• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011

Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011

5th January 2011 by akubiomed 47 Comments

Pengalaman sekolah untuk tahun 1

Silibus KSSR mengantikan KBSR.

Aku ingin berkongsi pengalaman hari pertama ketika Abang Ngah memasuki tahun 1 sesi 2011. Syukur aku tidak mempunyai masalah sangat ketika abang Ngah melalui pengalaman pertamanya melangkah dari pra-sekolah ke tahun 1. Pengalaman bersama abang Long ketika tahun 1 untuk sesi 2010 telah menjadi aku lebih bersedia kali ini dan persiapan persekolahan abang Ngah dapat disiapkan dengan lebih awal.

Hari Isnin

Pagi

Sesi sekolah untuh tahun baru 2011 sudah bermula. Pagi-pagi lagi isteriku sudah menyediakan diet makanan sehat iaitu roti yang dimakan bersama telur hancur. Aku pula menghantar abang Ngah yang bakal memasuki tahun 1 di sekolah agama rakyat yang baru siap dibina pada penghujung Disember 2010. Semuanya kelengkapan di sekolah adalah baru dan abang Ngah antara yang beruntung kerana menjadi orang pertama yang merasmikannya. Nampaknya mood abang Ngah sangat baik tidak ada tanda-tanda air mata akan berlenangan.

Ada ibubapa masih keliru dengan kedudukan kelas anak-anak untuk sekolah agama  rakyat 2 tingkat  yang baru siap dibina ini menjadikan urusan  susun darjah murid agak kelam kabut. Memaksa guru memanggil nama anak murid bagi memastikan anak murid berada kelas yang betul. Ibubapa mula berduyun-duyun ke kelas anak masing-masing untuk membuat pembayaran yuran sekolah.

Ini bukan tarian Shuffle atau pertunjukkan sandle

Petang

Aku menghantar abang Ngah ke sekolah kebangsaan tapi semasa dalam perjalanan kira-kira 2 kilometer sebelum sampai sekolah sudah jam. Nasib baik ada cara alternatif dengan meletak kereta dibelakang sekolah memang lengang. Abang Ngah tidak menampakkan tanda-tanda keletihan selepas mengharungi sesi pagi sekolah agama. Mood abang Ngah masih baik tidak ada tanda-tanda air mata akan berlenang berbeza ketika mengambil ujian saringan Linus tahun 1 pada bulan Disember 2010. Difahamkan kumpulan abang Ngah akan diperkenalkan silibus  pendidikan yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bakal mengantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Selepas hantar abang Ngah aku ke pejabat Pos dan ketika sampai aku mula kaget apabila melihat ramai orang yang berurusan dipejabat pos. Rata-ratanya membawa buku ASB mungkin mengemas kini buku agaknya untuk melihat berapa bonus yang bakal diperolehi selepas diistiharkan keuntungan oleh pihak PNB. Kaunter perkhimatan pula hanya di buka satu.

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Selepas mengambil nombor giliran aku terpandang seorang gadis yang masih berpakaian sekolah Menegah sedang leka bercerekarama dengan seorang budak lelaki tanpa peduli kelibat orang yang berurusan dipejabat Pos. Naik meluat aku melihat perbuatan tidak matang mereka berdua ini. Dalam pada itu cuaca agak panas aku melihat seorang anak berbangsa cina lalu depan aku dengan kusyuk menikmati ais krim bagi menghilang haus di tekak.

Esok abang Ngah mula belajar membiasakan diri dengan menaiki bas sekolah bersama abang Long.

p/s: kekurangan minyak masak mula melanda. Pelik negara adalah pengeluaran terbesar miyak sawit dunia tapi untuk pasaran dosmetik tidak cukup

Sila tekan butang kongsi:

  • Persiapan persekolahan abang Ngah
  • Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1
  • Hari Graduasi abang Koning

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. fitri says

    8th January 2011 at 8:15 am

    kat shah alam skola jem gile masa hari first tu..mak ayah sibuk hantar anak-anak masuk darjah satu..bagga la diorang masuk tv3..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2011 at 1:57 pm

      Masuk TV tentulah tersenyum anak-anak ini 🙂

      Reply
  2. sW33tDaRLinG says

    5th January 2011 at 8:42 pm

    nasib baik laa ada abang long.. jadi mak dan abahnya takde laa terbeban sangat….

    pesan buat abang ngah, belajar rajin2 dan jadi budak yang berani!

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 10:00 pm

      Senang ada abann Long umur pun selang setahun. Memang boleh harap abang Long mengapalai adik-adiknya selain ketua menyakat 🙂

      Reply
  3. zool says

    5th January 2011 at 5:30 pm

    tahniahlah anak dah masuk sekolah. aku bila ntah

    Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    5th January 2011 at 5:08 pm

    mak ai.. makan roti dengantelur hancur…aku kt sini makan maggi je sarapan bro…hahaha.. teringin nak balik form 5 ….. ..
    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 5:24 pm

      Jangan selalu makan Maggi tidak baik untuk kesihatan 🙂

      Reply
  5. pipoq says

    5th January 2011 at 4:20 pm

    minyak masak tak cukup tu saje je tu nak mengaburi mata dan perhatian masyarakat..

    boleh jadi pehni akan naik harga pulak minyak masak tu..taktik lama semua tu..

    Reply
    • tehr says

      6th January 2011 at 12:36 am

      taktik lama yang sentiasa mengena

      Reply
  6. azizan4444 says

    5th January 2011 at 3:54 pm

    time ni la perasaan menjadi seorang ayah kepada anak2 thn 1 mencabar kewibawaan skit.hehe.tp karenah anak2 ni mmg best klu di layan dgn cara yg betul..

    ingat dulu mase thn 1, ayah aku selalu p hantar dan ambik kt sekolah..pdhal ada satu mase tu aku ad ckp nak pegi jaln kaki dgn kawan2 sbb rumah xde la jauh sgt dgn sekolah dlm 10 mnt je..tp die tetap nak hantar..terharu…

    Reply
  7. Lee says

    5th January 2011 at 3:22 pm

    aku akan rasa pengalaman ni dlm 5-6 tahun lagi i.allah…

    Reply
  8. daus says

    5th January 2011 at 2:05 pm

    wah! bertuah Abang ngah tu 🙂

    sekarang minyak masak dah pulih sedia kala, tapi minyak ro75 naik plak 10sen 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 3:38 pm

      Tempat saya pagi tadi ada beberapa makcik berungut minyak masak masih tidak ada

      Reply
      • hafizmd says

        6th January 2011 at 12:15 am

        aku pulak…lama dah tak beli minyak masak ni…maklumlah…duduk 2 orang jer…minyak sebulan sekali jer beli…hohoho

        Reply
        • akubiomed says

          6th January 2011 at 9:48 pm

          Saya beli yang 5kg awal bulan

          Reply
  9. serol says

    5th January 2011 at 1:42 pm

    elok la tu sekolah agama dan sekolah kebangsaan sekali. dapat belajar agama dengan lebih mendalam..

    sebab ada abang dia, nanti takde la sorang2 dia pergi balik sekolah..abg boleh tolong tengok2kan 😀

    Reply
  10. dnoBiz says

    5th January 2011 at 1:42 pm

    sekolah sesak dengan Ibubapa yang hantar dan tunggu anak, bank dan pejabat pos pula sesak dengan pemegang akaun ASB sindrom tahunbaru 😀

    Reply
  11. maCy says

    5th January 2011 at 1:40 pm

    haa macy tau sal ni. n na tulis sal ni. huhu

    Reply
  12. Bijen M. says

    5th January 2011 at 1:02 pm

    Apa beza KSSR dengan KBSR tu?
    Tak terbaca lagi pasal tu.
    Huu.

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 3:50 pm

      Boleh rujuk disini: http://www.blogcikgu.com/perkongsian/kurikulum-standard-sekolah-rendah-bermula-2011

      Reply
  13. eLLy says

    5th January 2011 at 11:55 am

    pengalaman yg indah.. bila la eLLy akan dapat melalui pengalaman mcm nie 🙂

    Reply
  14. mankuchai says

    5th January 2011 at 10:48 am

    Boleh tahan ramai juga murid tahun satu ni yer…harap2 buku2 untuk KSSR ni tak berat sgt..steadylah abg ngah!

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 9:58 pm

      Harap-harap begitulah sebab abang Ngah badan di halus sangat 🙂

      Reply
  15. hafidz says

    5th January 2011 at 10:26 am

    selamat bersekolah & menuntut ilmu! 😀

    Reply
  16. intankuterpilih says

    5th January 2011 at 9:23 am

    pengalaman yg sangat best kan… tak sabar rasanya nak tunggu anak sekolah… lama lagi pulak tu…

    ermmm… pasal remaja berdating tu, susah nak cakapla…mereka ni macam dah lupa orang keliling agaknya, sedang kemaruk bercinta, nanti bila kecewa, effectnya pada pelajaran juga…

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 10:33 am

      Bila anak dah ke sekolah memang sunyi rumah.

      Reply
      • dnoBiz says

        5th January 2011 at 1:43 pm

        betul tu, tu belum yang anak sekolah asrama lagi 😀

        Reply
    • hafizmd says

      6th January 2011 at 12:14 am

      aku belum lagi merasa pengalaman ni…insyaAllah…dalam 4 tahun dari sekarang…merasalah..hihi

      tadi, tadika kemas depan rumah aku..ade budak tu meraung2 panggil mak, ibu, wan, mummy…semua habis dia panggil…meraung2 nak balik…kesian aku tgk cikgu tu..haru jugak depan rumah aku tadi… 😀

      Reply
  17. anif says

    5th January 2011 at 9:16 am

    Cerita biasa di awal tahun..

    Menguruskan anak-anak ke sekolah & mengemaskini buku pelaburan ASB/ASN 🙂 serta tak sabar nak tunggu dividen KWSP!

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 10:27 am

      Ye lar berapa dividen akan diumumkan oleh KWSP kali ini 🙂

      Reply
  18. Kujie says

    5th January 2011 at 9:14 am

    bab pendidikan anak² ni memang ramai mak bapa bercelaru – sistem bukan ditentukan oleh kita – bertukar silih ganti.

    tetapi kita pandang yang positif – semua itu pergi ke satu arah juga – ilmu.

    teringin juga nak p update buku ASB, dari luar intai ramai sgt org beratur- tak jadi

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 10:28 am

      Kak Jie, saya datang pagi dan petang ke pejabat Pos. Kemudian nekad juga petang pada hari yang sama walaupun ramai

      Reply
    • hafizmd says

      6th January 2011 at 12:12 am

      benda yg satu ni…mmg diluar kwalan kita…setuju ngn kak jie..apa yg penting…kita fikir positif dan kena ambil tahu supaya tak ketinggalan…

      pssst kak jie…tunggu dulu, dah reda…baru senang nak update…hehe

      Reply
  19. zuriey says

    5th January 2011 at 8:55 am

    dari senin lagi dah boleh update buku asb..ramai tul yg beratur kat kaunter tu

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 10:31 am

      Ramai yang hilang sabar di pejabat Pos ditempat saya hanya satu kaunter perkhimatan pelbagai dibuka. Kesian kertas nombor angka giliran di keronyok kerana nombor untuk dipanggil masih jauh

      Reply
    • hafizmd says

      6th January 2011 at 12:10 am

      mesti yg ramai nak tahu tu…tu yg beratur pjg2 tuh..

      Reply
      • akubiomed says

        6th January 2011 at 10:03 am

        Kesian melihat cikgu terjerit-jerit ketika menyampaikan taklimat dan arahan kerana hailer tidak ada. Terfikir juga sekolah ini tidak mendapat bantuan untuk membeli hailer satu keperluan asas

        Reply
  20. donny says

    5th January 2011 at 7:09 am

    pengalaman yang x dapat di lupakan ni bro..

    Reply
  21. mie says

    5th January 2011 at 6:28 am

    betul2 sibuk kalau 1st week sekolah ni…
    apapun, itu dah jadi tanggungjawab

    Reply
  22. catzer says

    5th January 2011 at 5:18 am

    patutlah akak aku berjam2 pi htr anak dia masuk darjah 2..aku tolong jaga anak kecik dia 8 bulan kat umah..aku ingatkan dia pi shopping sekali..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 10:32 am

      Nasib baik baby tidak meragam

      Reply
  23. Fahmi Raazali says

    5th January 2011 at 1:58 am

    hehe… time sekolah ni boleh kata parent yg buat semua… bayar yuran… daftar dll…

    bila dah masuk U sume kena buat sendiri… masa nk daftar masuk U tu… isi borang sendiri, pg ke kuantar pendaftaran sendiri… sume sendiri…

    masa mula2 daftar UniSZA dulu still berdebar2 walaupun dah penah hadapi sesi pendaftaran masuk U masa belajar ambik diploma kat UTHM dulu 🙂

    Reply
    • hafizmd says

      6th January 2011 at 12:09 am

      itulah lumrah kita…kita dulu2…mak ayah kita yg buat semua tu…sekrang giliran kita pula buat utk anak2 kita…

      Reply
  24. Amry says

    5th January 2011 at 12:42 am

    awa-awal tahun ni, mak ayah memang sibuk la nak daftarkan anak-anak kesekolah kan. terutama yang baru nak masuk darjah 1.apa lagi yang kena kena temankan..hehehe….

    p/s :malas komen bab minyak ni. bikin panas

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in