Mencari nur di bulan puasa Ramadhan kali ini.

gambar hiasan
Syukur kepada hadrat Ilahi kerana berpeluang sekali lagi bertemu bulan puasa Ramadhan. Semalam telah diumumkan tarikh berpuasa umat islam bermula pada hari Khamis, 18 Jun 2015.
Jatuh sakit pada bulan Puasa.
Pernah sekali saya jatuh sakit saraf tika bulan Puasa Ramdhan sehingga membatas pergerakkan. Kesakitannya sukar digambarkan sehinggakan hendak bersolat pun rasa tidak selesa.
Saya juga bimbang 2 hari lepas mengalami selsema dan demam yang teruk. Harap sebelum bermula berpuasa kesihatan semakin pulih untuk berpuasa.
Jangan tinggal untuk bersahur.
Jangan tinggal bersahur disepanjang bulan puasa Ramadhan. Saya ada cadangan hidangan mudah untuk bersahur yang boleh disediakan. Hindangan Overnight Oat yang mudah disedikan untuk orang bujang dan anak-anak untuk mengalakkan mereka bangun bersahur.
Sudah pasti hidangan Overnight Oat ini berkhasiat dan memberikan tenaga yang diperlukan sepanjang seharian berpuasa. Salah satu kelebihan Overnight ini boleh menurunkan kadar kolestrol didalam darah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.
Boleh baca >> resepi mudah Overnight Oat <<
Selamat mencuba ya.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa rakan-rakan yang membaca blog ini. Semoga ibadah kita lebih baik.
***Pesanan Khidmat Masyarakat***
Saya ingin menwar-warkan Kempen Taja Shopping Raya yang masuk tahun ke 5 merupakan anjuran tahunan yang dicetuskan oleh Persatuan Kebajikan Projek Igra’ SeMalaysia.
Kempen Taja Shopping Raya 2015 bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk digunakan membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program ini.
Bantuan yang dihulurkan dapat membantu mereka sama-sama menikmati suasana Hari Raya seperti orang lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shopping Raya 2015 boleh layari:
Facebook Projek Iqra: https://www.facebook.com/ProjekIqra
Laman rasmi Projek Iqra: http://bitly.com/shoppingraya2015
Alhamdulillah dah habis bulan ramadhan, semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadat.
terasa sedap pula makan oat time sahur …ahahaha…bole turun lemak badan lagi ni..hihih
terasa sangat2 jimat puasa tahun nie sebab tak pergi bazar..hehehe
berusaha untuk terbaik ramadhan kali ini moga sinar mampu membahagiankan jiwa
Huhu..tak pernah makan lagi oat ni..nak kena cuba sekali tengok macam mana hasilnya..hehe
Boleh cuba Over Night Oat ini kerana ia tidak susah dan sedap.
Nak try buat overnight oat juga la untuk bersahur..mudah dan mengenyangkan ni..
Serius mudah untuk buat Over Night oat ini dan sedap.
Mmg terbaik la Overnight Oat. Mmg sesuai utk disediakan dgn cepat waktu bersahur.. selamat berpuasa bro.. tahun nie saya berpuasa di negeri sembilan.. tahun depan di selangor pulak. heee
Lain macam bunyinya. Bakal menerima suri hati?
Tengok Oat tu macam mudah sahaja untuk disediakan.. Manalah tahu last minute bersahur..
Bahan perlu disediakan awal dan bukan ketika bersahur supaya oat dan bahan-bahan lain dapat menyerap susu dan kembang.
selamat berpuasa, oat tu nampak sedap
Serius sedap dan hidangan yang menyehatkan.
Selamat berpuasa! Moga mendapat keberkatan
Selamat berpuasa. Moga-moga amalan kita semakin baik.
Selamat berpuasa bro, cerap bulan kat mana?
Projek mulia ni.. sama-samalah kita membantu yang memerlukan
Sama-samalah kita menghulurkan bantun setakat mana kita mampu.
Nice sharing..hope akubiomed sihat sepanjang ramadhan ni..:)
Terima kasih. Alhamdulillah kesihatan semakin pulih pada hari pertama berpuasa. Saya doakan kesihatan qiya juga berada ditahap baik.
yang sukar nak bersederhana adalah ketika berbuka.pergi bazar,mcm semua nak dibeli..adoi
Nak buat macamana bau yang enak menarik nafsu. 🙂