• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati

Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati

16th April 2012 by akubiomed 159 Comments

Pemenang Contest Gadget Impian diumumkan di majlis Sepetang Bersama Blogger.

Pertama kali saya ingin mengucap terima kasih kepada DenaiHati kerana menjemput saya ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dianjurkan oleh DenaiHati dan akhirnya sudah diketahui pemenang Contest gadget impian. Bagi pemenang ia ibarat ‘dream come true’.

Ketika saya memasuki ruang lobby terserempak dua blogger wanita yang bling-bling iaitu Yanmie dan Puan Bee laju sahaja mereka berjalan sehinggakan saya di belakang mereka pun tidak nampak. Saya mengejar dari belakang dan memanggil mereka barulah mereka sedar.

Meja pendaftaran yang diuruskan oleh krew DenaiHati

Saya menghubungi lelaki kacak Azmanisma kerana kami berjanji untuk duduk semeja. Bro Azamnisma terpacul dengan dengan senyuman sambil melambai kepada saya didepan pintu dewan. Saya, Azmanisma, Yanmie, Puan Bee, NorMJ bersama suami dan isteri DenaiHati bersama anak duduk semeja berdekatan meja VIP. Selepas meletak beg sandang, saya tanpa  berlengah lagi megeluarkan kamera DSLR dan mula membidik.

Apa yang mengeletek hati Azmanisma dan Puan Bee hingga ketawa?
Dapat juga snap blogger Ariff Shah. Nampak kurus bila berjumpa secara live.
Duduk dengan semeja dengan juara Yanmie
Azmnisma dengan gaya kacaknya
Blogger otai Eyriqazz, abang Ensem dan Azmanisma

Tayangan video montaj kepada yang hadir

Video montaj Al Ansar Properties
Video montaj eQurban
Video montaj blog DenaiHati
Ucapan Tuan Hj. Muhamad Khanafi Husin Pengarah Urusan Al Ansar Properties
Ucapan Mohd Ilham @ Tuan Hj. Amir Hassan founder blog DenaiHati

Antara kenalan rapat dan warga kerja DenaiHati dipanggil untuk memberi ucapan ringkas.

Eizil telah diberi tanggungjawab rebrand theme blog DenaiHati
Ucapan dari Mr. Kay founder Apesal
Ucapan dari Ariff Shah

Bro Zarul Umbrella mendendangkan 3 buah lagu termasuk lagu baru dari kumpulan Umbrella yang berjudul ‘Sayang Bersebab’

Babak Ombak rindu yang dilakonkan oleh Abang Ensem dan Siti mengamatkan suasana

Abang Ensem pantang dapat mikrofon hendak menyanyi kerjanya

Yanmie penyumbang Affliates tertinggi eQurban

Pemenang- pemenang Contest Gadget Impian

Puan Bee menang iPhone 4S untuk contest Gadget Impian
Yanmie menang iPhone 4S untuk contest Gadget Impian
NorMj, Puan Bee dan Yanmie pemenang Contest gadget impian
Bro Jai lelaki kacak bertuah menang cabutan bertuah Perak 1kg
AkuBiomed bersama Mohd Ilham founder blog DenaiHati
Cikgu Naman menang tiket melancong ke Universal Studio Singapura
AkuBiomed bersama Zarul Umbrella

p/s: Hari ini mencabar betul ambil gambar in door tanpa speedlight dan bateri lemah.

Sila tekan butang kongsi:

  • Menjelang SBB2013 sebagai peserta.
  • Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
  • Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Datin Tyka says

    10th June 2013 at 10:03 am

    kalau dlu DT belajar di Shah Alam je, mesti join event ni.. tp skrg da bole join.. dah duduk rumah senang nak ke mana

    Reply
  2. Hafizul says

    29th October 2012 at 2:21 pm

    wahh seronok jer nmpk diorng ni..hehe

    Reply
    • Datin Tyka says

      10th June 2013 at 10:10 am

      mesti seronok pnye kan

      Reply
  3. zik says

    22nd April 2012 at 4:28 pm

    dapat juga jumpa dengan semua2 otai tue… entah bila berpeluang agaknya… gmbar semua cantik2..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd April 2012 at 6:21 pm

      Ramai blogger yang muda dan senior hadir ke Majlis Sepetang bersama blogger yang dianjurkan oleh bro DenaiHati.

      Reply
  4. Encik Bukit Besi says

    22nd April 2012 at 11:35 am

    fuyoooo..bestnyaaaaa…

    Reply
  5. Ummi Hanie says

    21st April 2012 at 12:14 am

    bertuahnya dapat bergaul dgn bloggers otai.. dapat aura tu 😉

    cantik2 gambar walaupun bateri lemah

    alamak, tingginya Akubiomed 🙂

    Reply
    • Datin Tyka says

      10th June 2013 at 10:17 am

      memang tinggi orangnya sis

      Reply
  6. obat herbal kanker hati says

    20th April 2012 at 9:09 pm

    selamta ea, terus berkaya dan semoga sukses.

    Reply
  7. eiela says

    19th April 2012 at 11:01 am

    mesti seronok jumpa ramai-ramai tuh.

    Reply
  8. suri says

    18th April 2012 at 5:24 pm

    tahniah pd pemenang hee…

    Reply
  9. suri says

    18th April 2012 at 5:19 pm

    best jumpa live hee tapi mana admin blog ini dtg soreng je ker ?

    Reply
  10. kodinz says

    18th April 2012 at 12:13 am

    jeles ngan pemenag-pemenang. 🙂

    Reply
  11. Zarul Umbrella says

    18th April 2012 at 12:02 am

    akhirnya dapat jugak bertemu pemilik akubiomed ni..terima kasih sebab tegur saya bro ..kalau tak mmg saya tak perasan..

    Reply
    • Datin Tyka says

      10th June 2013 at 10:15 am

      kalau event macam ni baru dapat jumpa kan siapa ownernya

      Reply
  12. JAI says

    17th April 2012 at 11:24 pm

    Cissssss…apa daa Azmanisma tak perkenalkan dari awal hari tu yang hang adalah akubiomed..Haduu Hayy..pada hal siap salam lagi..adeyyyy

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 11:45 pm

      Saya kenal bro Jai kerana pernah melihat wajah bro yang famous di blog. 🙂

      Reply
  13. Norasikin says

    17th April 2012 at 9:41 pm

    Bila blogger berjumpa, abis semua keluarkan kamera. Mana yg kamera cokia tu, terpaksa la sorok2 malu

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:42 pm

      Ada yang mengeluarkan telefon bimbit canggih untuk mengambil gambar. 🙂

      Reply
      • suri says

        18th April 2012 at 5:22 pm

        wah masing2 nak bt kenang kenangan

        Reply
  14. tehr says

    17th April 2012 at 9:39 pm

    gambar ok, bro
    tahniah kepada semua pemenang

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:43 pm

      Terima kasih. Saya ada edit sedikit gambar-gambar tersebut.

      Reply
  15. Jebeng Otai™ says

    17th April 2012 at 7:12 pm

    ade sketsa ombak rindu lak..hehe..tahniah kepada pemenang..

    best dpt jumpe blogger2.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:44 pm

      Sketsa Ombak Rindu yang membuatkan suasana dewan menjadi gamat. Saya pula tidak rakam video.

      Reply
  16. ema says

    17th April 2012 at 5:00 pm

    wow, meriahnya…

    tahniah pada pemenang

    Reply
  17. Myra Jay says

    17th April 2012 at 3:35 pm

    Myra dah dapat email tu, TQ tau 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:44 pm

      Sama-sama. 🙂

      Reply
  18. wazy says

    17th April 2012 at 2:56 pm

    Cayalah,rugi tak dapat turut serta

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:44 pm

      Tak apa bro lain kali kita semua boleh berjumpa lagi.

      Reply
  19. Fuza Marquis says

    17th April 2012 at 12:18 pm

    Yes I saw u AkuBiomed!!!!!!
    Tapi segan nak tegur masa gathering ni..

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:45 pm

      Lah kenapa tidak tegur? 🙂

      Reply
  20. wandisini says

    17th April 2012 at 12:16 pm

    meriah…tak dapat pergi sebab kena bekerja hari ahad tu

    Reply
  21. Manan Qayyim says

    17th April 2012 at 11:17 am

    memang meriah event ni… tak rugi datang….

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:54 pm

      Saya berterima kasih kepada bro DenaiHati kerana menganjur majlis ini dapatlah blogger berkenalan antara satu sama lain.

      Reply
  22. rahman says

    17th April 2012 at 8:56 am

    meriah.. lain kali kalau ada kelapangan bolehlah join sekali

    Reply
  23. Dulu Lain Sekarang Lain says

    17th April 2012 at 5:50 am

    wah happening.. tahniah bro. sure enjoy di majlis tu..

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:55 pm

      Sudah tentu gembira dapat berjumpa sahabat yang blogger selalunya berjumpa di blog kali ini secara berdepan. 🙂

      Reply
  24. Luqman Hakim says

    17th April 2012 at 1:13 am

    wah nampak seronok je korang semua, huhu tapi apsal semua ygn sudah berumur ekk? hehe jgn marah, yg muda mudi takde ke?

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:56 pm

      Ramai blogger muda turut hadir mungkin kerana jurukemera ini fokus setempat sahaja. 🙂

      Reply
    • Datin Tyka says

      10th June 2013 at 10:20 am

      walaupun berumur, duit masyukkk tau

      Reply
  25. muazfaris says

    17th April 2012 at 12:46 am

    tanpa speedlight pun gambar tetap lawa la.!

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:56 pm

      Terima kasih bro. 🙂

      Reply
  26. Kak Long Mawar Merah says

    17th April 2012 at 12:43 am

    Wow, memang kacak-kacak dan lawa-lawa belaka blogger di majlis tu ya. Tahniah kepada pemenang.

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:57 pm

      Blogger-blogger boleh tahan dressing ketika menghadiri majlis tersebut. 🙂

      Reply
  27. cikgu naman says

    17th April 2012 at 12:32 am

    saya rasa ketinggian akubiomed ni 183cm..hehe

    wah.dh siap posing dengan tshirt Denaihati lagi

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:57 pm

      He..hee..perasan juga bro t shirt pemerian DenaiHati. 🙂

      Reply
  28. Kamal Mustafa says

    16th April 2012 at 11:38 pm

    wah seronok dapat undangan. semua blogger2 otai yang hadir

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:58 pm

      Semua peringkat blogger hadir termasuk yang tidak ada blog. 🙂

      Reply
  29. benjy says

    16th April 2012 at 11:23 pm

    Kacak nak mampos korang semua ni yerr … 😀 … Benjy dah jelous tahap gaban ni … hahaha 😀 tahniah kepada semua pemenang. Tak sangka Ariff Shah memang hensem tulll …. Akubiomed pun apa kurangnya juga …. Hormat spring kat Tuan Denaihati tu … 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:59 pm

      Saya sedikit kurang kacak berbanding AriffShah dan DenaiHati. 🙂

      Reply
  30. hafidz says

    16th April 2012 at 11:03 pm

    wah~ pengalaman yang best ni . terima juga nak event sebegini 😀

    Reply
    • hafidz says

      16th April 2012 at 11:04 pm

      terima = *teringin

      Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 9:59 pm

      Mana tahu masa hadapan boleh jumpa bro pula.

      Reply
  31. Bro Zulkbo says

    16th April 2012 at 10:58 pm

    salam..
    wahh..mengembirakan bila semua
    gambar blogger dah keluar..tak de
    yang low profile lagi dah..yang penting
    ukhwah sesama blogger..tahniah semua 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 10:00 pm

      Semua sahabat memperkenalkan diri nama dan nama blog bila berjumpa.

      Reply
  32. Nur says

    16th April 2012 at 10:03 pm

    Wah ada event..Dah tentu meriah kan…
    Tahniah utk semua pemenang.. mereka memang bertuah dapat gadjet impian.. Boleh tahan tinggi juga saudara.. (Mungkin lepas ni giliran penulis blog ni pula untuk naik pentas terima hadiah..)

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2012 at 10:01 pm

      Ameen, kalau ada rezeki di masa hadapan saya terima dengan tangan terbuka. 🙂

      Reply
  33. Azman Ishak says

    16th April 2012 at 8:36 pm

    akhirnya kita jumpe gak kan. ehehehe… nanti ade masa kita pergi outing plak 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 9:43 pm

      Insyallah boleh pergi outing sambil menuntut ilmu dengan bro. 🙂

      Reply
    • adamfaiz says

      17th April 2012 at 11:05 am

      Aku pun nak ikut… kita lum jumpa lagi bro… 🙂

      Reply
  34. Man says

    16th April 2012 at 8:35 pm

    tipulah kalau kata tak jeles..comel je kak yanmie hehe.

    Reply
  35. titan says

    16th April 2012 at 7:50 pm

    huhu..dengki aku tengok gambar ni. haha..

    Reply
  36. akhiyy says

    16th April 2012 at 6:55 pm

    perhh..sume otai2 berkumpul..mesti best kan..

    Reply
  37. dzuandiey says

    16th April 2012 at 6:41 pm

    seronoknya dapat jumpa otai2 tuuuuuuuuu…bila la dapat jadi gini..hehe

    Reply
  38. dzuandiey says

    16th April 2012 at 6:32 pm

    meriah btol majlis nya…fuhhh…

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:53 pm

      Memang meriah terutama babak dari filem Ombak Rindu yang dilakonkan semula oleh blogger. 🙂

      Reply
  39. papa mifz says

    16th April 2012 at 5:25 pm

    semuo yg attend tuh mesti semuo nyer otai2 kan…

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:29 pm

      Semua peringkat ada. Ada yang belum ada blog pun hadir. 🙂

      Reply
      • dzuandiey says

        16th April 2012 at 6:33 pm

        wah..menarik..

        Reply
    • dzuandiey says

      16th April 2012 at 6:33 pm

      confirm dah otai2 belaka..hehe

      Reply
  40. anif says

    16th April 2012 at 5:06 pm

    Hebat-hebat! 😀 Tahniah pada yang menang!

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:30 pm

      Hadiah cabutan bertuah yang dimenangi oleh bro Jai berapa bar perak seberat 1kg yang bernilai RM6k++

      Reply
  41. puanbee says

    16th April 2012 at 4:04 pm

    Salam , haha saya pun tak tahu gelakkan apa dengan azman tu hahaha ..

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:31 pm

      Dapat juga ambil gambar kandid Puan Bee dan Asmanisma. 🙂

      Reply
  42. mie says

    16th April 2012 at 3:22 pm

    semua top blogger ni…
    hebat hebat..
    memang hebat…
    ehehee

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:31 pm

      Semua peringkat blogger yang hadir.

      Reply
  43. puteri says

    16th April 2012 at 2:48 pm

    whoaaa BESH3!!!!!

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:32 pm

      Kali ke 2 saya hadir majlis berjumpa blogger.

      Reply
  44. fiezaradzi says

    16th April 2012 at 2:42 pm

    menariknya gambar2, dapat rasa kemeriahannya walau pun tak dapat hadir. rasa rugi plak tak dapat ikut serta.. tahniah pada yg menang..

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:32 pm

      Memang meriah terutama babak filem Ombak Rindu antara abang Ensem dan Siti.

      Reply
  45. hafizmd says

    16th April 2012 at 2:19 pm

    Terbaik! Terima kasih bro AB berkongsi bidikan gambar2 ni. Walau tanpa speedlight, gambar masih puas hati utk tatapan kami.

    Best!

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:33 pm

      Terima kasih. Banyak juga gambar yang tidak jadi sesuatu yang dipelajari apabila hendak membidik indoor.

      Reply
  46. auc says

    16th April 2012 at 2:11 pm

    pergghhhh tabik semua tu

    Reply
  47. Ammar says

    16th April 2012 at 1:31 pm

    Baru kenal founder Denaihati. Huhuhuhu. Dia ni penulis Denaihati jgk ke?

    Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:19 pm

      Rasanya, dialah tulang belakang DH. Itulah orangnya. Betulkan Bro AB?

      Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:33 pm

      Betul beliau adalah penulis blog DenaiHati.

      Reply
  48. nurmisnan says

    16th April 2012 at 1:19 pm

    Alhamdulillah.. seronok tgk semua pemenang dapat gadget impia mereka.

    Control macho ler plak brother Amir.. hik3.. Kau tinggi jugak yer brother..
    5′ 10 ada?

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:34 pm

      Apa bila tinggi berdiri sebelah orang sudah rupa macam galah. 🙂

      Reply
  49. Amirez says

    16th April 2012 at 1:05 pm

    best nampaknya. ramai blogger hebat yang join. sayang tak dapat join semalam. tahniah kepada semua pemenang

    Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:21 pm

      InsyaAllah bro. Lain kali, kita terjah reramai =)

      Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:34 pm

      Bro sudah dekat boleh hadir. Mungkin sudah hendak balik kot.

      Reply
      • Amirez says

        17th April 2012 at 2:13 pm

        jangan lupa ajak nanti kalau ada lagi event ni. takut terlepas pandang 🙂

        Reply
  50. niknormasitah says

    16th April 2012 at 12:06 pm

    salam singgah. saya adalah lagi seorang perempuan yang bersama dengan puan bee dan kak yan time akubiomed menegur mereka.perasan? hehe:)

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:35 pm

      Oh ye ker maafkan saya sebab baru pertama kali jumpa. 🙂

      Reply
  51. Nurul says

    16th April 2012 at 11:50 am

    Semalam pun nurul dtg jugak.. x camlah.. tgk gambar baru tahu..

    tapi semalam satu event yang sangat best.. penuh dgn majlis ilmu.. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:35 pm

      Nurul duduk sebelah mana?

      Reply
  52. Hafizul says

    16th April 2012 at 10:32 am

    Tumpang gembira jer….Hehe

    Reply
  53. yas says

    16th April 2012 at 10:26 am

    Tahniah kepada semua pemenang…satu acara yg sangat menarik nih…

    Reply
  54. azmanisma says

    16th April 2012 at 9:54 am

    adoi..berpeluh2 baru lepas makan ubat demam,gagah jugak pergi he3..

    Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:23 pm

      Bro Azman nampak steady jer…terbaiklah!

      Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:36 pm

      Bro dalam demam-demam masih gagah hadir untuk menjayakan Majlis sepetang bersama blogger anjuran DenaiHati.

      Reply
  55. zool says

    16th April 2012 at 9:32 am

    Tahniah lah … dapat jumpa mereka2 yang hebat..

    Reply
  56. donnyien says

    16th April 2012 at 9:29 am

    Meriah betul majlis sepetang anjuran Denaihati , walaupun tidak berkesempatan ke majlis ni, don tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada semua yang menang ipad, memang berbaloi usaha mereka selama ini.Tahniah!

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:38 pm

      Rasanya pemenang Contest Gadget impian ada yang menang Samsung Galaxy Note, iPhone 4S dan kamera DSLR Nikon D90.

      Reply
  57. Affan Ruslan says

    16th April 2012 at 9:25 am

    Gila meriah, suma mak-mak dan bapak-bapak budak je blogger ni semua. Segan lak kalau datang, kecik kemetot + single lagi 😆

    Reply
    • azura says

      16th April 2012 at 3:17 pm

      itulah segan kan nak pergi event

      Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:38 pm

      Ada blogger muda yang hebat-hebat pun hadir juga.

      Reply
  58. segalabenda says

    16th April 2012 at 8:58 am

    tahniah kepada pemenang gadjet impian..bestnya kalau berada di situ bersama

    Reply
  59. Cikgu Hairul says

    16th April 2012 at 8:53 am

    Meriahnye.. tahniah kepada pemenang

    Reply
  60. Eizil says

    16th April 2012 at 8:51 am

    Setelah sekian lama, akhirnya semalam bersua muka juga ngan bro… hehehe, ada kesempatan lain boleh berjumpa lagi

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:39 pm

      Insyallah kita akan berjumpa dengan Eizil di dunia realiti.

      Reply
  61. yanmie says

    16th April 2012 at 8:47 am

    PuanBee macam tak happy je menang hahahhaa, ehhh banyaklah pulak nak komen 😀

    Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:24 pm

      Tahniah kak yan! =)

      Reply
    • puanbee says

      16th April 2012 at 4:07 pm

      ada pulak tk happy kak , happy sgt tp hanya mampu tersenyum , kang kalau lopmat org kata apa pulak kuikui

      Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:39 pm

      Belum sempat bidik kamera Puan Bee sudah hendak turun. 🙂

      Reply
  62. yanmie says

    16th April 2012 at 8:46 am

    Suka tengok gambar puanbee dan azmanisma hahhahaa, agaknya apa ye yang diorang gelak kan tu?? hahaa, tengok pun dah kelakar 😛

    Reply
    • azmanisma says

      16th April 2012 at 9:55 am

      saya teringat ada org kata muka saya sama dgn dia,tu yg gelak tu he3..

      Reply
      • yanmie says

        16th April 2012 at 11:54 am

        hahahaa yeker??? ok kakyan tengah gelak ni hahahhaa 😀

        Reply
      • puanbee says

        16th April 2012 at 4:08 pm

        hahaha adik beradik dulu2 terpisah kot .. adoiyai ..

        Reply
      • akubiomed says

        16th April 2012 at 6:40 pm

        Baru nak kata macam adik beradik tetapi sebenarnya bukan. 🙂

        Reply
  63. yanmie says

    16th April 2012 at 8:43 am

    Salam,

    Seronok dapat jumpa, maaf ye kot2 ada terkasar atau tersalah bahasa sepanjang pertemuan.

    Yang bestnya event ni dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, best sangat dapat kenal yang lain2 😀

    Bis kad AB memang cun, balik rumah belek semua bis kad yang saya dapat hahahaa takde keje betul 😛

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:41 pm

      Terima kasih. Dapat jumpa semua blogger di dunia realiti.

      Reply
  64. ProfHariz says

    16th April 2012 at 8:08 am

    Ruginya saya tak dapat hadir 🙁

    Bro tinggi berapa ye?

    Reply
    • yanmie says

      16th April 2012 at 8:35 am

      uikkk tinggi tau, rasanya sama tinggi dengan suami akak ni 😀

      Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:27 pm

      Nak kena join jugak lain kali ni…rugi rugi…huuu

      ps-akupun nak tanya soklan sama…tinggi jugak bro AB ni..macam model =)

      Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:41 pm

      Aduhai kenapa tanya ketinggian saya? Ada job untuk modeling? 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        17th April 2012 at 5:13 pm

        kot2 ada sambungan ombak rindu 2….hehehehe

        Reply
        • akubiomed says

          17th April 2012 at 9:38 pm

          Oh tak sanggup. 🙂

          Reply
      • Hazmin Hamudin says

        17th April 2012 at 8:02 pm

        Wah… Ramai yang tegur pasal ketinggian. Boleh tambah cabang pendapatan sebagai modelling ni.

        Reply
  65. Hazmin Hamudin says

    16th April 2012 at 7:44 am

    Bertuah dapat join event besar macam ni. Tahniah kepada pemenang..

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:47 pm

      Bro DenaiHati seorang pemurah macam-macam goodies yang antaranya buku, t shirt, key chain dan sebagainya.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        17th April 2012 at 8:01 pm

        Memang betul2 bro DenaiHati menggunakan blog sepenuhnya untuk jana pendapatankan. Memang boleh dicontohi.

        Reply
  66. Juan says

    16th April 2012 at 6:18 am

    adoiiiii, jeles betullah saya x dapat join ke majlis tuh, waaaaaaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      16th April 2012 at 7:45 am

      tu la… best kalau dapat berjumpa sesama blogger ni. Mesti banyak cerita yang nak dikongsikan.

      Reply
      • hafizmd says

        16th April 2012 at 2:30 pm

        agaknyalah kan…kalau ade yg nak buat sesi taa’ruf sesama kita, ada yg nak join ke?

        Reply
      • akubiomed says

        16th April 2012 at 6:48 pm

        Biasalah apabila sudah berjumpa macam cerita di kongsikan.

        Reply
  67. azura says

    16th April 2012 at 6:02 am

    tahniah akubiomed

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:48 pm

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  68. Zida says

    16th April 2012 at 4:50 am

    bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! jeles jugak tengok tapi bila fikir balik, buat pe nak jeles kan. hehe tahniah pada semuaaaa 😀

    Reply
  69. Myra Jay says

    16th April 2012 at 2:16 am

    Cantik semua gambar yang diambil.. 🙂

    Tahniah pada semua & tahniah juga pada DH

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:49 pm

      Terima kasih. Lepas ini gambar MJ lebih cantik sebab sudah menang Contest gadget impian berupa kamera DSLR Nikon D90.

      Reply
      • Myra Jay says

        16th April 2012 at 10:26 pm

        Heheee, insyaAllah, tp tak berapa pandai lagi,banyak nak kena belajar 🙂

        Reply
  70. Mus says

    16th April 2012 at 2:13 am

    rasa sangat cemburu bila melihat rakan-rakan blogger dapat berjumpa..

    Reply
  71. Fahmi Raazali says

    16th April 2012 at 1:49 am

    Ariff Shah bagi ucapan tentang apa?

    Saya setakat ini tak pernah lagi pergi ke sebarang event blogger… 🙂

    Insyaallah ada rezeki akan berkunjung 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:50 pm

      Bro Ariff Shah ini agak pemalu orangnya disebalik mempunyai ilmu yang tinggi.

      Reply
      • wandisini says

        17th April 2012 at 12:17 pm

        ariff shah ni yang design widget mashable social plugin tu kan

        Reply
        • akubiomed says

          17th April 2012 at 10:26 pm

          Saya rasa bukan. Beliau selalu menjadi penulis jemputan di blog DenaiHati berkongsi ilmu SEO.

          Reply
    • Datin Tyka says

      10th June 2013 at 10:18 am

      insyaAllah next event kita join bersama ya

      Reply
  72. faizfakhirin says

    16th April 2012 at 1:13 am

    wohohoho..bestnya event camni…bleh kenal lagi dekat…tukar pandangan…

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:52 pm

      Terasa sekejap sahaja masa berlalu.

      Reply
  73. chii says

    16th April 2012 at 1:11 am

    seronoknya..mungkin lepas ni boleh di anjurkan lagi..

    errr…kay orange ke founder apesal.com. aduhai..camne la chii bleh x perasankan dia..ehehe

    apa pun tahniah buat smua pemenang contest denaihati =)

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 6:28 pm

      Chii kenal Mr. Kay sebelum ini?

      Reply
      • mrkay says

        18th April 2012 at 2:44 pm

        Chii tu senior aku kat MMU dulu. antara blogger terawal kenal dan kita org selalu pegi dinner ramai2 dgn blogger2 MMU dulu. hehehe

        Reply
        • chii says

          18th April 2012 at 11:59 pm

          hehehe..betul la tu =) kenangan bersama kronikus..yg xkan dilupakan sampai bila2

          Reply
    • mrkay says

      18th April 2012 at 2:45 pm

      tak, bukan. bukan saya. saya co-founder je yg jaga bahagian teknikal. hehe.

      Reply
      • chii says

        18th April 2012 at 11:59 pm

        owh..kiranya org kuat juga ar ni. aduhai..camne la leh x perasankan kaler oren yg da menjadi trademark kay :p

        Reply
        • mrkay says

          19th April 2012 at 10:46 am

          kay join apesal lepas beberapa bulan dia start. dari sblm tu lagi dah mmg oren sbb founder lagi sorg pon suka oren :p

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in