• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013

Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013

27th January 2013 by akubiomed 133 Comments

Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 membawa mesej ‘ReBuild Gaza for a Nation’.

Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih dan rasa bertuah dijemput ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Setinggi penghargaan kepada tuan blog Denaihati dan tim bertungkus lumus membuat persiapan majlis mengumpul blogger dari serata tanah air dan kehadiran blogger dari Nusantara untuk menjayakan majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013.

sepetang bersama blogger

Secara ringkas penganjuran #SBB2013 edisi kali ke 2 boleh dikatakan berjaya walaupun terlajak 1 jam dari masa atur cara yang dirancangkan. Kehadiran blogger dari pelusuk tanah air tanpa mengenal latar belakang samada yang baru, lama, otai dan pelbagai niche blog memberi warna kepada majlis ini.

Blogger mendaftar nama dikaunter pendaftaran
Kaunter pendaftaran di urus oleh Melastik Bintang bersama Nurmisan Kongsi Bersama Nora.
Semeja dengan blogger hebat Shakiddo, Eyriqazz, Hazman Fadzil, Zarul Umbrella, Uncel Gedek.
Zulbo, Hafizmd, Abang Ensem, ProfHariz
Hafizmd, ProfHariz, Izzuddin Fauzi
Karl Shafiq sebagai pengacara majlis #SBB2013
Kata-kata aluan dari penganjur #SBB2013 dan juga founder blog DenaiHati
Zarul Umbrella The Singing Blogger persembahan mantap dapat hadiah iPad mini
Boni kacak dan Zaru Umbrella bernyanyi secara berduet. You guys hebat on stage.

Saya sudah boleh menganggak hadiah cabutan bertuah boleh dikatakan sehebat atau grand dari hadiah contest ‘iPhone 5 gadget impian‘ berdasarkan pengalaman menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati edisi pertama. Memasang impian sekurang-kurang hendak membawa balik iPad mini atau Pakej Kembara Muslim Kemboja. Nampaknya cabutan tidak menyebelahi saya walaupun tetap berterima kasih menang cabutan bertuah sebanyak 2 kali untuk patung yang diberikan kepada baby Aslah dan ubat minda untuk Abang Koning. Terima kasih kepada penaja untuk hadiah tersebut.

Antara hadiah dan cabutan bertuah yang ditawarkan
Hadiah cabutan bertuah patung beri pada baby Aslah
Hadiah cabutan bertuah ubat minda beri kepada Abang Koning

Biasalah kalau berjumpa blogger mesti ada perasan malu-malu dan saya awal-awal lagi sudah buangkan perasaan malu tersebut dengan menegur sapa walaupun tidak semua meja saya dapat kunjungi. Maklumlah blog AkuBiomed ini bukan hebat mana pun dengan trafik yang ciput.

Gambar kandid bidikan ala paparazzi.

shakiddo dan zarul umbrella
Uncle Gedek tunggu turn nak naik pentas
Jejari runcing
Sharidawati pemenan iPhone 5.
Roshidayu bersama Zarul Umbrella
Aman Firdaus dari Amanz
Produk baru Denaihati TV

Segmen mini forum menarik perhatian saya walaupun baru pertama kali diperkenalkan didalam majlis Sepetang Bersama Blogger edisi ke 2 ini. Panel gabungan blogger baru dan lama manakala moderator pula adalah Abang Ensem dan BroFramestone. Yang menarik perhatian saya adalah nasihat Kak Jie sarankan untuk menjadi blogger perlu rajin membaca dan berilmu. Komunikasi penting bukan sekadar meninggalkan komen untuk mendapatkan backlink semata-mata. Saya akan ingat pesanan yang diberikan walaupun kadang-kadang masa terhad untuk memberi maklum balas komen yang ditinggalkan sebuah blog kerana komen panjang berjela hendak mencelah pun tak tahu dekat mana. Harap segmen mini forum ini kalau diadakan pada masa hadapan dapat diperkemaskan lagi.

Mini forum sesi pertama dengan panel Kak Jei, Noehas dan Abang Nara dan moderator Abang Ensem
Mini forum sesi kedua bersama Yuyu Zulaikha, Ikhwan CEO Amanz dan Abang Iwan.

5 pemenang contest iPhone 5 Gadget Impian diumumkan.

Tanniah kepada semua pemenang contest iPhone 5 gadget impian iaitu Akma Omar, Sharidawati, Chekgu Naman, Eyriqazz dan CheeseMaz(yang tak hadir kerana berada dihospital setelah mengalami musibah menjadi mangsa ragut).

Hadiah cabutan bertuah yang grand.

Tanniah kepada Hazmin Fadzil dan Nurul Siezuka menang pakej Package Kembara Muslim Kemboja dan Vietnam.

Kejutan untuk Top Komentator blog Sweet Kurma.

Tanniah kepada Azmanisma telah membawa balik jongkong emas 10gram untuk Top Komentator untuk blog Sweet Kurma.

Pakai t shirt Denaihati yang dapat dari #SBB2013. Isteri kata macam gaya Aaron Aziz. 🙂

Blogger #SBB2013 telah dilantik sebagai media rasmi untuk program realiti ‘ReBuild Gaza for a Nation’.

Suasana di dewan hotel Singgahsana tiba-tiba menjadi hening apabila terpaku mendengar perkongsian pengalaman hidup dan mati oleh Sani Araby Al-Kahery(Malaysian Consultative Council for Islamic NGOs (MAPPIM)) berkongsi rentetan konflik dan suasana perang yang berlaku di Gaza baru-baru ini. Beliau sendiri berada ditengah-tengah medan perang cuba mengambarkan secara terperinci apa yang berlaku di Gaza.

Blogger sebagai media rasmi program realiti ‘ReBuild Gaza for a Nationa’

Setiap kita mempunyai peranan untuk membantu saudara kita se-islam yang menderita sekian lama di bumi Palestin. Bantuan boleh dihulurkan tidak semestinya dengan mengangkat senjata atau bantuan dana tetapi boleh mengunakan media sosial dengan berkongsi apa yang berlaku di bumi Gaza kepada masyarakat dan menjadikan ia viral.

Saya difahamkan Dr Che Rozmey telah menyumbang RM20 juta dalam tempoh 5 tahun secara berperingkat untuk pembinaan Masjid Nour Ar Rozmey di Khan Yunis, Gaza.  2 selebriti terkenal iaitu angkasawan Islam pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan pengarah terkenal Afdlin Shauki akan terlibat didalam pembikinan program realiti ‘ReBuild Gaza for a Nation’.

Sani Araby Al-Kahery
  • Facebook: Sani Araby Al-Kahery
  • YouTube: Sani Araby
  • Vimeo: Sani Araby
  • MAPIM

Terlalu banyak hendak dicoretkan apa yang berlaku #SBB2013. Salam siaran dari kampung – AkuBiomed.

  • Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta
  • Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
  • Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Aniq Bukhary says

    26th January 2014 at 12:46 am

    Sayang sekali saya miss moment penting nie.. x tau pun pasal event nie tahun lepas

    Reply
  2. Pondok Papan says

    16th February 2013 at 1:31 am

    Meriah betul kan SBB2013 ni..hehe..semoga blog korang semua akan bertambah mantap dan sukses selalu..

    Reply
  3. muazfaris says

    14th February 2013 at 4:40 am

    banyak nye gambar. best !

    Reply
  4. Bang Iwan says

    8th February 2013 at 4:39 pm

    Meskipun cuman sempat jabat tangan saja… yang penting sudah bisa bertemu langsung. Semoga ada waktu luang yang lain untuk bisa berbual.

    Reply
  5. iAfiq says

    5th February 2013 at 8:33 pm

    wah meriahnya.hehe satu hari nanti sy pon nak sertai jugak

    Reply
  6. boni kacak says

    4th February 2013 at 6:33 pm

    memang meriah gila majlis pada petang tu..sangat2 best.hehehehe.. rasa macam nak undur masa je..

    bro, ngam2 muat kan tshirt tu..den punya beso kemain..hehehe

    Reply
  7. Nurul says

    4th February 2013 at 11:01 am

    Meriah sangat kan SBB2013, dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger..

    Biomed mana story terbaru, cam dah 1 minggu x update nih.. hehehe 🙂

    Reply
  8. topijerami90 says

    4th February 2013 at 8:49 am

    perh, ramainya otai2 kat majlis 2…
    tak tau plak ada majlis tersebut

    Reply
  9. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd February 2013 at 6:55 pm

    Nampak enjoy sakan semua. Good for you all. Terima kasih sebab berkongsi gambo ni bro. Dapat juga kawe lihat blogger-blogger top di Malaysia. Hensem dan jelita kebanyakkannya yek? 😀

    Reply
  10. Norasikin says

    2nd February 2013 at 3:27 pm

    Banyak betul ilmu bermanfaat yg bro dapat

    Reply
  11. hairulafiz says

    1st February 2013 at 3:04 pm

    tahun depan pasti lebih meriah dgn kehadiran blogger baru

    Reply
  12. yas says

    1st February 2013 at 12:12 pm

    Insyaallah kalau ada rezeki nanti aku pun akan join gak….hrtu agak bz la bro…:)

    Reply
  13. bitt says

    31st January 2013 at 10:03 pm

    sangat lengkap! syabas 🙂

    Reply
  14. Mama Murai says

    31st January 2013 at 1:14 am

    terima kasih di atas laporan, at least boleh juga saya tengok muka-muka pemblog terkenal dalam gambar tu.

    Reply
  15. Slik says

    30th January 2013 at 11:44 pm

    Wah…program mantap dan dihadiri blogger-blogger hebat. Semoga ia akan beri impak positif kepada dunia blogging Malaysia.

    Reply
  16. suri says

    30th January 2013 at 10:56 pm

    wah huu..begitu ramai yang berkumpul tahnih sb berjaya dg misi kali ini

    Reply
  17. Dr Fuh says

    30th January 2013 at 4:02 pm

    wah meriahnya suasana sekitar #SBB2013. Rasa rugi pulak tak join

    Reply
    • suri says

      30th January 2013 at 10:57 pm

      kalu dekat best..tapis y pun ada hal yg tak dpt dielakkan huu..

      Reply
  18. hairulafiz says

    30th January 2013 at 3:29 pm

    tahniah kepada pengajur kerana menganjurkan majlis seumpama ini…

    Reply
    • suri says

      30th January 2013 at 10:59 pm

      majlis meriah bukan mudha nak tgok bloger dr jarak dekat

      Reply
  19. wazy says

    30th January 2013 at 10:46 am

    Meriah sangat-sangat,rugi plak arsanya tak dapat turut serta sekali

    Reply
    • suri says

      30th January 2013 at 11:00 pm

      wazy pi mana sb tak dtg heee..urusakn kerja2 part time kr

      Reply
  20. Dkna Abza says

    30th January 2013 at 9:31 am

    meriahnyaaaaa… jelesnya dkna tengok entry rakan bloger asyik bercerita SBB2013

    Reply
  21. Ummi Hanie says

    30th January 2013 at 12:18 am

    mmg jeles tgk kemeriahan majlis SBB2013 tu… jeles sbb x dapat join…

    apapun tahniah kpd semua pemenang… sy mmg x letak harapan tinggi pun utk mng, so x rasa apa2lah walau xmng…

    sampai 2 kali mng cabutan bertuah tu, maknanya mmg ada luck 😉

    Reply
    • suri says

      30th January 2013 at 10:58 pm

      insyallah ada rezeki tahun depan agaknya nnti

      Reply
      • Ummi Hanie says

        3rd February 2013 at 12:45 am

        insyaAllah suri… amin amin….

        Reply
  22. Ezad Skytech says

    30th January 2013 at 12:13 am

    sgt2 bermakna event ni..harap dpt join lagi jika ada peluang…:D

    Reply
  23. Mus says

    30th January 2013 at 12:03 am

    hadiah dari penganjur juga mantap-mantap belaka. Untung siapa yang memang.

    Reply
  24. Mus says

    30th January 2013 at 12:02 am

    untunglah bagi yang dapat menyertainya..

    Reply
  25. munir ardi says

    29th January 2013 at 11:33 pm

    akhirnya dapat lihat langsung admin Akubiomed rasa bertuah meski hanya bersalaman saja cukuplah untuk mengobati rasa rindu dari jauh , he he aku pun sama beroleh minda aktif

    Reply
  26. suraya says

    29th January 2013 at 11:08 pm

    laporan yang mantap.. baca ni pn dah boleh menggambarkan kemeriahan #SBB2013.
    suke baby Aslah dpt kwn baru.. 😀

    Reply
  27. hafidz says

    29th January 2013 at 10:49 pm

    Harap dapat juga la join event sebegini masa akan datang ni. Serius, memang tgh sibuk sangat pada awal tahun 2013. Fuh~
    P/S: fulamak memang bro akubiomed ada gaya Aaron Aziz la hehe 😛

    Reply
  28. Nurul says

    29th January 2013 at 7:02 pm

    Meriah sangat kan… Aloo comelnyer teddy bear 🙂

    Reply
  29. Hafizul says

    29th January 2013 at 4:32 pm

    Hehe..pertama sekali nak kata, cantik gambar yang bro ambil ni..kedua nak kata, sy kecewa sebab tak dapat berjumpa dengan bro..ketiga nak kata, tahniah pada semua yang hadir ke majlis ni..huhu

    Reply
  30. hatiputera says

    29th January 2013 at 11:37 am

    meriahnya sbb2013 nie. Rugi HP tak dapat pergi.

    Reply
  31. nazray says

    29th January 2013 at 10:41 am

    seronok, rasa nak join, tapi masih baru, ade rezeki adalah. 😀

    Reply
    • hafizmd says

      29th January 2013 at 3:08 pm

      InshaaAllah, moga ada peluang tu nanti…

      Ramai juga yg datang #sbb2013 adalah blogger yg pertama kali datang event camni, tp hilang sikit rasa gugup sbb otai2 blogger semuanya sporting dan ramah =)

      Reply
  32. Denaihati says

    29th January 2013 at 10:35 am

    terima kasih kerana dapat hadir bro, meriahkan majlis dan juga entri khas ni.

    Reply
  33. ProfHariz says

    29th January 2013 at 10:13 am

    Orang yang pertama saya jumpa ketika nak masuk hotel adalah bro. Tapi muka bro serius sangat. Segan saya >.<

    Reply
    • hafizmd says

      29th January 2013 at 3:09 pm

      Muka mmg nmpak serius, tp serius bro AB peramah orgnye =)

      Reply
  34. kozumi_ro says

    29th January 2013 at 2:47 am

    Ahak walau pun hadir tpi x dapat juga bersembang ngan bro..insyallah lau ada rezeki kita akan bersua jua..^^

    Reply
  35. Sop says

    29th January 2013 at 12:10 am

    program yg cukup “cun”
    rudi sgt sbb x dapat join.. huhuhu

    Reply
    • Hafizul says

      29th January 2013 at 4:36 pm

      sama la ngn saya sop..lepas baca artikel rakan blogger semua berkenaan majlis tu, rasa menyesal pun ada..huhu

      Reply
  36. hairulafiz says

    28th January 2013 at 11:35 pm

    ramai yg hadir. kalau saya mesti segan punya…

    Reply
    • hafizmd says

      29th January 2013 at 3:14 pm

      Mesti hilang segannya bro…sbb semua jadi ramah…hehe

      Reply
  37. Aya says

    28th January 2013 at 11:19 pm

    waa.. seronoknya akubiomed dapat join sepetang bersama blogger.. at least boleh bertegu sapa dan berkenalan dengan blogger2 lain..tapi kalo aya, Aya jenis low profile skit.. segan dengan blogger-blogger hebat ni.. 🙂

    Reply
  38. Dawaihati says

    28th January 2013 at 10:52 pm

    Tak sempat berbincang banyak dengan bro

    Reply
  39. syira says

    28th January 2013 at 10:49 pm

    salam,,

    saya lagi pemalu. kalau pergi mesti tutup muka..haha.. tak berkesempatan pula nak ikuti dunia blog seketika. masa terhad. walaupun sempat update blog tp tk smpt BW.

    betul kata kak jie tu, jangan harapkan backlink sahaja wlpun ramai y begitu…heheh..sentiasa belajar dan terus belajar..

    Reply
  40. Denaihati says

    28th January 2013 at 10:09 pm

    terima kasih kembali kerana dapat hadir bro, meriahkan majlis dan juga entri khas ni. alhamdulillah cabutan bertuah anak2 dapat rasa.

    Reply
  41. Kimmy says

    28th January 2013 at 10:05 pm

    waahhhh…seronoknya tengok event macam ni.. tahniah kepada pemenang..

    Reply
  42. ainina jelani says

    28th January 2013 at 9:58 pm

    harap satu hari nanti, dapat jumpa juga dengan blogger2 dalam event2 macam ni.

    Reply
  43. eiela says

    28th January 2013 at 9:17 pm

    seronok baca artikel pasal sbb nih. baby aslah ke yg pgg patung? cepatnya dia beso. comel dia senyum.

    Reply
  44. Ladfe Amir says

    28th January 2013 at 6:18 pm

    tidak daapt berbual2 dan tangkap gambar dgn bro. tapi kita sudah saling kenal mengenali. jumpa lepas ni in shaa Allah boleh beramah mesra lg

    Reply
  45. Qashmere says

    28th January 2013 at 4:23 pm

    Tahniah kepada 5 pemenang iphone 5 tu. Waa bestnyeeeee! Kekekeke

    Reply
  46. papa mifz says

    28th January 2013 at 3:11 pm

    pasti pengalaman yang tidak boleh dilupa kan bro..??

    Reply
  47. Rabia Sensei says

    28th January 2013 at 2:03 pm

    Wooo, details betul. Thanks for sharing. Salam perkenalan,

    Reply
  48. Leeza dayasari says

    28th January 2013 at 11:47 am

    heeee… leeza ada kat sana juga… la la la la

    Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:20 pm

      leeza yg mana satu ye. teringin juga nak menjelajah kesemua meja..tapi masa sangat cemburu kepada kita semua

      Reply
  49. Mak Dara says

    28th January 2013 at 10:59 am

    semasa perkongsian kisah ttg Gaza memang meremang bulu roma mendengar pengalaman yang dilalui.. sayu pun ada kannn

    Reply
  50. Blog Keperawatan says

    28th January 2013 at 10:31 am

    Dengan membaca entri dan foto-foto yang ditampilkan ini bisa menggambarkan bagaimana suasana dan keceriaan acara Sepetang Bersama Blogger 2013…
    Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang menang dalam kontes iPhone 5 tersebut.
    Semoga silaturahmi senantiasa berkekalan selepas acara ini aamiin

    Reply
  51. Nur says

    28th January 2013 at 10:00 am

    Catatan yang sangat detail.. Tahniah buat para pemenang.. Tak mengapa Saudara Azrin boleh cuba lagi pada tahun hadapan..

    Ramai sungguh blogger yang hadir dan acara2 yang diadakan juga menarik .. Tentu meriah sekali pertemuan ini..

    Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:21 pm

      sekurang2nya bro Azrin ada juga menang cabutan bertuah. saya cuma menang tepuk sahaja

      Reply
  52. sukma says

    28th January 2013 at 9:31 am

    satu penceritaan yang penuh erti dan majlis yang ceria hendaknya untuk semua bloggers….
    ada rezeki nak gak join…hu hu hu…

    Reply
  53. yas says

    28th January 2013 at 9:25 am

    Yang penting dapat eratkan silaturahim sesama blogger….hadiah tu kalau dapat kire bonus tue….apapun tahniah bro krn dpt join majlis nie.

    Reply
  54. Wann says

    28th January 2013 at 6:35 am

    Bestnya kalau dapat join event nie 🙂

    Reply
  55. Fey Roslan says

    28th January 2013 at 5:18 am

    wahh x sangka ramai jugak blogger yg aktif kat Malaysia ye.

    Reply
  56. donnyien says

    28th January 2013 at 3:57 am

    betul.. salah satu tips untuk menjadi penulis blogger berjaya adalah kena rajin membaca dan berilmu =D

    Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:22 pm

      semoga dapat bertemu dgn bro donnyien pula di masa akan datang

      Reply
      • donnyien says

        28th January 2013 at 10:53 pm

        mudah-mudahan… =D

        Reply
  57. ciklaili.com says

    28th January 2013 at 2:01 am

    corat coret yang begitu mengujakan..

    Reply
  58. Nadot says

    28th January 2013 at 1:48 am

    AKubiomed memang tinggi gileeee… 😉

    Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:22 pm

      tinggi dan slim. mesti ada 6 pack ni

      Reply
      • hafizmd says

        29th January 2013 at 3:18 pm

        Tinggi tu mmg tinggi..sama mcam prof hariz…tinggi yg amat..rase kerdil aku ni macam hobbit…hahahaha

        Reply
  59. hidayah says

    28th January 2013 at 1:40 am

    semalam perasan jugaktag nama “akubiomed” tapi segan giler nak tegur …hehe..
    cam gini la blogger kecil2an..komen kat blog org anytime..
    tapi bila ada peluang jumpa … hehe.. nak tegur…alamak..segan… 😀

    nanti time dayah cerita kat blog,dayah nak curik satu dua tiga gambaq ek…
    tq..
    😀

    Reply
  60. Azman Ishak says

    28th January 2013 at 12:59 am

    lengkap sungguh maklumat puas hati baca.. terbaik la bro. kalau harapkan saya.. habis semua lupa sebab seronok nak candid orang jer kerjanya. haha by the way.. saya pinjam gambar sekeping kat atas ye. gambar masa sesi pendaftaran. terima kasih!

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2013 at 11:00 am

      Suadah cuba keluarkan semua. 🙂 Ambil dekat FB group Denaihati saiz lagi besar.

      Reply
  61. Hairul Hissam says

    27th January 2013 at 11:26 pm

    wah. meriahnya…

    Reply
  62. iAwani says

    27th January 2013 at 11:16 pm

    walaupun trafik ke blog ini agak ciput tapi backlink yang menuju kepadanya sangat tinggi sebab bro akubiomed rajin memberi komen di banyak blog!

    Reply
  63. azman says

    27th January 2013 at 10:59 pm

    SBB2013 ni kita tak kekok sangatkan hehehe…dah ada experience tahun lepas.

    Reply
  64. Anuar says

    27th January 2013 at 10:31 pm

    Seronoknya melihat kemeriahan SBB2013… Tahniah kepada para pemenang cabutan bertuah dan hadiah Iphone 5.. Semoga semua blogger dapat bekerjasama mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin di Gaza…

    Reply
  65. Eizil says

    27th January 2013 at 10:13 pm

    Seronok dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger.. tak sempat nak berbual panjang dengan bro semalam… 🙂

    Reply
    • iAwani says

      27th January 2013 at 11:16 pm

      saya cuma sempat melihat dari kejauhan melalui gambar-gambar yang ada di sini.

      Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:23 pm

      saya juga tidak berkesempatan berbual panjang dengan bro Eizil

      Reply
  66. auc says

    27th January 2013 at 10:05 pm

    Tahniah semua yg berjaya
    memang x sia2 pergi ke sana 🙂

    Reply
  67. segalabenda says

    27th January 2013 at 10:01 pm

    wau hebat-hebat. mesti banyak tips yang perserta dapat dari mini forum tu. beruntung siapa yang dapat pergi

    Reply
  68. Katak Comel says

    27th January 2013 at 9:56 pm

    smmgnye #SBB2013 sarat dgn xtvt yg berfaedah dr teknik blogging kpd islamik..srnk sgt dpt lpk dgn blogger2 lama dan baru..dpt grow network bak kte denaihati..hihi

    Reply
  69. pipoq says

    27th January 2013 at 9:46 pm

    kalau ada rezeki boleh la join lain kali..

    Reply
  70. faizalPj says

    27th January 2013 at 9:45 pm

    terbaekk

    Reply
  71. TehR says

    27th January 2013 at 9:44 pm

    tahniah, bro
    memang ramai yang aku masih belum kenal da jenguk blog mereka

    Reply
  72. budak felda says

    27th January 2013 at 9:42 pm

    huh meriah tahniah semua….belum sempat join insyallah di lain masa

    Reply
  73. Bro Zulkbo says

    27th January 2013 at 9:00 pm

    salam..
    ermm..sempat snap jejari runcing ye 🙂
    kalau belum berpunya, saya nak rapat juga..he he
    Banyak yang saya dapat hari tu..terbaik semestinya
    adalah bertemu blogger termasuk Bro sendiri..
    maaf lah kalau ada kata-kata saya yang
    membuat anda kurang selesa, sbb realiti saya ni
    mudah orangnya bila bertemu dan berbicara 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 9:12 pm

      Saya pun minta maaf tak dapat berbual panjang kerana masa pun terhad tetapi dapat jumpa bro Zulbo didalam dunia realiti pun saya sudah gembira.

      Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:32 pm

      jejari runcing wajahnya hampir sama dgn wajah isteri broframestone. terima kasih bro Zulkbo kerana tegur saya tempohhari

      Reply
  74. Juan says

    27th January 2013 at 8:57 pm

    best tgk semua blogger dpt berhimpun

    Reply
  75. Bro Framestone says

    27th January 2013 at 8:41 pm

    Tertiba nampak Aaron Aziz versi kurus he…23x

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 8:50 pm

      Bro orang yang ke 101 berkata begitu. 🙂

      Reply
    • KiD says

      27th January 2013 at 9:47 pm

      Aaron Aziz?? saper sebut2 nama aku nih?? hahahaha

      Reply
  76. Zarul Umbrella says

    27th January 2013 at 8:15 pm

    Entry yg bagus …. Tak sempat nk borak2 lama dgn bro smlm

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 8:51 pm

      Tak apa. Ada peluang nanti kita boleh chat lagi. 🙂

      Reply
  77. titan says

    27th January 2013 at 8:06 pm

    aku rasa..gambar yang ko ambil antara yang terlawa..hoho..

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 8:16 pm

      Terima kasih bro. Lain kali jumpa boleh belanja cendol. 🙂

      Reply
  78. Shahrul says

    27th January 2013 at 7:29 pm

    usaha yg terbaik dari pasukan Denaihati Network…tahun dpn buat lagi 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 8:16 pm

      Mana tahun depan boleh jumpa bro pula. 🙂

      Reply
  79. hafizmd says

    27th January 2013 at 7:09 pm

    Terbaik bro AB!
    Rasanya hampir lengkap liputan bro. Tahniah bro.

    p.s.gembira Aslah dpt bear…hihi

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:13 pm

      Cuba ingat kembali apa yang berlaku didalam majlis #SB2013 hampir semua dikeluarkan. 🙂

      Reply
  80. Myra Jay says

    27th January 2013 at 6:42 pm

    Jeles….. hehee 🙂

    Memang meriah…. Mini forum tu teringin nak dengar.. Ada rakaman tak?

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:13 pm

      Aduhai tak rakamlah pula.

      Reply
  81. Amirez says

    27th January 2013 at 6:14 pm

    meriah sungguh. harap SBB2014 nanti dapat join 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:14 pm

      Kalau ada umur panjang kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

      Reply
  82. hazman aka species1980 says

    27th January 2013 at 6:01 pm

    Eden bukan blogger HEBAT … cuma kuat makan je….hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:14 pm

      Hebatlah juga. Tanniah bro menang pakej Kembara Islam.

      Reply
  83. padin says

    27th January 2013 at 5:50 pm

    peluang macam ni bukan selalu ada dan beruntung juga siapa yg dapat luangkan masa 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:15 pm

      Saya sebenar sudah pelan hendak balik kampung pada hari tersebut. Selepas majlis tamat saya terus ambil famili dan mula perjalanan.

      Reply
  84. nurmisnan says

    27th January 2013 at 5:48 pm

    Tak dapat beramah mesra dgn brother Akubiomed
    insyaAllah ada event lagi kita borak panjang.. thanks
    brother for sharing here..

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:16 pm

      Waktu mencemburui untuk bersembang panjang. Tarikan Titan yang ajak sembang SEO keyword ‘Cendol’ sukar di tolak. 🙂

      Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:59 pm

      Nurmisnan dan ajk lain semuanya sibuk2 belaka. saya juga segan nak menegur kesemua ajk yg bertugas

      Reply
  85. Kamal Mustafa says

    27th January 2013 at 5:47 pm

    Memang mantap, wajib diadakan selalu, dapat membina rangkaian blogger yang kuat .

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:17 pm

      Salah satu cara untuk promosi blog dan meluaskan rangkaian sosial.

      Reply
  86. KiD says

    27th January 2013 at 5:40 pm

    Terbaeekkkk…. sepetang yang mengeratkan ukhuwah antara kita semua…

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:18 pm

      Ya betul bro Kid. 🙂

      Reply
    • Ladfe Amir says

      28th January 2013 at 6:33 pm

      lepas ni kalau terjumpa di sungai besar..roger2 bro

      Reply
  87. Melastik Bintang says

    27th January 2013 at 5:38 pm

    haha gambo den tertutup la…hahaha…

    Majlis yang sangat menarik!

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:18 pm

      Tak banyak membidik semalam kerana bersembang dengan orang Banting gaya Hafiz AF semalam.

      Reply
  88. azura says

    27th January 2013 at 5:35 pm

    pengisian sepetang bersama denaihati makin hebat

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:19 pm

      Sesuatu kelainan di #SBB2013.

      Reply
  89. Man says

    27th January 2013 at 5:35 pm

    Terbaik!! sangat meriah dan mengeratkan silaturahim.

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2013 at 7:20 pm

      Minta maaf tak dapat hendak bersembang dengan kumpulan orang bujang semalam. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in