• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehat

Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehat

8th January 2011 by akubiomed 64 Comments

Ubah cara hidup yang lebih sehat menjauhkan serangan jantung.

Pada awal tahun 2011 dimana kita dikejutkan pemergian pelakon Faizal Yusof yang katakan rebah didalam bilik air di rumah abangnya dikenalpasti  berpunca dari serangan jantung.

Fakta mengenai jantung

Jantung merupakan organ terpenting di dalam badan. Jantung berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung berdegup kira-kira 100,000 kali sehari iaitu di antara 60 – 80 kali seminit.

Antara simptom serangan jantung

  • Sesak nafas
  • Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
  • Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  • Berpeluh dingin
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • Pening kepala dan berasa loya

Punca serangan jantung

Kredit : AHA di olah semula oleh AkuBiomed

Serangan jantung berlaku apabila pengaliran darah didalam jantung tersumbat akibat pembentukan darah beku. Ini berlaku kerana salur darah arteri koronori yang menyumbang darah ke jantung secara perlahan-lahan menjadi tebal dan mengeras akibat pembentukkan lemak, kolesterol dan benda asing lain yang dipanggil plak.

Apabila plak ini pecah dan akan menyebabkan pembentukan darah beku dan menghalang pengaliran darah. Serangan sakit jantung pun akan berlaku. Otot jantung mula rosak dan mati menyebabkan kerosakan kekal pada organ jantung.

Faktor-Faktor Risiko Serangan Jantung

  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol/lemak tinggi dalam darah
  • Obesiti
  • Kurang senaman/tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Diabetes
  • Tekanan perasaan (stres)
  • Merokok

Serangan Jantung Boleh Dicegah

  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,20 – 30 minit setiap kali
  • Makan secara sihat
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Berhenti merokok
  • Belajar menangani tekanan perasaan(stress)
  • Periksa tekanan darah
  • Periksa paras glukos darah anda
  • Awasi paras kolesterol
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

sumber : www.infosehat.gov.my dan American Heart Association(AHA)

p/s: kebanyakkan masalah kesihatan berpunca dari amalan gaya hidup yang kurang sehat. Maklumat diatas bukan dari pendapat pakar penulis hanya sebagai rujukan. Sila dapat nasihat pakar.

Sila tekan butang kongsi:

  • Melangsingkan tubuh dengan diet yang sihat
  • Jam SKMEI Pedometer Heart Rate Sport Watches Calories Fitness
  • Abang koning terkena serangan asma pada 7 Syawal

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    16th January 2011 at 6:10 pm

    dah lama aku tak bersenam. tp sll jgklah aku biasakan diri naik tangga setiap masa.
    takut gak kena serangan jantung ni..musug tang kita tidak nampak. counter attack

    Reply
  2. intankuterpilih says

    13th January 2011 at 11:40 am

    kalau terlalu terkejut, stress, penat sgt, over weight dan terjatuh pon boleh mengakibatkan sakit jantung kan? bukan sakit jantung saje, darah tinggi pon yea jugak…

    Reply
    • Ladfe Amir says

      16th January 2011 at 10:20 pm

      ya..betul tu. ianya mcm counter attack. tetiba2 berlaku bila sistem badan lemah

      Reply
  3. sW33tDaRLinG says

    11th January 2011 at 8:54 pm

    kadang2 rasa ralat jugak sebab tak ambil berat pasal pemakanan, dah laa tak bersenam.. tapi ralat2 pun, no reaction taken.. nak wat camno?

    Reply
  4. sangilapi says

    10th January 2011 at 2:47 am

    kalau dah sakit ssna,sakit sini,duit melambak pun dah tak guna 🙂
    oleh itu peliharalah kesihatan sebaik mungkin.

    Reply
  5. Ali ridha says

    9th January 2011 at 5:20 pm

    tekanan tempat kerja usah
    kita pedulikan.yang penting kena
    gembira selalu.

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 6:29 pm

      Kalau tersenyum sorang-sorang payah juga kawan nanti kawan kata kita tak siuman 🙂

      Reply
  6. Ali ridha says

    9th January 2011 at 5:15 pm

    sebab saya suka bergurau bersama
    hanis zalikha.hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 6:29 pm

      Err sudihkan Hanis Zalikha membalas balik guruan? 🙂

      Reply
  7. dnoBiz says

    9th January 2011 at 4:46 pm

    Ramai yang tahu cuman jaga je tidak, bukan taknak tapi sebab belum kena je 😀

    Ps: macam biasa la dah kena baru kalut 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 6:28 pm

      Betul tuh dah terkena enjin dah tak macam V6 lagi dah

      Reply
  8. pemerhatidunia says

    9th January 2011 at 4:19 pm

    masalahnya ramai yang masih tidak ambil kisah, masih juga makan sesuka hati dan tidak mengamalkan senaman.

    Reply
  9. MR.Z says

    9th January 2011 at 2:50 pm

    senaman tu yang penting dan juga gaya pemakanan perlulah dijaga juga.. kadang2 orang tak ambil kisah sangat pasal makanan ni, main bedal je.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 6:26 pm

      Cara pemakanan perlu menjadi budaya macam orang Jepun memang menitik berat makan dengan kesedeharnaan

      Reply
  10. pipoq says

    9th January 2011 at 2:13 pm

    info yang memberansangkan..

    selalu orang akan cakap, “ala..dah banyak kali dengar pun”.

    tapi dalam banyak kali dah dengar tu ada tak yang amik perhatian ?

    ape pun info yang berguna camni la bagus dijadikan panduan dalam hidup..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 6:25 pm

      Terima kasih masalah serangan jantung bukan isu baru cuma kesedaran belum ada lagi selagi tidak kena pada batang hidung sendiri

      Reply
  11. Zezebel says

    9th January 2011 at 1:49 pm

    termasuk lah pemakanan, perlu di ambil kira juga kan? huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 2:01 pm

      Semasa bujang memang selalu kita very particular tapi apabila sudah berkahwin ramai pasangan abaikan penjagaan kesihatan badan

      Reply
  12. Lee says

    9th January 2011 at 1:47 pm

    aduh..kene berhati2 ni..hari2 asyik sental ayam goreng je..senamannya idak langsung..huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 1:59 pm

      Tang ayam saya memang kalah terutama bahagian kulit memang kolestrol tinggi

      Reply
  13. adamfaiz says

    9th January 2011 at 1:19 pm

    Makan kena jaga + exercise regularly..InsyaAllah selamat

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 1:58 pm

      Apa pun kena lakukan secara konsisten 🙂

      Reply
  14. sweet says

    9th January 2011 at 3:35 am

    x nak sakit jantung…sy syg jantung sy

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 8:02 am

      Vitamin E adalah baiik untuk jantung selain awet muda. Makan oat akan menurunkan paras kolestrol

      Reply
    • akubiomed says

      9th January 2011 at 2:01 pm

      Sayangi jantung anda

      Reply
  15. Ezany-Kun says

    9th January 2011 at 2:51 am

    banyak org muda pun skang ni ade sakit jantung.. mmg wajib amalkan kehidupan yg sihat..

    Reply
  16. Fahmi Raazali says

    9th January 2011 at 12:48 am

    aku pun ada risiko jugak ke? aku ni perokok pasif… 🙂

    hehe… biasakan bersenam dan makan diet yg seimbang lagi sihat. insyaAllah sihat…

    dan buat pemeriksaan berkala. Lagi-lagi pulak yg sudah berumur…

    kalau yg masih muda… nk buat pemeriksaan kesihatan macam mana?

    Reply
  17. suri says

    9th January 2011 at 12:46 am

    setiap yang sakit ada rawatannya..tapi apapun kene cegah dri awal huuu

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:18 pm

      Siapkan duit untuk kos rawatan 🙂

      Reply
      • suri says

        11th January 2011 at 1:42 pm

        kena ada simpanan talaful ke, atiqa dlll

        Reply
        • akubiomed says

          11th January 2011 at 1:58 pm

          Insuran kesihatan satu pelaburan yang bagus selain mendapat pembiayaan rawatan dan kos kehilangan kekal, ia boleh dapat rebet cukai pendapatan

          Reply
  18. Amry says

    8th January 2011 at 11:19 pm

    saya ni ada risiko, sebab merokok.adeh….senaman pon dah lama tak buat. 🙁

    Reply
  19. donny says

    8th January 2011 at 10:39 pm

    thank’s god belum ada simptom2 ni

    Reply
  20. zik says

    8th January 2011 at 10:38 pm

    sekali sekala kena check .. nak tahu prestasi kesihatan kita nie… setakat nie tak da kawan yang jadi dr lagi.. bakal adalah…

    Reply
  21. RedBoys says

    8th January 2011 at 10:22 pm

    perlu bersenam, makan makanan yg tidak berlemak utk kesihatan, dan lain2 lg yg perlu. kerna dengan cara itulah kita dapat menjaga kesihatan. sekali sekala eloklah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. thanks kongsi info ni.

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 10:29 pm

      Sama-sama saya rasa ini platform untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kerana makin kerap yang pergi akibat serangan jantung pada usia muda

      Reply
  22. MDHAFiZ.NET says

    8th January 2011 at 8:57 pm

    buat aku takut aja bro..hahaha..
    aku x boleh dgr pasal nih…

    Reply
  23. eLLy says

    8th January 2011 at 8:38 pm

    inso yg bagus… insaf sekejap :p
    next week sambung gi gym …

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 8:50 pm

      Don’t push yourself. Apa yang penting konsisten adalah lebih baik

      Reply
  24. anif says

    8th January 2011 at 8:21 pm

    Terima kasih atas info yang diberikan..

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 8:32 pm

      Apabila serangan jantung berlaku ramai yang diluar sana apa puncanya sekurang-kurang penerangan disebalik penerangan berlaku serangan jatuh secara fisiologi

      Reply
  25. mancai says

    8th January 2011 at 8:19 pm

    kekadang aktif nampak sihat je… aktiviti kesihatan di jaga… tapi tetap juga kena serangan jantung ni.. yang penting sentiasa pantau tahap kesihatan… sekadar pendapat je bro…

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 8:29 pm

      Memang ada kes seperti bro Mancai katakan walaupun hari jog pun ada kemungkinan kena serangan jantung macam berlaku beberapa pemain bola sepak antarabangsa rebah

      Reply
  26. maza says

    8th January 2011 at 8:12 pm

    terima kasih kerana berkongsi berguna ini…

    setakat hari ini maza sudah register masuk gym..
    insyallah akan selalu menyinggah ke situ juga.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 8:33 pm

      Itu sebaik-baiknya dari langsung tidak bersenam langsung

      Reply
      • suri says

        9th January 2011 at 12:48 am

        club gym mesti mahalkan huuu.. klo adalah wet lebih may gak kesana hee…

        apapun wat masa ni beriadah sama kluga kt padang polo .. takut budget lari pak huuuu

        Reply
  27. nash says

    8th January 2011 at 8:09 pm

    thenks 4 info..kadang2 rase sedih gak sbb ade org yg masih muda lagi yang sudah kene penyakit jantung…so kita ni kne la slalu jaga pemakanan…boleh la elak drpd kene penyakit merbahaya nih 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 8:35 pm

      Serangan jantung buka berlaku tidak kira jantina atau saiz badan dan muda atau tua

      Reply
  28. adele says

    8th January 2011 at 8:01 pm

    kalau ada plak di gigi pun tak elok jgk.nnt kena karies gigi.huhu

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 8:34 pm

      Eww, gigi kalau ada plak tak comel la

      Reply
  29. adele says

    8th January 2011 at 7:46 pm

    serangan jantung lebih merbahaya daripada sakit jantung sebab kalo serangan hanya berlaku tiba2 tapi kalo sakit jantung kita dah tau yg kita sakit jantung jd boleh sentiasa berjaga-jaga. kena bersenam setiap hari.hari2 mkn lemak, hari2 lah bersenam 😀

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 7:54 pm

      Betul Adele, siapa pun terdedah kepada serangan jantung secara mengejut tanpa disedari oleh mangsa. Silent killer

      Reply
      • adele says

        8th January 2011 at 7:58 pm

        takutnya.lagi2 kalau masih belum bersedia menghadap Ilahi.oh tidak

        Reply
  30. Squtopus says

    8th January 2011 at 7:38 pm

    Moralnya jagalah jantung anda:)

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 7:56 pm

      Jantung ini ibarat enjin kereta kalau saluran minyak tersumbat enjin kereta pun semput

      Reply
      • RedBoys says

        8th January 2011 at 10:18 pm

        ye. organ penting yang terus membuatkan kita hidup lagi.

        Reply
  31. Ieda Al-Habsyi says

    8th January 2011 at 7:14 pm

    bahaya woo..jgn main2, kene jaga pemakanan

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 7:56 pm

      Haa..kena jaga kesihatan

      Reply
      • anif says

        8th January 2011 at 8:23 pm

        Memang kena jaga kesihatan terutama apabila umur semakin meningkat.. Jangan ambil mudah..

        Reply
        • tehr says

          9th January 2011 at 1:32 am

          golongn muda juga kena ambil perhatian
          sekarang ni serangan jantung tak kira tua atau muda
          semua kena

          Reply
          • dnoBiz says

            9th January 2011 at 4:45 pm

            betul tu,
            yang muda pun dah ramai kena strok sekarang ni

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in