• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jom mengasah skill membidik Taman Burung Kuala Lumpur

Jom mengasah skill membidik Taman Burung Kuala Lumpur

18th January 2014 by akubiomed 15 Comments

Outing berkumpulan kamera DSLR di Taman Burung Kuala Lumpur

Jom outing dengan kamera DLSR di Taman Burung Kuala Lumpur. Agak lama tidak keluar outing membidik secara berkumpulan. Kali terakhir bersama gang kamera gedabak yang majoriti mengunakan senjata DLSR Canon bersama  Azman Ismail, Azman Ishak dan Azwan Anuar.

Outing Taman Burung Kuala Lumpur
Gambar hiasan

Knowledge sharing sesama gang DSLR

Sebelum 4 lelaki kacak yang dikenali gang Canon telah melaksanakan Modus Operandi dengan tema ‘Old Building Architecture’.  Sudah 8 bulan berlalu outing mengambil lokasi bangunan Keretapi Tanah Melayu sudah tentu ada peningkatan kemahiran dan pengetahuan masing-masing.  Boleh ambil kesempatan dengan keluar outing berkongsi ilmu dan pelajari sesuatu yang baru.

Bangunan KTM

Cabaran baru dengan mengambil burung sebagai subjek

Saya pernah mengambil gambar haiwan sebelum ini dengan mengunjungi Zoo Melaka beberapa tahun dahulu. Bukan mudah untuk mengmbil gambar haiwan liar ini kerana pergerakkan mereka tidak boleh diatur. Kalau dapat mengambil shot yang menarik  tabiat haiwan liar ini satu kepuasan. Dekat sini perlu mengunakan kemahiran asas 3 serangkai Aperture, Shutter, dan Aperture untuk mendapatkan Exposure yang sesuai.

Aksi Ombak Rindu pasangan singa

Tips persediaan untuk outing berkumpulan dengan kamera DSLR:

  • Pastikan dapatkan maklumat tepat mengenai lokasi dan masa
  • Sampai tepat pada masanya
  • Pastikan bateri caj penuh. Kalau ada bateri tambahan perlu dibawa
  • Pastikan memori kad tidak penuh dan kosong
  • Membawa lensa yang sesuai seperti 18-55mm, 50mm, 85mm dan 18mm-200mm
  • Pakaian yang sesuai tidak terlalu ‘striking’
  • Bag plastik boleh digunakan untuk mengelakkan peralatan kamera basah

Memanjangkan jemputan AI Media Network Day Out

Tidak terkalah tajuk outing dari Media didalam bahasa Inggeris lagi. Sebenarnya hendak outing burung-burung di Taman Burung Kuala Lumpur. Maaf agak lambat war-warkan outing ini. Harap bagi mereka yang mempunyai kelapangan boleh join sama outing ini.

Saya pernah mendapat nasihat dari otai Canon, kalau hendak cepat belajar mengunakan kamera DSLR adalah dengan menyertai outing berkumpulan dengan ini peluang untuk berkongsi dan bertukar maklumat. Ilmu teori tidak memadai kerana kemahiran dapat diperbaiki dengan praktikal. Suka saya memetik simpulan bahasa Inggeris,‘Practice Makes Perfect’.

  • Outing bersama AI Media di Taman Burung Kuala Lumpur
  • Outing membidik bangunan Keretapi Tanah Melayu
  • Jom Outing 2 di Taman Tasik Perdana bersama Tarmizi Shukri

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Mus says

    23rd January 2014 at 4:01 pm

    belum pernah outing beramai-ramai.. biasa berdua, tiga sahaja

    Reply
  2. Ammar says

    23rd January 2014 at 3:52 pm

    Ingat nak beli jugak DSLR tapi duit takde lagi.huhuhuhu

    Reply
  3. wazy says

    22nd January 2014 at 7:39 pm

    Dah lama juga tak outing ni,gambar pertama tu memang rare la bro

    Reply
  4. Ummi Hanie says

    22nd January 2014 at 5:31 pm

    fokus kepada minat.. insyaAllah akan mendatangkan hasil walaupun sekadar hobi

    Reply
  5. suri says

    20th January 2014 at 2:08 pm

    bijak betul gambar pertama tu.sungguh benar nak mencuri gambar burung dari jarak dekat

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:47 pm

      Takut burung terbang. Bukan selalu dapat spesis burung yang jarang-jarang jumpa.

      Reply
    • Ummi Hanie says

      22nd January 2014 at 5:42 pm

      terbayang encik AB bergaya begitu… hihihi

      Reply
  6. suri says

    20th January 2014 at 2:02 pm

    saya suka tengok sang harimau itu sungguh kacak dengan bulunya belang-belang.anak saya seru “tok rimau” 😉

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:48 pm

      Masa ambil tiba-tiba mengaum bertempiaran pengunjung lari.

      Reply
  7. blogger lelaki says

    19th January 2014 at 11:01 am

    dah lama gua tak merasa outing ni

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:48 pm

      Kalau ada dianjurkan pada masa hadapan boleh sertai sekali.

      Reply
  8. NotaKembara says

    18th January 2014 at 10:15 pm

    Menarik ni! tapi sayangnya jauh. Huhu. Banyak jugak nak ngangkut lens. Hehe

    Reply
  9. MK Kimi says

    18th January 2014 at 8:01 pm

    teringin sangat tp tak dpt. raya cina nnt baru balik KL. buat lah lagi sekali ye masa cuti CNY nnt. hhehe

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:49 pm

      Tahun Baru Cina ramai yang ambil kesempatan untuk mengambil cuti.

      Reply
  10. nurmisnan says

    18th January 2014 at 5:03 pm

    Menarik. Thanks brother..

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in