Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 membawa mesej ‘ReBuild Gaza for a Nation’.
Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih dan rasa bertuah dijemput ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Setinggi penghargaan kepada tuan blog Denaihati dan tim bertungkus lumus membuat persiapan majlis mengumpul blogger dari serata tanah air dan kehadiran blogger dari Nusantara untuk menjayakan majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013.

Secara ringkas penganjuran #SBB2013 edisi kali ke 2 boleh dikatakan berjaya walaupun terlajak 1 jam dari masa atur cara yang dirancangkan. Kehadiran blogger dari pelusuk tanah air tanpa mengenal latar belakang samada yang baru, lama, otai dan pelbagai niche blog memberi warna kepada majlis ini.
Saya sudah boleh menganggak hadiah cabutan bertuah boleh dikatakan sehebat atau grand dari hadiah contest ‘iPhone 5 gadget impian‘ berdasarkan pengalaman menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati edisi pertama. Memasang impian sekurang-kurang hendak membawa balik iPad mini atau Pakej Kembara Muslim Kemboja. Nampaknya cabutan tidak menyebelahi saya walaupun tetap berterima kasih menang cabutan bertuah sebanyak 2 kali untuk patung yang diberikan kepada baby Aslah dan ubat minda untuk Abang Koning. Terima kasih kepada penaja untuk hadiah tersebut.
Biasalah kalau berjumpa blogger mesti ada perasan malu-malu dan saya awal-awal lagi sudah buangkan perasaan malu tersebut dengan menegur sapa walaupun tidak semua meja saya dapat kunjungi. Maklumlah blog AkuBiomed ini bukan hebat mana pun dengan trafik yang ciput.
Gambar kandid bidikan ala paparazzi.
Segmen mini forum menarik perhatian saya walaupun baru pertama kali diperkenalkan didalam majlis Sepetang Bersama Blogger edisi ke 2 ini. Panel gabungan blogger baru dan lama manakala moderator pula adalah Abang Ensem dan BroFramestone. Yang menarik perhatian saya adalah nasihat Kak Jie sarankan untuk menjadi blogger perlu rajin membaca dan berilmu. Komunikasi penting bukan sekadar meninggalkan komen untuk mendapatkan backlink semata-mata. Saya akan ingat pesanan yang diberikan walaupun kadang-kadang masa terhad untuk memberi maklum balas komen yang ditinggalkan sebuah blog kerana komen panjang berjela hendak mencelah pun tak tahu dekat mana. Harap segmen mini forum ini kalau diadakan pada masa hadapan dapat diperkemaskan lagi.
5 pemenang contest iPhone 5 Gadget Impian diumumkan.
Tanniah kepada semua pemenang contest iPhone 5 gadget impian iaitu Akma Omar, Sharidawati, Chekgu Naman, Eyriqazz dan CheeseMaz(yang tak hadir kerana berada dihospital setelah mengalami musibah menjadi mangsa ragut).
Hadiah cabutan bertuah yang grand.
Tanniah kepada Hazmin Fadzil dan Nurul Siezuka menang pakej Package Kembara Muslim Kemboja dan Vietnam.
Kejutan untuk Top Komentator blog Sweet Kurma.
Tanniah kepada Azmanisma telah membawa balik jongkong emas 10gram untuk Top Komentator untuk blog Sweet Kurma.
Blogger #SBB2013 telah dilantik sebagai media rasmi untuk program realiti ‘ReBuild Gaza for a Nation’.
Suasana di dewan hotel Singgahsana tiba-tiba menjadi hening apabila terpaku mendengar perkongsian pengalaman hidup dan mati oleh Sani Araby Al-Kahery(Malaysian Consultative Council for Islamic NGOs (MAPPIM)) berkongsi rentetan konflik dan suasana perang yang berlaku di Gaza baru-baru ini. Beliau sendiri berada ditengah-tengah medan perang cuba mengambarkan secara terperinci apa yang berlaku di Gaza.
Setiap kita mempunyai peranan untuk membantu saudara kita se-islam yang menderita sekian lama di bumi Palestin. Bantuan boleh dihulurkan tidak semestinya dengan mengangkat senjata atau bantuan dana tetapi boleh mengunakan media sosial dengan berkongsi apa yang berlaku di bumi Gaza kepada masyarakat dan menjadikan ia viral.
Saya difahamkan Dr Che Rozmey telah menyumbang RM20 juta dalam tempoh 5 tahun secara berperingkat untuk pembinaan Masjid Nour Ar Rozmey di Khan Yunis, Gaza. 2 selebriti terkenal iaitu angkasawan Islam pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan pengarah terkenal Afdlin Shauki akan terlibat didalam pembikinan program realiti ‘ReBuild Gaza for a Nation’.
- Facebook: Sani Araby Al-Kahery
- YouTube: Sani Araby
- Vimeo: Sani Araby
- MAPIM
Terlalu banyak hendak dicoretkan apa yang berlaku #SBB2013. Salam siaran dari kampung – AkuBiomed.
Sayang sekali saya miss moment penting nie.. x tau pun pasal event nie tahun lepas
Meriah betul kan SBB2013 ni..hehe..semoga blog korang semua akan bertambah mantap dan sukses selalu..
banyak nye gambar. best !
Meskipun cuman sempat jabat tangan saja… yang penting sudah bisa bertemu langsung. Semoga ada waktu luang yang lain untuk bisa berbual.
wah meriahnya.hehe satu hari nanti sy pon nak sertai jugak
memang meriah gila majlis pada petang tu..sangat2 best.hehehehe.. rasa macam nak undur masa je..
bro, ngam2 muat kan tshirt tu..den punya beso kemain..hehehe
Meriah sangat kan SBB2013, dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger..
Biomed mana story terbaru, cam dah 1 minggu x update nih.. hehehe 🙂
perh, ramainya otai2 kat majlis 2…
tak tau plak ada majlis tersebut
Nampak enjoy sakan semua. Good for you all. Terima kasih sebab berkongsi gambo ni bro. Dapat juga kawe lihat blogger-blogger top di Malaysia. Hensem dan jelita kebanyakkannya yek? 😀
Banyak betul ilmu bermanfaat yg bro dapat
tahun depan pasti lebih meriah dgn kehadiran blogger baru
Insyaallah kalau ada rezeki nanti aku pun akan join gak….hrtu agak bz la bro…:)
sangat lengkap! syabas 🙂
terima kasih di atas laporan, at least boleh juga saya tengok muka-muka pemblog terkenal dalam gambar tu.
Wah…program mantap dan dihadiri blogger-blogger hebat. Semoga ia akan beri impak positif kepada dunia blogging Malaysia.
wah huu..begitu ramai yang berkumpul tahnih sb berjaya dg misi kali ini
wah meriahnya suasana sekitar #SBB2013. Rasa rugi pulak tak join
kalu dekat best..tapis y pun ada hal yg tak dpt dielakkan huu..
tahniah kepada pengajur kerana menganjurkan majlis seumpama ini…
majlis meriah bukan mudha nak tgok bloger dr jarak dekat
Meriah sangat-sangat,rugi plak arsanya tak dapat turut serta sekali
wazy pi mana sb tak dtg heee..urusakn kerja2 part time kr
meriahnyaaaaa… jelesnya dkna tengok entry rakan bloger asyik bercerita SBB2013
mmg jeles tgk kemeriahan majlis SBB2013 tu… jeles sbb x dapat join…
apapun tahniah kpd semua pemenang… sy mmg x letak harapan tinggi pun utk mng, so x rasa apa2lah walau xmng…
sampai 2 kali mng cabutan bertuah tu, maknanya mmg ada luck 😉
insyallah ada rezeki tahun depan agaknya nnti
insyaAllah suri… amin amin….
sgt2 bermakna event ni..harap dpt join lagi jika ada peluang…:D
hadiah dari penganjur juga mantap-mantap belaka. Untung siapa yang memang.
untunglah bagi yang dapat menyertainya..
akhirnya dapat lihat langsung admin Akubiomed rasa bertuah meski hanya bersalaman saja cukuplah untuk mengobati rasa rindu dari jauh , he he aku pun sama beroleh minda aktif
laporan yang mantap.. baca ni pn dah boleh menggambarkan kemeriahan #SBB2013.
suke baby Aslah dpt kwn baru.. 😀
Harap dapat juga la join event sebegini masa akan datang ni. Serius, memang tgh sibuk sangat pada awal tahun 2013. Fuh~
P/S: fulamak memang bro akubiomed ada gaya Aaron Aziz la hehe 😛
Meriah sangat kan… Aloo comelnyer teddy bear 🙂
Hehe..pertama sekali nak kata, cantik gambar yang bro ambil ni..kedua nak kata, sy kecewa sebab tak dapat berjumpa dengan bro..ketiga nak kata, tahniah pada semua yang hadir ke majlis ni..huhu
meriahnya sbb2013 nie. Rugi HP tak dapat pergi.
seronok, rasa nak join, tapi masih baru, ade rezeki adalah. 😀
InshaaAllah, moga ada peluang tu nanti…
Ramai juga yg datang #sbb2013 adalah blogger yg pertama kali datang event camni, tp hilang sikit rasa gugup sbb otai2 blogger semuanya sporting dan ramah =)
terima kasih kerana dapat hadir bro, meriahkan majlis dan juga entri khas ni.
Orang yang pertama saya jumpa ketika nak masuk hotel adalah bro. Tapi muka bro serius sangat. Segan saya >.<
Muka mmg nmpak serius, tp serius bro AB peramah orgnye =)
Ahak walau pun hadir tpi x dapat juga bersembang ngan bro..insyallah lau ada rezeki kita akan bersua jua..^^
program yg cukup “cun”
rudi sgt sbb x dapat join.. huhuhu
sama la ngn saya sop..lepas baca artikel rakan blogger semua berkenaan majlis tu, rasa menyesal pun ada..huhu
ramai yg hadir. kalau saya mesti segan punya…
Mesti hilang segannya bro…sbb semua jadi ramah…hehe
waa.. seronoknya akubiomed dapat join sepetang bersama blogger.. at least boleh bertegu sapa dan berkenalan dengan blogger2 lain..tapi kalo aya, Aya jenis low profile skit.. segan dengan blogger-blogger hebat ni.. 🙂
Tak sempat berbincang banyak dengan bro
salam,,
saya lagi pemalu. kalau pergi mesti tutup muka..haha.. tak berkesempatan pula nak ikuti dunia blog seketika. masa terhad. walaupun sempat update blog tp tk smpt BW.
betul kata kak jie tu, jangan harapkan backlink sahaja wlpun ramai y begitu…heheh..sentiasa belajar dan terus belajar..
terima kasih kembali kerana dapat hadir bro, meriahkan majlis dan juga entri khas ni. alhamdulillah cabutan bertuah anak2 dapat rasa.
waahhhh…seronoknya tengok event macam ni.. tahniah kepada pemenang..
harap satu hari nanti, dapat jumpa juga dengan blogger2 dalam event2 macam ni.
seronok baca artikel pasal sbb nih. baby aslah ke yg pgg patung? cepatnya dia beso. comel dia senyum.
tidak daapt berbual2 dan tangkap gambar dgn bro. tapi kita sudah saling kenal mengenali. jumpa lepas ni in shaa Allah boleh beramah mesra lg
Tahniah kepada 5 pemenang iphone 5 tu. Waa bestnyeeeee! Kekekeke
pasti pengalaman yang tidak boleh dilupa kan bro..??
Wooo, details betul. Thanks for sharing. Salam perkenalan,
heeee… leeza ada kat sana juga… la la la la
leeza yg mana satu ye. teringin juga nak menjelajah kesemua meja..tapi masa sangat cemburu kepada kita semua
semasa perkongsian kisah ttg Gaza memang meremang bulu roma mendengar pengalaman yang dilalui.. sayu pun ada kannn
Dengan membaca entri dan foto-foto yang ditampilkan ini bisa menggambarkan bagaimana suasana dan keceriaan acara Sepetang Bersama Blogger 2013…
Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang menang dalam kontes iPhone 5 tersebut.
Semoga silaturahmi senantiasa berkekalan selepas acara ini aamiin
Catatan yang sangat detail.. Tahniah buat para pemenang.. Tak mengapa Saudara Azrin boleh cuba lagi pada tahun hadapan..
Ramai sungguh blogger yang hadir dan acara2 yang diadakan juga menarik .. Tentu meriah sekali pertemuan ini..
sekurang2nya bro Azrin ada juga menang cabutan bertuah. saya cuma menang tepuk sahaja
satu penceritaan yang penuh erti dan majlis yang ceria hendaknya untuk semua bloggers….
ada rezeki nak gak join…hu hu hu…
Yang penting dapat eratkan silaturahim sesama blogger….hadiah tu kalau dapat kire bonus tue….apapun tahniah bro krn dpt join majlis nie.
Bestnya kalau dapat join event nie 🙂
wahh x sangka ramai jugak blogger yg aktif kat Malaysia ye.
betul.. salah satu tips untuk menjadi penulis blogger berjaya adalah kena rajin membaca dan berilmu =D
semoga dapat bertemu dgn bro donnyien pula di masa akan datang
mudah-mudahan… =D
corat coret yang begitu mengujakan..
AKubiomed memang tinggi gileeee… 😉
tinggi dan slim. mesti ada 6 pack ni
Tinggi tu mmg tinggi..sama mcam prof hariz…tinggi yg amat..rase kerdil aku ni macam hobbit…hahahaha
semalam perasan jugaktag nama “akubiomed” tapi segan giler nak tegur …hehe..
cam gini la blogger kecil2an..komen kat blog org anytime..
tapi bila ada peluang jumpa … hehe.. nak tegur…alamak..segan… 😀
nanti time dayah cerita kat blog,dayah nak curik satu dua tiga gambaq ek…
tq..
😀
lengkap sungguh maklumat puas hati baca.. terbaik la bro. kalau harapkan saya.. habis semua lupa sebab seronok nak candid orang jer kerjanya. haha by the way.. saya pinjam gambar sekeping kat atas ye. gambar masa sesi pendaftaran. terima kasih!
Suadah cuba keluarkan semua. 🙂 Ambil dekat FB group Denaihati saiz lagi besar.
wah. meriahnya…
walaupun trafik ke blog ini agak ciput tapi backlink yang menuju kepadanya sangat tinggi sebab bro akubiomed rajin memberi komen di banyak blog!
SBB2013 ni kita tak kekok sangatkan hehehe…dah ada experience tahun lepas.
Seronoknya melihat kemeriahan SBB2013… Tahniah kepada para pemenang cabutan bertuah dan hadiah Iphone 5.. Semoga semua blogger dapat bekerjasama mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin di Gaza…
Seronok dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger.. tak sempat nak berbual panjang dengan bro semalam… 🙂
saya cuma sempat melihat dari kejauhan melalui gambar-gambar yang ada di sini.
saya juga tidak berkesempatan berbual panjang dengan bro Eizil
Tahniah semua yg berjaya
memang x sia2 pergi ke sana 🙂
wau hebat-hebat. mesti banyak tips yang perserta dapat dari mini forum tu. beruntung siapa yang dapat pergi
smmgnye #SBB2013 sarat dgn xtvt yg berfaedah dr teknik blogging kpd islamik..srnk sgt dpt lpk dgn blogger2 lama dan baru..dpt grow network bak kte denaihati..hihi
kalau ada rezeki boleh la join lain kali..
terbaekk
tahniah, bro
memang ramai yang aku masih belum kenal da jenguk blog mereka
huh meriah tahniah semua….belum sempat join insyallah di lain masa
salam..
ermm..sempat snap jejari runcing ye 🙂
kalau belum berpunya, saya nak rapat juga..he he
Banyak yang saya dapat hari tu..terbaik semestinya
adalah bertemu blogger termasuk Bro sendiri..
maaf lah kalau ada kata-kata saya yang
membuat anda kurang selesa, sbb realiti saya ni
mudah orangnya bila bertemu dan berbicara 🙂
Saya pun minta maaf tak dapat berbual panjang kerana masa pun terhad tetapi dapat jumpa bro Zulbo didalam dunia realiti pun saya sudah gembira.
jejari runcing wajahnya hampir sama dgn wajah isteri broframestone. terima kasih bro Zulkbo kerana tegur saya tempohhari
best tgk semua blogger dpt berhimpun
Tertiba nampak Aaron Aziz versi kurus he…23x
Bro orang yang ke 101 berkata begitu. 🙂
Aaron Aziz?? saper sebut2 nama aku nih?? hahahaha
Entry yg bagus …. Tak sempat nk borak2 lama dgn bro smlm
Tak apa. Ada peluang nanti kita boleh chat lagi. 🙂
aku rasa..gambar yang ko ambil antara yang terlawa..hoho..
Terima kasih bro. Lain kali jumpa boleh belanja cendol. 🙂
usaha yg terbaik dari pasukan Denaihati Network…tahun dpn buat lagi 😀
Mana tahun depan boleh jumpa bro pula. 🙂
Terbaik bro AB!
Rasanya hampir lengkap liputan bro. Tahniah bro.
p.s.gembira Aslah dpt bear…hihi
Cuba ingat kembali apa yang berlaku didalam majlis #SB2013 hampir semua dikeluarkan. 🙂
Jeles….. hehee 🙂
Memang meriah…. Mini forum tu teringin nak dengar.. Ada rakaman tak?
Aduhai tak rakamlah pula.
meriah sungguh. harap SBB2014 nanti dapat join 🙂
Kalau ada umur panjang kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Eden bukan blogger HEBAT … cuma kuat makan je….hehehehe
Hebatlah juga. Tanniah bro menang pakej Kembara Islam.
peluang macam ni bukan selalu ada dan beruntung juga siapa yg dapat luangkan masa 😀
Saya sebenar sudah pelan hendak balik kampung pada hari tersebut. Selepas majlis tamat saya terus ambil famili dan mula perjalanan.
Tak dapat beramah mesra dgn brother Akubiomed
insyaAllah ada event lagi kita borak panjang.. thanks
brother for sharing here..
Waktu mencemburui untuk bersembang panjang. Tarikan Titan yang ajak sembang SEO keyword ‘Cendol’ sukar di tolak. 🙂
Nurmisnan dan ajk lain semuanya sibuk2 belaka. saya juga segan nak menegur kesemua ajk yg bertugas
Memang mantap, wajib diadakan selalu, dapat membina rangkaian blogger yang kuat .
Salah satu cara untuk promosi blog dan meluaskan rangkaian sosial.
Terbaeekkkk…. sepetang yang mengeratkan ukhuwah antara kita semua…
Ya betul bro Kid. 🙂
lepas ni kalau terjumpa di sungai besar..roger2 bro
haha gambo den tertutup la…hahaha…
Majlis yang sangat menarik!
Tak banyak membidik semalam kerana bersembang dengan orang Banting gaya Hafiz AF semalam.
pengisian sepetang bersama denaihati makin hebat
Sesuatu kelainan di #SBB2013.
Terbaik!! sangat meriah dan mengeratkan silaturahim.
Minta maaf tak dapat hendak bersembang dengan kumpulan orang bujang semalam. 🙂