• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cucur Kodok pengikat kasih

Cucur Kodok pengikat kasih

7th February 2012 by akubiomed 58 Comments

Cucur Kodok pengikat kasih suami isteri.

Petang ini isteri menyediakan Cucur Kodok untuk minum petang kami anak beranak. Cucur Kodok dicicah dengan sos cili dan air Teh O sebagai minuman petang. Agak-agak apalah blogger minum petang hari ini?

Cucur Kodok antara menu petang yang mudah untuk disediakan.

Saya tidak pasti anak dara sekarang dapat menyediakan Cucur Kodok dengan baik atau tidak jadi langsung? Ia adalah penyediaan mudah boleh disediakan untuk sarapan pagi dan minuman petang. Apa yang menjadikannya sedap dan Cucur Kodok ini lembut? Cucur Kodok yang kosong atau mempunyai ikan bilis didalamnya menjadi pilihan?

Tidak jemu makan Cucur Kodok ini dan lebih-lebih lagi di cicah dengan sos cili atau sos tomato. Saya memilih untuk Cucur Kodok ini dicicah dengan sos cili berbanding sos tomato yang masam. Perasan tak ada sesetengah akan mengeluarkan bawang atau ikan bilis didalam Cucur Kodok. Mungkin tidak suka kot.  Saya tidak ada masalah kalau ikan bilis itu garing kalau tidak selamat akan dikeluarkan. 🙂

p/s: Selamat minum petang bersama keluarga tercinta.

Sila tekan butang kongsi:

  • Lempeng pisang untuk minum petang
  • Juadah berbuka pilihan bulan Ramadhan
  • Kejutan belanja McDonald's Chicken McNugget untuk abang Ngah.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Mohd Isa says

    19th September 2014 at 4:06 pm

    cam tak syok plak sebut cucur kodok, cokkodok baru syok. kalau bini teman nak goreng cokkodok, mesti teman yg kena kacau tepungnya dlu. klu tak cayak la. 😛

    Reply
  2. adele says

    11th February 2012 at 10:46 pm

    ish..ish..ish..sy anak dara yg masih pandai buat cucur kodok tau..baru 2 hari lepas buat..tpung gandum+bawang byk2 utk manis+ikan bilis+daun kuchai+garam+telur.. lembut..lazat..garing..sedap di makan dicecah bersama sos life dan mayonnaise..meh sarapan pg kt rumah sy bwk isteri dan anak2 utk rasa cekodok sy 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2012 at 3:08 pm

      Amboi siapa yang terasa makan cili. Ini mesti salin resepi Cucur Kodok kot. 🙂

      Reply
  3. Norasikin says

    11th February 2012 at 4:38 pm

    Saya sedang makan karipap. Dalam peti ais saya memang saya dah sediakan berbagai makanan sejukbeku yang saya sediakan sendiri. ada roti, donut, karipap, roti canai dll.

    Reply
  4. Zarul Umbrella says

    11th February 2012 at 2:31 pm

    saya sedang makan maggi semasa membaca entry ni..nasib baik,kalo tak mmg akan merasa lapa serta merta

    Reply
  5. suri says

    11th February 2012 at 9:23 am

    saya mula berasa lapar huuu

    Reply
  6. nuriz says

    10th February 2012 at 12:13 pm

    makan panas panas memang sedap

    Reply
  7. kimmie says

    9th February 2012 at 11:27 pm

    cucur kodok memang sangat sedap dimakan terutama kalau petang itu hujan….saya selalunya akan buat cucur kodok, kalau ada lebihan kuah gulai lemak…erm…cicah dengan cucur ini memang sedap.

    Reply
  8. ciksembang says

    9th February 2012 at 4:08 pm

    nak tambah sikit lagi.. nak seimbangkan cucur kodok ni tambahlah sayur.. family sy kuat makan sayur..tambahlah carrot, kobis.. mesti cucur nya rasa lain ..trylah tukar sesekali

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:18 pm

      Cucur kodok ini tidak ada had boleh bubuh apa sahaja mengikut selera kita.

      Reply
  9. ciksembang says

    9th February 2012 at 4:07 pm

    harap2 anak2 dara sekrang pandai buat cucur ni.. kalau pakai yg adabi punya pasang siap tu banyak makan minyak

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:19 pm

      Kalau Cucur Kodok segera tidak trill dan asli. 🙂

      Reply
    • adele says

      11th February 2012 at 10:47 pm

      pandailah CS..tak mainlah cucur adabi yang ber MSG..huhuhu 😀

      Reply
  10. Jobless Girl says

    9th February 2012 at 3:24 pm

    Senang dan sesuai untuk tea time.

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:20 pm

      Senangkan tidak banyak kerenah hendak menyediakan Cucur Kodok ini. 🙂

      Reply
  11. Zida says

    9th February 2012 at 3:09 am

    “Saya tidak pasti anak dara sekarang dapat menyediakan Cucur Kodok dengan baik atau tidak jadi langsung?”

    peh ayat mendalam betul. haha kalau zida, still tak dapat nak challenge mak zida punya la. huuuu

    Reply
  12. hatiputera says

    8th February 2012 at 10:03 pm

    putera amat suka cucur yang dicampur dengan udang segar,,,,

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2012 at 10:30 pm

      Marilah jemput sekali makan. 🙂

      Reply
    • adele says

      11th February 2012 at 10:48 pm

      sy pun! kadang2 pilih yg nampak udang tu..hahaha.tak nampak taknak ambil 😀

      Reply
  13. kakyong says

    8th February 2012 at 9:50 pm

    memang selalu buat cekodok.. mcm2 pesen cekodok dah buat.. memang anak2 pun suka..

    Reply
  14. Mus says

    8th February 2012 at 6:13 pm

    kebetulan pulak, baru jer kejap tadi pekena cucur ni..

    Reply
  15. puanbee says

    8th February 2012 at 5:05 pm

    sedapnya . menu petang semasa entri ni di publishkan .. apa ek ? makan sambil jalan2 sampai tk ingat makan apa ..

    cucur kodok saya letak tauge , daun kucai, telur , (udang/ikan bilis), bawang, cili .. memang selalu kawan2 suami order cucur ni dari saya ..

    Reply
  16. Mekar says

    8th February 2012 at 3:38 pm

    Hidangan minum ptg yg paling mudah disediakan. sya suka juga letak ikan bilis. kadang2 letak udang. pastu suka letak daun kuchai…mmmmm…sedap 😉

    Reply
  17. maza says

    8th February 2012 at 11:13 am

    psst: maza suka cicah dgn sambal tumis ikan bilis, atau kari ikan atau ayam, …
    namun paling istimewa cicah dgn sambal ketuk atau sambal lesung..

    mau tersentap2 kaki khayal di pergunungan persanteren Toba, pekena kopi o kaw satu kali… perkhhhh!
    meleleh liur weiiiii..

    ahaks.. terlantun-lantun lah fulaks.. hehehe

    Reply
  18. Kamal Mustafa says

    8th February 2012 at 11:10 am

    KM pun suka makan kodok petang2. Selalu omak buek kodok pisang. kadan2g kodok sayur, cicah pulak dengan sos cili thai….fuhhhh

    Reply
  19. Norizwan says

    8th February 2012 at 9:43 am

    wow feveret….setiap petang memang selalu jamah cucur kodok ni…cucur kodok bilis, jagung memang sedap….:)

    Reply
  20. lunaticg says

    8th February 2012 at 7:40 am

    cucur kodok sekarang dah boleh beli yang siap sedia tinggal nak goreng jer kat kedai…. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2012 at 10:34 pm

      Kalau mengunakan tepung segera tidak sesedap yang asli.

      Reply
  21. titan says

    8th February 2012 at 7:09 am

    weh, lapar aku pagi-pagi ni nampak cekodok tu..

    Reply
  22. Juan says

    8th February 2012 at 7:09 am

    saya memang suka cucur kodok dicicah dengan sos cili, perghhh, gambar yg diambil sangat cantik

    Reply
  23. bardboo says

    8th February 2012 at 4:25 am

    oh lupa plak..petang td kami mkn pie pisang..

    Reply
  24. bardboo says

    8th February 2012 at 4:23 am

    1. gambar cekodok akt atas tu mesti diambil menggunakan set mini studio, kan? hehe..

    2. saya suka cekodok udang…sedap! kalau ada bawang, memang saya akan cabut keluar dulu..

    3. sos cili menjadi pilihan..macam tak sesuai je rasanya makan cekodok dengan sos tomato..

    Reply
  25. Affan Ruslan says

    8th February 2012 at 4:14 am

    Sesekali lepak petang2 bersama keluarga, minum teh dan makan cekodok memang best!

    Reply
  26. tehr says

    8th February 2012 at 3:12 am

    masa panas memang best
    kalau dah sejuk, tak siapa yang mahu
    huhu

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2012 at 10:35 pm

      Sedap makan semasa panas-panas.

      Reply
  27. shraqs says

    8th February 2012 at 1:20 am

    seronok je makan bila disediakan panas2.

    Reply
  28. Yas says

    8th February 2012 at 1:16 am

    Den suko hak yang ado bilih ngan bawang tu…cicah ngan sos cili…wolawehhhh mmg “ho Liau” la bro, kena lak time tu petang dan hujan….huhhh tak henggat doniia dibuatnya…:)

    Reply
  29. Azman says

    8th February 2012 at 12:13 am

    Lelaki dan cucur kodok mmg tak dapat dipisahkan…sama la kite mmg suka yg ada bawang ikan bilis…hehehe….ptg ni tak minum ptg,balik dari tasik perdana update blog tidur terus…penat main dgn rusa 🙂

    Reply
  30. nizamghazi says

    8th February 2012 at 12:13 am

    Harap saya akan dapat anak dara yang pandai buat cucur kodok.
    Semoga saya dapat mengasihani dia all the time 😉

    Psst nak cokodok malam2 ni 😉

    Reply
  31. zulkbo says

    7th February 2012 at 11:39 pm

    salam..
    makan panas-panas sedap
    tu Bro..kalau sejuk tak
    mandang juga..he he

    Reply
  32. zool says

    7th February 2012 at 11:03 pm

    Biasa cucur kodok cicah ngan sambal je.. Nak lagi mantop cucur kodok tu letak ikan bilis atau udang.. memang terbaik….

    Reply
  33. Nur says

    7th February 2012 at 10:52 pm

    Saya panggil jemput2 ikan bilis.. 🙂 Sedap makan panas2..

    Reply
  34. jomkongsi.info says

    7th February 2012 at 10:25 pm

    sedap2 😀

    Reply
  35. padin says

    7th February 2012 at 10:23 pm

    hehe faveret aku ikan bilis, so kalau de cekodok pon mesti de ikan bilis, cicah pula dengan sambal tumis.. hee petang tadi, layan ABC.. 😀

    Reply
  36. Nava Krishnan says

    7th February 2012 at 10:21 pm

    I simply love cucuk and sure they are great for teatime.

    Reply
  37. Dulu Lain Sekarang Lain says

    7th February 2012 at 9:57 pm

    Walaupun namanya kodok yg tak seindah bhs, namun rasa nya enak skali…

    Reply
  38. apaajanews says

    7th February 2012 at 9:53 pm

    errr…nama cucur kodok tu …bukan dari dari adunan buah pisang ke

    Reply
    • Denaihati says

      7th February 2012 at 11:35 pm

      setengah orang sama je panggil, setengah cucur kodok utk pisang n jemput2 utk tepung rasanya.

      Reply
  39. klcitizen says

    7th February 2012 at 9:47 pm

    memang feberet saya juga kalau orang lain yang masakkan, sebab selalu hilang selera bila masak sendiri … hahaha. alasan terbaik untuk bermanja dengan emak sendiri bila balik kampung

    Reply
  40. anif says

    7th February 2012 at 9:23 pm

    Kalau sudah lapar.. Saya telan semuanya 😀 Tak kira yang panas atau sejuk! 😀

    Reply
  41. ahmadyani says

    7th February 2012 at 9:15 pm

    Cucur kodok mesti ada bilis dan daun bawang, bawang merah sikit saja. Kalau tepung kosong tanpa bahan, keluarga kami panggil cucur teung.

    Reply
  42. ahmadyani says

    7th February 2012 at 9:07 pm

    Cucur kodok mesti ada ikan bilis dan daun bawang, bawang sedikit sahaja. Kalau tepung tanpa bahan lain, keluarga kami panggil cucur tepung.

    Reply
  43. nurmisnan says

    7th February 2012 at 9:06 pm

    memang cucuk kodok terbaek dari ladang..
    pesan kat isteri, kalau nak lagi rangup, guna air sejuk ais..
    lembut dan rangup tanpa letak telur..

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2012 at 9:34 pm

      Memang petua guna air sejuk isteri saya amalkan dari arwah emak mertua. Mula-mula saya ingat isteri buat lawak guna air sejuk. 🙂

      Reply
    • yas says

      8th February 2012 at 4:42 pm

      OOO…thx sis…seb bek aku terbaca petua dari ko nih…leh inform kt bini aku…:)

      Reply
  44. zik says

    7th February 2012 at 9:04 pm

    makan panas2 memang sedap…. kalau dah sejuk… nanti dengan minyaknya… adui…

    Reply
  45. Shasha Catering says

    7th February 2012 at 7:17 pm

    Cucur kodok. sedap jugak tu.
    Saya makan roti jer petang ni 😉

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in