• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Institusi perkahwinan semakin goyah.

Institusi perkahwinan semakin goyah.

9th August 2013 by akubiomed 48 Comments

3 kes pencerian bagi setiap jam tanda institusi perkahwinan semakin goyah.

Terkejut saya terbaca artikel mengenai statistik di akhbar online mengenai  purata 3 kes penceraian bagi setiap jam dikalangan pasangan Muslim di Malaysia seperi dilaporkan oleh JAKIM.

Apa sudah jadi dengan institusi perkahwinan pasangan islam di Malaysia?

“purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim”: – Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal

Artikel mStar: Tiga Kes Perceraian Pasangan Muslim Dalam Setiap Jam

Antara punca masalah yang dikenal pasti adalah kurangnya kefahaman matlamat membina mahligai perkahwinan. Kekurangan ilmu agama dan rumah tangga perlu dilengkap setiap pasangan sebelum berkahwin.

Contohi pasangan warga emas merpati sejoli dari Terengganu.

Saya rasa terharu membaca mengenai pasangan warga emas meninggal selang sejam di 1 Syawal di Terengganu. Kedua-dua pasangan adalah guru Al-Quran dan Che Mohd Yusof merupakan imam masjid dan jurunikah. Mereka terkebal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang kemana sahaja akan bersama ibarat belangkas.

“…mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama,”

Artikel mStar: Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Sejam Hari Raya Pertama

Saya beranggapan keharmonian sesebuah negara bermula dengan kepimpinan paling asas iaitu kepimpinan institusi kekeluargaan. Bayangkan kalau kes penceraian tinggi sudah tentu mengambarkan kepimpinan lemah. Kejayaan setiap pemimpin ada wanita menjadi tulang belakang sesuatu kejayaan. Susah senang perlu diharungi bersama. Bagaimana hendak mentadbir negara kalau kepimpinan kekeluarga sendiri pun lemah.

Artikel gedek romantis kak Jie yang berjaya dikorek:

  • Rahsia hati
  • Kau di sisi gantikan bantal gulingku
  • Abang Baca Lepas Saya Tidur Ye

Saya ingin berpesan kepada diri saya supaya membaiki kelemahan diri dalam memimpin isteri dan anak-anak. Saya juga menginginkan institusi perkahwinan cemerlang dan terbilang.

Sila tekan butang kongsi:

  • Lelaki mempunyai pilihan
  • Ada apa disebalik tarikh 1.1.11
  • Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) dapat baby lelaki

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    6th January 2014 at 11:49 am

    berkahwin bukan perkara untuk main main tapi kekal hujung nyawa.

    Reply
  2. suri says

    6th January 2014 at 11:47 am

    belakang tu ada rumah rasa nak terjah masuk jer boleh

    Reply
  3. suri says

    17th August 2013 at 8:43 am

    pada serius nak berkahhwin pikullah tanggungjawab dengan sebaik boleh sok kalau abaikan kita akab bakal di soal siasat kelak..
    wahualam.

    Reply
  4. suri says

    17th August 2013 at 7:45 am

    sabarlah hati membaca rasa sandaran perlu ada pada agama..kalau kita dekatkan diri pada Tuhan insyallah hubungan kita dg pasangan akan kekal.pokok pangkal mak ayah perlu kuat kalau anak nakal2 paling jauh anak akan dekat kt mak ayah gak..

    Reply
  5. ciklaili.com says

    16th August 2013 at 6:28 pm

    Mungkin kurang ilmu tentang perkahwinan dan alam rumahtangga serta pendapatan yang tidak menentu bagi menampung kehidupan berkeluarga menjadi punca perceraian pada masa kini.

    Sebenarnya bila berkahwin kita akan bina hubungan bukan saja dengan suami/isteri malahan dengan seluruh ahli keluarga pasangan, sahabat handai & juga jiran tetangga. Jangan malu bertanya orang yang lebih arif demi menjaga kesejahteraan institusi keluarga.

    * romantik betul gambar pasangan dalam entri ni. moga terus bahagia hingga hujung nyawa. Amin…

    Reply
  6. AUC says

    15th August 2013 at 5:17 pm

    satu statistik yg menggerunkan
    mana silapnya?

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 7:46 am

      banyak aspek yang perlu di selidik

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:46 am

      gantikan stastitik yang gerun menjadi pasangan yang romantk pada pasangan kita yeah,,,

      Reply
  7. hafizrahim says

    14th August 2013 at 6:25 pm

    yang penting sabar..sabar..dan terus sabar..terima pasangan seadanya..kalau sebelum berkahwin boleh terima, selepas berkahwin pun kena terima seadanya.

    Reply
    • Qashmere says

      15th August 2013 at 1:15 pm

      Apa nak buat dah jodoh sampai situ jer. Memang la setiap jam 3 kes penceraian. Sebab manusia pon dah banyak di muka bumi ni. Hehehe

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 7:47 am

      benarlah kalau tukar bentuk ker..jujur setia mesti tetap untuh hee…

      Reply
  8. KiD says

    13th August 2013 at 11:43 pm

    ketua keluarga memainkan peranan yang penting.. begitulah besarnya tanggungjawab amanah kita..

    Reply
  9. Hairul Hissam says

    12th August 2013 at 1:12 pm

    kalau sampai tiga jam.. bercerai… menunjukkan ramai betul yg bercerai…..
    mungkin salah satu puncanya ialah tekanan emosi di alami masyarakat kita …
    bila tekanan emosi ini tidak dirawat dan tidak diuruskan dgn baik sgt menjejaskan kualiti kehidupan kita.

    Reply
  10. Yazed says

    12th August 2013 at 10:56 am

    Komunikasi dan tolak ansur antara faktor yang penting dalam rumahtangga..

    Reply
  11. Razlan says

    12th August 2013 at 10:49 am

    Sukar menemui teman sehidup semati yang sejoli.

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 7:56 am

      setiap salah seorang mesti ada kekurangannya

      Reply
  12. eyriqazz says

    12th August 2013 at 10:18 am

    Tolak ansur amatla penting dalam hubungan kekeluargaan…

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 7:57 am

      salah satu perkara yang mesti ada pada setiap diri ibu bapa

      Reply
  13. azura says

    11th August 2013 at 7:56 pm

    doakan mereka rujuk semula dan beroleh kebahagian dalam hubungan kekeluargaan

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:28 am

      kalau rujuk best tambah pula ada anak2 heee

      Reply
  14. cikgunormah says

    11th August 2013 at 7:05 pm

    sedangkan lidah sendiri lagikan tergigit apatah lagi hati orang, kan. belajar mengendali perasaan sendiri dan kena bawak bersabar banyak ..

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:30 am

      kalau gaduh silalah salah seorang belajar beralah itu lebih baik

      Reply
  15. papa mifz says

    11th August 2013 at 4:26 pm

    harap dijauhkan masalah penceraian nih , komunikasi suami isteri sangat penting..dalam sesetengah perkara perlu bertolak ansur , dan perlu ucap mintak maaf setiap kali buat salah , bukan kene tunggu raya jer baru nak mintak maaf…

    Reply
  16. Mohd Shubhi says

    11th August 2013 at 2:48 pm

    Berikut 5 petua mujarab untuk kesejahteraan rumah tangga yang saya dapat dari Imam di Masjid Kampung Pandan:
    1. Sabar
    2. Sabar
    3. Sabar
    4. Sabar
    5. Sabar

    Jika buat semua kelima-lima petua tersebut, insyallah dapat mengelak dari perceraian. Harap kita semua dapat amalkan.

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:31 am

      tiada ubat lain selain sabar heee…kalau nak kekal lamalah…

      Reply
  17. wazy says

    11th August 2013 at 10:43 am

    bagi saya yang masih bujang ni kena juga ambil tahu pasal hal ini

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:33 am

      ambil tahu dna belajar juga boleh jadi kita akan lebih bersedia untuk masa akan datang

      Reply
  18. Kujie says

    11th August 2013 at 9:46 am

    nak tambah lagi sikit

    pasangan sekarang terlalu menuntut hak sama rata… dia boleh uruskan diri sendiri jadi dia kurang rasa kebergantungan kepada suami.

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:33 am

      mesti pandai berdikari 🙂

      Reply
  19. Kujie says

    11th August 2013 at 9:44 am

    kak jie sendiri kalau orang tanya tips rumah tanggan susah nak cakap.. setiap individu ada karektor dan peribadi tersendiri…secara asasnya…. tetaplah menjadi rakan baik pasangan masing-masing.

    kami setiap kali berjumpa, tak pernah diam…ada saja benda yang nak disembangkan hingga kadang2 sampai jam 2 pagi…

    kalau berkereta, tak pernah biar kereta tu diam..mesti create topik yang nak disembangkan. benda ni dah macam perkara biasa …sama juga dengan anak-anak..kami akan bincang pelbagai isu semasa.

    mungkin carta nombor satu – komunikasi kot.

    bergaduh… normallah , tetapi jangan diikut nafsu sangat, bukan dapat piala pun. Syaitan yang seronok bertepuk tangan.

    p/s – terimakasih atas kesudian mengodek entri gedik kak jie..hehehe

    Reply
  20. SentiasaPanas says

    10th August 2013 at 11:30 pm

    Seolah-olah perkahwinan bukan lagi perkahwinan yang penting buat pasangan yang bercerai. Adakah suami terlalu ‘liar’ atau para isteri sekarang terlalu ‘queen control’?

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2013 at 8:48 am

      Rata-rata pasangan muda berkahwin atas pilihan sendiri. Nampaknya perkenalan sebelum berkahwin belum cukup mengenal hati budi masing-masing.

      Reply
  21. ahmadyani says

    10th August 2013 at 8:59 pm

    Niat untuk berkahwin itu perlu diteliti kembali…

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:34 am

      bukan kerana cinta tapi nak cedok pahala mahal nak kekal lama sampai ada anak cucu cicit ke bahagian

      Reply
  22. Bahrain says

    10th August 2013 at 6:58 pm

    menarik kisah suami isteri, inilah dia sehidup semati..kisah cerai ni semakin menjadi dan mengikut nafsu semata-mata. Aku pernah praktikal di Pejabat agama, bahagian hal ehwal keluarga. Tiap2x hari yang datang mesti nak cerai, dan yang mengadu ialah perempuan.. Antara alasan nak cerai ialah suami selalu pukul2x dan marah2x. bila tanya suami lain pula jawapannya. Kebanyakan yang mintak cerai lepasn SPM. Hargailah pasangan masing. Jujur itu yang penting kata Ustazah siti norbahyah.

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2013 at 8:54 am

      Bebrza zaman sekarang dan dahulu kerana ada perlu menghadiri kuraua perkahwinan dan ujian HIV. Dengan ilmu yang diterima sepatutnya mampu mwngekalkan perkahwinan yang harmoni.

      Reply
  23. Cikgu Hairul says

    10th August 2013 at 3:14 pm

    Saya tertarik dengan ulasan seorang Ustazah berkenaan masalah penceraian yang semakin “banyak” ni. Dia kata, penceraian yg berlaku tak la sebanyak yang dilaporkan. Ia berkait rapat dengan kajian yang beliau buat berdasarkan peratus pernikahan dan perceraian. Memang yang bercerai nampak ramai, tapi kadar pernikahan juga sangat ramai. Kalau dikira peratusan perceraian, ia masih terlalu kecil.

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2013 at 8:56 am

      Kalau jumlah peratusan kes penceraian ditukar dari jumlah peratusan kepada angka baru nampak impaknya.

      Reply
  24. hafiz says

    10th August 2013 at 8:10 am

    Kalau berlandaskan nafsu macam nilah jadinya…masyaAllah

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:36 am

      sebab wang bahaya juga…kalau kawin sebab kekayaan mmg tak kekal lama mesti dari niat baik..

      Reply
  25. Manan Qayyim says

    10th August 2013 at 7:18 am

    agak-agak masa raye ini ade ke yg bercerai… harap tak de la…

    Selamat Hari Raya Bro….
    maaf zahir & batin.

    Taqabballahu minna wa minkum.

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2013 at 8:59 am

      Harap ia tidak berlaku pada bulan Syawal yang mula pada masa saling bermaafan.

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:36 am

      jangan ada terjadi sudahlah

      Reply
  26. titan says

    10th August 2013 at 12:28 am

    kena sentiasa percaya antara satu sama lain.

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2013 at 9:00 am

      Sikap tolak ansur dan persahafaman diantara suami isteri perlu ada.

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 8:37 am

      kakau asyik makan cendol jer mana blh tahan heeee

      Reply
  27. Zuan says

    10th August 2013 at 12:28 am

    betu la kata harith iskander, tiada relation yang tak complicated..

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2013 at 9:02 am

      Bohonglah kehidupan suami isteri tidak ada pasang surut tetapi perlu ditangani dengan akal.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in