Outing membidik bersama pemenang MSMW2013.
Outing berkumpulan di bangunan Keretapi Tanah Melayu ini dirancang oleh pemenang MSMW2013 untuk kategori Favourite Photography Blog iaitu Azman Ishak. Saya tidak berfikir panjang menyahut cabaran untuk turut sama membidik pada hari Ahad petang minggu lepas. Tema outing ini diberi nama Old Architecture.

Janji titik pertemuan di Restoran Heritage Station pada jam 3.30petang. Saya sempat mengalas perut dengan Maggi Goreng Mamak dan air Teh O Limau. Restoran ini mendapat kelas A dari segi pemantuhan kebersihan premis. Jadi tidak perlu ragu-ragu untuk makan disini.
Inilah beberapa hasil bidikan yang berjaya diambil.
Kami yang terdiri 4 lelaki kacak(AzmanIshak, Azmanisma, AzwanAnuar, AkuBiomed) bermula dengan bahagian dalam bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur kemudian masing-masing dengan bermacam gaya mengambil bidikan. Saya mengambil kesempatan membidik bangunan Keretapi Tanah Melayu dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Info ringkas bangunan:
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 36
Hakmilik Bangunan / Tanah : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1892
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi ( Ibu Pejabat KTMB)
Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur
No. Lot : 13 & 32
Hakmilik Bangunan : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1910 – 1917
Sumber: Malaya Railway
Video Behind The Scene.
[youtube=https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ASg7I-5ZriA&rel=0]
kredit: Azwan Anuar
Fakta mengenai outing di bangunan KTM.
- 2 huruf pangkal nama bermula dengan AZ iaitu Azman Ismail, Azman Ishak, Azwan dan Azrin.
- Mengunakan kamera DSLR dari jenama yang sama iaitu Canon.
AkuBiomed: Boleh lihat gambar saiz besar dengan lawati blog AkuLens.
dapat jumpa kawan sambil menyelam minat yg sama dlm bidang mengambil gambar
seronok ni.. isi masa lapang dengan benda yang kita minat.. 🙂
kita minat berblog dan membaca sahaya nak beli kamera mmg ggit jari dulu pikir lebih dari 10x heee
hehe gambar berlatarbelakang kan awan pasti ada..trademark tu..=)
janji dgn bro azman ismail nak join jgk tp maaf xdpt sbb smut birthday anak buah ptg tu..lgpon sy nikon user dan nama sy bukan bermula dgn huruf A.ahaks!
perghh mantap dah skill bro..! sempoi
Aiman lagi pandai juga ini dalam diam2 heee
memang penuh skilllah..
lama dah tak singgah stesen keretapi lama KL ni. banyak kenangan ni hehe 🙂
best ja bila ramai2 outing mcm ni…
semua boleh bertukar cerita tentang pengalaman masing-masing
sebelum baca footnote dah terdetik…semua A
Wahh cantik2 lah..hehe..sekali sekala keluar macam ni kan seronok gak..hehe
tempat bersejarah nie dah lama tak pergi, 20 tahun lebih….suka tengok bidikan kat sini…
Ada masa boleh la pergi untuk kali seterusnya..hehe
Gambar perspektif atas tu memang menarik…
Feel menembak ramai2 memang berbeza banding sorang2.. pasti terasa kepuasannya, kan bro?
Wah! dah ada group sekarang. Sure lebih seronok bila aktiviti di buat berkumpulan. Gambo2 pun boeh tahan.
kemahiran guna DSLR ni yg power ni ..hehe
bestnya.. semua gambar mmg cun
cantiknya semua gambar!!!! ishh sha memang suka dgn gambar buildings…architecture bangunan yg cantik2 banyak yg ada di eropah sana..tapi tak kurang hebatnya bangunan di malaysia juga 🙂
Saya sukakan gambar bumbung tu..
Nampak hidup
Macam berada di bawah bumbung tu jer rasanya
cantiknya gambar
Paling menarik saya tengok bumbung stesen kereta api tu…boleh rasa perspektifnya bila kita skrol ke bawah…
Semua nama initial A,memang padanlah hobi pun sama,hehe
Bestnya bidik ramai-ramai…..!
Cantik gambar bangunan ktm.
bila tengok gambar-gambar ni, teringat pulak kelas photography dulu. best kan ramai-ramai! 🙂
mmg syok membidik berkumpulan mcm nie..
saya rasa 4 AZ ni boleh tubuhkan satu grup khas 🙂
panggil group aznon.. haha kiut
Tak boleh blah nama tersebut. 🙂
sempat kome berdating ye…
tak dinafikan mmg cntik2 gambo otai
cuaca juga seperti menyokong aktiviti ni
cerah dan ceria
peh, rajin korang gi menembak ek.
cikgu bila nk join?
Suatu hari nanti hendak menembak di pantai Morib.
dah lama sgt rasanya tak join outing.. dulu hampir setiap minggu outing.. cantik gambar2 yang di ambil, cuma ada beberapa gambar yang boleh di edit untuk nampak lebih menarik..
sekarang napa tak outing lagi?
gambar office KTM lama berlatarkan awan biru tu memang mengiyurkan…
Guna Hoya polarize filter memberikan kesan langit yang biru.
masih cntik lgi bangunan ni..hrp bangunan mcm ni diselenggara dgn baik spy xhilang nilai seni dia!!
ini lah yang tinggal sejarah dan kenangan..
Heritage Hotel Station menurut Azman Ismail telah ditutup tgok luar cantik belumlagi masuk dlm legi cantik agaknya
megi goreng aik sedap rasa nak kedapur teman di buatnya..
ada kelas tersendiri semua gambar di atas ni…
otai kamera ni…banyak nak kena belajar teknik2 ni..
kita tahu yang sikit2 sahaja mesti akan datag ada blogger anjurkan kelas ambil gambar nnti .
join saje dorang.. nanti akan diajar oleh mereka
siap ada geng AZ lagi tu..hehehe..bagus jugak tu, boleh bertukar-tukar idea dan kepakaran
Seronok kalau ada group yang selalu buat aktiviti photography macam nie. Boleh menambah ilmu lagi
betul tu.. kalau ada geng, baru best dan boleh banyak kongsi ilmu
perkhh hebat..
menarik sungguh kesemua prespektif yg dilontarkan.. hehehe
well done bro… !
Terima kasih bro. Terasa kepuasan. 🙂
tetiba teringat Lawang Sewu di Semarang..
Belum berpeluang memiliki kamera DSLR ni. Best kalau dapat explore bersama kawan-kawan ni.
insyaAllah satu hari kita akan dapat juga DSLR ni ye
Best kan kalau dapat outing dengan member2 yg sama minat..
Boleh berkongsi pendapat dan beri tunjuk ajar ;D
betul tu.. mungkin masing masing ada kehandalan sendiri.. kemudian boleh ajar satu sama lain
Memang best dapat outing dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama.
gambar yg cantik…. selamat ber dslr…. hehehehe…
best tengok gambar-gambar yang diambil..
Terima kasih. 🙂
Gambar ada seni.. teknik dan gaya kena ada.. tak sabar nak memiliki sebiji..
wah, semua nama dengan pangkal AZ. kalau saya join dah jadi 5 orang dengan pangkal nama AZ 🙂
haa ape lagi.. bole la join mereka
Mesti best dpt outing bersama camni…
Secara kebetulan. Ada peluang dan kelapangan terus kata okay.
Lama betul dah tak pegi stesyen keretapi ni.last dulu ikut kakak pg Singapore naik dari sini.
Pergh..dah siap dah entry hehehe..
ha bila lagi nak siap? bro azrin kita da buat