Bolehkah blog diwariskan?

Pernahkah terfikir mengenai membuat wasiat atau penama untuk blog yang dibina. Maklumlah diblog sekarang sudah menjadi trend pemilik blog berlumba-lumba menunjukkan berapa perolehan pendapatan yang terhasil melalui pengiklanan Nuffnang, Innity dan sebagainya. Zaman sekarang banyak perkara yang tidak dijangkakan ada yang pergi pada usia muda kerana kemalangan tidak berbau seperti kemalangan jalanraya, penyakit kanser, serangan sakit jantung dan sebagainya.








