• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kembali ke tenaga hijau

Kembali ke tenaga hijau

9th January 2011 by akubiomed 42 Comments

Kembali ke Tenaga Hijau pilihan atau paksaan?

Tentu ramai diluar sana tertanya-tanya apakah yang aku cuba sampaikan kembali ke tenaga hijau langsung tiada kaitan dengan adiwira David Banner bertukar menjadi Hulk yang berwarna hijau apabila kemarahan tidak dibendung lagi atau menjadi Green Lantern yang mempunyai kuasa pada cicinnya tak pun si pembenteras jenayah Green Hornet dengan dengan pembantunya Kato yang tangkas dengan seni bela diri .

Warna hijau menjadi pilihan kerajaan negeri Melaka yang ingin menjadi pelopor  negeri Hijau sebagai Melaka -Bandar Teknologi Hijau pada tahun 2020. Beberapa entri sebelum ini aku ada menyebut kesungguhan kerajaan mengurangkan cukai untuk CBU kereta Hibrid dan pemansuhan cukai untuk kereta Hibrid untuk pemasangan secara tempatan.

Penurunan harga beberapa jenis kereta Hibrid seperti Toyota Prius dan Honda Civic Hibrid selaras dengan pembentangan bajet 2011. Sekali lagi ingin aku ulangi aku tidak mampu milikinya bagi aku masih diluar lingkungan kemampuan dan menharapkan rezeki tahun 2011 semakin baik.

Proton juga sudah menguji kenderaan elektrik dan Hibrid yang bakal dipasarkan dipasaran Malaysia. Lebih manis lagi Proton telah mengarumkan nama Malaysia dengan mengalahkan nama-nama besar pengeluaran kereta dunia dengan memenangi Brighton to London future challange.

Dengar khabar Proton akan menguji kereta MPV Exora Hibrid untuk dijadikan kegunaan sebagai kereta rasmi kerajaan di Putrajaya. Kenaikan harga petrol baru-baru untuk RON97 dan minyak tanah mempercepatkan kebanjiran kereta-kereta Hibrid melayar dijalan raya.

Pengguna mula merungut dengan kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak. Barangan runcit seperti gula, tepung dan baru-baru ini kekurangan minyak masak gara-gara pembelian panik.

Take part in Astro PVR Change your Life Contest today!

Beberapa usaha dilakukan oleh kerajaan termasuk melarang pengunaan bag plastik setiap hari Sabtu di pasaraya. Manakala kerajaan Pulau Pinang terus mengharamkan penggunaan bag plastik secara total.

Banyak pasaraya di mula mengambil langkah menukar bag plastik kepada bag plastik yang jenis degradasi yang mana akan reput didalam tempoh tertentu. Ada pasaraya memberi mata kepada pelanggan setiap kali mengunakan bag plastik guna semula.

Kalau ada pengguna yang engkar dan mahu mengunakan plastik akan dicaj sebanyak 20sen. Duit hasil penjualan bag plastik akan disumbang kepada aktiviti yang berkaitan pemuliharaan alam.

Berapa ramai yang diluar sana sedara akan campuran bahan toksik seperti Bisphenol A didalam pembikinan barangan berasaskan plastik yang akan membawa masalah kesihatan pada jangka masa panjang. Kanak-kanak antara terdedah keracunan Bisphenol A kerana pengunaan botol susu dan berapa ibu-bapa diluar sana menyedari hal ini.

Potong rumput dengan Grass trimmer elektrik

Aku pun perlahan mula mengambil berat hal-hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar sebagai contoh rumput dihalaman aku akan memotong sendiri dengan menggunakan mesin rumput trimmer elektrik.

Apabila difikir-fikir banyak juga tenaga elektrik dibazirkan mengunakan mesin rumput trimmer eletrik untuk memotong rumput sehinggalah baru-baru ini motornya terbakar kerana kepanasa melampau.

Salah satunya ada salah sendiri menyalah guna fungsi untuk memotong rumput bukan memotong rumput di yang tidak sampai oleh mesin pemotong rumput.

Kali ini aku beralih mesin rumpur jenis tulak tidak mengunakan minyak atau pun elektrik sebaliknya mengunakan tulang empat kerat ini. Elok juga keluar peluh dengan aktiviti ini dihujung minggu dan dapat menyehatkan badan.

Potong rumput dengan Mesin rumput tolak

P/S: Chief dapur dah bising asyik mengadap blog dan rumput pun dah menebal. Berhenti sekejap berblog untuk memotong rumput 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Kereta hibrid penyelesaian kenaikan harga minyak
  • Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai
  • Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. abe awe says

    25th May 2011 at 1:05 pm

    asm bos, berkesanke guna mesin tolak tu. saya pakai juga dulu tapi brand cap ayam je..rumput tak putus. tapi kalau yang bosch ni ok rasa nak beli jugak tu..

    sekian
    wassalam

    Reply
    • akubiomed says

      25th May 2011 at 1:57 pm

      Dulu orang tua guna mesin rumput tapi disebabkan ada kesilapan semasa masa roda jadi rumput tidak potong rendah.

      Say ambil kemudian set balik posisi paras memotong cuma kalau mata dia tajam boleh mesin rumput memotong dengan baik

      Reply
  2. intankuterpilih says

    13th January 2011 at 11:49 am

    rumah aku takde rumput, dah penuh dengan pokok buanga dah… semua hasil tangan mak aku… kat belakang rumah plak penuh dengan bokok sayur2an… tp yg kecik2laa… supaya tak nampak semak persekitaran rumah tu…

    Reply
  3. sW33tDaRLinG says

    11th January 2011 at 8:52 pm

    wahh praktikal…! tak payah susah2 nak bersenam kan… kalau laa umah ku ada halaman, cemana gamaknya yaaa…?

    Reply
  4. suri says

    11th January 2011 at 1:40 pm

    rumah byk rumput tiap hujung mmgu cut..tapi hny sekankang kera jer huuu.. suri potong rumput ..

    anak petik bunga hadOIIIII..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 2:00 pm

      Petik bunga selit tepi telinga tak apa nampak comel 🙂

      Reply
  5. zik says

    11th January 2011 at 1:24 pm

    sekali sekala gunakan tenaga badan pun ok gak… kasi keluar peluh…badan sihat, pemandangan rumah pun jadi sihat… hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:28 pm

      Kadang-kadang sakit hati dengan jiran sebelah rumah tinggal rumah tidak berpenghuni dengan lalang melepasi kepala. Laman kita kena tempias lalang rumah sebelah

      Reply
  6. Ali ridha says

    11th January 2011 at 12:01 pm

    tenaga hijau ni ke.
    bukan nak suruh kita
    guna Bio mamat hijau diatas.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:27 pm

      Saya kena caj lebih sikit 🙂

      Reply
  7. Pejuang Kesenian Extreme says

    11th January 2011 at 3:38 am

    Rumah sy bro potong sebulan sekali je..Dengan kawasan yang luas,nak tak nak kena pakai juga la mesin rumput biasa..

    Reply
    • Ali ridha says

      11th January 2011 at 12:03 pm

      rumah hijau mengunung.
      memang potong habis la rumput.

      Reply
      • akubiomed says

        11th January 2011 at 1:26 pm

        Silap-silap dinosour pun ada didalam semak lalang 🙂

        Reply
  8. hafizmd says

    10th January 2011 at 5:24 pm

    kembali kpd tenaga hijau…itulah aku rasa jalan penyelesaian terbaik kpd beberapa masalah kenaikan harga petrol dan pencemaran sekarang…

    harap, kereta hibrid ni cepat2 berkembang dan boleh kita guna…harga mesti murah…baru bagus..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:41 pm

      Sebenarnya kita kekurangan maklumat dari segi penyelengaraan kereta Hibrid dan Elektrik ini walaupun jimat dari segi minyak. Begitu juga bateri yang bakal digunakan sudah tentu lebih dari satu bagaimana pula pengurusan bateri yang tidak boleh digunakan nanti? Adakah satu tempat pelupusan khas untuk bateri supaya ia tidak mencemarkan alam?

      Reply
  9. sangilapi says

    10th January 2011 at 2:55 am

    mesin rumput tolak tu masih ada dijual lagi ke? antik wooo ! )
    dah lama tak tengok benda ni !

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 1:12 pm

      Masih ada jual dan mahal pula lebih kurang RM5++ yang ini bukan antik sebab diluar negara masih dijual dan telah diperbaruhi dan lebih ringancuma di Malaysia tidak popular lagi

      Saya pernah guna mesin rumput datuk sedara yang model lama memang berat menangkap pinggang dan sakit-sakit badan 🙂

      Reply
  10. Amry says

    9th January 2011 at 10:13 pm

    buat masa ni, Hybris masih lagi untuk golongan yang agak berada. Mungkin sikit masa lagi akan menjadi mampu milik…

    dulu kalau lalang dah tinggi kat kedai ayah, pakai sabit jer cantas. melecet habis tangan.huhu

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:16 pm

      Tangan melecet tak apa selepas itu tapak tangan menjadi kasar kalau kita bersalam dengan terasa macho sikit sebab ramai yang kerjanya mengadap komputer tapak tangan halus mulus

      Reply
  11. etomyam says

    9th January 2011 at 8:59 pm

    semuanya pasal hijau hari ni hehe, nasib baik aku ada bangla yg ambil upah trim rumput ekekeke

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:14 pm

      Bangla yang potong rumput pandai demang sekarang sampai RM15 walaupun laman sebesar kangkang kera

      Reply
  12. Fitrihadi says

    9th January 2011 at 7:32 pm

    hahah potong bro jangan tak potong 🙂

    Reply
  13. maza says

    9th January 2011 at 7:05 pm

    maza amat berharap kereta Hybrid dikeluarkan dan menjadi kereta mampu dimiliki majoriti rakyat negara ini.. bukan ia dijadikan kereta exclusive utk golongan tertentu… kalau hal itu terjadi, maka alam tetap akan tercemar juga..

    kereta hybrid perlu dikembangluaskan kepada lori juga. Buat permulaan untuk lori satu – tiga tan .. kerana di negara ini banyak lori2 jenis ini digunakan utk mengangkut barang2 untuk sampai ke pengguna akhir.. kurang2nya kita dapat jimatkan permnintaan minyak dan kos / harga barangan dapat disalurkan dgn lebih berpatutan..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:13 pm

      Harga kereta Hibrid memang tidak mesra harga dah perlu diingat bateri yang bakal ditukarkan lebih dari satu dan dikatakan bateri Honda Civic Hibrid perlu ditukar selepas 10 tahun siapkan duit.

      Dengar dulu ada penemuan baru dan telah di komersialkan minyak diesel dicampur dengan minyak sawit. Apa cerita sekarang?

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2011 at 5:21 pm

        harganya boleh dijadikan kompetetif oleh pihak yg berkenaan…cumanya, perlu diperluaskan penggunaan..mungkin langkah kerajaan yg nak guna exora hibrid sebgai kenderaan rasmi satu langkah yg boleh dipuji…

        ermm…pasal tu…akupun tertanya apa sudah jadi…

        Reply
  14. anif says

    9th January 2011 at 5:41 pm

    Guna mesin rumput tolak tu untuk lebih hijau. Syabas 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:09 pm

      Mula-mula guna dulu rumput tak terpotong rupanya kena laras mata pisau dahulu. Selepas baca buku manual baru tahu..hu..hu..

      Reply
  15. dnoBiz says

    9th January 2011 at 4:49 pm

    Apa pun yang kerajaan lakukan ianya takan berkesan kalau kita hanya lihat dan dengar 😀
    “bermula dari RUmah”

    Ps: Syabas bro

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:08 pm

      Tak payah susah nak sental tabur ubat simen macam orang tua-tua pakai memang hilang segala lumut tidak payah susag keluar tenaga 🙂

      Reply
  16. Ieda Al-Habsyi says

    9th January 2011 at 4:37 pm

    kamu ke yg tgh potong rumput tu? heheh! umah ieda simen aje, kene sental lumut le pulak walautakde rumput, hehehe 🙂

    Reply
    • dnoBiz says

      9th January 2011 at 4:50 pm

      umah aku berturap…
      kalau nak sental kasi putih boleh hilang jari dibuatnya 😀

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2011 at 5:19 pm

        hahhaha…bukan setakat hilang jari…maunya hilang terus kudrat…pengsan 4 hari 4 malam… 😀

        Reply
        • suri says

          11th January 2011 at 1:39 pm

          bubuh jer klorox hee.. seperti saranan blog ‘petua’ tu..

          sental menyakitkan jari lalaaaa..

          Reply
          • akubiomed says

            11th January 2011 at 2:00 pm

            Betul tuh semua kekotoran dan daki akan terhakis 🙂

            Reply
        • dnoBiz says

          11th January 2011 at 2:41 pm

          hahah
          ditambah pula hilang akal 😀

          Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:07 pm

      Teman yang memotongnya isteri tolong sapu rumput dan anak tolong kembur rumput. Haa..haa…

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2011 at 5:20 pm

        elok tu bro…ringan sama dipikul..berat sama dijinjing…hehe

        Reply
        • dnoBiz says

          11th January 2011 at 2:43 pm

          sudah tukar ka Fiz 😀
          hehehehe

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in