• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Melangsingkan tubuh dengan diet yang sihat

Melangsingkan tubuh dengan diet yang sihat

4th January 2011 by akubiomed 67 Comments

Melangsingkan tubuh bukan sekadar menahan lapar.


Bersarapan roti dari sejak bangku sekolah lagi.

Aku dari kecil memang sudah dibiasakan sarapan pagi dengan mengamibl roti samada disapu jam ataupun dimakan dengan telur hancur bersama kicap. Aku juga suka makan cheese yang dilapik dengan kepingan roti.

Kalau ke sekolah pun mak aku akan bekal air botol beberapa keping roti untuk dimakan ketika waktu rehat selain dibekalkan duit 30sen yang di ikat pada hujung sapu tangan.  Sehingga aku ke sekolah menengah mak aku akan bekalkan air botol dan roti.

Ketika kawan-kawan sekelas aku berselera menikmati memakan bihun, nasi lemak dan kuih-muih dikantin sekolah dan manakala aku akan memilih satu sudut menikmati bekalan yang dibawa dari rumah. Memang tiap-tiap hari aku akan bersendirian di sudut sama kerana tidak ramai yang membawa bekal macam aku.

Apabila bekerja tabiat bersarapan pagi dengan roti sudah menjadi kebiasaan cuma apabila waktu tengahari aku akan menikmati nasi campur kerana sudah bergaji. Apabila berumah tangga aku beralih dari memakan roti ke oat dan bijirin jenama Nestle Cornflakes bagi aku ia sungguh mudah untuk disediakan kerana anak-anak aku sudah bersekolah jadi tidak mahu menyusahkan isteri aku yang menguruskan sarapan pagi anak-anak dan aku pula.

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Memilih diet yang betul akan memberi kesan baik pada tubuh selain melangsingkan badan.

Sebenar tabiat makan berkaitan rapat dengan pengurusan melangsingkan badan dan mengamalkan diet yang sehat. Apabila umur semakin meningkat aku mula menitik berat penjagaan berat badan.

Beberapa amalan diet yang salah seperti memilih diet mengikut jenis darah dan mengurangkan pengambilan makan yang melampau. Kesannya badan kita akan kehilangan kalori tenaga yang diperlukan. menjadikan badan mudah letih dan tidak bermaya.

Setiap orang pengambilan kalori tidak sama mengikut jantina, faktor umur dan berat badan. Ada yang mengamalkan rejim diet yang ketat sehingga merosakkan fungsi organ dalam badan untuk jangka masa yang panjang.

Pengambilan oat bantu menurunkan paras kolestrol.

Pengambilan oat akan menurunkan paras kolestrol didalam darah seperti kita tahu didalam darah ada 2 jenis kolestrol baik high-density lipoprotein (HDL) dan jahat Low-density lipoprotein (LDL). Kolestrol jahat ini  antara salah satu penyumbang masalah kesihatan kardiovaskular seperti sakit jantung.

HDL akan deposit pada dinding saluran darah menjadikan saluran akan menjadi sempit dan menyebabkan jantung bekerja keras untuk memastikan bekalan darah sampai setiap organ tubuh. Pengambilan oat akan bertindak seperti span yang akan menyerap kolestrol sepanjang sistem penghazaman.

Pengambilan bijirin akan membantu melangsingkan tubuh badan selain itu menyumbang sumber kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi. Seperti diketahui empeng bijirin mengandungi kandungan fiber yang tinggi,  antioksida dan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Kalau bulan Ramadan lansung aku tidak akan mengambil nasi ketika bersahur hanya cukup sekadar Nestle Cornflakes untuk keperluan tenaga harian ketika berpuasa.

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Sekarang ini aku akan mengantikan menu sarapan aku dengan oat dan Nestle Fitnesse & Fruit. Kalau sebelum ini pengambilan oat dibancuh dengan Milo untuk perisa coklat tapi sekarang diletakkan biji kismis hitam bagi menghilangkan rasa jelak maklumlah ia bukan makan ruji orang Asia macam aku ini.

Aku menyukai Nestle Fitnesse & Fruit kerana campuran empeng dengan hirisan buah-buahan kering semanis gula jadi selain dapat menikmati tektur yang berlainan aku juga dapat merasai tekstur buah-buahan kering.

Aku bukanlah pakar pemakanan tapi apa yang aku cuba kongsikan mungkin tidak sesuai maka dapatkan nasihat pakar pemakanan profesional 🙂

P/S: Jangan lupa bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu selama 30 minit 🙂

  • Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011
  • Ais krim Malaysia vs Ais krim Koning
  • Mengimbau zaman kanak-kanak dengan susu F&N

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    16th January 2011 at 10:30 pm

    aku akan bersarapan apa saja yg sempat. yg penting kena sarapan. baru ada tenaga.InsyaAllah

    Reply
  2. Hadi Rofiee says

    8th January 2011 at 11:27 am

    Terima kasih kerana perkongsian pengalaman ini. Aku kini bersarapan pagi dengan nasi lemak. Aku MESTI ubah tabiat kurang baik ini. MESTI.

    Reply
  3. .encik.SEDAP.™ says

    7th January 2011 at 4:00 am

    kat sekolah dulu, time rehat balik rumah terus. rumah dekat. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th January 2011 at 10:00 am

      Semasa sekolah rendah naik wagon tapi bila sudah sekolah menengah berjalan kaki sahaja

      Reply
  4. Amry says

    5th January 2011 at 12:20 am

    aku paling kerap makan roti canai waktu sarapan. terutama balik kerja malam. makan kurang teratur aku ni. n kurang khasiat. hmm

    Reply
  5. Steward John says

    4th January 2011 at 9:56 pm

    Nestle Fitnesse & Fruit tu sukar sikit nak dapatkan dekat sini.. entah nak cari dekat mana.

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:08 pm

      Oh ye ker. Dekat Semenanjung dimana-mana pasaraya ada menjualnya

      Reply
  6. Steward John says

    4th January 2011 at 9:56 pm

    Pernah mengamalkan diet ikat perut.. sehari tu makan beberapa keping biskut jer.. memang tahan sampai beberapa bulan.. Hasil memang mengagumkan… tapi bila dah tak amalkan benda tu lagi, badan naik balik.. tu yang bahayanya.. Lagi bagus kalau amalkan makanan seimbang, kurangkan makan daging tapi perbanyakkan makan sayur.. exercise tu tak boleh lupakan. Sekarang ni tengah mencuba jadi vegetarian pulak.. tengok2 kalau ada kesan..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:11 pm

      Dulu semasa bujang saya berkawan dengan expatriate dari India. Hari-hari menu saya vegetarian sampaikan tokay restoran dah kenal muka kami kalau tak datang mesti tanya. Tokay kedai akan prepare sendiri untuk order kami itu yang specialnya 🙂

      Reply
  7. dnoBiz says

    4th January 2011 at 6:58 pm

    Op lupa (melencong jap)
    Azatar baru ni menampakan kehenseman kau Bro…
    Ps : Orang rumah tak kesah ke hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 7:09 pm

      Bro tak lama Gravatar tadi sebab Chief dapur mengamuk 🙂

      Reply
  8. dnoBiz says

    4th January 2011 at 6:56 pm

    Aku pula kalau nak kerja tak boleh bersarapan, kalautak jadi kurang aktif…,
    aku lebih aktif bilaperut kosong..

    Ps : aku manusia bukan ular sawa 😀

    Reply
  9. intankuterpilih says

    4th January 2011 at 5:40 pm

    sangat setuju dengan entry ni. abah aku kene sakit jantung dan darah tinggi, sejak 6 bulan kebelakangan ni, dia amalkan sarapan oat setiap pagi, memang nampak kesannya. memang sangat2 berkesan…pastu siap suruh aku amalkan sarapan oat lagi…cuma aku ni dah terbiasa sarapan dengan makan yg berat2, so kalau makan oat tu, macam tak puas je rasa… cuma kalau berat badan dah melampau, mungkin kene juga bertukar corak pemakanan sarapan pagi ni..

    Reply
  10. tehr says

    4th January 2011 at 5:21 pm

    dari dulu sampai sekarang, aku biasa sarapan dengan nasi
    dah kebiasaan orang kelantan agaknya
    kalau makan kuih atau roti, macam tak sah je 😀

    Reply
    • dnoBiz says

      4th January 2011 at 6:57 pm

      betul tu orang kelantan sarapan dengan nasik berlauk yang saiz nya macam makan tengah hari hehehe

      Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:07 pm

      Ini mesti pagi-pagi layang nasi kerabu

      Reply
      • tehr says

        4th January 2011 at 11:01 pm

        macam2 nasi ada, bro
        nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi himpit…
        memang gaya nak gi membajak je 😀

        Reply
        • Ladfe Amir says

          16th January 2011 at 10:28 pm

          budaya makan orang2 kelantan turut dibawa smp ke lembah klang.
          selalu juga tgk rakan2 sekerja bersarapan dgn nasi berlauk. part nasi kerabu n nasi dagang tu dah biasa.

          wife aku yg asal orang selangor pun dah jadi hantu nasi kerabu.

          Reply
  11. zik says

    4th January 2011 at 2:08 pm

    …sekarang nie..tak sempat nak sarapan pagi, biasanya akan di forward ke makan tengahari… tak elok nie.. hadoi..

    Reply
    • intankuterpilih says

      4th January 2011 at 5:37 pm

      aik zik… makan pagi pon boleh forward2 ek???

      Reply
  12. Izwan says

    4th January 2011 at 1:37 pm

    mahal tu nak beli semua benda tu.. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:06 pm

      Faham siswazah tidak banyak elaun

      Reply
  13. Fahmi Raazali says

    4th January 2011 at 1:18 pm

    hehe… makan makanan berasaskan gandum elok… pernah terbaca kat mana tah yg kata org yg selalu makan makanan yg berasakan gandum badan dia akan besar dan tinggi…

    kalau makan makanan berasaskan beras plak badan comel molek macam kebayakan orang asia 🙂

    hehe… nak makan oat mahal tak? hehe ada cadangan ikut budget seorang student tak?

    buat masa ni cuma beli roti utk sarapan… beli roti jumbo tu tahan 2 3 hari… OK la tak kenyang tapi hilangkan lapar 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:06 pm

      Dulu dekat kolej saya ambil roti untuk makan malam. Roti kosong cicah air susu atau milo sahaja

      Reply
  14. shah says

    4th January 2011 at 12:51 pm

    hehhe… roti sarapan plg best~

    Reply
  15. pipoq says

    4th January 2011 at 12:50 pm

    badan aku average je..

    aku cuma makan nasik masa lunch je..pagi telan kuih bersama milo..malam lak roti2an je..

    tapi masalahnya semenjak kawen ni, perut memboyot lak..hahaha..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:05 pm

      Perut memboyot tidak boleh nak tolong tapi boleh amalkan senaman sit up untuk menguat otot perut nampak ketul-ketul nanti bro 🙂

      Reply
      • Ladfe Amir says

        16th January 2011 at 10:27 pm

        dah lama tak buat sit up..kalu pumping tu biasalah

        Reply
  16. suri says

    4th January 2011 at 11:25 am

    bertuahnya isteri sb suami memudahkan kerja isteri..cam suri kena gak buat sarapan pagi cam biasa.pagi malam huu..kecuali badan kurg sht barulah ada kesempatan mkn kat luar.

    suri pun baru berjinak2 mkn oat..pertama kli makan rasa cam pelik plk hee.. oat sedap di makan kalu di campur degan apa yer selain dari susu pekat??heeee

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:37 pm

      Memanglah tak berapa sedap kalau oat makan kosong dengan susu sahaja

      Reply
    • Ladfe Amir says

      16th January 2011 at 10:26 pm

      oat sedap kalu dicampur dgn madu n susu segar. lagi best kalu berani tambah dengan minyak zaitun. ada berani?

      Reply
  17. suri says

    4th January 2011 at 11:23 am

    saya senam kt oips jer bro heee..
    klt umah hujung minggu mmg rutin mengemop lantai heee

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:04 pm

      Kalau dah duduk lama-lama mengadap PC berhenti sekejap dengan bangun dari tempat duduk pergi bancuh air

      Reply
  18. Norasikin says

    4th January 2011 at 9:48 am

    Saya lebih suka masak sendiri. Kuih ke, nasi goreng, mi kerana saya tahu apa kandungan bahan yg saya dan keluarga makan. Nak diet? Saya masak la hidangan berkhasiat rendah lemak, kurang kolestrol, kurang garam dan gula. Nak nasi lemak? Ingat tak de ke nasi lemak yang berkhasiat? Kita yg buat sendiri. Kita yang tentukan bahan-bahannya. Yg pasti mesti sedap!

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:38 pm

      Itular selalu didalam fikiran saya nasi lemak dan yang bergoreng tidak sehat untuk dimakan.

      Reply
  19. Norasikin says

    4th January 2011 at 9:45 am

    Makan roti saya setuju.
    makan oat saya setuju juga
    makan bijirin sarapan saya kurang setuju. kalau setakat cornflake tu ok lagi. Tapi yg lain-lain tu terlalu banyak gula. Apa gunanya makanan kaya serat, penuh vitamin dan galian tapi kandungan gulanya terlalu tinggi. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:03 pm

      Malam tadi saya cari di Google makan bertih empeng seperti Cornfl..tut boleh membuatkan obesiti dan masalah lain kerana ada gula

      Reply
      • Ladfe Amir says

        16th January 2011 at 10:24 pm

        empeng jagung segera telah ditambah dengan zat besi yg dibenarkan. terkejut gak bila layan Clever versi malaysia, magnet boleh menarik emping jagung

        Reply
  20. sw33tdarling says

    4th January 2011 at 9:37 am

    dulu… suka makan Nestle Fitness cenggitu jer… best kan…? tapi idoklah dijadikan tabii breakfast ngan bijiran.. ntahlah, tekak melayu gamaknya… tapi anak yang pergi sekolah kadang2 menu pagi roti & jem, coco crunch & fresh milk yang jadi pilihan.. bagi menu lain, mmg dia tak sentuh laa…

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:02 pm

      Boleh juga diratah macam tuh sahaja cuma kering sikit

      Reply
  21. zuriey says

    4th January 2011 at 9:07 am

    saya nak naikkan berat badan..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:01 pm

      Dulu saya ambil weight gainer memang badan naik tapi tinggal sekejap sahaja berat badan turun balik

      Reply
  22. abby kamil says

    4th January 2011 at 9:05 am

    alamak

    kene ikut tips ni. bru badan cantik langsing. hihi. tak suke makan oat. tp tpaksa makan. mak paksa. hehehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 10:00 pm

      Cuba jangan tak cuba B

      Reply
  23. adele says

    4th January 2011 at 8:53 am

    ok,bila bro ckp mcm ni mcm bro ni budak kecik plak skrg..haha

    bagus sgt2 entri ni..sy suka bercakap mengenai kesihatan dan entri mengenai kesihatan..rmai org zmn skrg diet dgn menahan lapar sdgkan cara itu adalah salah..diet yg sbnr adalah dgn memakan mknn seimbang dan bersenam..dua2 perlu seiring barulah kita dpt badan yg sihat dan langsing.. 🙂

    Reply
    • dnoBiz says

      4th January 2011 at 6:59 pm

      heheh orang sekarang makan ikut tekak bukan ikut piramid makanan 😀

      Reply
      • Amry says

        5th January 2011 at 12:16 am

        setuju!!segelintir je ikut piramid

        Reply
    • Ladfe Amir says

      16th January 2011 at 10:23 pm

      daripada berlapar kerana nak jaga badan..lebih baik berlapar kerana berpuasa, insyaAllah dapat juga pahala

      Reply
  24. anif says

    4th January 2011 at 8:25 am

    Saya bawa bekal sampai tingkatan 3 🙂

    Reply
  25. sazali yusof says

    4th January 2011 at 5:19 am

    info yang sangat menarik bro.. betul tu.. untuk kurus.. bukan sahaja memerlukan pemakanan sehat.. senaman pun perlu jugak.. lagi-lagi bila umur dah meningkat.. kesihatan memang kena jaga..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:17 pm

      Tentang senama saya masih gagal mana taknya balik rumah dari perjabat pun dah lewat dan awal pagi ke pejabat. Nasib baik pejabat tidak ada lif semua tingkat perlu mengunakan tangga

      Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:34 pm

      Semasa di Australia saya melihat penduduk disana akan berjogging sebelum pergi kerja

      Reply
      • Ladfe Amir says

        16th January 2011 at 10:22 pm

        agak sukar nak terapkan budaya bersenam dahulu baru pegi keje. tapi aku tahu ada juga insan yang buat mcm tu ataupun balik keje bersenam.

        Reply
  26. mie says

    4th January 2011 at 2:57 am

    kena amalkan pemakanan yang sihat juga ni
    makin lama makin berisi la plak..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:35 pm

      Ooh patut guna gambar Steven Gerrard 🙂

      Reply
  27. Profesor Kalkulus says

    4th January 2011 at 2:06 am

    makasih atas kunjungannya mas, semoga ita bisa saling singgah 😀

    Reply
  28. Profesor Kalkulus says

    4th January 2011 at 1:50 am

    salam kenal, wakh ternyata caranya lebih simple juga nih…nyoba akh

    Reply
  29. maza says

    4th January 2011 at 1:24 am

    maza masa sekolah rendah selalu bawa bekal..
    bila usia sudah menginjak 11-12 tahun rasa malas pula bawa bekal..

    selain segan, rasa berat pula untuk digalas bersama beban buku yg berat itu.. huhuhu…

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 1:34 am

      Saya sudah terbiasa sampai ke sekolah menegah

      Reply
  30. kulanz says

    4th January 2011 at 12:33 am

    oat mmg bagus diambil waktu pagi.. segelas minuman oat dah cukup untuk bekalan sampai waktu minum pagi jam 10

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:33 pm

      Memang senang 2 – 3 kali teguk dah habis

      Reply
  31. eiman says

    4th January 2011 at 12:17 am

    sejak2 dah kawin ni susah betul nak turunkan badan.. makin membesar je.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2011 at 8:32 pm

      Syukur dengan walaupun saya ni kategori tinggi masih dapat mengekalkan berat badan pada 62kg

      Reply
      • Ladfe Amir says

        16th January 2011 at 10:21 pm

        betul. sejak akhir2 ni..berat aku pun makin bertambah.kena maintain balik la mcm ni

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in