• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Sambutan terbesar LEGO Star Wars Day di LEGOLAND Malaysia Resort pada bulan May ini

Sambutan terbesar LEGO Star Wars Day di LEGOLAND Malaysia Resort pada bulan May ini

8th April 2016 by akubiomed 16 Comments

sidang media LEGO Star Wars Days

Hari ini saya telah menghadiri sidang Media “Master Your Force” dimana LEGO Group telah berkerjasama dengan LEGOLAND Malaysia Resort untuk menjayakan sambutan LEGO Star Wars Day pada bulan May ini. Ia merupakan sambutan LEGO Star Wars Days terbesar di Asia Pasifik bakal menarik peminat tegar, pembina LEGO dan pengunjung dari dalam negara dan negara jiran seperti Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

 

Pasangan bapa anak, Dan Steininger dan Chris Steininger LEGO Master builder akan didatangkan khas sempena LEGO Star Wars Day di LEGOLAND Malaysia resort bakal membina Mellannium Falcon gergasi. [kredit gambar Mashable]

 

Kepada peminat tegar dan famili merancang percutian keluarga pastikan korang kosong jadual aktiviti bulan May untuk meyertai sambutan LEGO Star Wars Days terbesar ini. Beberapa aktiviti telah disusun diantaranya:-

  • Pengunjung LEGOLAND Malaysia Resort boleh membina LEGO gergasi Millennium Falcon dan TIE Fighters.
  • Kehadiran hos LEGO Master builder pasangan bapa anak, Daniel Steininger dan Christoper Steininger akan membina Millennium Falcon dengan 200,000 blok LEGO.
  • Perarakan Imperial March Stormtroopers dan Darth Vader dengan lebih 90 kostum Star Wars.
  • Pertandingan “Build Your Own Dream LEGO Star Wars Starship” terbuka untuk ibubapa dan anak. Muat naik gambar Star Wars Starship di laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort Facebook Page dengan hashtag #MasterYourForce” dan #LEGOStarWarsDays.
  • Pertandingan My Own Creation(MOC) membina babak Star Wars dengan LEGO turut disertai oleh pembina LEGO dari Hong Kong, Indonesia, Singapore, Taiwan dan Malaysia.
  • LEGO Star Wars Fan Gallery
  • Penampilan khas watak Star Wars.
  • Penampilan LEGO Darth Vader.
  • Aktiviti LEGO Star Wars Activity Trail untuk aktiviti ibubapa dan anak.
  • dan bermacam lagi.

 

Famili yang membawa anak-anak memakai kostum watak Star Wars akan masuk PERCUMA. Boleh dikatakan demam Star Wars sepanjang bulan May di LEGOLAND Malaysia Resort.

 

Sekitar sidang akhbar Master Your Force LEGO Star Wars Days May 16 di pejabat Legoland Menara OBYU Damansara Utama.

 

 

 

 

Naz berbaju serba hitam seolah-olah telah seduce dark side menjadi emcee.

 

Rakan blogger yang menghadiri sidang akhbar LEGO Star Wars Day

 

LEGO Star Wars Millennium Falcon kapal angkasa ikon didalam filem Star Wars dikatakan berharga  RM20k++ bersamaan harga sebuah kancil.

 

Pembinaan set LEGO My Own Creation(MOC) Jedi Temple oleh Joe Yuen salah seorang ahli LEGO User Group Of Malaysia(LOM LUG)

 

 

 

Set LEGO Star Wars Microfighters

 

Tolong jangan seduce dark side. Bersama LEGO Darth Vader

 

Dick Yoong, Country Manager, LEGO Malaysia.

 

 

Ms Thila Munusamy, Director of Sales & Marketiing, LEGOLAND Malaysia Resort

 

Bloggers dan Media yang hadir sidang akhbar LEGO Star Wars Day

 

 

 

LEGO MOC perhimpunan First Order

 

LEGO MOC dari babak Star Wars: Return of The Jedi

 

LEGO Mellanium Falcon Black Series di bina oleh Bruce Lee dari LOM LUG

 

 

Pertandingan memasang LEGO First Order Special Forces TIE Fighter

 

Video promo LEGO Star Wars Day pada bulan May.

Jom bawa anak-anak ke LEGOLAND Malaysia Resort untuk sambut LEGO Star Wars day pada bulan May nanti. “May Force With You”.

 

Maklumat dan aktiviti sambutan LEGO Star Wars Days boleh layari laman rasmi:

Laman rasmi LEGOLAND Malaysia resort: www.legoland.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/legolandmalaysia

  • Tiket ke Legoland dengan contest mudah Published2u.com
  • Jom beramai-ramai ke LEGO CITY ADVENTURES di Queensbay Mall Penang
  • Bapa dan anak kusyuk bina LEGO CITY ADVENTURES

Filed Under: advertorial Tagged With: darth vader, lego moc, lego star wars, legoland malaysia resort, star wars

Reader Interactions

Comments

  1. semakan upu says

    14th April 2016 at 11:29 pm

    waa best giler..kita yang dewasa ni pun teringin sangat main lego ni. lebih-lebih lagi star wars lego ni.

    Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    13th April 2016 at 11:33 am

    menariknya, bulan 5 ada cuti sekolah kan. start brp haribulan?

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2016 at 12:08 am

      Bermula dari dari 20 April sudah mula sambutan LEGO Star Wars Days.

      Reply
  3. Pinky Momma says

    11th April 2016 at 6:04 pm

    Dulu diya dah join Legoland Halloween dan 4d Movie..tak sabar nak tunggu yang star wars ni pula kan..jom kitaaaaa!

    Reply
  4. Padin says

    10th April 2016 at 8:07 pm

    kalau kita bergabung kumpulkan koleksi mainan,
    mau penuh ruang khas bilik mainan 😀

    Reply
  5. Hafizul says

    10th April 2016 at 4:35 pm

    Huhhhh… Mau tak seronok.. kalau saya ni, memang susah nak angkat punggung balik rumah..

    Reply
  6. Norasikin says

    9th April 2016 at 11:40 pm

    Legoland 10 minit dari rumah saya tapi bellum pernah pergi. Tak mampu bro…

    Reply
  7. Ummi Hanie says

    9th April 2016 at 11:14 pm

    anak2 saya minat benar Lego

    entah bilalah dapat enjoy pegi Legoland

    seronoknya AB selalu dapat jemputan event Lego kan

    Reply
  8. Noriza Rahman says

    9th April 2016 at 3:14 pm

    Wah menarik minat peminat tegar LEGO ni untuk ke sana, dah musim cuti sekolah ke time tu?

    Reply
    • akubiomed says

      9th April 2016 at 8:47 pm

      Cuti sekolah bermula hujung bulan May. Sambutan LEGO Star Wars Day ini berlangsung selama sebulan.

      Reply
  9. Bro Framestone says

    9th April 2016 at 10:53 am

    Ini rasa macam x sabar nak ke Legoland bulan May ini….

    Reply
    • akubiomed says

      9th April 2016 at 11:03 am

      Bro pakai kostum karaker Star Wars yang mana satu?

      Reply
  10. titan says

    9th April 2016 at 6:59 am

    pehh..

    best gila.

    dah lama tak main lego macam ni beb.

    Reply
    • akubiomed says

      9th April 2016 at 11:04 am

      Demam LEGO Star Wars sudah kembali. 🙂

      Reply
  11. anuar says

    9th April 2016 at 6:42 am

    Nampak menarik sangat2.. kalau anak2 saya tau ni, mesti dia akan ajak saya pergi ke sana…

    Reply
    • akubiomed says

      9th April 2016 at 11:05 am

      Sambutan terbesar di Asia Pasifik akan menerima penyertaan die hard fan Star Wars dari tempatan dan luar negara.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in