

    tak pernah lagi makan lempeng pisang macam ni..hehehe…but nampak menarik la..

    Reply
    • Tungku Moden says

      13th February 2012 at 2:22 pm

      Makan lempeng takpe..tapi kalau makan lempang memang xbest.Tapi jadi lapar plk tgk nih

      Reply
      • nizam says

        14th February 2012 at 3:28 pm

        hahaha..makan lempang ya…tu memang tak best… 😛

        Reply
        • akubiomed says

          14th February 2012 at 3:43 pm

          Memang tidak best kalau terkena lempang. 🙂

          Reply
  20. puanbee says

    13th February 2012 at 12:24 pm

    memang masaalah nak cari daun pisang tu ..

    tapi lempeng ni suka makan panas2 je bila dah sejuk jd tk sedap pula

    Reply
  21. madammondoq says

    13th February 2012 at 9:54 am

    tak suka lempeng pisang.. suka pisang goreng,…

    Reply
  22. Dulu Lain Sekarang Lain says

    13th February 2012 at 9:51 am

    adehhh.. dah lama kawe tak jumpa makanan ni kat KK… Hmmm… kena selalu balik semenanjung cam nie 😀

    Reply
  23. Amirez says

    13th February 2012 at 9:46 am

    tak pernah lagi makan lempeng pisang. tengok macam sedap. anak saya mesti suka, lagi2 ada pisang 🙂

    Reply
  24. Norizwan says

    13th February 2012 at 6:48 am

    lempeng pisang ni kalau dimasak ngan masakan ibu sendiri memang sedap sekali….:-)

    Reply
  25. zie fauzi says

    13th February 2012 at 3:07 am

    kurang sikit la lempeng pisang ni, tp kalu cucoq kodoq memang laju.. makan time panas2 sat ja habis…

    Reply
  26. bardboo says

    13th February 2012 at 2:13 am

    sedapnya…meh la hantar ke sini sikit..

    Reply
  27. isza says

    13th February 2012 at 1:12 am

    Lama x makan lempeng..
    teringat lempeng pisang air tangan arwah opah..

    Reply
  28. cikgu naman says

    13th February 2012 at 12:45 am

    dhla perut tengah menyanyi² nihhhhhhh..hehe

    paling senang lempeng kosong je kan?hihi

    Reply
  29. tehr says

    13th February 2012 at 12:36 am

    Wah, aku belum pernah cuba yg berinti kelapa parut ni
    Selalunya makan cicah kelapa je

    Reply
  30. Juan says

    13th February 2012 at 12:22 am

    serius saya dah lama x makan lempeng pisang nih, bro nak sikit boleh

    Reply
  31. titan says

    13th February 2012 at 12:19 am

    hehe..nak sikit..

    Reply
  32. azmanisma says

    13th February 2012 at 12:11 am

    Sedap makan waktu petang,tambahan pulak makan rebut2 dgn anak…5 keping pun tak terasa. )

    Reply
  33. cmratu says

    13th February 2012 at 12:07 am

    Sedap ni.. lama dah tak rasa..

    Reply
  34. Ekspresi Ruang says

    12th February 2012 at 11:54 pm

    fuh, mmg terangkat mata tros segar dan rasa lapar bila tgk gmbr tu. huhu

    Reply
  35. azura says

    12th February 2012 at 11:43 pm

    eh eh macam betul pulak, memang lempeng pisang belah Perak bubuh kelapa parut dalam lempeng tapi itu belah Perak dah hala ke Selangor je kot…favorite saya tapi tak yah taruk inti kelapa sebab saya tak makan inti sangat…

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:48 pm

      Kalau cara emak saya tidak diletakkan kelapa parut didalam Lempeng pisang sebaliknya kelapa parut dibuah cicah.

      Reply
  36. adele says

    12th February 2012 at 11:04 pm

    em, kami sekeluarga pun mkn lempeng pisang ada kelapa kt tengah..x sangka lah plak org Perak mkn cra mcm ni jgk..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:48 pm

      Adele pandai buat Lempeng pisang? 🙂

      Reply
      • adele says

        12th February 2012 at 11:54 pm

        mestilah pandai..jgn x pcy plak.. 😛

        Reply
        • akubiomed says

          12th February 2012 at 11:59 pm

          Untung bakal suami yang ada Korean look dapat isteri yang pandai buat Cucur kodok dan Lempeng pisang. 🙂

          Reply
  37. Shasha Catering says

    12th February 2012 at 10:14 pm

    Macamana cara buat lempeng pisang style Perak ni?
    Menarik kalau dapat dikongsikan 😉

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:46 pm

      Antara 2 lampisan Lempeng Pisang ditaburkan dengan parut kelapa kemudian kedua-dua lapisan ditekap sebelum dibakar attas dapur.

      Reply
      • Shasha Catering says

        13th February 2012 at 8:17 pm

        Oh camtu ke? Baru faham.
        nanti kalau saya masak lempeng ni u try ya. Nanti bg komen kat mana yg tak betul.
        Tq akubiomed 😉

        Reply
  38. Mus says

    12th February 2012 at 10:11 pm

    memang betul tu.. daun pisang susah nak cari.. kena beli jugak..

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:53 pm

      Nasib baiklah jiran ada tanam pokok pisang boleh mintan daun pisang sedikit. 🙂

      Reply
  39. LadyBird says

    12th February 2012 at 10:06 pm

    buat lempeng gune daun pisang ek?

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:45 pm

      Daun pisang digunakan untuk melapik Lempeng pisang ketika dipanaskan atas dapur.

      Reply
  40. auc dot com says

    12th February 2012 at 9:42 pm

    pergggghhhh menyelerakan
    kat belakang rumah sy byk pokok pisang saya tanam 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:51 pm

      Saya adalah tanah sekankang kera di depan dan dibelakang rumah tanam pokok buah-buahan tetapi tidak pokok pisang.

      Reply
  41. Miss Yati says

    12th February 2012 at 9:35 pm

    Yati suka menikmati minum petang pada hujung minggu. Terasa sangat tenang dan damai. Maklumlah hari biasa, mana sempat nak bersandar di kerusi sambil minum dan makan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:51 pm

      Minum petang anak beranak sahaja. 🙂

      Reply
  42. nurmisnan says

    12th February 2012 at 9:05 pm

    Alhamdulillah.. sodapnya brother. Orang pahang pun mkn lempeng pisang
    cicah kelapa parut. Kalau buat cekodok pisang pun + kelapa parut = superb.

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:49 pm

      Memang superb ada rasa masam, manis dan masin. Semuanya cukup rasa. 🙂

      Reply
  43. apaajanews says

    12th February 2012 at 8:39 pm

    yang ni memang favourite…bro…ada kelapa parut lagi…fuuuhhh tu yang sodap tu

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:57 pm

      Bila sudah makan Lempeng pisang tidak ingat dah. 🙂

      Reply
  44. padin says

    12th February 2012 at 8:08 pm

    walaweh bro.. memang membangkitkan selera nih, dah lama tak pekena lempeng pisang.. kena pulak inti kelapa parut tu di tambah sikit garam, berlawan dengan rasa pisang, phewww

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:56 pm

      Bila sudah berumah tangga nanti boleh minta isteri tersayang buatkan yer. 🙂

      Reply
  45. maza says

    12th February 2012 at 8:07 pm

    aderkk… kecur sudah.. huhuhu

    esok pagi2 giliran maza lak bikin kecur semua org..
    makanan istimewa akan dipaparkan di blog sana.. tungguuuuu!!

    huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:54 pm

      Nak tahu juga apa yang bakal disediakan oleh bro Maza. 🙂

      Reply
      • suri says

        13th February 2012 at 2:24 pm

        bro maza ke atau isteri dia turun ke medan dapoh heee

        Reply
  46. anif says

    12th February 2012 at 7:59 pm

    Hidangan minum petang yang sangat istimewa. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 11:55 pm

      Hidangan minum petang yang ringkas dan cepat.

      Reply
      • neo says

        13th February 2012 at 10:21 am

        time hujan lg ok ni bro 🙂

        Reply
        • suri says

          13th February 2012 at 2:36 pm

          ipoh ptg smlm hujan mujur dpt rempit senam di taman botani, ipoh heee

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in