• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom

2nd August 2012 by akubiomed 67 Comments

Tragedi bulan Ramadhan jadi cerita Puasa Ramadhan.

Cerita yang bakal saya kongsikan boleh dikatakan tragedi yang berlaku kepada saya. Peristiwa  tragedi ini menjadi coretan cerita puasa Ramadhan contest anjuran ShakiddoDotCom.

Saya adalah orang yang teliti didalam semua hal. Pada 25hb Julai 2012 telah menjadi saksi kepada tragedi yang memalukan telah menimpa saya. Pada hal saya sudah tanda didalam kalendar telefon bimbit Nokia saya mengenai mesyuarat dengan agensi kerajaan di Putrajaya.

Seawal pagi saya telah ke keluar dari rumah kerana mesyuarat akan bermula pada jam 9.00pagi dengan menunggang motor Ducati Monster 795 ke Putrajaya. Dalam perjalanan saya perasan minyak berbaki macam tidak cukup saya agak kaget berhenti mengisi minyak disebuah petrol pam.

Pulas tali miyak  motor merah full throttle.

Selepas mengisi minyak saya pun memulas throttle minyak sekuat-kuat hati maklumlah hendak cepat sampai. Sampai sahaja tempat meletak motorsikal saya langsung tidak ingat ditingkat berapa  lokasi mesyuarat. Saya berdengus macam manalah boleh lupa pada hal sebelum ini saya sudah pernah pergi mesyuarat yang pertama.

Buka laptop dengan gaya Tom Cruise didalam filem Impossible.

Apa lagi dengan gaya Tom Cruise saya membuka laptop untuk periksa email jemputan mesyuarat. Akhirnya dapat bangunan D dan tingkat 7 bilik mesyuarat Wawasan. Saya bergegas kerana kesuntukkan masa tinggal 5 minit lagi hendak pukul 9 pagi. Saya ambil pas di kaunter pengawal dan menaiki lif ke tingkat 7.

Sampai tingkat 7 saya cuba masuk tetapi pas saya tidak boleh baca. Satu lagi masalah bertimpa pas pelawat gagal dibaca oleh mesin pengimbas. Nasib baik ada orang hendak keluar saya sempat menahan pintu dan masuk. Mesyuarat telah bermula  dan saya berasa malu kerana lambat sampai terus mengambil tempat duduk. Saya cuba mengambil nafas dan menenangkan diri. Kemudian saya pandang sekeliling apa hal semacam mesyuarat ini bincang pasal bajet pula.

Saya sudah mula rasa syak yang saya telah silap bangunan dan silap masuk bilik mesyuarat. Lalu saya bertanya orang sebelah samada saya berada di bilik mesyuarat yang betul. Jawapannya benar sekali yang saya sebenar sudah silap bangunan dan silap menghadiri mesyuarat. Tanpa berlengah lagi lalu saya kemas barang saya dan bergegas keluar. Ini betul-betul tragedi di bulan Ramadhan untuk dijadikan coretan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom.

Sila tekan butang kongsi:

  • Tabung kanister warisan Shell edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-125 Shell
  • Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1
  • Bersederhana menjelangnya bulan puasa Ramadhan

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    20th August 2012 at 11:39 pm

    Mesti malu kan hahahaha

    Reply
  2. cik tom says

    9th August 2012 at 1:25 am

    hehe…malunya kenangan puasa tahun ni ek bro..hik2…
    goodluck!gmbr cun bangat…

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 1:56 am

      Ide spontan terus mengunakan Tom Cruise yang kacak ini. 🙂

      Reply
  3. wanabe says

    8th August 2012 at 4:47 pm

    hahahaha..mmg best sgt la klu jd cmni..hahaha..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 1:56 am

      Apa yang best. Malu tidak tertanggung. 🙂

      Reply
  4. Mekar says

    8th August 2012 at 12:41 pm

    Aduyai…malunyee. Mana nak letak muka. Dugaan..dugaan..

    Reply
  5. dzuandiey says

    8th August 2012 at 2:18 am

    alamak..kesian pula salah masuk bilik..hehehe…,

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 1:57 am

      Sudah nasib badan salah masuk bilik mesyuarat pula. 🙂

      Reply
  6. dzuandiey says

    8th August 2012 at 2:17 am

    alamak..kesian pula salah masuk bilik..hehehe…

    Reply
  7. sabree hussin says

    7th August 2012 at 4:25 pm

    Meeting dengan menteri ke waktu baru sampai tu hhe

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 1:59 am

      Kalau mesyuarat dengan menteri lagi parah. 🙂

      Reply
  8. nizamghazi says

    6th August 2012 at 9:44 am

    Salah masuk bilik meeting sure memang tak akan dapat dilupakan. Kalau masuk bilik yang penuh bos-bos besar lagilah tak dapat dibayangkan.
    Oh ini adalah contest.

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2012 at 1:55 am

      Tidak pasti ketika salah masuk bilik mesyuarat ada bos besar tetapi perasanlah mereka semua didalam bilik tersebut mengenakan kot.

      Reply
  9. Kulanzsalleh says

    6th August 2012 at 12:13 am

    Ni termasuk dalam pengalaman ngeri ni bro, hehehe
    nasib baik mungkin tak ada yang kenal bro dalam bilik mesyuarat tu..

    Reply
    • dzuandiey says

      8th August 2012 at 2:18 am

      hahaha…mesti merah padam jer kan..hihihi

      Reply
  10. Myra Jay says

    5th August 2012 at 6:12 am

    Adehhh, siannya tersalah bilik…. 🙂
    Dalam keadaan kelam kabut camtu memang kekadang kita tak perasan..hehee
    Sabo jela..

    Good luck Bro 🙂

    Reply
  11. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th August 2012 at 4:51 am

    He he.. asyik ingat waktu berbuka jer kot? sampai silap masuk bangunan 😀

    Reply
  12. nurmisnan says

    4th August 2012 at 11:00 pm

    hik3… aku dapat bayangkan situasi kau masa tuh brother..
    same kes mcm aku masa 1st attend meeting dgn syarikat baru..
    silap masuk bilik.. har3…

    Ok.. gd luck

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 1:36 am

      Masa keluar dari bilik mesyuarat buat muka tidak bersalah sahaja. 🙂

      Reply
  13. budak felda says

    4th August 2012 at 9:35 pm

    huh terbaik editing pic tu bro…:)

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 1:39 am

      Terima kasih ide datang spontan terus buat. 🙂

      Reply
  14. pipoq says

    4th August 2012 at 7:16 pm

    tragis sungguh kejadian yang menimpa..

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 1:50 am

      Nak buat macam mana sudah hendak berlaku. 🙂

      Reply
  15. amirulfaiz says

    4th August 2012 at 6:26 pm

    Hehe, takpe, hikmah dari kejadian itu, bro dah boleh buat satu entri contest yang menarik. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 1:51 am

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  16. padin says

    4th August 2012 at 1:48 pm

    wohaaa memang malu tu dahla lambat salah masuk mesyuarat plak, adesss
    memang kenangan takleh di lupakan tu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 1:59 am

      Sampai awal tetapi tak ingat lokasi bilik mesyuarat. 🙂

      Reply
  17. suri says

    4th August 2012 at 12:39 pm

    dah nak jadi super hero ker bro?

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2012 at 2:14 am

      Berangan juga hendak menjadi super hero. 🙂

      Reply
  18. baguznet says

    4th August 2012 at 11:46 am

    fuh! begitulah adakalanya bila kita dlm keadaan terlewat. So, akhirnya sampai juga ke tidak ke mesyuarat yg sepatutnya?

    Reply
  19. Jebeng Otai™ says

    4th August 2012 at 9:29 am

    mcm2 leh berlaku kalo kita kelamkabut..hehe

    Reply
  20. akhiyy says

    4th August 2012 at 3:09 am

    perhh..hahaha…aku tak leh bayangkan cam ne kalo terjadi kat aku..

    Reply
  21. Din says

    4th August 2012 at 12:12 am

    wahahaha..malu giler!
    sah2 dah buat muka innocent kat situ..
    kesian~

    Reply
  22. Ummi Hanie says

    4th August 2012 at 12:11 am

    aduh… tragedi aungguh… tersusun sungguh konsekuensi nya

    apapun, gudluck utk contest 😉

    Reply
  23. diana says

    3rd August 2012 at 9:44 pm

    hahah..
    kesian..
    tapi lawak je…
    mesti malu giler time tu…

    Reply
  24. Nur says

    3rd August 2012 at 9:08 pm

    Menarik cerita ni… Kenangan yg tak boleh dilupakan.. 🙂

    Good luck!

    Reply
  25. Shasha Mohamed says

    3rd August 2012 at 8:29 pm

    Cerita yang kelakar dan sedih juga. Lain kali lebih berhati-hati tau. Semoga tak salah masuk lagi. Mula2 sekali pastikan bangunan tu betul.
    And good luck in your contest 😉

    Reply
  26. Bro Zulkbo says

    3rd August 2012 at 5:46 pm

    salam..
    pengalaman menarik untuk
    di kenang seumur hidup tu Bro
    🙂

    Reply
  27. daddydee says

    3rd August 2012 at 4:49 pm

    Pernah juga kena macamni…terus keluar dengan termalu sendiri…

    Semoga berjaya tuan…

    Reply
  28. hatiputera says

    3rd August 2012 at 4:42 pm

    semoga berjaya bro dalam contest kid.

    Reply
  29. Sop says

    3rd August 2012 at 3:11 pm

    adus.. sbb puasa kot, tu yg tersilap
    good luck bro utk peraduan ini 🙂

    Reply
  30. Blog Asyraf says

    3rd August 2012 at 1:28 pm

    Malu jugak la kalau kena kt saya mcm ini..haha 😀

    Reply
  31. Blog Asyraf says

    3rd August 2012 at 1:27 pm

    Kesan bila terlalu gopoh..haha..

    Reply
  32. puanbee says

    3rd August 2012 at 1:06 pm

    Haahaha kesian , jenuh lah kalau mcm tu hari2 ,.,,,

    Reply
  33. Norasikin says

    3rd August 2012 at 12:40 pm

    Nasib baik bulan puasa. kalau tidak, saya dah gelakkan AB

    Reply
  34. Kamal Mustafa says

    3rd August 2012 at 11:57 am

    Aduhai…..malu tue mana nak sorok muko?

    Reply
  35. maza says

    3rd August 2012 at 11:48 am

    hahaha.. memang marvelous lah. hahahah

    mujur perasan tersilap awal2.

    Kot sama2 mengambil bahagian membentangkan bajet lagi ler parah.. dah separuh mesyuarat berlangsung baru ler perasan.. hahaha

    Reply
  36. yas says

    3rd August 2012 at 7:57 am

    Hehehe…betul2 tragis ni bro….mungkin sbb sikap ambil mudah je tu yg jadi lagu tu….jadikan pengajaran bro

    Reply
  37. Nurul says

    3rd August 2012 at 7:56 am

    Ya Allah sabor jelah.. Dugaan bulan puasa…

    Biomed ok lagi dugaan malu.. Nurul diuji bakal mengeluarkan belanja yang banyak.. 🙁

    Reply
  38. Nadot says

    3rd August 2012 at 6:05 am

    hahaha…segannye… kalau saye, dah mintak cuti 3-4 hari dah sebab malu nak jumpe org… hehehe..
    best best 😉

    Reply
  39. phreak-id says

    3rd August 2012 at 4:00 am

    Hahaha. Terbaik lah punya storyline..

    Terbaru >Tahniah Datuk Lee Chong Wei ke Separuh Akhir Olimpik >Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Seluruh Malaysia pada 8/8/2012 >[Projek Blogger ] 29 Hari Jelajah Bazar Ramadhan Seluruh Malaysia

    Reply
  40. neu says

    3rd August 2012 at 2:19 am

    puasa katakan 🙂

    Reply
    • suri says

      4th August 2012 at 12:40 pm

      jlu tak selamat ar

      Reply
  41. chii says

    3rd August 2012 at 2:05 am

    heheh..dugaan di bulan puasa..da la lambat..salah masuk..jadi..ada kisah sambungan nya tak…? nak tau gak apa yg terjadi selepas tu :p

    Reply
  42. fazrol says

    3rd August 2012 at 12:42 am

    nice story…
    Takpa..bulan posa mmg slalu org jd camtu.. ha ha..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2012 at 1:19 am

      Bulan Puasa tak salah. Saya yang cuai. 🙂

      Reply
  43. KiD says

    3rd August 2012 at 12:39 am

    steady lah.. nice story.. good luck!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2012 at 1:19 am

      Terima kasih. Janji sudah ditepati. 🙂

      Reply
  44. irsah says

    3rd August 2012 at 12:39 am

    Peminat Tom Kurus upanya.. heee… bukan stakat tekanan.. hilang akal kejap.. bes bro..

    Reply
  45. Oh! budu says

    3rd August 2012 at 12:18 am

    gambar last skali tu ada dalam video youtube. lawak gila. tetibe dia jadi hyper active. haha

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2012 at 1:20 am

      Tom Cruise ini memang poyo ketika mabuk cinta dengan Katie Holmes.

      Reply
      • suri says

        4th August 2012 at 12:41 pm

        mual2 jer gila dh lama dpt mula cam2 hal ..ah nympah ah

        Reply
  46. Hairul Hissam says

    3rd August 2012 at 12:17 am

    Nasib baik bro tanya org sebelah… kalo dah habis mesyuarat, baru sedar.. lagi la malu kan… semoga ia dijadikan pengajaran di masa hadapan…

    Reply
    • suri says

      4th August 2012 at 12:42 pm

      tu pasal..ada peruban muka ber rona2 merah dok ngheee

      Reply
  47. titan says

    3rd August 2012 at 12:17 am

    fuh..tekanan aku kalau kena macam ni. haha..

    Reply
    • KiD says

      3rd August 2012 at 12:58 am

      mana nak sorok muka time tu daaa.. hahaha

      Reply
      • akubiomed says

        3rd August 2012 at 1:18 am

        Memang sudah tebal muka 8 inci. 🙂

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in